ADA DUIT BELI KETA.....PERANGAI MELAYU


 

TEDIA AIHHH


 


ORANG DOK KATA ..NAK MUNDUR PILIH PAS


 

POOODAH...SEMBANG LA HANG. ORANG LOQ SETAQ. KATA MUKA TAK PERNAH NAMPAK PUN..


 

KEH KEH KEH


 

KELANTAN KENA TIRU SABAH DALAM MENUNTUT HAK ROYALTI


Che Ibrahim









Jika Pas yakin bahawa Kelantan berhak mendapat royalti minyak melalui Perjanjian Carigali Petroleum 1975, Kerajaan Kelantan hendaklah menuntut hak tersebut melalui mahkamah. 


Soal masa dan kos tidak berbangkit kerana amat berbaloi dengan apa yang bakal dapat seperti apa yang telah berlaku kepada Sabah selepas 60 tahun menanti.


Cuma ambo yakin Pas sendiri tidak yakin Kelantan berhak mendapat royalti petroleum kerana tidak ada telaga minyak yang diusahakan di perairan Kelantan. Yang ada hanya pertikaian istilah 3 batu nautika yang ditafsirkan mengikut selera masing masing. 


Semoga apa yang berlaku di Sabah menjadi perangsang kepada Pas untuk menuntut hak royalti petroleum, bukan sekadar bermain retorik puluhan tahun, rakyat terus digula gulakan dengan isu royalti sebagai bahan untuk menanam kebencian kepada musuh politik Pas.




PENGORBANAN ABANG DIHARGAI

 Skodeng Kreq


Di Thailand, sebuah majlis graduasi menjadi tumpuan ramai apabila seorang gadis bernama Ying Chanita, 27 tahun, melakukan sesuatu yang menyentuh hati semua yang hadir.




Ketika ramai pelajar meraikan kejayaan mereka sendiri, Ying memilih untuk menghargai insan yang paling berjasa dalam hidupnya iaitu abangnya sendiri.


Beberapa tahun lalu, keluarga mereka hidup dalam kesempitan. Wang yang ada hanya cukup untuk seorang anak meneruskan pelajaran.


Tanpa berfikir panjang, abang Ying membuat keputusan untuk berhenti sekolah supaya adiknya dapat belajar sehingga ke universiti.


Keputusan itu bukan mudah, namun dia sanggup bekerja kεras demi melihat adiknya berjaya.


Pada hari graduasi, Ying tidak dapat menahan sebak. Di hadapan ratusan orang, dia menang*galkan jubah konvokesyennya dan menyarungkannya ke bahu abangnya.


Dengan linangan air mata, dia kemudian berlutüt di hadapan lelaki yang telah meng0rbankan segalanya untuk masa depannya.


Suasana dewan ketika itu menjadi hening, ramai yang turut mengesat air mata menyaksikan detik penuh kasih sayang itu.


Bagi Ying, kejayaan yang dicapai bukan miliknya seorang tetapi milik abangnya juga.


Kredit : Xfiles



DUA TUMPUAN UTAMA PRN SABAH, 596 CALON SAH BERTANDING





 



15 November 2025


Kempen PRN Sabah bermula secara rasmi hari ini berikutan berakhirnya proses penamaan calon sebelum tengahari tadi.


Kesemua 73 kerusi DUN di negeri itu menyaksikan berlaku pertandingan dengan paling banyak ialah 14 penjuru iaitu di DUN Tulid.


Tiada pertandingan dua penjuru berlaku di mana paling sedikit berlaku pertembungan calon yang bertanding ialah 4 penjuru.


24 parti disahkan bertanding, termasuk calon-calon Bebas dan jumlah keseluruhan calon yang bertanding ialah seramai 596 orang.


Sementara Warisan mencatat rekod sebagai parti yang paling banyak meletakkan calon iaitu kesemua 73 kerusi, tetapi calon Bebas mencatatkan jumlah paling ramai sekali yang bertanding.


Dicatatkan seramai 74 calon Bebas bertanding pada PRN Sabah ke-17 kali ini.


Sekurang-kurangnya dua perkara menjadi tumpuan dan dinanti-nantikan pada PRN Sabah ini yang pengundiannya akan berlangsung pada 29 November depan:-


Pertama, parti manakah yang mampu memenangi paling banyak kerusi untuk menubuhkan kerajaan baharu nanti?


Mampukah mana-mana parti secara sendirian minima menang 37 kerusi bagi membolehkan mereka menubuhkan kerajaan secara sendirian atau apakah nanti akan berlaku penggabungan beberapa parti lantaran tiada yang mampu memenangi jumlah kerusi yang signifikan?


Berulang lagikah episod lompat-melompat parti selepas 29 November nanti?


Mampukah juga GRS yang sebelum ini merupakan kerajaan bersama PH mengekalkan kuasa mereka?


Ataukah Warisan lebih berpotensi menjadi kerajaan baharu?


Bagi UMNO dan BN pula, berpeluangkah mereka membuat kejutan dan kembali sebagai kerajaan?


Tumpuan kedua kali ini ialah sejauh manakah parti-parti lokal berjaya mendapat tempat di hati pengundi bersama slogan “Sabah For Sabahan” dan “Sabah First” yang agak menggegar sejak bahang PRN bermula?


Dalam ledakan gelombang “Sabah For Sabahan” dan “Sabah First” itu, apa pula nasib parti-parti daripada Semenanjung?


Paling dinantikan tentunya juga ialah berapakah jumlah kerusi yang bakal dimenangi oleh PKR/PH dan UMNO/BN kali ini?


Kemampuan memenangi kerusi oleh kedua-dua parti itu lebih menarik untuk dinanti kerana mereka adalah parti Semenanjung yang membentuk kerajaan di peringkat pusat.


Jika parti kerajaan seperti PKR dan UMNO tidak berjaya memenangi banyak kerusi, sebaliknya parti lokal yang tiada kaitan dengan parti Semenanjung lebih diberi sokongan, ia dengan jelas memperlihatkan isu-isu hak Sabah telah berjaya mempengaruhi sentimen pengundi.


Bergegar dan makin tegangkah hubungan Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu jika dominasi kerusi dimenangi parti-parti lokal?


Berbeza dengan parti Semenanjung lain seperti Bersatu dan Pas, ia tidak begitu menarik untuk ditunggu keputusannya kerana kedua-duanya bukan parti blok kerajaan.


Tidak menang banyak kerusi adalah lumrah, tetapi jika ada kejutan mampu berlaku, banyak perkara harus difikirkan selepas ini.


Yang pasti, tempoh dua minggu daripada sekarang iaitu sehingga hari pengundian pada 29 November akan datang, suhu politik Sabah akan terus panas, berapi-api dan menjadi kerugian jika diabaikan tumpuan. – ShahbudinHusin 15November2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/11/dua-tumpuan-utama-prn-sabah-596-calon-bertanding/



PAS KINI JADI MASALAH KEMPEN PN DI SABAH.






“Exco Roti Gardenia. PALUI. Malukan diri sendiri.” - Ronald Kiandee, Pengerusi BERKECAI PN Sabah.


Exco PAS Kedah jadi punca PAS/ PN bakal kalah di PRN Sabah


Ada logo baru Pas di Sabah🤣



MEMANG LAMA TAK NAIK CUKAI. TAPI PENDAPATAN PUN TAK DICARI.

 


BUKA MULUT JA MUHONG

 


MENJADI HEEO MENJELANG PILIHANRAYA.


 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir segelintir bekas pemimpin yang kini muncul sebagai ‘hero rakyat’ menjelang PRN Sabah, sedangkan ketika berkuasa dahulu mereka gagal melaksanakan tanggungjawab.






Katanya, ramai yang kini galak menuding jari, tetapi tidak bertindak semasa diberi kuasa. Beliau menegaskan kuasa bukan untuk memenuhi kepentingan diri dan keluarga, sebaliknya wajib digunakan untuk membela rakyat.


Anwar turut memaklumkan Kerajaan Persekutuan terus memberikan perhatian kepada pembangunan Sabah, termasuk peruntukan tertinggi dalam sejarah – RM6.9 bilion untuk Belanjawan 2026, serta pemberian khas interim RM600 juta di bawah MA63.


Beliau menyeru pengundi menilai rekod dan keikhlasan pemimpin, bukan hanya janji ketika pilihan raya.


Sumber: Awani



TAK DAPAT KUASA ,BIAR NEGARA MELINGKUP


  •  

KENA KAT BANGSA LAIN HANHPA DIAM


 

PAS KINI DIAM. MULA DIA SOKONG MEZAH..BILA GINI...PAS DIAM..ALMAKLUM..PARTI BERMUKA MUKA...

 BERSATU: Retak Menunggu Belah



Apa yang berlaku dalam BERSATU kini bukan sekadar isu pertemuan biasa, tapi cerminan kepada krisis kepercayaan dan pergelutan kuasa yang semakin parah. Surat rasmi bertarikh 18 November 2025, dikeluarkan oleh Pejabat Urus Setia Bekas Perdana Menteri Kelapan, menjemput semua Ahli Parlimen BERSATU ke kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara.






SEMUA AHLI POLITIK PERNAH MENJADI KERAJAAN. PILIJLAH YANG MAMPU MEMBELA NASIB RAKYAT



 

NOHHHHH


 

BUANG JAA KERJA


 

BUDAK PAS YANG TIADA ADAB DAN TIDAK KENANG JASA


Syam Ghaz



 Budak2 Pas yang tak tahu hargai jasa orang dan suka “gelar” “label” macam2 kepada lawan dia, tujuan takda benda lain nak buruk dan jatuhkan imej lawan.






Langsung tak bawa akhlak sebagai pengikut parti Islam.


Cuba tengok komen dia, duk label Pengerusi MADA, Datuk Dato Dr Ismail Salleh sebagai “Mail Kepala Paip”


Dia tak tahu ke Dato Dr Ismail lah yang berjaya bantu beratus buah rumah yang takda air yang tak boleh dibekalkan oleh Kerajaan Negeri, dengan cari bajet RM1.5 juta untuk buat sistem air tandak hingga air disalurkan ke semua rumah rumah berberapa buah kampung tu.


Kg tu takda air sejak dari Merdeka hingga diselesaikan. Bertapa banyak jasa dan pertolongan dia, sampai sekarang jika tanya penduduk kg tu berterima kasih pada Dato Dr Ismail.


Budak Pas tak berberapa cerdik dan tak tahu asal usul cerita je nak “gelar” kat orang.




NOHHH....MATI ORANG PENANG....SEBENARNYA PROSES MENGAMBIL AIR DARI SG KERIAN TELAH LAMA DIJALANKAN.


Che Ibrahim.


 Tuntutan/saman Kedah ke atas Pulau Pinang akan dimulakan serentak dengan kambus Sungai Muda. 


- cif un






INFAQ DEMI TAR SENIK


Norshidah Md Daud



 Harini dah 14hb...





Kena bayar 20hb...


Infaqla korank semua demi keterangan kubur kelak


Jgn nnt menyinggah kt kubur hakak lak sebab kubur korang gelap


Hakak ni kt dunia pun kedekut, alam kubur pun sama


Sorry ehhh nak menumpang cahaya dalam kubur nanti


P infaq sekarang





UPKO LONJAKKAN LAGI SENTIMEN SABAH FIRST, DIJANGKA MAMPU MENANG BANYAK KERUSI



11 November 2025


Semalam, Perdana Menteri menyifatkan tindakan Presiden Upko, Ewon Benedick meletakkan jawatan menteri sebagai keputusan terburu-buru.


Ini kerana menurut Anwar Ibrahim, kerajaan masih belum membuat keputusan sama ada mahu merayu atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai isu pemulangan 40 peratus hasil negeri Sabah.


“Ewon sepatutnya meneliti perkara itu terlebih dahulu.


“Sebagai pemimpin, kita tak boleh terburu-buru. Kita kena dengar dulu dan mesti tahu juga perlembagaan serta proses yang  mesti dilalui,” ujarnya.


Katanya lagi, kabinet akan memutuskan hari ini  sama ada untuk membuat rayuan atau tidak terhadap keputusan mahkamah itu.


Serentak itu, Anwar juga berkata, beliau secara peribadi  lebih cenderung agar kerajaan tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi itu.


Adakah Ewon terburu-buru?


Meskipun dengan kenyataan Anwar itu, selain Ewon tetap tidak berganjak daripada keputusan meletakkan jawatan, ketetapan mesyuarat Upko petang semalam turut memutuskan untuk parti itu keluar meninggalkan PH secara serta merta.


Bermakna, PH kini bukan saja kehilangan satu anggota komponennya, bahkan PH Sabah yang sedang berdepan PRN Negeri, 29 November depan juga kehilangan penerajunya.


Ia berikutan Ewon yang merupakan Ahli Parlimen Penampang dan Adun Kadamaian adalah Pengerusi PH Sabah  ketika ini.


Berdasarkan tindakan Ewon meletakkan jawatan dan kemudian membawa Upko yang diterajuinya keluar PH, ia sebenarnya bukanlah keputusan terburu-buru.


Sebaliknya kerana beliau meletakkan jawatan itulah yang membuatkan Anwar bersuara berkenaan pandangan peribadinya serta segera menentukan sama ada kerajaan mahu merayu atau tidak keputusan mahkamah itu diputuskan oleh mesyuarat kabinet pada hari ini.


Jika Ewon tidak meletakkan jawatan, mungkin sampai sekarang tiada apa-apa respon daripada kerajaan berhubung keputusan mahkamah berkaitan 40 peratus hasil Sabah itu.


Hakikatnya, tindakan Ewon meletakkan jawatan telah memberi kesan yang besar kepada isu pemulangan 40 peratus hasil Sabah itu.


Keputusan Upko keluar PH pula pasti mendatangkan kesan yang lebih besar lagi. 


Bermakna, jika kabinet hari ini memutuskan untuk merayu dan mengabaikan pandangan peribadi Anwar supaya rayuan tidak dilakukan, risiko lebih besar bakal menimpa parti-parti Semenanjung dalam PRN Sabah nanti.


Dalam hal ini, dengan keputusan Upko keluar PH, peluang parti itu memenangi lebih banyak kerusi pada 29 November depan adalah amat cerah.


Upko sebelum ini dilaporkan mahu bertanding lima kerusi Dun, tetapi selepas kedudukannya yang bebas daripada PH sekarang, besar kemungkinan mereka akan bertanding lebih banyak kerusi lagi.


Kalau pun lima kerusi ditandingi, jangan terkejut jika Upko mampu menang kesemua kerusi ditandinginya.


Di mata pengundi Sabah, Ewon dan Upko dengan slogan “Sabah First” adalah hero yang dinanti-nantikan. – ShahbudinHusin 11November2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/11/upko-lonjakkan-lagi-sentimen-sabah-first-dijangka-mampu-menang-banyak-kerusi/





NOH

 


WOIII BHAI..MASA PENJELASAN PMQT MUKA KO TAK NAMPAK ATAU KO TAK HADIR TANYA ?

 MSO


Kesian dia ni macam ayam nak jadi itik pandai berkokok tetapi tak pandai berenang. Setiap kali berkokok ekor gelumang tahi. Trims.



MUNAFIKUN


Ahmad Mursi


 Pemimpin PAS dan walaun, kerap kali baca hadith 'tanda orang Munafik ada 3' dan tuju pada PMX... bila pemimpin mereka menipu dan mungkir janji, tak baca pula Hadith yang sama..





DAP JUGA SALAH

 

ISWARDY 


Pusing pusing kutuk orang sabah akhirnya DAP yang salah. Kalau agama pun dia boleh putar, ini kan pulak roti gardenia. Inilah Islam versi PN. bukannya dia nak mintak maaf.




KUALA KETIL TU...TEMPAT JIN BERTENDANG JA....MALAM PUKOI 10 LEMBU DOK ATAIH JALAN...




 𝗟𝗲𝗯𝗮𝗶 memang sejenis makhluk yang 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗿 𝗱𝗶𝗿𝗶. Dia hina orang lain konon 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 padahal dialah yang sebenarnya 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗸𝗮𝗻.


𝗘𝘅𝗰𝗼 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 ni memperlekehkan rakyat Sabah. Bukan setakat sebab dia cakap kempen dia Sabah tu cukup dengan beri 𝗿𝗼𝘁𝗶 𝗚𝗮𝗿𝗱𝗲𝗻𝗶𝗮 je.


Tapi dia anggap orang Sabah sebagai 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 ibarat 𝗸𝗮𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗺𝗽𝘂𝗿𝘂𝗻𝗴. Dia anggap seolah-olahnya rakyat Sabah tak peduli perkembangan semasa.


Tapi demikianlah lebai. Dulu 𝙘𝙝𝙞𝙚𝙛 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 pun pernah kata 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗰𝗮𝘄𝗮𝘁. Memang sifat lebai suka pandang randah orang lain.


Hakikatnya?


Hakikatnya yang bodoh itu lebai. Yang tak ambil tahu perkembangan semasa pun lebai. Contohnya baru ni Adun PAS 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗸𝗮𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝗻 2026.


Itu lebai kenit. Yang lebai nombor 2 pun sama. Suruh kerajaan Pahang 𝘁𝗶𝗿𝘂 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂 untuk buat 𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗸𝗲𝗰𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮𝗻 padahal kerajaan Pahang dah terlebih dahulu buat dan nilainya 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶.


Tak malu ke lebai? Kenapa jadi begini? 


Sebab lebai tengok orang dari 𝗰𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗰𝗲𝗹𝗮. Jadi dia nampak semua orang kotor. Padahal yang paling kotor adalah cerminnya sendiri.


Jadi 𝗣𝗥𝗡 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 ni lebai akan bawa roti Gardenia la kan ke sana? Jangan nanti ada video walaun Sabah kena bersumpah 𝙬𝙖𝙡𝙡𝙖𝙝𝙞 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗣𝗔𝗦 masa nak ambik roti Gardenia pulak. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KENYATAAN AKHBAR YANG BERHORMAT YOUNG SYEFURA OTHMAN, AHLI PARLIMEN BENTONG





Isu Caj Jalan Persendirian Genting di Laluan Masuk dari Lebuhraya Karak dan Batang Kali.


Saya mengambil maklum tentang keputusan Genting Malaysia untuk mengenakan kadar Caj Jalan Persendirian di laluan masuk ke kawasan Genting daripada arah lebuhraya Karak serta laluan masuk dari arah Batangkali. 


Untuk makluman semua, laluan jalan Genting sepanjang 24km itu disahkan oleh Kementerian Kerja Raya sebagai jalan persendirian dan bukan jalan persekutuan. Sejak 1960-an lagi, penyelenggaran jalan, cerun serta kerja-kerja mitigasi bencana sepanjang laluan tersebut telah ditanggung kosnya dan dibuat oleh pihak Genting Malaysia bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna.


Pembinaan struktur kutipan Caj Jalan Persendirian yang dibuat bukan dibawah bidang kuasa Lembaga Lebuhraya Malaysia kerana diatas tanah persendirian. Walaubagaimanapun, spesifikasi pembinaan dan Kebenaran Merancang (KM) telah pun mendapat kelulusan pihak Majlis Perbandaran Bentong.


Hasil perbincangan dengan pihak Genting Malaysia, saya memahami keputusan berkenaan kewajaran kutipan Caj Jalan Persendirian. Namun sebagai wakil rakyat, saya juga mencadangkan beberapa perkara kepada pihak Genting Malaysia untuk pertimbangan :


1. Memastikan kadar kutipan Caj Jalan Persendirian yang munasabah dan tidak membebankan pengguna


2. Memastikan mekanisme kutipan bayaran yang efisyen dan tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas yang berganda


3. Memberikan pengecualian khas atau diskaun Caj Jalan Persendirian sekurang-kurangnya kepada penduduk, pekerja serta mereka yang mempunyai anak yang bersekolah di Genting.


4. Memastikan pantauan dan penyelenggaran berterusan keadaan jalan dan cerun di sepanjang laluan jalan Genting secara berkala. 


Oleh itu, saya berharap agar semua pihak mendapat penjelasan yang jelas demi keselamatan dan keselesaan pengunjung dan pengguna jalan ke Genting. Saya akan berterusan mengadakan perbincangan dengan pihak Genting Malaysia bagi memastikan pelaksanaannya dibuat dengan baik dan tidak menjejaskan penduduk.


Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, pusat peranginan Genting Highland merupakan kawasan popular yang akan menerima jumlah pengunjung yang sangat ramai. Oleh itu, saya mendukung sebarang usaha dan kerjasama untuk memastikan keadaan jalan dan cerun di tanah tinggi Genting agar sentiasa berada dalam keadaan yang selamat.


14 November 2025.


#BentongKita



SEDIH TAR SENIK

 

Norshidah Md Daud


Korank...






Teresak2 akak menangis arini lepas dapat berita ni...


Betapa berat mata kita memandang, lg berat bahu Mokhtar anak lelaki Senik memikul smpai rendang bahu dia...


Ada rakan hakak p check senarai kenderaan milik binatang ni beserta road tax & insuran


Rupanya kehulu kehilir road tax insuran mampos dah 


Bab motosikal tu akak mmg x penah skodeng & xtau kewujudannya

Tp Merc, BYD & Peugeot tu akak biasa nmpk atas jalan


Lainkali kalau x mampu jgn pakai kenderaan byk2

Pakai kelisa 2nd hand je mcm hakak, xyah nk mengemis 

X pun naik unta je

Xyah road tax & insuran


Selain kenderaan yg dinyatakan ni, binatang ni ada gak keta Honda (biasanya bini no 2 dia bawak) Hellfire, & Estima model lama.  

Maybe berdaftar atas nama bini dia


Mana la nk pikir sara bini smpai 3 ekor, anak berbelas2, bil letrik smpai berbelas ribu

Road tax insuran keta lg...


Sedih kan korank...


Jom kita nangis sama2


Mekaseh informer. Nnt Puan Awie Noraliza Binti Ali bagi training sebelum boleh diserapkan dalam Lajnah 😆



AHLI PARLIMEN SELATAN THAI PERTAHAN PM ANWAR

 


KOTA KINABALU TU BESAQ DARI ALOQ SETAQ.....HANG NAK KATA APA KE SABAH

 


MASA UMUM KEMAIN. BILA TAK DAK PUSING LAIN...BUKA MULUT JA MUHONG.


 

WARISAN DAN PN KEMUNGKINAN BERGABUNG JIKA MENANG BANYAK KERUSI


 

PKR PUN KAKI KUTIP SAMPAH KENA BUANG JUGA

 

PATUT TERUK KEDAH...ADA ADUN PUN BENGGONG...LAAA...

 


PARTI MUNAFIK... SOH DAFTAR TAK. MAU.. PEKUDA ANAK ANAK MELAYU JADI PECACAI



 Time suruh daftar atau apa apa keperluan kepatuhan kepada dasar pendidikan, Pas kata Pasti bukan sekolah persendirian, tetapi satu aktiviti Parti. 


Semenjak bila pula aktiviti parti kena dibantu oleh Kerajaaan??








NAiK NAMA NEGARA PUN KENA KECAM... JENIS TAK SEDAR DIRI


 

APA BARANG... MELAYU PUNYA KERJA...


 

APA PUNYA PENGOTOR


 

GADUH SAMA SENDIRI ANGKARA ROTI GARDENIA.

 

Harun Syah


Roti Gardenia Dah Bergaduh Sesama Sendiri Haha




MEZAH PULAK KENA GAME... BERSATU KIOK.

 

Hahahaha... 


Maklumat sahih... Semua MP BERSATU akan diarahkan menandatangani SD menolak Hamzah Zainuddin dan menyokong pimpinan yang direstui oleh Presiden BERSATU..





PREMIUM TANAH DAN CUKAI TANAH NAIK... KESIAN ANAK MUDA


 

KENA KELUAR SABAH KATANYA.


 RMS


Difahamkan semua pemimpin PAS yang datang ke Sabah diarahkan meninggalkan Sabah dengan segera untuk mengelak kejadian tidak diingini..




TUMPUKAN SAHAJA KERJAYA MUZIK. TAK YAH PERLI. PAKAI KETA MAHAI BANYAK LA KENA ISI MINYAK.

Sahabat Anwar. 


 Tanya soalan mengundang Kontroversi lepas tu pembenci Kerajaan Perpaduan pun masuk  komen tumpu je la kerjaya Muzik kau tu tak payah nak sibuk perli2 memang harga minyak naik tapi yang Ada IC dengan lesen memandu layak dapat Subsidi RM1.99




‘Langkah Kinabalu 2.0 antara Umno dan Warisan telah dimulakan’


 

Keputusan Umno Sabah untuk tidak meletakkan calon menentang Parti Warisan di Semporna pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang menunjukkan bahawa Langkah Kinabalu 2.0 telah dimulakan.

Pengerusi STAR Sabah Bahagian Kepayan, Bernard A. Logijin, sependapat dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas, James Ligunjang, bahawa kedua-dua parti tersebut sekali lagi bekerjasama untuk membentuk kerajaan Sabah yang baharu.

Langkah Kinabalu, yang melibatkan kedua-dua parti itu, sebelum ini gagal menumbangkan kerajaan GRS-PH pimpinan Ketua Menteri sementara, Datuk Seri Hajiji Noor.

Bernard berkata, dakwaan Warisan baru-baru ini bahawa mereka akan bergerak secara solo untuk membentuk kerajaan Sabah yang terdiri daripada parti-parti tempatan semata-mata kini kelihatan hanyalah retorik politik kosong untuk memancing undi.

Sehubungan itu, Bernard menasihatkan para pengundi supaya tidak terpedaya dengan Umno Sabah dan Warisan.

“Saya percaya versi 2.0 akan menghadapi nasib yang sama kerana para pengundi kini lebih matang, bijak dan berani membuat perubahan besar bagi melindungi kepentingan serta hak diri mereka dan generasi akan datang,” katanya, lapor Daily Express.

Dalam perkembangan berkaitan timbalan ketua pegawai eksekutif AirAsia Aviation Group Datuk Kapten Chester Voo diura-urakan akan menyertai Warisan.






HARI INI DALAM SEJARAH BUAT SANUSI. KIOK

 


Apa asas UMNO untuk terima kembali Khairy Jamaluddin?


 


Pengarah komunikasi UMNO Datuk Lokman Noor Adam mempersoalkan asas untuk menerima kembali mantan ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam keadaan di mana Khairy tidak meminta maaf mahupun menulis surat kepada UMNO.


“Kita tak sepatutnya bincang perkara ini. Dia tak yakin dengan Bersatu dan Pas.


“Ego dia, dia tak nak rayu.


“Dia punca ramai kawan kita kalah.

“Sekurang-kurangnya dia perlu mohon maaf atau tulis surat.”


Empat hari lalu, Khairy berteka – teki dengan media berhubung spekulasi bahawa beliau akan kembali kepada Umno


Khairy telah dipecat dari Umno susulan serangan yang dibuatnya terhadap presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa kempen pilihan raya umum ke-15 pada 2023.


Ada ura-ura mengatakan bahawa Khairy akan ditawarkan bertanding di kerusi parlimen Kepala Batas yang pernah diwakili bapa mertuanya.





Isu subsidi petrol kepada warga asing: Ini status siasatan SKMM melibatkan Mahiaddin


 

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyatakan bahawa siasatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) masih berterusan berhubung kandungan video melibatkan kenyataan Tan Sri Mahiaddin Yassin (PN-Pagoh).


“SKMM telah menerima satu laporan daripada orang awam berkaitan kandungan yang melibatkan Ahli Parlimen Pagoh berhubung isu subsidi petrol kepada warga asing.


“Buat masa ini, siasatan tersebut masih dijalankan selaras dengan peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan belum dimuktamadkan.”


Fahmi berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang meminta status siasatan SKMM berkaitan tuduhan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Mahiaddin berhubung isu subsidi petrol kepada warga asing.



Kerjasama Erat Pelbagai Pihak Cerminan Prestasi Positif Negara – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025 di Putrajaya pada 12 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 12 Nov – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan prestasi negara yang kini menunjukkan perkembangan positif mencerminkan kerjasama erat dan efektif antara pimpinan politik serta penjawat awam, disokong oleh kestabilan politik dan pelaksanaan dasar yang berkesan.

Perdana Menteri berkata, pencapaian tersebut bukan sesuatu yang mudah dicapai memandangkan saiz ekonomi dan penduduk Malaysia yang sederhana.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025 di Putrajaya pada 12 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Malah ujarnya, prestasi berkenaan turut menyaksikan pelaburan bertambah, prestasi ringgit semakin meningkat serta taraf hidup rakyat lebih baik.

“Kita bersyukur kepada Allah SWT, bahawa kesemua angka dan data terakhir sangat membanggakan, menyaksikan nilai pelaburan tertinggi, kadar pengangguran rendah, ringgit semakin kukuh, dan prestasi ekonomi terbaik di Asia,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025 di Putrajaya pada 12 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Bagaimanapun, beliau mengingatkan penjawat awam supaya terus memperbaiki mutu perkhidmatan dan berusaha melampaui pencapaian sedia ada.

“Soalnya ialah kesatuan dan pentadbiran kita serta cabarannya. Bayangkan jika setengah juta penjawat awam bangkit dengan semangat baharu, kita bukan sekadar menyelamatkan, tetapi berusaha memastikan Malaysia terus muncul sebagai negara kompetitif yang hebat,” jelas beliau lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025 di Putrajaya pada 12 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Perdana Menteri turut menzahirkan kebanggaannya terhadap pasukan penjawat awam dan menyeru semua pihak untuk mengekalkan semangat kerjasama demi pembangunan negara, keluarga, dan kesejahteraan rakyat.

“Saya bangga bekerja dengan pasukan penjawat awam kerana kesungguhan mereka telah menjadikan negara dan keluarga kita lebih baik daripada sekarang. Memang tidak mudah kerana setiap hari kita akan berdepan masalah baharu, namun pencapaian ini cukup meyakinkan,” tambah beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025 di Putrajaya pada 12 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar berkata demikian dalam ucapan bersempena Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025 di sini.