MUDA sudah MULA... .

 

Khairul Azri.





MUDA sudah MULA...

.

Inilah masalahnya, bila hang apply universiti..tapi bila hang tak dapat..


Terus lompat 'victim mindset', 2nd class citizen, bumiputera ada kuota bolehlah.


Ada beberapa benda aku nak ulas berdasarkan naratif yang Naib presiden MUDA cuba bawak kat twitter ni..


1. Isu Kuota


Bila dia up benda ni kat twitter orang terus point, kuota lah tu, sebab tu Melayu, Bumiputera dapat, kitaorang tak dapat, 2nd class citizen!


Kuota apamende? 


Kuota di Universiti Awam(kecuali UITM) ni dah tak guna sejak 2002. Orang guna sistem merit(baca meritokrasi).


Dulu sebelum 2002 kalau guna kuota ikut ratio populasi, Bumiputera dapat 5.5 cina 3.5 India 1 per 10 tempat untuk ke semua kos di Universiti- politician hangpa jugak complain, Melayu dapat banyak, tak adil katanya.


Walaupun adil tu boleh diperdebatkan kalau melihat dari sudut populasi dan sosioekonomi bumiputera yang agak ketinggalan.


Takpa, kita ikutkan, OK hapus guna meritokrasi. 


Siapa pandai dia dapat. Itulah meritokrasi. 


Bila dah mai meritokrasi, pun masih complain lagi.


Mana taknya, hapus kuota buat merit, baru tau, eh rupanya anak bumiputera ni tak bodoh yang macam kita jangkalah, makin dapat kurang pulak kengkadang, nak mintak kuota balik boleh tak?.😅


Kondem, tak cukup, tak adil, meritokrasi tak telus. Melayu banyak, mengejutkan!(bukan aku kata, lim kit siang kata)


Ka hangpa sebenarnya nak anak Melayu jangan apply kos-kos kritikal barulah hangpa puas?


KALAU YA habaq awal-awal, kita pakat suruh orang Melayu dan Bumiputera jangan apply medic start tahun depan. Haha.


Sebab tu aku cukup skeptikal bila ada orang kata hapuskan segala affirmative action, kuota secara total, jangan bantu kaum sekalian-sekalian bagi bantuan ikut kelas pendapatan - miskin sama rata dapat tak kira bangsa.


Sebab track record hangpa tak cantik camni.


Cuba bayangkan kalau bantuan di Malaysia ni fokus ikut pendapatan, bukaklah mana² statistik yang miskin, duduk kampong, paygap besar -majoriti bumi, jangan esok dah hapus dasar, fokus sapa miskin hangpa u-turn nak kuota balik. 😅


2. Sistem merit ni 'WAYANG'.


Ok kita ambiklah on face value, sistem merit yang ada ni 'WAYANG' tapi bul kita tengok UM Medic batch graduate 2021(rujuk komen), ada 110 orang dan dari 110 orang medic UM, komposisinya adalah:


Bumiputera 45/110: 40.9%

Cina 49/110: 44.5%

India 16/110: 14.5% 


VS


Populasi berdasarkan etnik(DOSM-2020)

Bumiputera - 69.6%

Cina - 22.6%

India -6.8%

LL - 1.0%


Ini baru banding dengan populasi..


Belum kita kira etnik pemohon vs % berjaya mendapat tempat.


Kalau campur STPM+Matrikulasi agak agak etnik mana yang paling banyak mohon dan kena reject? % chance untuk dapat siapa paling tinggi.


3. Result UPU yang belum keluar pun.


Ok kita tolaklah tepi, isu atlet yang mula-mula complaint dia dapat 7A, 3.88 kat matriks, main game dah level dunia, tapi tak dapat masuk IPTA, bila orang tanya eh results matrik untuk UPU dah keluar ke? (rujuk komen)


Dia mengaku dia bukan complain UPU, dia complain private entry ke medic UKM, UKM reject sebab depa rasa ada yang lagi layak, yelah medic sejak tahun tahun kebelakangan ni ramai calon bijak bijak, very competitive.. hang takdapat 4flat matriks lupakan jelah. Dan kalau hang pi kat merit kalkulator JPT, koko maksimum hanyalah 10%.(rujuk komen).


Jadi poin penting, benda ni bukan UPU, dan bergantung kepada UKM, sebab private entry.


Tapi mai, si minah politisyen MUDA ni bila orang tegur dia acah suci eh mana ada perkauman, 200 orang India semua A tak dapat apa? 


Yang ni aku hairan, hang sembang UPU yang mana walhal adik aku sendiri baru kemasikini UPU dia dua-tiga minggu lepas. (rujuk komen)


So macamna boleh tau dah kena reject UPU?


Bilamana result UPU pun belum keluar?


Tolong bagi faham sat?


Akhir kata, hangpa selalu kata politician tua perkauman, main race card..


Jadi katanya hangpa nak ubah, fresh air politics, politics dasar, bukan perkauman blablabla..


Tapi aku tengok macam sama je? lagi lagi Doktor Thanussha sorang ni. dah berapa kali dia touch isu isu macamni.


Bukan apa..


Jangan selalu sangat buat pangai camni.. takut nanti orang troll tagline hangpa..


"MUDA sudah MULA main POLITIK PERKAUMAN"


Punggah.