STRATEGI ATOK YANG MENJADI....

 No photo description available.


MENGIMBAU 3 Tahun yang lalu...Akhirnya OT tu a.k.a SAKATua buat sesuka hati dia. Senarai calon Menteri diberikan PKR TIDAK meletakkan nama-nama Kartel terutama Minrit. Tapi Atok tu sengaja ambil ramai dari Kartel yang terang-terang menentang DSAI.

Diberinya mereka kuasa, kedudukan, jawatan dan ghanimah supaya bina kekuatan menentang DSAI. Lihat le hari ni siapa yg khianat? Bukankah yg dibela, diberi cukup makan oleh Atok yg cabut lari join PN? DSAI jugak dipersalahkan kerana sebhgian MP PKR yg khianat? Gila. Takde hati perut?

Tak cukup dengan itu, Atok bg jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan jawatan2 GLC yg byk kpd Amanah yg hanya ada 11 MP. DAP juga disogokkan dgn jawatan. #K3 PANDAP diberikan pelbagai ghanimah. Ini semua game Atok utk melemahkan DSAI dan PKR bagi menarik SEBAHAGIAN penyokong2 DSAI. Strategi ini ternyata berjaya.

Kerja buat Atok inilah yg Rafizi nampak lebih awal dan membantah sejak mula tapi dia tidak dihargai. Teringat seorg shbt bertanya secara terus kpd Rafizi Ramli apa dah berlaku? Kenapa Atok tolak hampir semua calon PKR dlm kabinet? Rafizi jawap : "Ini semua game Atok dan DAP". Tidak diperincikan, shbt saya kata dia pun tak faham.

Tapi dihujung2 sebelum Rafizi berundur dia putuskan hubungan dgn hampir semua pimpinan Amanah dan block Whatsapp mereka. Saya turut jadi Collateral Damage apabila turut kena block. Ketika itu sdg minum petang dgn geng Amanah Kedah dan seorg ADUN PKR Pulau Pinang. Kecoh dan mereka kemain marah dgn Rafizi. SKRG baru saya faham yg Rafizi TIDAK PERCAYA kpd puak Oren Masam yg kini kita anggap PANkhianat dan PANjilat Atok.

LIHAT lah hari ini masih wujud #K3 PANDAP yg kekal mendewa-dewakan Atok walau dia terbukti Khianat dgn sengaja meletakkan jawatan PM. Salah seorg PANjilat tegar Atok ialah Khalid Jambang. Tanya le dia apa yg kami balun dia dalam group Whatsapp?? Tanya dia apa yg Zubaidi Sudin a.k.a Zus Din dah kata pada dia? Tapi dia punya KETEGAQ tahap tak boleh nego.

Begitulah berjayanya Atok mempengaruhi #K3 ini sehingga mereka melupakan susah payah bersama DSAI. Yg PANtuk Oren Masam tak payah ceritalah. Dgn ada masalah balun projek (tapi kita yg sokong DSAI dituduh lapaq projek), rasuah, skandal peribadi, cabul , mcm2 lagi.

Tinggal lagi kita TAK GAMAK nak main gutter politics atau isu peribadi, so kita slowdown lah tumpu membalun PN utk kita move forward ke PRU15. Yg mana nak ikut, ikutlah blkg PKR, yg taknak no hal., PKR boleh jalan terus. Selepas PRU15 kita cari jajaran baru.

Ya. Strategi Atok pecah dan perintah berjaya. Tapi setiap kejadian itu ada hikmahnya, DSAI dan PKR sudah kenal siapa di kalangan rakan2 dlm parti komponen yg SETIA dan yg mana kaki TIKAM blkg. Bersabarlah. Jangan ingat DSAI tak tahu, beliau hanya cuba bertoleransi selepas puak2 tu yg rayu dia selamatkan PH. Macam mana saya tahu? Puak #K3 PAN tak payah nafilah. Nasib baik lah saya tak teringat nak rekod panggilan telefon pada saya itu. Tapi Allah tahu. Description: 😁

LET'S MOVE FORWARD ke PRU15. #DSAI4PM9 Insya Allah.

Zus Din

26 June 2021

 

LAGENDA MAK LAMPER : MINTA MORATORIUM PINJAMAN BANK, YANG DAPAT PINJAMAN AH LONG?


Selepas hampir sebulan PKP penuh, terbukti strategi PN gagal, kata MP

 


Jumlah kes baharu pada setiap hari yang melebihi lima ribu menunjukkan bahawa strategi melawan Covid-19 yang dilaksanakan oleh Kerajaan PN adalah gagal, kata ahli Parlimen DAP, Wong Shu Qi (gambar).


Ahli Parlimen Kluang itu berkata, semenjak pelaksanaan “Total Lockdown” bermula 1hb Jun, rakyat jelata dan perniagaan dalam sektor bukan keperluan utama diberitahu bahawa, jumlah kes boleh diturunkan dengan langkah lockdown.

“Malangnya, jumlah kes baru-baru ini masih mencecah lima ribu sehari dan kadar positif tidak pernah turun ke bawah 5 ribu,” kata beliau.

Menurut beliau, buat masa ini, Kementerian Kesihatan hanya melakukan ujian saringan bersasar apabila kes positif dilaporkan.

Ramai orang yang langsung tiada simptom terus kerja, membeli-belah dan menjalankan kehidupan seperti biasa, malah berisiko tinggi menyebarkan virus covid-19 kepada orang lain.

“Kita semua faham pentingnya untuk memutuskan rantaian penularan selepas setahun pendemik sedunia ini. Oleh itu, ramai sedia mengambil ujian saringan sekiranya diberi peluang.

“Rakyat tidak puas hati sekarang kerana mereka diberitahu jumlah kes boleh diturunkan melalui lockdown,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, ramai menghadapi tekanan ekonomi dan hilang punca pendapatan akibat lockdown. Pada masa yang sama, jumlah kes kekal di tahap yang tinggi.

“Rakyat hanya minta kerajaan jangan membiarkan kami berkorban secara sia-sia,” katanya.

Beliau berpandangan, kerajaan seharusnya mewajibkan ujian saringan RTK-Ag setiap minggu bagi semua kilang dan sektor keperluan utama yang kini dibenarkan beroperasi.

“Saya percaya majikan akan lebih cenderung untuk melaksanakan strategi ini kalau kita dapat putuskan rantaian penularan secara pantas.
“Tanggungan kos ujian saringan lebih memadai daripada kerugian akibat lockdown sekarang,” kata beliau.

Bagi beliau, kerajaan PN tidak boleh teruskan strategi gagal mereka tanpa mengambilkira pandangan pembangkang dan pakar perubatan.
“Kini adalah masa melakukan ujian saringan besar-besaran, khususnya terhadap semua kilang yang diberi kelulusan untuk operasi. Kita mesti putuskan rantaian penularan sebelum kita tamatkan lockdown,” katanya.

Untuk membantu sektor keperluan utama menyesuaikan diri dalam norma baharu ini, kerajaan mungkin boleh memberi insentif kewangan kepada semua supaya mematuhi keperluan ini, iaitu melakukan ujian saringan RTK-Ag setiap minggu.

“Kita tidak boleh lagi duduk di rumah tanpa melaksanakan strategi baharu dan masih membayangkan hasilnya akan berubah,” katanya.

Katanya, rakyat tidak mahu gagal bersama Kerjaaan PN.

“Kita mahu menang sebagai sebuah negara,” kata beliau lagi.

MD

MAK CIK KIAH DAH JUAL TEKSI DI LANGKAWI ATAU BELUM ?


MOHD MUKHLIS

Firdaus Wong Wai Hung, tolong tanya Mutfi Perlis, makcik teksi Langkawi dalam riwayat dia dulu hidup lagi tak? Ke dah start jual teksi demi kelangsungan hidup?

Mereka semakin berani? Atau Islam terancam?

Nama kesemua enabler Kerajaan ini tidak pernah lekang dari mulut rakyat yang di zalimi dalam setiap kali doa kami....


 May be an image of car, road and text


Krisis

 

MOHD HAFIZUL HAKIMI

May be an image of 1 person

Malaysia ni jadi bingung macam sekarang sebab kita ada 3 krisis yang berlaku serentak; kesihatan, ekonomi, dan politik.

Untuk landaikan lengkuk Covid-19, cara yang ampuh ialah buat total lockdown macam PKP 1 dulu. Semua orang duduk rumah. Tapi kerajaan tak sanggup sebab akan membarahkan lagi krisis ekonomi, kena cari cash nak bubuh dalam poket rakyat, kena hadap bank nak buat moratorium, ekonomi menguncup, bisnes lingkup, dan nak hidupkan semula ekonomi adalah satu cabaran yang besar. Impak jika tutup sektor ekonomi sepenuhnya tak dapat diserap oleh kerajaan.

Jadi kerajaan terpaksa leverage sektor ekonomi dengan jadual vaksin. Atau sebenarnya tengah berlumba. Sama-sama berlari lepas tu harap-harap vaksin dapat pintas dan akhirnya menang over sektor ekonomi, tapi dengan syarat perlumbaan ni masih dalam track 'kemampuan hospital dan ICU' untuk rawat jangkitan Covid-19.

Pembekalan vaksin pulak ada masalah berantai; lambat lulus, lambat PO, lambat sampai, lambat cucuk. Aku takde nak judge NPRA sebab aku yakin mereka ada prosedur yang ketat untuk luluskan vaksin.

Kerajaan berhadapan dengan deadlock ekonomi vs kesihatan bila bekalan vaksin tertangguh. Benda ni disahkan oleh twit DG yang kata lockdown ni untuk nak beli masa je, bukan untuk lawan pandemik. Nak buat total lockdown ekonomi ranap, bila bukak sekerat sekerat maka dapatlah kes 5,000 sehari walaupun dah nak masuk sebulan buat total lockdown versi Azmin.

Sambil-sambil sektor ekonomi dan kadar vaksin tengah berlumba, kita ada krisis politik.

Krisis politik ni bunyi macam umum sangat. Sebenarnya lebih tepat ialah kita ada krisis kepemimpinan (yang takde guts sampaikan takut nak berhadapan dengan wartawan dan pancing sokongan dengan sogokan & ancaman), krisis keabsahan kerajaan (berselindung di sebalik Ordinan Darurat), dan krisis perlembagaan (seperti kata Dr Aziz Bari).

Deadlock politik yang kita sedang alami sekarang ni tak lain tak bukan berpunca dari Langkah Sheraton (pakatan politik separuh masak) dan game yang dimainkan oleh Mahathir untuk kekal berkuasa. Deadlock ini menyebabkan kerajaan PN jadi tak kukuh dan mengalami trust deficit.

Untuk lebih jelas apa yang berlaku cuba kita buat breakdown sikit:

PPBM & Azmin: Tak ada akar umbi, tak ready nak masuk PRU, rakyat muak dan benci, takde pelapis kepimpinan, banyak rangka dalam almari, tak dapat tidak kena dominan dalam kerajaan kalau tak nak tamat riwayat politik, banyak gali lubang baru untuk kambus lubang lama, menteri tak perform. Cuba untuk tekan Umno bagi menaikkan Bersatu, tapi tak nampak jalan.

GPS: Lebih senang laverage kepentingan negeri melalui PN yang tengah terdesak. Dah bakar jambatan dengan DAP (PH).

PEJUANG: Menteri tak luluskan pendaftaran, takde akar umbi, bergantung kepada Mahathir sahaja. Tak nak semua orang jadi PM (Anwar dan Muhyiddin) kecuali Mahathir atau Mukhriz sahaja, dan Shafie Apdal sebagai pilihan terakhir.

WARISAN: Tak tau nak makan belah mana. Nak join PN tak nampak jalan, dengan PH jual mahal, dan nampak cenderung nak buat blok dengan Pejuang untuk laverage apa-apa tuntutan politik. PRN Sabah memberi indikator populariti Warisan merudum.

UMNO: Paling kurang pecah tiga.

1. Team Zahid yang ada laverage MT. Dalam team ni ada kluster mahkamah, yang tak diberi tempat oleh Muhyiddin dalam kerajaan. Team Zahid tolak kerjasama dengan Bersatu dan berjaya jadikan resolusi PAU. Zahid dikatakan ada deal dengan Anwar untuk jatuhkan PN dan bentuk kerajaan baru dengan PH. Tapi ada team kedua dan ketiga yang tak boleh nak terima hakikat berketuakan Anwar. Mereka yang percaya autoriti MT dan parti lebih tinggi dari kepentingan individu, akan menyebelahi team ni.

2. Team kluster menteri diketuai Hishammuddin yang mesra PN. Depa ni tak yakin dengan kepemimpinan Zahid sebab Zahid adalah liabiliti kepada Umno. Old school, leadership lemah, takde karisma, ada kes mahkamah dan boleh diugut oleh sesiapa saja. Mereka sama ada reda Muhyiddin jadi PM dan Azmin TPM, atau buat gerakan senyap-senyap untuk jolok Hishammuddin jadi PM. Dasar depa ialah no Anwar no DAP (tapi yes Bersatu yang dah ditolak dalam PAU). Nazri kata mereka dah kumpul 25 MP, tapi mandat depa ni bukan dari MT Umno. Ini kita panggil jemaah dalam jemaah kihkih. SD dari MP Umno yang tolak Zahid ini hanya membuktikan bahawa tiada lagi sokongan en block Umno kepada Muhyiddin, dan mengesahkan kerajaan Muhyiddin sekarang ni dah takde majoriti dan tak absah.

3. Team Ku Li. Team ni tak tahulah siapa pengikutnya, tapi kita boleh katakan ini team paling sembang berapi tapi habuk pun tarak. Kata nak tarik sokongan lah, buat PC dengan Mahathir lah, alih-alih masuk Parlimen tak mengundi dan biarkan Mahathir terkontang-kanting.

Kewujudan team kedua dalam Umno telah mendesak untuk Umno segerakan pemilihan parti. Kita kena ingat yang Zahid menang (78 undi) sebab taktikal KJ (53 undi) masuk last minit dan menyebabkan Ku Li cuma dapat 28 undi. Maksudnya masa itu Zahid dapat undi tak sampai separuh dan menang sebab pecah undi. Jadi kalau boleh team Zahid mestilah tak nak buat pemilihan sebelum PRU, sebab ia akan menggugat kedudukan Zahid yang sekarang ada autoriti untuk sign watikah calon. Team Hishammuddin dah all out dan kalau takde perdamaian, berisiko untuk dibuang dari senarai calon. Masa itu Umno mungkin akan lagi teruk berpecah.

Masalah dalam BN pula, MCA dan MIC tak suka Umno jadi besar kepala, buat keputusan unilateral untuk keluar PN dan bergabung dengan PH. MCA pulak tak mungkin bergabung dengan DAP melalui PHplus.

PAS: Cuba nak jadi orang tengah antara PPBM dan Umbo, tapi nampaknya lebih selesa dengan Bersatu sebab Pas akan menyondol siapa saja yang tengah berkuasa. Dulu nak ke Mahathir, sekarang Gagasan Sejahtera entah ke mana, Muafakat Nasional pun terkubur di Janda Baik. Pas tahu bila dia jadi kerajaan, semua slogan-slogan dan modal-modal ceramah terpaksa dicampak ke laut. Jadi Pas akan terus prehhh isu-isu agama dan perkauman, dan pulas segala dalil untuk menghalalkan keputusan politik dia. Bayangkan raja bekam pun dah cemuih dan mufaraqah dari politk Pas.

PH (PKR-DAP-Amanah): Buat masa ini PH masih intact. Dulu bila nak reclaim mandat PRU-14, Amanah dan DAP macam tergila-gila sangat dengan team Mahathir. Tapi lepas Mahathir nak buat Mageran ni tak tahulah ada lagi ke tak yang gila talak, kalau ada pun mungkin di peringkat individu kot. Ada lah 3-4 orang yang melompat sebab ada bangkai dalam almari, yang ni tak boleh buat apa sebab PN-Muhyiddin ada upper hand. PH stuck dengan Anwar PM-9 yang ramai musuh politik sejak zaman berzaman, DAP pun banyak musuh semulajadi, Amanah pulak aku tak tahu nak komen macam mana (dan masih stuck dengan Mat Sabu yang aku dah bosan dengar ucapan dia).

Amanah dan DAP masih cuba nak tarik Pejuang dan Warisan (tak tahulah dah berhenti ke belum), dalam masa yang sama tak boleh terima strategi PKR nak buat ally dengan Umno.

Kesimpulan yang tak tersimpul

Untuk menghadapi krisis negara yang teruk macam sekarang, memang kita perlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil, yang dipilih oleh majoriti rakyat, bukan kerajaan tebuk atap atau #KerajaanGagal. Supaya kita boleh kembalikan public trust kepada kerajaan, dan dari situ barulah dasar dan arahan kerajaan jadi lebih berkesan.

Tapi itulah, YDPA dan Majlis Raja Raja dah cuba bagi direction hari tu, kita berserabut pulak dengan tafsiran Perlembagaan. Inilah yang disebut oleh Dr Aziz Bari sebagai krisis perlembagaan, sebab terbuka kepada banyak tafsiran yang berasas tapi akhirnya tafsiran yang autoritatif akan dilihat menyebelahi pihak yang berkuasa. Krisis ini akan jadi lagi parah pada 1 Ogos nanti, kalau tiba-tiba Kabinet menasihati YDPA untuk sambung perintah Darurat sebagaimana Kabinet juga boleh menasihat YDPA bila sepatutnya Parlimen bersidang. Kalau benda ni terjadi, Agong nak buat apa? Peguam Negara dah buat kenyataan semalam yang proses ini adalah berperlembagaan di bawah Perkara 40(1) -- walaupun tak selari pulak dengan Seksyen 2 Ordinan Darurat.

Deadlock antara parti-parti politik ini aku rasa menjadi faktor utama kenapa kita tak akan dapat kerajaan yang stabil dalam masa terdekat, meskipun kalau terbentuk kerajaan perpaduan versi PH. Kecuali back to square one iaitu PRU. Apa nak jadi lepas PRU-15 boleh bincang kemudian sebab masa itu apa yang ada atas meja setiap parti mungkin berbeza dengan pasca PRU-14.

 

Berhentilah berlakon wahai tentera ketum admin page Najib Razak.


May be an image of 1 person, car and text



MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


Dalam rekod mahkamah semua lakonan Najib itu sendiri sudah terbongkar, jenis manusia yang tak ada hati perut, guna duit awam tanpa rasa simpati lepas itu tak mahu mengaku salah. Banyak auta siap tak kenal tandatangan sendiri tu punya hendak lari dari tanggungjawab. Boleh spends duit rakyat kat Hawaii waktu rakyat Kelantan di landa banjir paling besar, what kind of leader is that?

Macam mana orang yang sudah bersalah dalam 7 pertuduhan SRC yang berjumlah 42 juta boleh di katakan tinggalkan negara dalam keadaaan yang baik? Stop romanticizing criminal yang sudah di buktikan bersalah dalam court of law. Yang peliknya macam mana boleh tak masuk penjara lagi, kalau orang lain semua dah masuk ke dalam dulu baru boleh merayu.

Sebab itu dia Najib hanya nampak pandai dalam sosial media especially yang bertulis sebab ada tentera ketum yang tolong karang, kalau buat live nampak sangat berlakonnya; tak percaya tengok part yang dia berlakon "bukan bishe bishe", macam budak tak cukup sifat pun ada. Dari speech monotonous, lawak hambar, langsung tak ada kualiti leadership. Oh tak lupa. Apa yang Muhyidin buat sekarang ini adalah persis Najib sebelum jatuh pra PRU14; sombong dan angkuh dengan kuasa.

Ingat kisah tukang jahit bila di tanya Imam Ahmad: Apa pandangan kamu tentang penolong-penolong orang zalim? Apa pekerjaan kamu? Imam Ahmad tanya. Aku tukang jahit mereka. Kalau begitu kamu salah seorang penzalim seperti mereka. Yang membantu adalah orang yang jual benang dan jarum kepada kamu.

Jangan ingat kamu jadi admin tentera ketum, yang dapat payment dari Najib, boleh mislead people. Apa yang kita buat di dunia ini ada ganjaran di akhirat nanti. Berdoalah semoga orang yang kamu pesongkan di dunia kerana payment tidak meminta azab dua kali lipat di akhirat kerana menipu mereka nanti

WAllahualam.

 

((LIVE)) PAKATAN HARAPAN ANTI ISLAM & MUSUH AGAMA? - YB MUJAHID YUSOF RA...

KE MANA PERGI RM5 BILION DARI KWAN?

SUARA RAKYAT: KAKAK NI MARAH BETUL DENGAN KERAJAAN & MENTERI2! @KERAJAAN LAHANAT, #KERAJAAN BANGSAT#ELAKA...ANTARA MAKI HAMUN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN PN

SAJAK BUAT KERAJAAN TEBUK ATAP

 

BADRUL HISHAM BIN BADARUDDIN

 

 

Aku tak boleh lupa peristiwa malam itu.

Pada malam mereka menaiki takhta,

Mereka semuanya bergembira,

Senyum sampai telinga,

Kemabukan semuanya,

Bergelimpangan berkongsi candu kuasa,

Memenuhi ruang hotel bak istana,

Engkau satu, aku dua,

“Scheme of thing kita bina!”

Berpimpin tangan berganding bahu,

Bila bersua salam bercium tangan,

Bila bercakap saling ampu mengampu,

Bila termenung kemewahan dalam bayangan.

Tidak kelihatan mana Agama dan Bangsa,

Barangkali ditambat di luar sahaja,

Berehat, agar tidak keterlaluan ia bekerja,

Supaya kuat untuk ditunggang semula.

Dulu Perjuangkan Hudud, Sekarang Sudah Tidak Kedengaran-jawapan DR MAZA-

MENGANJING KEHIDUPAN RAKYAT YANG SEDANG SUSAH= #BANGSAT (TRANDING TERKINI RUPANYA)

 May be an image of 4 people, food and text

MTUC JELASKAN KERAJAAN TIDAK PERLU LAGI USIK DUIT KWSP

 

Setiausaha Agungnya Kamarul Baharin Mansor berkata, kerajaan sepatutnya membantu menambah tabung simpanan pekerja supaya dapat bersara dengan tenang dan selesa.

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengecam cadangan Kementerian Kewangan untuk membenarkan pengeluaran I-Sinar 2.0 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Setiausaha Agungnya, Kamarul Baharin Mansor berkata cadangan itu dibantah berikutan tidak dibincangkan bersama MTUC dan MEF sedangkan ia melibatkan simpanan pekerja.

“MTUC membantah cadangan menggunakan simpanan hari tua pekerja. Kerajaan seharusnya membantu menambah tabung simpanan pekerja dengan memberi pelbagai insentif untuk membolehkan pekerja bersara dengan tenang dan selesa,” katanya dalam satu kenyataan.

“Tugas dan tanggungjawab kerajaan adalah untuk mencari dana bagi tujuan membantu pekerja.

“Jangan usik duit simpanan pekerja bagi menunjukkan bahawa bantuan telah diberikan, (dan) kerajaan mengambil kredit ke atas simpanan pekerja sedangkan itu adalah simpanan hari tua.”

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi bayangan kerajaan akan mengumumkan bantuan ‘wajar’ dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan mengenai isu moratorium dan i-Sinar bersama Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan agensi-agensi berkaitan.

Dalam pada itu, Kamarul berkata MTUC mendesak kerajaan memberikan bantuan kepada B40 dan M40 sebanyak RM1,200 sebulan.

Selain itu, MTUC juga mendesak kerajaan memberikan moratorium automatik selama enam bulan kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Moratorium 1.0 yang telah dilaksanakan berjaya membantu pekerja,” katanya.

Sertai majlis sosial, penganjur, penyanyi popular dipanggil polis

 


Ketua Polis Daerah Tapah, Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, semua individu terbabit akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangan.

PETALING JAYA: Polis akan memanggil beberapa individu termasuk penyanyi terkenal kerana menyertai majlis sosial dipercayai berlangsung di sebuah ladang dekat Kampung Poh, Bidor, di Tapah baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, polis mengesan penularan gambar majlis sosial itu di Facebook (FB) pada jam 2 petang hari ini.
Katanya, majlis berkenaan membabitkan selebriti tempatan dan beberapa individu di sebuah ladang sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Melalui gambar tular itu, mereka tidak ada penjarakan sosial dan ada juga yang tidak memakai pelitup muka.

“Gambar berkenaan dipercayai dirakam pada 24 Jun lalu oleh individu yang turut serta dalam majlis terbabit, ” katanya dipetik Harian Metro.

Wan Azharuddin berkata, jamuan itu dihadiri ahli perniagaan tempatan dan beberapa penduduk kampung yang turut berkaraoke.

Katanya, polis menjalankan siasatan mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 serta Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

“Semua individu terbabit akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Polis ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menganjurkan sebarang bentuk majlis atau perhimpunan sepanjang tempoh PKP 3.0 dan sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Rais dan Azhar akan menghadap Agong Selasa ini, kata sumber

 


Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dan Speaker Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim dilaporkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Selasa ini.

Kedua-dua Speaker itu dikatakan telah menerima jemputan daripada YDPA semalam bagi membincangkan mesyuarat Parlimen sebelum keadaan darurat berakhir pada 1 Ogos ini.

“Mereka dipanggil ke Istana Negara untuk hadir bersama dengan Yang Mulia Selasa ini pada pukul 11 ​​pagi. Saya rasa raja ingin berbicara dengan mereka mengenai pembukaan Parlimen sebelum darurat berakhir, ”kata satu sumber yang meminta untuk tidak disebutkan namanya, lapor The Vibers.

9 Jun baru-baru ini, YDPA telah memanggil ketua pembangkang dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu secara berasingan untuk membincangkan keadaan negara.

Sebelum itu YDPA telah bertemu dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sekitar jam 8 pagi untuk taklimat pra-kabinet.

Pada 10 Jun, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, dua kali bekas perdana menteri dan pengasas Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memasuki pintu istana.

Susulan pertemuan dengan ketua-ketua parti, YDPA bertitah agar Parlimen dibuka secepat mungkin.MD



SEMUA MELAYU...TAPI DAP JUGA YANG ORANG MELAYU JAJA...SEBAB APA ? SEBAB DIBAGI JAWATAN...GAGAL....SEMUA GAGAL.

 

MIHSAH DAMHA

 

Sultan2 *MELAYU*

PM *MELAYU*

Menteri Kanan *Melayu*

Menteri2 *MELAYU* & Bumiputera (kecuali 3 org)

MB / KM *MELAYU* (kecuali 1 org)

Ahli Parlimen majority *MELAYU* / Bumiputera - termasuk Lobai

KSN *MELAYU*

AG *MELAYU*

Ketua Hakim *MELAYU*

DG *MELAYU* (majority)

Panglima ATM *MELAYU*

Panglima Tentera Darat *MELAYU*

Panglima Tentera Laut *MELAYU*

Panglima Tentera Udara *MELAYU*

Panglima2 Briged & Divisyen ATM *MELAYU*

IGP *MELAYU*

Ketua Polis Negeri  *MELAYU* 

Pengarah2 Kementerian & Jabatan2 99% *MELAYU*

Mufti semua *MELAYU*

Top guys FELDA FELCRA TH LTAT PNB AMANAHRAYA *MELAYU*

PETRONAS *MELAYU*

MAS *MELAYU*

Pegawai2 Kerajaan 95% *MELAYU*

DO / ADO tanah *MELAYU*

EXCO tanah *MELAYU*

Penguatkuasa majority *MELAYU*

Guru2 sekolah kerajaan 80% *MELAYU*

MRSM, Sekolah Sains Asrama Penuh 95% *MELAYU* / Bumiputera

Kuota IPTA 80% *MELAYU* / Bumiputera

Dpt biasiswa 80% *MELAYU*

Dpt AP import kereta,  gula, beras *MELAYU*

Hak Istimewa dlm perlembagaan utk *MELAYU*

Ada rezab tanah *MELAYU* - yg luluskan tanah rezab melayu jual pada cina oleh MB, EXCO, Pegawai2 *MELAYU* 

Ugama Rasmi dlm perlembagaan ISLAM 95% *MELAYU*

Tender2 kerajaan semua status bumiputera / *MELAYU *  - yg jual tender kontrak kerajaan pd cina pun *MELAYU* 

 

*TIBA2 SEMUA SALAH BUKAN MELAYU* ...

Ko rasaaaaa??? 🤔🤔🤔

Ni level gila tahap dewa nama nya tuan2

🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

 


KALAU 4 BULAN DULU..TAK DA LA SUSAHKAN RAKYAT DAN MEREBAKNYA JANGKITAN-Kerajaan dijangka umum bantuan i-Sinar, moratorium, diskaun bil elektrik


Faris Danial Razi
Kerajaan dijangka umum bantuan i-Sinar, moratorium, diskaun bil elektrik
Tengku Zafrul mengesahkan, bantuan itu akan melibatkan pemberian moratorium dan i-Sinar dalam masa terdekat. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mengumumkan bantuan melibatkan pemberian moratorium dan i-Sinar bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19, dalam masa terdekat.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, mengesahkan perkara itu dalam satu perkongsian ringkas di laman Facebook beliau.
“Isu moratorium dan i-Sinar. Saya sudah berbincang dengan Perdana Menteri dan agensi-agensi berkaitan.
Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat, insya-Allah,” kata Tengku Zafrul.
Sumber Facebook tzafrulaziz
Dalam perkembangan sama, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Shamsul Anuar Nasarah turut memberi petunjuk bahawa pengumuman bantuan diskaun Tenaga Nasional juga dijangka diumumkan.
“Saya ditanya pelbagai pihak. Kerajaan memahaminya. Oleh itu. Kepada semua. Rebat ICPT & Diskaun Elektrik akan diumum sedikit masa lagi,” katanya dalam perkongsian di laman Facebooknya.
BACA: COVID-19: PM akan umum bantuan berskala besar - KJ
Segala bantuan ini mungkin merupakan antara pakej bantuan COVID-19 berskala besar yang akan diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, seperti yang disebut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin, pada Khamis.
Beliau sebelum ini mendedahkan bahawa kerajaan akan mengumumkan satu lagi pakej bantuan ekonomi, namun tidak memberi sebarang perincian berhubung bantuan berkenaan termasuk jumlah dan bila ia akan diumumkan.

HAAAA...KAN DAH KENA PANGGIL DENGAN ISTANA- PANDAI LA MENJAWAB...Speaker Dewan Rakyat, Dewan Negara dipanggil menghadap di Istana Negara

 

Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.

PETALING JAYA: Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan Presiden Dewan Negara Rais Yatim telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara, Selasa ini.

Perkara itu disahkan kepada FMT oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadli Shamsuddin dalam satu pesanan ringkas, tanpa memberikan butiran lanjut.

The Vibes melaporkan Azhar dan Rais akan menghadapi Yang di-Pertuan Agong pada 11 pagi Selasa, dipercayai berhubung persidangan semula Parlimen sebelum darurat berakhir pada 1 Ogos.

FMT telah menghubungi Azhar untuk butiran pertemuan itu.

Semalam, Azhar dan Rais mencadangkan persidangan khas Parlimen diadakan pada awal Ogos untuk membincangkan bagaimana sesi Parlimen hibrid (separa dalam talian dan separuh secara fizikal), boleh diadakan.

Menurut mereka, persidangan khas itu mungkin membincangkan pindaan terhadap Peraturan Mesyuarat bagi membolehkan pertemuan hibrid seperti itu, susulan itu persidangan boleh diadakan pada hujung Ogos atau awal September.

Terdahulu hari ini, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa ada usaha menggunakan pejabat Peguam Negara dan Speaker Parlimen untuk melengahkan sesi Parlimen.

Parlimen dan semua sidang Dewan Undangan Negeri ditangguhkan di bawah darurat yang diisytiharkan pada 12 Jan lalu.

Ahli politik kerajaan dan pembangkang rata-rata menggesa persidangan diadakan semula susulan kenyataan Istana Negara pada lewat Februari bahawa persidangan Parlimen boleh diadakan ketika tempoh darurat.

Yang di-Pertuan Agong bulan lalu mendapat pandangan 18 pemimpin parti politik mengenai keadaan darurat dan langkah-langkah untuk memerangi pandemik Covid-19.

Istana Negara kemudian berkata bahawa Agong mahu Parlimen bersidang semula secepat mungkin bagi membolehkan ordinan darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli Parlimen