SELEPAS KEMENTERIAN KEWANGAN DI PAKSA SELAMATKAN BANGUNAN TRX KINI MAYBANK DI PAKSA PULA SELAMATKAN PNB 118.



Umum tahu semasa zaman BN, Najib telah membina 2 bangunan tertinggi di Kuala Lumpur yang di penuhi skandal dan tanda tanya. Bangunan The Exchange 106 dengan kos mencecah RM40 Billion yang asalnya adalah projek 1MDB. Di sebabkan skandal 1MDB ianya telah memaksa Kementerian Kewangan campurtangan dan mengambil alih beban yang bakal di tanggung oleh dana rakyat. Masalah utama sekarang di KL saja terlalu banyak ruangan sewa pejabat yang masih kosong.


Masalah yang sama sekarang menghantui Bangunan Warisan 118 yang di miliki oleh PNB. Adalah mustahil untuk memperolehi penyewa yang sanggup menyewa dengan harga premium. Tetapi kali ini penyelamat masalah bangunan yang akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia ini adalah Maybank dengan paksa rela di suruh menyewa bangunan Warisan 118 dan meninggalkan Menara Maybank di Jalan Pudu.


Secara jelas Maybank akan keluar dari bangunan sendiri dengan keluasan lantai 1,090,000 kaki persegi dan berpindah ke bangunan PNB 118 dengan keluasan lantai hanya 650,000 kaki persegi. Kadar sewa yang akan di bayar oleh Maybank adalah RM82,680,000 setahun. Dalam masa yang sama Menara Maybank akan di ambil alih oleh PNB dengan hanya membayar sewa RM21,000,000 setahun.


Jelas ianya tak masuk akal apabila Maybank akan kehilangan 40% ruang lantai dan dalam masa yang sama terpaksa membayar sewa hampir 400% lebih tinggi.


Ini lah beban yang di tinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat dengan beban hutang yang banyak melalui projek mega yang tidak menguntungkan rakyat tetapi hanya menguntungkan kroni dan pemimpin politik.


Mohon rakyat Malaysia bersama sama membuat perubahan yang bijak bagi menyelamatkan Malaysia dari terus di sakau.


Ayuh Malaysia.....jom ubah sebelum rebah


OMN KD

13 September 2022

#KerajaanGagal