MASUK PUN TAK UNTUNGKAN UMNO.CAM IKMAL YANG ADA DALAM UMNO. PELINGKUP PARTI SAJA.

 


Malaysiastories


Isham Jalil Tegaskan Tidak Akan Kembali ke UMNO Selagi Terlibat Kerjasama DAP





Isham Jalil, menegaskan beliau tidak akan kembali menyertai UMNO selagi parti itu diterajui individu yang disebut sebagai “UMDAP” atau bekerjasama dengan DAP.


Dalam kenyataan terbukanya,, Isham berkata, keputusan itu adalah tegas dan konsisten dengan pendirian beliau sebelum ini. Beliau turut mendedahkan bahawa ramai ahli UMNO sejati turut tidak bersetuju dengan kerjasama UMNO-DAP, dan beliau sendiri tidak tertarik untuk kembali ke parti dalam situasi itu.


“Siapa yang suka dengan kerjasama dengan DAP teruskan sajalah, saya tegur pun tak guna, tapi jangan ajak saya,” tegas Isham.


Isham, yang pernah memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO, menekankan bahawa pendirian ini bukan kerana permusuhan peribadi, tetapi atas prinsip dan kesetiaan kepada ahli UMNO yang menolak kerjasama dengan DAP.



No comments: