MEROSAKKAN NAMA AGAMA

 



Pendakwah selebriti, Da’i Syed diperintah menjalani hukuman penjara serta-merta selepas Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan atas kes rogol yang berlaku tujuh tahun lalu.






Hakim Adlin Abdul Majid menolak rayuan tertuduh dengan memutuskan keterangan yang dikemukakan hanya bersifat penafian, selain menegaskan kesalahan berkenaan serius dan tiada alasan khas untuk menangguhkan hukuman.


Kes itu melibatkan pertuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium di I-City pada September 2019, di mana tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.


Sumber: Sinar Harian




No comments: