Berikut merupakan karangan lebih tertib dan tersusun apa yang saya sampaikan sebelum ini menerusi beberapa penulisan:
Raggie Jessy Rithaudeen
Berikut merupakan petikan daripada penulisan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang diterbitkan oleh Harakah Daily pada 19 Januari 2026:
“Maka, dibawa konsep perpaduan Islam mengikut ketetapan Allah. Inilah alasan PAS tidak bersama Kerajaan Perpaduan yang berkonsepkan bebas tanpa sempadan ketetapan Allah yang telah direalisasikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melibatkan kumpulan yang menganut fahaman pluralisme, liberalisme, termasuk kumpulan ekstrem serta syaitan bisu terhadap kemungkaran dan lain-lain.”
Apabila Hadi merujuk kepada fahaman PH, beliau secara otomatik merujuk kepada kepercayaan dan pegangan pemimpin DAP, PKR dan Amanah, bukannya hal-hal berkaitan urus-tadbir kerajaan, yang melibatkan juga Barisan Nasional.
Tapi bukankah fahaman DAP dan PKR sama ketika Hadi bersama-sama kedua-dua parti itu dalam Pakatan Rakyat?
Pada ketika itu, Hadi bersungguh-sungguh kerahkan semua orang PAS untuk mengajak pengundi Melayu sokong DAP atas alasan PAS tidak ‘lupa’ jasa DAP terhadapnya.
PAS juga pernah berkata, “Kalau dalam pergaulan mereka (DAP) tidak melawan atau memerangi Islam, mereka bukan golongan kafir harbi yang boleh membawa kemudaratan dalam kedudukan Islam.”
Kata-kata itu dilafazkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man pada 9 Ogos 2012, di mana beliau menambah, “kenyataan tentang hukum berdosa menyokong DAP ‘tidak bersifat ilmiah’.”
Kemudian, bila DAP tidak berpuas hati dengan PAS susulan Langkah Kajang, PAS mendakwa kononnya parti itu sukar terima DAP kerana DAP tidak mahu PAS sentuh agenda negara Islam.
Walhal, masalah sebenar antara DAP dan PAS ialah soal pencalonan Menteri Besar Selangor, di mana PAS menyelitkan nama Datuk Seri Azmin Ali tanpa pengetahuan PKR atau DAP.
Kemudian, pada 25 Mei 2018 , tidak lama selepas PRU14, Hadi tiba-tiba memuji DAP yang didakwanya matang dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang berisiko menjejaskan keharmonian umat Islam.
Kenyataan ini pelik, kerana DAP pada ketika itu tetap bertegas bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan tidak boleh dijadikan atau dianggap negara Islam.
PAS turut suka membangkitkan Perlembagaan DAP yang dikatakan memiliki aspirasi sekularisme dan melanggar asas Perlembagaan Persekutuan.
Anehnya, DAP menggunakan Perlembagaan yang sama ketika Hadi dan Tuan Ibrahim mempertahankan parti itu satu ketika dulu sebagai parti yang “tidak melawan atau memerangi Islam.”
Ini lah PAS—Kalau dia dah suka, dia sanggup putarbelit ke tahap langit dan halalkan sesuatu yang dia tidak sependapat dengan anda. Kemudian, bila dia tidak suka, dia haramkan balik.
Bersandar kepada putarbelit ini, Hadi cuba ‘halalkan’ alasan PAS tidak menyertai kerajaan perpaduan.
Cuba kita teliti:
Perikatan Nasional (PN) menggunakan DAP sebagai alasan utama tidak menyertai kerajaan perpaduan. Namun, jika PAS dan Bersatu masuk kerajaan, jumlah MP Umno, PN, PKR dan Amanah sahaja sudah mencapai majoriti selesa.
Ini sekaligus mewujudkan penyatuan kepimpinan Melayu-Islam terbesar dalam sejarah, di mana blok ini berkuasa untuk memastikan Agama dan Bangsa terpelihara.
Tetapi PAS memilih untuk duduk di luar kerajaan kerajaan dan ‘memancing’ Umno untuk bersama-sama mereka dalam Muafakat Nasional.
Persoalannya, bagaimanakah langkah ini mampu menyatukan kepimpinan Melayu-Islam dan menjamin Agama-Bangsa terpelihara, berbanding langkah PN masuk kerajaan dan membentuk kuasa kepimpinan Melayu-Islam terbesar dengan majoriti selesa?
Sangat nyata alasan Hadi tak masuk kerajaan “bodoh tahap gaban,” seolah-olah Hadi berpendapat Melayu-Islam bersatu atau berkuasa tahap mana pun tidak boleh tangani DAP atau PH.
PAS tidak sekali-kali berhajat menjemput saudara seagama dari PKR atau Amanah, namun mereka terus menerus menagburi mata penta’asub dengan pembohongan kononnya agenda mereka adalah penyatuan.
Kemudian, bila Umno menolak pelawaan PAS, dan bila PAS tahu mereka terpulau dan kini terpaksa berpaut pada Bersatu, maka keluar lah dalil dalil mengarut dan usaha ‘terancang’ mempersoalkan pelepasan Zahid daripada pertuduhan di Mahkamah.
Sebab itu saya kata PAS merupakan parti paling hipokrit dan mengarut dalam sejarah tanah air.
Nota tambahan:
1. PKR, Amanah dan Umno cukup bersatu dan harmoni, manakala PAS dan Bersatu duk tikam menikam dan bergelut soal kuasa dan kedudukan (soal Pengerusi PN, calon PM).
2. Kesimpulannya, pemimpin Melayu-Islam dalam kerajaan 1000 kali lebih bersatu berbanding pemimpin Melayu-Islam di luar kerajaan yang makin berpecah dan mengarut.
3. Jadi, masuk akal dak Umno keluar kepompong penyatuan dan menghala masuk kepompong perpecahan?

No comments:
Post a Comment