Dr Mujahid Yusof Rawa Menang Kes Saman Fitnah Ulama Pas Ust. Dusuki Rani.



Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini telah menolak Saman Fitnah yang difailkan oleh Ust Dusuki Rani terhadap Dato Seri Dr Mujahid Yusof berhubung dengan dakwaan isu penjualan aset Tabung Haji kepada orang bukan Islam.


Mahkamah juga mengarahkan Ust Dusuki membayar kos sebanyak RM11,000.00 kepada Dato Seri Dr Mujahid.


Saman Fitnah ini difailkan rentetan daripada twitter Dato Seri Dr Mujahid pada 22/11/2020:


“Seorang Ustaz berdusta, berpuloh ribu jadi mangsa…berlagak tahu segalanya akhirnya telan api fitnah dalam perut dia sendiri…hingga kini tak pernah tarik balik pendustaannya…Allahu Mustaan”


Tweet di atas ditulis rentetan daripada tersebarnya video ceramah Ust Dusuki Rani yang mendakwa aset Tabung Haji dijual kepada orang bukan Islam.


Mahkamah ketika memberikan keputusannya hari ini antara lain memberikan alasan-alasan penghakimannya seperti berikut:


i. Pernyataan dalam twitter Dato Seri Dr Mujahid bukan merupakan suatu fitnah kerana daripada keterangan semasa perbicaraan telah terbukti bahawa aset Tabung Haji tidak dijual kepada orang bukan islam; 


ii. Pembelaan justifikasi, komen yang adil dan perlindungan bersyarat yang digunapakai oleh Defendan adalah pembelaan yang terpakai kerana:


a) Defendan yang merupakan bekas Menteri Agama bertanggungjawab terhadap hal-ehwal pengurusan dan penjalanan Tabung Haji mempunyai suatu tanggungjawab moral dan sosial, dan atas dasar kepentingan awam yang, pernyataan dalam twitter itu dibuat berasaskan kepada fakta yang benar dan terbukti;


b) sebagai bekas Menteri Agama, Defendan bertanggungjawab untuk memberitahu hal sebenar tentang Tabung Haji supaya Tabung Haji tidak lagi disalahanggap sebagai institusi yang memanipulasi harta orang islam. 

 

Terima kasih.



No comments: