ISU AGAMA DAN KAUM* SEMBUNYI



Setakat hari ini rasanya sudah dua (2) keputusan Mahkamah yang mengesahkan bahawa Kerajaan Malaysia di bawah PH yang DAP adalah Menteri Kewangan tidak menjual aset Tabung Haji kepada bukan Islam seperti yang ditohmah puak PAS dan Umno.


Sebelum ini Mahkamah di Kelantan putuskan menolak saman fitnah Dasuki Rani terhadap Jeming Hassan.


Hari ini Mahkamah Sesyen Shah Alam juga menolak saman fitnah Dasuki Rani terhadap Dr. Mujahid berkaitan isu yang sama.


Mahkamah memutuskan bahawa aset Tabung Haji tidak dijual kepada bukan Islam seperti yang dimainkan oleh Dasuki justeru menolak tuntutan fitnah beliau. 


Secara tidak langsung membuktikan Dasuki yang memfitnah bahawa aset Tabung Haji dijual.


Sekarang portfolio agama Kerajaan Malaysia dipegang oleh PAS. Tabung Haji adalah di bawah seliaan mereka berdua iaitu Idris Ahmad dan Ahmad Marzuk.


Mereka semestinya tahu secara terperinci apa yang telah dilakukan oleh Jemaah Menteri PH berkaitan Tabung Haji.


Walau pun begitu, mereka seperti syaitan mendiamkan fakta tentang Tabung Haji dan membiarkan pengikut mereka berterusan memfitnah bahawa Tabung Haji disalahurus semasa PH mentadbir.


Apa agaknya hukum dalam Islam terus mendiamkan kebenaran dan membuarkan masyarakat khususnya pengikut berterusan memfitnah orang.


Rasanya mereka ada dalil. Bagi mereka ini tuhan pun mereka boleh jual dan tipu asalkan mereka senang.


Sial.


Zul Hazmi


No comments: