BOLEH BUAT KAH.. SEMBANG KENCANG



 Jamzuri Ardani



Saya ingin bertanya secara jujur kepada kamu ... jika ditakdir kamu menjadi MB Selangor, adakah kamu akan mengotakan apa yang kamu tulis dalam status ini. 





Apakah kamu fikir kamu boleh pindah dan bina ladang babi ikut suka kamu berdasar sentimen perkauman sahaja. 


Kamu kata nak letak babi dalam hotel.  Sapa nak keluar duit untuk buat itu semua? Apakah kamu nak guna wang kerajaan? Tanah pula milik siapa? Kamu ingat kamu boleh rampas tanah rakyat sesuka hati untuk buat 'hotel babi' tu. Tak kisah laa ... di Kepong ke ... di Seputeh ke ... apakah kamu fikir kamu boleh buat sebegitu?  Padahal Kepong dan Seputeh itu berada di luar Selangor. Ianya di luar jurisdiksi MB Selangor. 


Itu belum kira lagi syarat-syarat teknikal yang ditetapkan oleh agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar, PBT, LUAS, Jabatan Veterinar, Plan Malaysia, dan lain-lain. Boleh buat ke? Be rational and be fair. 


Kalau kamu sendiri tahu kamu tak mampu buat, tak payahlah memandai nak jadi tukang tunjuk buat itu dan buat ini pada orang lain.


Nak jadi popular mudah. Nak jadi problem solver ... it is a different ball game.




No comments: