PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAB!!! Ini senarai kebiadaban MCA terhadap Islam. UMNO buat apa?





PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAB!!!

Ini senarai kebiadaban MCA terhadap Islam. UMNO buat apa?

1. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sejak kebelakangan ini dilihat begitu ketara mempamerkan sikap prejudis terhadap Islam dan syariatnya. Lebih malang, UMNO sebagai parti sekutunya pula kelihatan tidak bertindak bagi mempertahankan kesucian Islam mahupun mengambil tindakan tegas ke atas Presiden MCA tersebut.

2. Antara sikap prejudis Presiden MCA terhadap Islam ialah :

• Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.

• Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki yang bukan mahram dari bersentuhan.

• Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.

• Mengaitkan Islam sebagai punca kepada negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipalit rasuah dan lain-lain lagi.

3. Semasa Berkempen dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Presiden MCA pernah menyebut :

• “What’s so great about knowing Muslim values?”

“Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?”

4. Presiden MCA, Chua Soi Lek. Dalam ucapannya pada satu majlis di sebuah Tokong cina di Dun Tenang, Labis, Johor.

• “Normala will not come here to Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accepts this kind of Islamis value, go ahead and vote for PAS”

“Normala tidak akan datang ke Kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala) seperti Isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS”

5. Sebelum ini, pada 6 Ogos 2010 di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star Dr Chua telah mendakwa bahawa Umno dan PAS menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing. Dr Chua mendakwa bahawa kesannya akan wujudlah dasar yang tidak progresif lalu menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.(tidak maju)

6. Akhbar MCA Hina Islam: “Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan” The Star.

7. “MCA sedia keluar BN jika HUDUD dilaksanakan”- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011. Keesokkan harinya pula pada 24 September Datuk Seri Najib mengeluarkan kenyataan berikut untuk menjaga hati MCA : “Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti”

8. Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai tegas menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor . Penegasan dibuat kepada ahli-ahli MCA pada Konvensyen MCA Negeri Selangor bertarikh 18 Ogos 2012

9. Ng Kiam Nam seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA membantah laungan azan yang berkumandang di Masjid Khadijah Pantai Dalam. Kononnya azan itu dengan suara yang kuat Lalu JAWI mengarahkan masjid perlahankan Azan.

10. Pada 16 Januari 2012- Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat - tempat hiburan yang terlibat dgn arak. Katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. (sedangkan Kerajaan Selangor berusaha dapatkan pekerjaan alternatif kepada orang Islam yang sedang bekerja di premis arak)

11. Bekas ADUN MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng telah menulis dalam Twitternya bahawa negara Islam seperti dicanangkan oleh PAS akan mengharamkan semua agama. Katanya, "Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya takut akan negara Islam daripada perkara yang lain. Mengapa DAP menolong PAS mencapai tujuan itu." soal Lee kepada penyokong DAP. Katanya lagi "Salah satu Perintah Tuhan ialah menentang negara Islam.

12. The Star [ Akhbar MCA ] adalah antara akhbar yang kerap mempersendakan Islam. Sebagai contoh :

• Pertama ialah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.

• Kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan. (The Star pada 10 Ogos 2011. Di bawah tajuk tersebut ada ditulis penerangan iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds".)

• Ketiga penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.

13. Terkini Pengerusi MCA Negeri Kedah Datuk Chong Itt Chew mempertikai dan memperkecil usaha Majlis Bandaraya Alor Star memperkenalkan Kod Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non muslim.

14. Sekali lagi, apa yang malang ialah sikap membisu sejuta bahasa oleh UMNO sebagai sekutu rapat MCA dalam Barisan Nasional berdepan sikap pemimpin MCA yang konsisten memperlekeh dan mempersenda Islam dan syariatnya.

Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Salam Perjuangan dari ~ Aku Pejuang IsLam ~ [ API ]

 

KEH..KEH....TUUU DIAAAA NEGERI MANA NEH....


 

NAK PILIH MUDA NI SEBAB APA...KALAU NAK SURUH MUDA LAWAN TEMPAT UMNO DIPERSILAKAN




Ini baru cakap pemimpin yang bijak dan berakal. Yang faham kehendak ahli akar umbi. Bukan jenis syok sendiri dan sombong dengan pandangan akar umbi macam sesetengah yang senior.

MUDA langsung tak punya nilai tambah. Malah boleh jadi liabiliti buat PH kerana presidennya kini sedang berhadapan dengan tuduhan seleweng yang mana kesnya agak kukuh.

Kita perlukan lebih ramai pemimpin bijak dan tegas seperti ini untuk bersuara. Usah risau, PH tak perlu MUDA. Malah MUDA yang akan mati kalau tanpa PH (https://bit.ly/3Ls8Umt). Guane boh?

Raja Gelap

.

 

PAK LONG MAIL- PENANG BUKAN MACAM PAHANG....MAJU 30 TAHUN KE DEPAN KOTTT

 

PM langsung tak faham jiwa kami oghang Penang.

Mai saya habaq:

- Pertama, oghang Pulau Pinang tak sanggup terima parti kleptokrat. Dulu Najib sampai bawa artis Korea Psy konon nak tawan hati oghang Penang, tapi kami bukan mudah dibeli dengan janji roti capati.

- Kedua, oghang Pulau Pinang tak akan lupa ‘jasa’ BN sabotaj negeri kami dalam 2 tahun dengan membatalkan projek-projek penting seperti naiktaraf Penang International Airport bernilai RM800 juta, projek kereta kabel Bukit Bendera bernilai RM100 juta, jaminan pinjaman untuk bina LRT dan sebagainya. Lepaih tu BN pula pura-pura dok tanya "mana LRT?" Hipokrit!

- Ketiga, oghang Pulau Pinang menolak parti-parti pengkhianat yang terlibat dalam Langkah Sheraton yang jahat mencuri mandat rakyat.

- Keempat, oghang Pulau Pinang tidak akan menerima kerajaan gagal yang menyebabkan angka kematian tinggi semasa pandemik Covid-19, serta gagal mengurus ekonomi. Kesan kerajaan gagal ini, masih dirasai sehingga kini.

- Kelima, oghang Pulau Pinang tidak akan menerima parti politik sempit yang hanya menjaga kaum kerabat sendiri. Sebagai negeri berbilang bangsa kami menolak rasisme, ekstremisme agama dan mendukung kemajmukan yang menjadi tunggak kemajuan negeri kami.

Cukuplah Ismail Sabri, jangan buat ranjau kat sini.


 




MACAI JANGAN GELABAH

 

Kenyataan rasmi Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah. Berdasarkan posting di FB nya, Dr. Noor Hisham ini adalah seorang penyokong tegar Najib. Rasanya tak mungkin Najib dianiaya oleh penyokongnya sendiri. Jadi chaijib tolong jangan terlebih risau. Guane boh?

Raja Gelap

.


 

 

 

Dari Rafizi Ramli SAYA DAN TRAK KEMBALI!- KALI INI ZON SELATAN








Dari Rafizi Ramli

SAYA DAN TRAK KEMBALI!

Saya mohon maaf kerana ada masalah untuk mengakses Facebook sejak lebih seminggu lepas. Masalah itu sedang diselesaikan, Insya Allah saya dapat naikkan kandungan baru bermula hari ini.

Momentum #AyuhMalaysia diteruskan. Setakat ini, ada tanda-tanda peralihan sokongan dari pengundi atas pagar di seluruh Malaysia. Masih banyak yang perlu dibuktikan untuk meyakinkan pengundi, jadi kita perlu terus berlari.

Saya dan Izzah akan ke Johor dan Melaka hujung minggu ini (Sabtu, 17 September dan Ahad, 18 September).

Kempen bermula jam 3 petang 17 September dengan siri latihan PACA untuk sukarelawan di Johor Baharu.

Untuk jelajah trak, pada hari Sabtu, 17 September, saya akan bermula di Simpang Renggam dan Saudari Izzah akan bermula di Johor Baharu, kedua-duanya bermula serentak jam 9 malam. Kemudian kami akan bersilang tempat – saya akan menjadi penceramah terakhir di Johor Baharu dan Saudari Izzah penceramah terakhir di Simpang Renggam.

Kemudian saya akan bergegas balik ke Kuala Lumpur untuk melancarkan kempen lapangan KEADILAN yang melibatkan 600 pengurus kempen lapangan dari seluruh negara. Kempen lapangan KEADILAN akan bermula besar-besaran dari minggu depan dengan sasaran menghubungi 20,000 pengundi atas pagar setiap minggu di seluruh negara.

Selepas itu, saya akan bergegas balik ke Batu Pahat untuk mengumumkan barisan kepimpinan KEADILAN Johor dan strategi pilihanraya. Sidang media bersama kepimpinan penuh KEADILAN Johor bermula jam 130 petang.

Jam 5 petang, saya dan trak akan berada di Parlimen Ledang dan berakhir di Parlimen Tangga Batu pada sebelah malamnya.

Sedikit demi sedikit, kita telah berjaya membina momentum yang menggoyang keyakinan Kerajaan PUB (PAS UMNO BERSATU). Saya ajak seberapa ramai rakyat yang membenci pembodohan dan penyelewengan berjumpa saya dan Saudari Izzah di sepanjang jelajah trak #AyuhMalaysia untuk mendengar sendiri pandangan kami mengenai masa depan rakyat dan negara.

 

 

LAGI KENA TIPU

 




FAHMI FADZIL


Allahuakbar. Satu lagi kes scam melibatkan akaun Official : Lembaga Tabung Haji.

Kali ini, seorang ibu tunggal di Kangar kehilangan RM143,200 simpanan Tabung Haji, yang dicuri melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad. (Baca: https://www.hmetro.com.my/.../ibu-tunggal-ditipu-rm143200)

Macam mana scammer tu tahu ibu tunggal ni ada simpanan Tabung Haji banyak itu?

Apa bantuan yang dapat diberi kepada ibu tunggal ini?

Kenapa Bank Islam tidak buat apa-apa untuk halang jumlah yang begitu besar dipindahkan begitu kerap tanpa menghubungi mangsa?

Modus operandi sama macam yang kena pada mak saya (dia hilang RM75,000 dari simpanan Tabung Haji juga).

Sehingga April 2022 (5 bulan lalu), 65 kes scammer melibatkan RM3.59 juta simpanan Tabung Haji telah direkodkan.

Berapa ramai pula yang telah menjadi mangsa scammer jenis ini hingga kini?

Setiap hari, 60 orang menjadi mangsa scammer dan RM2 juta ringgit dicuri scammer. SETIAP HARI.

Apakah langkah-langkah yang akan diambil Bank Negara Malaysia, ABM, AIBIM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, dan agensi-agensi lain untuk segera menghentikan atau mengurangkan jenayah scammer?

Mana Tengku Zafrul, Tan Sri Annuar Musa?

 

JANGAN SESIAPA BAYAR SEBAB DIA PUNYA KERETA MEWAH- BIAR DIA BERJUANG KE JALAN ISLE...


 

PARRTI ISLE APA ,,KUAT FITNAH

 

HAMDAN TAHA


Ulama Pas Ustaz Dasuki calun di salah satu Dun di shah alam pru ke 14

Dua kali kalah saman dengan mujahid dan ketua pemuda amanah kelantan

Pimpinan pas yang bergelar ustaz dan ulama ramai sangat yang kalah dalam saman fitnah dan di saman fitnah

Ini membawa imej tak baik kepada ustaz dan ulama kerana mereka terlibat aktif dalam memfitnah

Mereka pula bukan bergaduh dengan Dap atau Umno dalam bab fitnah ni tetapi dengan sahabat lama iaitu amanah

Maknanya geng sesama geng jer tahu mereka kerap berceramah tak ikut fakta

Presiden mereka dengan serawak report lagi besar jumlahnya

Jika mereka ajak ahli kumpul duit untuk membantu mereka membayar kos mahkamah atau saman fitnah ini lagi berat

 

PAS KUAT FITNAH


25 Feb 2014- Abdul Hadi Awang, diperintahkan membayar ganti rugi RM2 juta ($768,469) kepada calon PKR DUN Bukit Besi Encik Mohd Shamsul Mat Amin berhubung kes saman fitnah


22 Jun 2016 – YDP PAS Padang Serai mohon maaf kepada DAP kerana fitnah DAP larang azan di Pulau Pinang


11/10/2016- Ketua Penerangan PAS Ustaz Nasrudin Tantatawi mohon maaf kepada Lim Guan Eng kerana fitnah isu terowong pulau pinang


25 Jan 2017 – Hasan Ali kalah saman Fitnah RM200,000 terhadap YB Khalid Samad kerana memfitnah YBKH menentang hukum syarak dan menyokong penjualan arak.


20 Jun 2017- Razman Zakaria PAS mengemukakan permohonan maaf secara terbuka di atas tindakannya memuat naik poster fitnah memburuk burukkan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH)


10 Nov 2017 – Bendahari Agung dan PJ PAS Perak kalah saman Fitnah RM200,000 terhadap DS Nizar


26 Jun 2018 – Ahli Dewan Ulama PAS Che Masri kalah Saman Fitnah terhadap Husam Musa berhubung tuduhan Seleweng Tanah


7 Sept 2018 – Cybertroopers PAS Herman Samsudeen memohon Maaf dalam Mahkamah kerana memfitnah Dato Mahfuz menerima dana UMNO


25 Ogos 2018 – Muslimah PAS Wan Asshima terpaksa memohon maaf kepada YB Khalid Samad kerana fitnah meluluskan pesta Gay. YB Khalid tekad teruskan saman


22 Jun 2016 – YDP PAS Padang Serai mohon maaf kepada DAP kerana fitnah DAP larang azan di Pulau Pinang


11/10/2016- Ketua Penerangan PAS Ustaz Nasrudin Tantatawi mohon maaf kepada Lim Guan Eng kerana fitnah isu terowong pulau pinang


31 Jan 2019 – Hadi kalah saman dengan SR Report bayar Rm1.4 juta dengan Claire


26 Jun 2019 – Wan Zawawi Wan Ismail (PAS) kalah saman kerana memfitnah Hj Husam Musa terima duit DAP dan Tauke Judi. Pemfitnah merupakan Ahli Lajnah Politik dan Pilihan Raya Pas Kelantan semasa tuduhan dibuat


31 Jan 2019 – Hadi kalah saman dengan SR Report bayar Rm1.4 juta dengan Claire


26 Feb 2020 – Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok DAP hari memperoleh ganti rugi RM80,000 selepas memenangi kes saman fitnah difailkannya terhadap Syarhan Humaizi Abdul Halim berhubung penerbitan artikel Anti Islam di dalam akaun Facebook milik Ketua Pemuda Pas Selangor itu tahun lepas


21 May 2020 – Editor Sarawak Report, Clare Recastle Browm Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Awang dikenakan bayaran sehingga 2.5 juta pound (RM13.2 juta) oleh firma guaman beliau dalam kes saman mereka di England


9 Jul 2020 – Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin pula kalah saman fitnah gagal mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap perintah membayar ganti rugi RM100,000 kepada peguam Eric Paulsen


10 Feb 2021- Saman fitnah Husam Musa terhadap bekas pengetua sekolah agama di Kelantan Masri Che Yusoff PAS dan menetapkan nilai lebih tinggi Peguam Faiz Fadzil berkata mahkamah menetapkan nilai ganti rugi baru sebanyak RM150,000, dengan kos RM5,000


Hampa pemimpin pas memang kuat pembohong ka... Fakta n bukti hampa kalah fitah kat mahkamah ni, siap kena bayar lagi, tak boleh dibiarkan dah pemimpin pas ni, inikah lambang kebanggaan  pemimpin pas yang kononnya berjuang untuk Islam, ini bukan berjuang untuk Islam, ini dah jadi macam badut sarkes pemimpin pas, pemimpin pas memang suka² sebarkan fitnah ka??? Belajar agama kat mana dulu depa ni...

BETUL LAH SIAPA MAKAN CILI DIA TERASA PEDAS





Pelik juga aku. Kenapa bila DS Anwar kata nak audit Maika dia pula yang marah? Bukannya DS Anwar kata nak audit MIC pun. Kalau kata dia terlibat pun, kalau benda tak ada salah, nak takut apa? Hadap je la. Kan?

Sepatutnya, sebagai mewakili masyarakat India, dia sepatutnya gembira dengan tawaran DS Anwar untuk buat audit forensik. Itukan untuk kebaikan masyarakat India juga. Kenapa dia tak suka?

Akhir sekali, dia ungkit janji PH kepada masyarakat India yang tak ditunaikan. Masalah apa janjinya dia tak beri perincian. Janji yang mana? Senaraikanlah dulu baru minta diaudit.

Tapi jangan lupa PH memerintah cuma 22 bulan sebelum Mahathir dan konco-konconya khianati PH dna disokong oleh BN. Kalau tak kena khianat dan DS Anwar ganti Mahathir aku yakin banyak janji yang telah ditunaikan.

Masalahnya BN dah memerintah puluhan tahun. Apa yang MIC dah buat untuk masyarakat India? Janji saban tahun. Tapi yang kaya pemimpin MIC je. Guane boh?

Raja Gelap

 

NI SALAH SATU NAK TUNGGANG AGAMA GAK NI


Asal bunyi Arab gak kiro Isley lah deh...



DIMANA SIKAP KAMU SEBAGAI MANUSIA


 

KITA MESTI TOLAK PEMIMPIN YANG MEMENTINGKAN DIRI DAN KELUARGA MEREKA TANPA MEMPERDULIKAN NASIB RAKYAT


 

KES FITNAH PAS & UMNO YANG TELAH DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH JADI, SIAPA SEBENARNYA YANG KAKI FITNAH...?

 KES FITNAH PAS & UMNO YANG TELAH DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH


JADI, SIAPA SEBENARNYA YANG KAKI FITNAH...?


1. Papagomo (UMNO) vs Anwar Ibrahim RM951,260.30

2. Ismail Sabri (UMNO) vs Nurul Izzah RM450,000

3. Hj Razman vs Nizar Jamaluddin RM200,000

4. Wan Zawawi Ismail (PAS) vs Husam Musa RM50,000

5. Nasrudin Tantawi (PAS) vs LGE RM10,000

6. Nasir Desa (UMPAS) vs Khalid Samad RM100,000

7. Hamidah Osman ( Putra UMNO) vs Khalid Samad RM200,000 

8. Hassan Ali (PAS) vs Khalid Samad RM200,000

9. Utusan Malaysia (UMNO) vs Nizar Jamaluddin RM280,000

10. Khalid Abu Bakar (IGP-Umno) vs Nurul Izzah RM400,000

11. Utusan Malaysia (UMNO) vs Lim Guan Eng RM400,000

12. Utusan Malaysia (UMNO) vs Karpal Singh RM50,000 

13. Utusan Malaysia (UMNO) vs Anwar Ibrahim RM45,000

14. NST (UMNO) vs LGE RM130,000

15. TV3 (UMNO) vs Anwar Ibrahim RM1,100,000 

16. NST (UMNO) vs Husam Musa RM350,000

17. Utusan Malaysia (UMNO) vs Lim Kit Siang RM250,000

18. Azwandin (UMNO) vs Liew Chin Tong RM40,000

19. Azwandin (UMNO) vs Teresa Kok RM30 juta 

20. Jamal Tongkol (UMNO) vs Yeo Bee Yin RM5 juta

21. Raja Petra Kamaruddin (PAS) vs LGE RM600,000


KUAT SUNGGUH ORG UMNO dan PAS mengamalkan amalan FITNAH..



SAMAN FITNAH BOLEH BAYAR...TAPI FITNAH YANG DIJAJA RATA MASJID DAN KAMPUNG NAK BAYAR MACAMANA ? KAMU USTAZ..KAMU TAK TAHU HUKUM KAH ?




 

MAFHOMNYA.....

 


ISU AGAMA DAN KAUM* SEMBUNYI



Setakat hari ini rasanya sudah dua (2) keputusan Mahkamah yang mengesahkan bahawa Kerajaan Malaysia di bawah PH yang DAP adalah Menteri Kewangan tidak menjual aset Tabung Haji kepada bukan Islam seperti yang ditohmah puak PAS dan Umno.


Sebelum ini Mahkamah di Kelantan putuskan menolak saman fitnah Dasuki Rani terhadap Jeming Hassan.


Hari ini Mahkamah Sesyen Shah Alam juga menolak saman fitnah Dasuki Rani terhadap Dr. Mujahid berkaitan isu yang sama.


Mahkamah memutuskan bahawa aset Tabung Haji tidak dijual kepada bukan Islam seperti yang dimainkan oleh Dasuki justeru menolak tuntutan fitnah beliau. 


Secara tidak langsung membuktikan Dasuki yang memfitnah bahawa aset Tabung Haji dijual.


Sekarang portfolio agama Kerajaan Malaysia dipegang oleh PAS. Tabung Haji adalah di bawah seliaan mereka berdua iaitu Idris Ahmad dan Ahmad Marzuk.


Mereka semestinya tahu secara terperinci apa yang telah dilakukan oleh Jemaah Menteri PH berkaitan Tabung Haji.


Walau pun begitu, mereka seperti syaitan mendiamkan fakta tentang Tabung Haji dan membiarkan pengikut mereka berterusan memfitnah bahawa Tabung Haji disalahurus semasa PH mentadbir.


Apa agaknya hukum dalam Islam terus mendiamkan kebenaran dan membuarkan masyarakat khususnya pengikut berterusan memfitnah orang.


Rasanya mereka ada dalil. Bagi mereka ini tuhan pun mereka boleh jual dan tipu asalkan mereka senang.


Sial.


Zul Hazmi


PUNYA LAMA DIA DOK ADA DI PEKAN....SEKARANG BARU NAK MERUNGUT ? TAK PATUT BETOI...CARI DIA DI HOSPITAL...TENGAH DOK BELEK UBAT APA NAK TELAN MALAM NI...DIA WAKIL RAKYAT LAGI..MASIH YB PEKAN..PEE JUMPA RAMAI RAMAI...AJAK BATIN SEKALI.


Chini kat Penang eh? Tak pun Negeri Sembilan. Apa? Kat Pahang? Tak mungkin! PM2, PM6 & PM9 semua daripada Pahang. Takkan la... Guane boh?


Raja Gelap




ALAAA....TU PUN NAK LAYAN...ORANG BIASA SENANG..SUSAH SIKIT TAK BOLEH...ANWAR ADA HANGPA LAYAN LEBIH LEBIH..SAKIT GIGI..SAKIT BELAKANG...TU PUN MACAI HENTAM KEMAIN....BAGI LA DIA MAKAN UBAT APA DIA NAK MAKAN....UBAT HOSPITAL NI MARHAEN SAJA MAKAN...KAMI TAK MINTA LAYAN LEBIH LEBIH PUN TAKUT MISI BELIAK BIJI MATA..

 

Najib boleh guna ubat sendiri jika tidak mahu ubat dibekalkan KKM




Khairy Jamaluddin berkata, keluarga Najib Razak sudah dimaklumkan
 bahawa penggunaan ubat sendiri dibenarkan.

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Najib Razak boleh menggunakan ubat darah tingginya sendiri jika tidak mahu menggunakan ubat yang dibekalkan Kementerian Kesihatan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, berkata beliau sudah memeriksa prosedur Jabatan Penjara dan perkara tersebut dibenarkan.

“Dalam prosedur penjara, sekiranya banduan sanggup membeli bekalan ubat sendiri dan tidak mahu menerima ubat yang dibekalkan KKM, saya difahamkan ia boleh dibenarkan dan tidak ada masalah.

“Saya telah memaklumkan kepada keluarga sekiranya mereka nak bekalkan ubat jenama itu kepada Najib, tidak jadi masalah,” katanya dalam sidang media di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zaid Ibrahim yang menggesa KKM memberikan kepada Najib ubat yang selalu digunakan untuk rawatan penyakit darah tingginya.

Zaid turut berharap Khairy memastikan Najib diberi ubatan sesuai dengan penyakit Ahli Parlimen Pekan yang ketika ini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Sementara itu, Khairy berkata, Najib telah membawa ubatnya sendiri ke penjara.

Justeru, Khairy berkata, tidak timbul isu KKM menafikan hak Najib kerana mengikut prosedur KKM, jika seseorang pesakit keluar dari hospital sudah menjadi prosedur untuk kementerian itu membekalkan ubat kepada pesakit.

“Di HKL bekalkan benda (ubat) yang sama, kalau di penjara guna ubat itu. Itu yang ada pada HKL,” katanya.

PKR...DENGAR SINI BAIK BAIK- HANGPA TOK SAH DOK PENIN KEPALA LA PASAI MUDA.TOLAK..TU SAJA..KALAU PARTI LAIN SUKA..BAGI KERUSI PARTI YANG SUKA TU SUPAYA MUDA BOLEH TANDING....SHAH ALAM KA......TENGOK BERAPA KERUSI DIA BOLEH MENANG...

 

Ahli Parlimen PKR persoal kejujuran Muda sertai PH





Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Nasir berkata, Muda pernah
 mengkhianati calon PKR di DUN Larkin apabila turut bertanding di situ.

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen PKR menggesa Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mendengar suara akar umbi berhubung penyertaan Muda dalam gabungan itu.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Nasir meragui kejujuran parti pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu menyertai PH hanya ketika menjelang PRU15 dan bukannya sebelum ini.

Akmal yang juga pengarah strategi PKR berkata, penilaian tentang kemasukan Muda perlu mendapat konsensus semua pihak, termasuk golongan muda.

“Isu penyertaan Muda perlu dinilai seperti proses lain. Kalau Majlis Presiden kata capai konsensus, kita akan terima, tetapi jika tidak capai konsensus, itu juga kita terima,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Jelas Akmal lagi, akar umbi khususnya di Johor Bahru melalui kesukaran apabila dikhianati Muda yang turut meletakkan calon di DUN yang ditandingi PKR pada PRN lalu.

“Cuma kami persoalkan masa diambil mereka (Muda) untuk menyatakan hasrat berkenaan. Mengapa sebelum ini tidak menyatakan sedemikian dan sebaliknya hanya sekarang baharu disuarakan.

“Cabaran menghadapi pilihan raya ini bukanlah boleh dilaksanakan dalam tempoh sebulan dua, tetapi sebaliknya memakan tempoh masa cukup lama untuk dibuat,” jelasnya.

Pada 6 Sept lalu, Syed Saddiq mengumumkan hasrat parti itu mahu menyertai PH secara rasmi dan disambut baik oleh DAP dan Amanah manakala PKR sebaliknya.

Pada PRN Johor lalu, Muda mencalonkan ketua penerangannya, Rasid Abu Bakar di kerusi DUN Larkin yang turut ditandingi calon PKR, Zamil Najwah Arbain.

Bagaimanapun, kerusi berkenaan dimenangi Ketua Pemuda Umno Johor, Mohd Hairi Mad Shah.

KEH..KEH...SEKALI LAGI- DIA SAMAN DIA KENA BAYAR

 


ANA TAHU


Lagi sekali… Dia saman, dia kena bayar….

Mahkamah ketika memberikan keputusannya hari ini antara lain memberikan alasan-alasan penghakimannya seperti berikut:
i. Pernyataan dalam twitter Dato Seri Dr Mujahid bukan merupakan suatu fitnah kerana daripada keterangan semasa perbicaraan telah terbukti bahawa aset Tabung Haji tidak dijual kepada orang bukan islam;
ii. Pembelaan justifikasi, komen yang adil dan perlindungan bersyarat yang digunapakai oleh Defendan adalah pembelaan yang terpakai kerana:
a) Defendan yang merupakan bekas Menteri Agama bertanggungjawab terhadap hal-ehwal pengurusan dan penjalanan Tabung Haji mempunyai suatu tanggungjawab moral dan sosial, dan atas dasar kepentingan awam yang, pernyataan dalam twitter itu dibuat berasaskan kepada fakta yang benar dan terbukti;
b) sebagai bekas Menteri Agama, Defendan bertanggungjawab untuk memberitahu hal sebenar tentang Tabung Haji supaya Tabung Haji tidak lagi disalahanggap sebagai institusi yang memanipulasi harta orang islam.