PM umum pembaharuan menerusi Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035


 

Pembaharuan dalam sistem pendidikan telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika majlis peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035.

“Mulai tahun ini ujian penilaian darjah empat sekolah rendah akan dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia,” kata beliau.

Ujian tersebut akan melibatkan empat matapelajaran – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.


“Maknanya kita buat penilaian dan kita mahu darjah lima darjah enam kita perbaiki dan letakkan anak-anak supaya diberikan ruang memperbaiki (diri) dalam tempoh dua tahun sebelum masuk ke tingkatan satu,” tambahnya.


Selain itu, Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga untuk lima mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah akan bermula pada 2027.


“Kedua-dua pengukuran ini akan ditadbir oleh Lembaga Peperiksaan secara berpusat.


Selain itu, Anwar turut mengumumkan tahun depan prasekolah bermula pada usia lima tahun dan Tahun 1 bagi kanak-kanak enam tahun.


“Untuk tahun 2027 kita belum bersedia mewajibkan kerana mungkin ada ibu bapa yang rasa anak-anaknya belum bersedia.


“Kita masih tetapkan boleh masuk darjah satu ketika tujuh tahun, tetapi kita galakkan ibu bapa yang bersedia dari sekarang (agar) boleh masukkan anak-anak berusia lima tahun ke prasekolah, dan seluruh sistem presekolah kita minta Kementerian Pendidikan Malaysia selaraskan,” katanya.


Kementerian Pendidikan Tinggi pula akan mengambil alih keseluruhan sistem prauniversiti, tingkatan enam dan matrikulasi bermula tahun depan.





No comments: