✍️ Saiful Nizam
Aku lupa nak post artikel ni.. kes Ford Raptor Nusi ni dari awal memang contoh klasik how things can go very wrong bila kau menggelupur nak backup benda salah.
Ringkas cerita, wanita yang dikaitkan dengan kejadian tular pandu uji kenderaan melibatkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor semasa PKP tahun 2021 akhirnya menang saman di mahkamah. Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh peguam beliau, Faizal Rahman, melalui Facebook.
Mahkamah melalui Hakim Zulhazmi Bin Abdullah, Hakim Sesyen Sivil (1), Butterworth memutuskan bahawa wujud niat jahat dalam kenyataan yang dibuat oleh Afnan Hamimi bersama Defendan ke-2 dan ke-3. Akibatnya, mereka diperintahkan membayar RM115,000 kepada Puan Hanini Siron, selain perlu membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 7 hari dan disiarkan selama 7 hari berturut-turut. Tuntutan terhadap Defendan ke-4 pula ditolak.
Now, let’s be fair for a moment. Afnan Hamimi ni bukan orang sembarangan. Ketua Pemuda PAS, ahli parlimen Alor Setar.. Dia anak kepada tokoh yang sangat hebat dan amat dihormati, khususnya dalam ilmu agama. Nama besar, latar belakang kuat, dan datang dari keluarga yang orang pandang tinggi.
Tapi…
Bila masuk gelanggang politik, nama besar dan latar keluarga tak boleh jadi lesen untuk melemparkan kenyataan tanpa tanggungjawab. Apa yang ditulis, dikongsi dan digerakkan—especially bila melibatkan individu biasa—ada implikasi undang-undang dan kesan emosi yang besar.
Untuk rekod, Faizal Rahman sebelum ini menjelaskan saman ini dibuat sebagai tuntutan ganti rugi atas buli siber, penghinaan, nama baik tercemar, tekanan emosi, serta pencerobohan data peribadi dan privasi yang dialami anak guamnya.
Semua ini berpunca daripada naratif dan fitnah yang berlegar luas di media sosial ketika kes ini sedang panas dulu.
Akhirnya, Afnan Hamimi, Ahli Parlimen Alor Setar dari PAS, bersama dua lagi defendan kalah kes saman fitnah ini.
Dan aku nak tanya satu soalan je—
kenapa la ramai sangat Lebai PAS ni kalah saman fitnah ya?
Tanya je. Jangan koyak.
Moral of the story?
Fitnah bukan isu kecil. Tak kira anak siapa, ustaz ke, politician ke, influencer ke—kalau salah, mahkamah tetap jadi penentu. Kini keputusan dah dibuat.
Yang tinggal sekarang cuma satu soalan:
Adakah kita nak belajar daripada kes ni, atau ulang kesilapan yang sama?
#RakyatBijak
No comments:
Post a Comment