NAMPAK GAYANYA APABILA BANYAK PENGKALAN HARAM DITUTUP. JENAYAH MAKIN KURANG. TAHNIAH KERAJAAN MADANI.

 



Kadar jenayah di Kelantan turun 19.5 peratus, kerajaan negeri zahir rasa syukur




.


Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan kesyukuran atas penurunan ketara kadar jenayah di negeri ini sebanyak 19.5 peratus,  berdasarkan data rasmi terkini Polis Diraja Malaysia (PDRM).

.


Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata pencapaian itu mencerminkan keberkesanan pendekatan menyeluruh yang dilaksanakan secara bersepadu oleh pihak eksekutif, disokong kerangka perundangan yang mantap serta pentadbiran berintegriti.

.


Menurutnya, kejayaan berkenaan bukan hanya hasil penguatkuasaan undang-undang semata-mata, sebaliknya turut dipacu usaha berterusan dalam pembangunan insan berteraskan ilmu, akhlak dan kesedaran rohani.

.


“Keselamatan awam dan ketenteraman sosial tidak boleh digalas melalui mekanisme penguatkuasaan semata-mata. Akhlak yang baik berfungsi sebagai kawalan dalaman yang mampu mencegah perbuatan jenayah walaupun tanpa pengawasan zahir,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

.


*Berita penuh di ruangan komen





No comments: