SURAT TERBUKA BUAT HADI AWANG. HENTI MELEBEL SESAMA ISLAM. KAMUN TIDAK SEMPURNA MANA. DOSA MEMECAHBELAH UMAT ISLAM TDAK TERTANGGGUNG


 

AMANAH membuat surat terbuka kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, menggesa supaya menghentikan label-melabel dan menghina sesama Islam dengan istilah-istilah yang mencederakan persaudaraan seperti “syaitan bisu”.


Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Zamir Ghazali berkata, bahasa yang digunakan Presiden Pas itu bukan sahaja mencemar wacana politik, malah bercanggah dengan akhlak Islam serta bertentangan dengan adab Melayu yang menjunjung tinggi kesantunan, hikmah dan hormat-menghormati.

Menurutnya, bahasa takfiri, pelabelan dan celaan tidak mencerminkan sunnah politik Islam.


Beliau merujuk kepada sejarah para sahabat sendiri yang menunjukkan mereka berbeza ijtihad dalam peristiwa besar seperti Perang Jamal dan Siffin, namun tidak pernah menjenamakan satu pihak sebagai “Islam mutlak” atau menafikan keimanan pihak lain.

“Ini menjadi teladan bahawa perbezaan politik tidak menghalalkan penghinaan atau pengkafiran. Islam meletakkan adab dan akhlak sebagai asas dalam berbeza pandangan. 


“Sejarah tradisi Melayu pula mengajar bahawa ketegasan boleh dizahirkan tanpa merendahkan maruah orang lain. Teguran seharusnya berunsurkan membina, menasihati, dan menyatukan.


“Atas dasar ini, saya mengajak mana-mana pihak termasuk wakil kepada Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk duduk semeja membincangkan maslahah rakyat, kestabilan negara dan kebajikan ummah,” katanya dalam satu kenyataan surat terbuka hari ini.

Pada masa sama, Zamir menggesa Presiden Pas untuk berlapang dada dan bercakap secara rasional, khususnya dalam isu-isu berkaitan masa depan orang Melayu, keharmonian masyarakat dan kestabilan negara. 



Kata beliau, retorik yang mengheret emosi, membelah umat dan menghakimi niat pihak lain tidak membantu menyelesaikan cabaran sebenar yang dihadapi bangsa dan negara.

AMANAH juga kekal berpendirian terbuka sebagai parti yang bertanggungjawab membela kepentingan umum, khususnya kepentingan orang Melayu dan umat Islam. 


Tegasnya, perbezaan politik tidak boleh dijadikan alasan untuk menutup ruang dialog atau menolak usaha mencari titik pertemuan demi kebaikan bersama.


Sebagai parti yang bertanggungjawab dalam pentadbiran negara, beliau menyatakan kesediaan untuk memainkan peranan sebagai pemudah cara untuk memulakan bicara.



Beliau percaya masa depan Melayu dan umat Islam hanya akan terjamin melalui politik matang dan sejahtera yang dilaungkan oleh Pas, bukan melalui celaan, tuduhan, label menghina atau naratif perpecahan yang berterusan.



“Saya menggesa Tan Sri Tuan Guru untuk menilai semula pendekatan komunikasi politiknya lebih selaras dengan nilai nilai Islam,” katanya lagi 







No comments: