Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui di Mahkamah Tinggi bahawa wang RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan derma dari Arab Saudi.
Pengakuan itu dibuat ketika beliau disoal balas oleh peguam SRC International Sdn Bhd, Kwan Will Sen,m dalam prosiding saman sivil RM42 juta yang difailkan terhadapnya oleh SRC dan anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd.
Najib berkata pada ketika itu beliau menyangka wang berkenaan adalah derma, namun turut mengakui Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini memutuskan tiada bukti dokumentari menyokong dakwaan derma Arab Saudi.
Kredit: Berita Harian
#ohmedia #ohnegara #ej

No comments:
Post a Comment