NI NAK SENGAJA ATAU TERSENGAJA SURUH KAKITANGAN PARLIMEN BDR NIH ?



MUHD MUFIZ II


Kakitangan Parlimen di arah bekerja di rumah untuk halang dan di jadikan alasan SIDANG PARLIMEN XBOLEH DI ADAKAN !! ...

Ini satu lagi TINDAKAN #KerajaanDerhaka ini MENENTANG DAN MENDERHAKA KEPADA DIKRTI@ TITAH YDPA DAN RAJA-RAJA MELAYU !!.....Yehaaa

 

No photo description available.

DS Anwar sepatutnya bergelar PM dalam masa terdekat

 

May be an image of one or more people and text that says "Health. Jobs. Education. Climate change. Prepping for a busy week ahead."


RAKYAT SEMAKIN TIDAK SABAR DETIK ITU

 

NORMAN RADZUAN


DS Anwar sepatutnya menjadi PM dalam masa terdekat ini. Beliau mempunyai SD yang mencukupi dan telah 'dibuktikan'...malah jika undian di Parlimen sekalipun beliau ada sokongan yg cukup padu dan akn mengejutkan ramai pihak.

Apabila Raja-Raja  berpendapat negara memerlukan kerajaan yang stabil bermaksud kerajaan yang sedia ada ini tidak mempunyai majoriti lagi utk menjadi sebuah kerajaan yang stabil. Ketakutan Mahiaddin, Tun dan Azmin Ali dpt dilihat sgt ketara. Mereka tahu apa akn berlaku jika Parlimen dibuka. Mereka tahu kerajaan yg ada bukan mandat rakyat dan sudah tidak mencukupi majoriti MP. Lalu mereka menutup ruang demokrasi yang ada dgn cara yang sangat tidak bermaruah.

 

Tapi DS Anwar terus dihalang dengan pelbagai cara dari pelbagai penjuru dan individu. Jika bukan kerana Pandemik kerajaan PN sudah lama tumbang. Hanya beliau pemimpin yg mampu selamatkan rakyat Malaysia dari pandemik dan ekonomi yg semakin lumpuh. Ini kerana DS Anwar seorang yang sangat berintergriti (bebas rasuah) dan mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin-pemimpin dunia.

 

Tanya saya jika DS Anwar menjadi PM... dlm tempoh 6 bulan masalah Pandemik akan dapat diselesaikan dan dlm tempoh 12 bulan 60% ekonomi negara akn kembali ke landasan.

 

Dari sumber terapat memberitahu DS Anwar akui jika beliau menjadi PM dlm masa terdekat beliau akn terus menggunakan gear 5 untuk tempoh 1 1/2 tahun ini utk memulihkan negara dari pandemik dan ekonomi sebelum beliau akan serahkan kembali mandat kpd rakyat memilih dirinya semula atau orang lain.

 

Betapa jujurnya dan ikhlasnya beliau. Marilah kita berdoa beliau diangkat segera menjadi PM Malaysia untuk menyelamatkan rakyat yang kini dlm kelemasan.

SUSAHNYA MENJADI ORANG SUSAH...

 

NORA JAMILAH


Pemotong rumput buka masknya untuk bernafas sekejap dijatuhi hukuman 3

 minggu penjara oleh makamah. Jenayah terbesar di bawah kerajaan elit PeeEnd

 adalah menjadi MISKIN!!



May be a Twitter screenshot of text that says "Segera @TengkuHaslinda "Saya miskin, saya potong rumput untuk tanggung keluarga. Susah jadi miskin, Ingat dipanggil untuk dibantu, rupanya diberi saman" Translate Tweet New Straits Times @NST _O”line 20h #NSTnation Azawan Rajik, who removed his face mask as he wanted to take a breath, was sentenced to three weeks' jail by the Magistrate's Court, here. #FaceMask #SOP #MCO #Jaied #Covid19 #Covid1 8:24 19Jun21 Twitter for Android 41 Retweets 2 Quote Tweets 77 Likes"

JAHAT TAK JAHAT LA...KAMI TAK GUNA AGAMA TUNGGANG SANA SINI. KAU PUN SIKIT HARI LAGI AKAN DIREPORT JUGA...TUNGGU....

 


Tindakan laporan polis terhadap menteri Pas kerana derhaka adalah langkah politik jahat, kata Khairuddin


Tindakan laporan polis terhadap menteri Pas kerana derhaka adalah langkah politik jahat, kata Khairuddin



Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menyifatkan tindakan lapor polis terhadap Menteri Undang-Undang Datuk Takiyuddin Hassan kerana menderhaka merupakan langkah politik sumbang dan jahat.

Khairuddin berkata, tindakan itu bukan sahaja politik sumbang dan jahat serta mengelirukan rakyat malah cuba untuk menangguk kepentingan politik yang sempit.

“Laporan polis atas tuduhan kononnya DS Takiyuddin menderhaka apabila membuat ulasan tentang langkah kerajaan selari dengan panduan Istana benar-benar merupakan langkah politik sumbang dan jahat serta mengelirukan rakyat malah cuba menangguk kepentingan politik yang sempit.

“Dalam situasi YDPA mahu rakyat bersatu menangani covid-19 ada pihak yang masih mahu berpolitik,” kata beliau melalui facebooknya.

Justeru beliau meminta rakyat agar menolak politik sumbang seperti ini.

“Kerajaan PN dengan dokongan rakyat insyallah akan berjaya mengharungi cabaran pandemik ini sebagaimana pelan pemulihan yang telah dirancang,” katanya.

Beliau turut menegaskan kerajaan PN selari dengan pandangan yang dizahirkan oleh Istana Negara semalam sedang bergerak untuk menangani covid-19 menerusi Pelan Pemulihan Negara yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri.

“Malah program imunisasi yang diperkasakan menerusi pelan tersebut adalah langkah drastik untuk membolehkan rakyat kembali kepada kehidupan normal dan juga membolehkan parlimen dapat segera bersidang secara normal,” katanya.

Terdahulu, laporan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Pakatan Harapan Shazni Munir agar menyiasat kenyataan Takiyuddin yang didakwa memperlekeh pandangan Seri Paduka Baginda supaya menyegerakan sidang Parlimen.

Pada Rabu, Takiyuddin berkata, Yang di-Pertuan Agong tidak menitahkan sebarang tarikh untuk memulakan sidang Dewan Rakyat.

Yang di-Pertuan Agong, pada Selasa bertitah agar persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi menangani Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara

BERLINDUNG DI BELAKANG PERINTAH DARURAT TINDAKAN KEJI


KERAJAAN PN JANGAN DOLAK DALIK, BUKA PARLIMEN SEGERA


PKR SARAWAK MAHU SIDANG PARLIMEN JUN INI


MENGUPDATES LEWAT PADA HARI INI




 PENGUNJUNG YANG DIHORMATI.SAYA BERADA DILUAR KAWASAN LIPUTAN DAN HANYA

 AKAN MENGUPDATES LEWAT TENGAHARI

RAFIZI JELASKAN BAHAWA JKOM SEDANG KUAT BEKERJA. TAKUT NANTI PUTUH BEKALAN MAKANAN ....BERITA PELESU

 May be an image of 1 person and text that says "Rafizi Ramli @rafiziramli Whatsapp bahawa Azmin hubungi saya berlegar. Ramai yg dok mesej tanya ha3. Setakat ini yg hubungi saya hanyalah ex-boyfriend kucing saya. Jangan cepat percaya macam2 psywar politik. JKOM dan segala hantu jerangKOM tengah giat bekerja. #moratoriumtakjadi Terjemahkan Tweet"

PULAK...SAH BATAL SAH BATALLL...


KAK IDA ABDULLAH

Jika betul memang tak salah la. Sebab nama dalam kad pengenalan adalah nama yang sah. Tak kiralah jika nama diberi Buruk ke Bodoh ke.

Jika nak tukar kena p angkat sumpah banyak proses nak tukar nama. Alangkan jika kerani pendaftaran tu salah eja pun ramai kena hidup dengan nama tu atau letak @. Tapi nama yang tertera di IC tu lah nama awak, suka atau tak!

 

 May be an image of 1 person and text that says "PENGAMAL UNDANG2 SAHKAN PERLANTIKKAN MAHIADDIN SEBAGAI PM KE8 TIDAK SAH. KINI TERLETAK KEPADA KUASA AGONG UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA. SUSULAN PENGUNAAN NAMA GLAMOR KETIKA ANGKAT SUMPAH SEBAGAI PM KE-8"

AZWAN ALI PUN BUAT SERVEY JUGAK ?

 May be an image of text that says "Azwan Ali @AzwanHajiAli 1d HARI INI DIVA NAK LIHAT APA CADANGAN CALON PM ENGKORANG KALAU BUKAN MUHYIDDIN? MAHATHIR LAGI? KE LAGI-LAGI MAHATHIR? KE ANWAR VS MAHATHIR LAGI? KE LAGI-LAG ANWAR VS MAHATHIR? MOHON 1 PENGGUNA TWITTER, 1 UNDI! KITA TENGOK SIAPA CALON PM ENGKORANG. RT SLPS UNDI #PolitikusGagal MAHATHIR MOHAMAD ANWAR IBRAHIM 9% ZAHID HAMIDI 74% BAIK KEKAL MAHIADDIN 2% 150/"

ISTANA NEGARA ULANGI PERLUNYA SIDANG PARLIMEN SECEPAT MUNGKIN, MAHIADDIN JANGAN DEGIL LAGI

 

Setelah kenyataan media berkaitan hasil Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Agong pada 16 Jun lalu yang antara lain mahukan Sidang Parlimen diadakan dengan secepat mungkin seperti telah diderhakai oleh seorang menteri kabinet, Takiyuddin Hassan dan sekadar diambil maklum saja oleh Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin, Istana Negara hari ini mengeluarkan poster berkaitan hal itu melalui media sosialnya.

Di laman sosial Istana Negara telah dipaparkan poster dengan gambar Agong berpakaian rasmi selaku Ketua Negara dengan tulisan – “Setelah memperhalusi semua pandangan para pemimpin politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dan agensi-agensi Kerajaan maka Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan Parlimen Perlu diadakan secepat mungkin. Ini untuk membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat”.


Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Istana Negara ini adalah sesuatu yang bukan biasa-biasa kerana kenyataan media berkaitan hal yang sama telah pun dikeluarkan sebelum ini.

Biasanya tiada ulangan dilakukan berkaitan hal yang pernah dinyatakan dalam kenyataan media.

Dari sudut pemahaman biasa, memuat naik poster beserta petikan kenyataan media yang intipatinya menekankan perlunya Parlimen dibuka dengan secepat mungkin, ia adalah mesej bahawa itulah sebenarnya kehendak serta keinginan Agong serta Raja-Raja.

Dalam erti kata lain, Agong dan Raja-Raja memang mahu kerajaan menetapkan tarikh sidang Parlimen dengan secepat mungkin, bukan bulan depan, bukan September, bukan Oktober atau tarikh-tarikh sebagaimana yang dicuba diputar-belit oleh Takiyuddin.

Lagi pun, dengan Istana Negara menyebut bahawa Sidang Parlimen perlu diadakan untuk membahaskan, antaranya berkaitan Ordinan Darurat, tentulah juga difahami bahawa Sidang Parlimen mesti diadakan sebelum tempoh darurat berakhir pada 1 Ogos depan.

Kalau setelah tempoh darurat sudah berakhir atau selepas 1 Ogos, untuk apa lagi Ordinan Darurat perlu dibahaskan?

Maka, selain Takiyuddin dan lain-lain pengampu kuasa jangan berterusan cuba memutar-belit makna secepat mungkin yang sebenarnya sangat mudah untuk difahami, Mahiaddin juga kini tidak harus terus berdegil dengan tidak berbuat apa-apa bagi memastikan Sidang Parlimen dapat diadakan secepat mungkin.

Poster ini adalah mesej yang sangat jelas agar Mahiaddin segera bertindak menetapkan tarikh Sidang Parlimen bagi memenuhi titah Agong itu.

Ingat Mahiaddin, jangan bertangguh lagi kerana kami rakyat jelata amat sayang kepada Raja dan sama sekali tidak mahu adanya seorang Perdana Menteri yang memiliki ciri-ciri seorang penderhaka. 


(ShahbudinHusin 18/06/2021)


JANGAN TERLALU MUDAH PERCAYA PADA SESEORANG..SELAMAT BERKONGRES PADA 20HB.

Sempena Kongres Nasional Tahunan KEADILAN 2020, saya mengucapkan selamat berkongres kepada Perwakilan KEADILAN di seluruh pelusuk tanahair.

KEADILAN akan menganjurkan Kongres Nasional Tahunan KEADILAN yang ditangguh sebelum ini pada tarikh baharu 20 Jun 2021, mulai dari jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang.

Pelaksanaan Kongres ini adalah secara dalam talian sepenuhnya tanpa melibatkan aktiviti berkumpul secara fizikal, di mana 2,000 perwakilan akan sertai menerusi aplikasi Zoom dari rumah masing-masing.

Selain itu juga, saya turut memanjangkan jemputan daripada Sekretariat Kongres Parti Keadilan Rakyat kepada segenap lapisan rakyat Malaysia untuk mengikuti perjalanan Kongres ini menerusi siaran langsung di Facebook Parti yang mana pentasnya akan disempurnakan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kongres KEADILAN kali ini akan memfokuskan bicara yang meliputi isu utama tanahair termasuk ekonomi, kesihatan awam dan pemulihan demokrasi di negara kita.

#KongresKEADILAN #KEADILAN #PartiKeADILanRakyat #Malaysia




 


Kelulusan balak, pembangkang Kedah akan bangkitkan pada Sidang DUN




Pengerusi Amanah Kedah, Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata proses pembalakan mengambil masa yang panjang selepas mendapat kelulusan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang DUN Kedah, Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata beliau akan mengemukakan soalan mengenai kelulusan pembalakan di negeri itu pada sidang DUN akan datang.

Pengerusi Amanah Kedah itu berkata sebelum ini pihaknya belum sempat menanyakan isu kelulusan pembalakan kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) baru mengambil alih.

“Belum sempat lagi kita nak tanya soalan. Tak ada soalan lagi kita sempat tanya mengenai balak ini.

“Kita tak ada maklumat macam mana balak itu lulus,” katanya kepada FMT.

Sebelum itu, memetik Harakah Daily, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Muhamad Mat Yakim berkata aktiviti pembalakan yang berlaku di negeri Kedah sekarang adalah daripada kelulusan pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Menurutnya, sejak mengambil alih pentadbiran bermula 17 Mei tahun lalu, tidak ada satu pun kelulusan kawasan membalak yang baharu dikeluarkan oleh kerajaan pimpinan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau menjawab persoalan dibangkitkan oleh pengguna media sosial mengenai kesahihan kenyataan bahawa kerajaan pimpinan Sanusi belum pernah memberikan kelulusan pembalakan di mana-mana kawasan di negeri ini.

Ini berikutan tularnya foto papan tanda operasi balak memaparkan tarikh lesen 1 Jun 2020 di suatu kawasan di Sik, baru-baru ini

Dalam pada itu, Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu berkata kelulusan pembalakan masa ini boleh jadi sebelum PN, semasa Pakatan Harapan (PH) malah juga sebelum PH.

Katanya, proses pembalakan sebenarnya mengambil masa yang panjang selepas mendapat kelulusan.

“Memang proses balak di Kedah ini ada kuota, berapa ribu hektar yang boleh ditebang, setiap tahun ikut kuota yang ditetapkan oleh Majlis Perhutanan Negara di peringkat nasional.

“Dibenarkan ada kuota. Kerajaan negeri boleh bagi konsesi balak tidak melebihi kuota yang dibenarkan.

“Sesuatu lesen balak (diperoleh) akan melalui satu proses yang panjang mungkin lebih setahun sebelum boleh tebang,” katanya.

TERKINI!!! TINDAKAN AZMIN INI AMAT BERBAHAYA ?

TERKINI!!! JUMLAH SOKONGAN SD TERDEDAH?

Hantaran media sosial Istana Negara cetus perdebatan



Istana Negara hari ini mengeluarkan petikan pandangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bahawa parlimen perlu bersidang secepat mungkin. Hantaran Istana Negara itu dimuat naik di media sosial beberapa jam selepas memadam poster yang hampir sama pagi ini.

RAJA-RAJA BERTITAH, PARLIMEN SEGERA BERSIDANG



“Tidak mungkin Yang di-Pertuan Agong secara tidak sengaja tercicir penghargaan kepada kerajaan melainkan ianya adalah sengaja tidak disebut,” kata Zulqarnain. Menurut beliau titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja itu masih menghormati kedudukan dan kedaulatan takhta sebagai Raja Berperlembagaan dan sebagai institusi dalam Perlembagaan tanpa mencampuri bidang kuasa eksekutif dan legislatif.



Mengapa perlu takut buka Parlimen?

 

May be an image of 1 person and text that says "'Pelan pemulihan hanya lengahkan masa sebelum gelombang baru tercetus' Dr Musa Nordin berkata pelan tersebut "bersifat rambang" dan tidak berasaskan "sains yang baik". 16 JUNE 2021 AT 14:15"



Ini bukan kerajaan gagal tapi kerajaan tidak bermaruah

MAHIADDIN PM PALING TERUK DLM SEJARAH

Rakyat sedang menderita. Ada yg bunuh diri, ada yg mengalami gangguan mental, ada yg bercerai berai, ada hilang pekerjaan dan ada yg hancur perniagaan tetapi Mahiaddin masih terus berdegil utk berkuasa dgn menutup ruang demokrasi. Najib jauh lebih bermaruah dari Mahiaddin apabila menerima kekalahan walapun tahu akn menghadapi risiko yg sgt besar demi kepentingan rakyat.

Mengapa takut buka Parlimen sdgkan bukan kita mahu menukar kerajaan? Buka Parlimen tidak bermaksud terus berganti Perdana Menteri. Kita mahu bicara soal rakyat. Rakyat skg sangat2 menderita.

Raja2 telah memberitahu bahawa perlu kerajaan yg lebih stabil. Maksudnya Raja2 Melayu tahu kerajaan ini bukan sahaja gagal tetapi tidak stabil kerana tiada majoriti. Jika titah Raja2 tidak mahu dipatuhi apa lagi nak dikata.

PANDEMIK AKN TERUS GAGAL DIATASI

Pandemik Covid19 akan terus gagal diatasi kerana dua faktor. Pertama ia perlu kerjasama kerajaan dan rakyat. Jika rakyat menolak kerjasama apatah dgn kerajaan yg dianggap gagal menguruskan pandemik ini bagaimana ia boleh berlaku.

Kedua kerajaan ini seolah olah bergantung kpd Pandemik. Apabila tidak mahu membuka Parlimen sedangkan jutaan pekerja kilang dibenarkan bekerja.. seolah olah tiada ketelusan kerajaan utk segera mengatasi Pandemik kerana bergantung kpd situasi ini utk terus kekal berkuasa. Apatah lagi kelembapan vaksinasi yg membuat jutaan rakyat masih menunggu.

Ia perkuatkan lagi hujah dari Dr Pakar Dr Musa Nordin bahawa pelan pemulihan hanya utk melengahkan masa sebelum gelombang baru tercetus. Ini mengesahkan tanggapan ramai bahawa kerajaan ini seolah olah sengaja membuatkan angka kes terus tinggi utk terus berkuasa.

Menyokong fakta2 tersebut yg paling jelas apabila kerajaan membenarkan kilang2 beroperasi sdgkan 70% punca kluster adalah dari sektor tersebut. Ia sgt tidak bertanggungjawab dan langsung tidak memikirkan nasib rakyat yg sudah kelemasan.

Mereka menutup ekonomi yg terkesan 80% peniaga2 kecil Melayu. Mereka arah peniaga2 kecil ini diam di rumah tanpa memikirkan apakah bantuan sewajarnya utk mereka berikan anak isteri makan. Sdgkan lembu dikandang perlu diberikan makanan inikan manusia. Mahiaddin PM paling gagal dan tidak bermaruah.

Parlimen laksana bekerja dari rumah hingga 28 Jun

 

Fareez Azman
Parlimen laksana bekerja dari rumah hingga 28 Jun
Parlimen Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan Parlimen akan melaksanakan bekerja dari rumah (BDR) bermula 15 hingga 28 Jun 2021. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Parlimen Malaysia akan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bermula 15 hingga 28 Jun 2021.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu pengumuman dalam ciapan twitter Parlimen Malaysia pada Jumaat.
BDR yang dilaksanakan selaras dengan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Fasa 1 - penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial - yang dikuat kuasakan oleh kerajaan.
Walau bagaimanapun, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh hubungi talian hotline Bilik Operasi Parlimen Malaysia di talian 03-26036106 / 03- 26017222 / 03- 20721955.
Kenyataan itu dikeluarkan sehubungan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
Baginda dalam satu kenyataan Istana Negara baru-baru ini, bertitah demikian bagi membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dapat dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.
Al-Sultan Abdullah menyedari peranan utama Parlimen sebagai platform wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan isu khususnya berkaitan penularan wabak COVID-19.

MEMALUKAN SUNGGUH MENTERI UNDANG UNDANG NIH...

 

NORMAN RADZUAN


aaa sudahhh !! Takiyuddin rupanya Loyar butakayu....kena sekolah dgn Noh Udang dan Kuli

Tafsiran Taki, Pas 40(1) dan Pasal 55 - Mengenai YDPA kena mendengar nasihat Kerajaan....Taki mentafsir = YDPA " HAMBA ABDI PM !! YDPA WAJIB IKUT semua KEHENDAK AGENDA POLITIK "JAHAT" PM YG BERTENTANGAN DGN PERLEMBAGAAN, KEPENTINGAN RAKYAT DAN NEGARA YG TERMAKTUB DI DLM PERLEMBAGAAN....DEMI MENGEKAL KUASA PM DAN PARTINYA YG DAH HILANG...

PARAH DAN JAHATNYA TAKI MENTAFSIR PASAL 40(1) DAN PASAL 55 PERLEMBAGAAN

 

May be an image of text that says "KOMEN Y.B.M. TENGKU RAZALEIGH HAMZAH AHLI PARLIMEN GUA MUSANG "As soon as possible" Banyak pihak memberi pelbagai tafsiran kepada ungkapan ini. Ada yang berkata dalam Bahasa Inggeris, it means "it is like yesterday" atau 'semalam" Tengku Razaleigh menambah: di bawah Perkara Perdana Menteri tidak boleh menasihat Yang di-Pertuan Agong melanggar Perkara 55 Perlembagaan sebab Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab memanggil Parlimen dalam masa bulan daripada tarikh akhir persidangan Parlimen yang lepas. Jika tidak, Yang di-Pertuan Agong dan Perdana melanggar Perlembagaan dan 55 itu, 6 Menteri telah jawatan. sumpah 17 June 2021 6 Zulqaedah 1442"


NOH OMAR

Saya setuju dengan pandangan Ku Li. Kalau Perlembagaan masih kuat kuasa, artikel 55 mesti terpakai tetapi bila ada Ordinan Darurat maka Ordinan Darurat mengatasi Perlembagaan maka Yang DiPertuan Agong boleh mengarahkan Parlimen bersidang tanpa nasihat PM. Kalau artikel 55 tidak terpakai maka artikel 40 juga tidak terpakai.
Ringkasnya Ordinan Darurat yang dibuat menurut Artikel 150(2C) Perlembagaan Persekutuan bukanlah satu Undang-Undang Persekutuan. Pada menjalankan fungsi YDPA di bawah Ordinan Darurat, YDPA tidak tertakluk di bawah Artikel 40 untuk bertindak menurut nasihat Kabinet.
Tambahan pula Seksyen 14 Ordinan Darurat secara spesifik menggantung operasi Perlembagaan dalam hal memanggil atau memprorog atau menangguh sidang Parlimen. Kuasa itu diletakkan kepada YDPA.

Maka, YDPA di dalam menjalankan fungsi di bawah Seksyen 14 Ordinan Darurat, boleh bertindak menurut budi bicaranya, tanpa tertakluk kepada nasihat Kabinet


Kenapa Parlimen Perlu Bersidang Sekarang Bukan Lagi 3 Bulan

 



MOHD MUKHLIS


Dalam siri kali ini saya hendak sentuh tentang peningkatan pesakit mental yang berkadaran terus dengan keadaan buruk ekonomi. Lepas 17 hari kita lockdown semula, kes tak pernah kurang dari 5000 dan hari ini tiba-tiba naik semula jadi 6.4K. Yang peliknya majoriti dari kluster tersebut adalah kluster kilang, kluster industri bukanya peniaga kecil. Dengan kes postif dalam lingkungan 6-7%, saya rasa hujung bulan ini pun takkan dapat 3 angka lagi.

Saya duk tengok kedai baju kena tutup, kedai kasut kena tutup, kedai perabut, kedai alat tulis kena tutup sebab bukan essential padahal kalau hendak di lihat berapa peratus jangkitan berasal dari kedai-kedai dan peniaga yang kecil? Lepas itu kena tutup sebulan sudah pasti, kalau extend lagi, tak ramai yang mampu bertahan tanpa bantuan kewangan dari Kerajaan. Nak harap menteri Kewangan, nanti dia sibuk jaga kebajikan bank, padahal dia lantik untuk menjaga kepentingan rakyat bukan bank. Ini masalah bila yang dilantik tak ada political wills.

Lepas itu bila SME yang merupakan bread and butter ekonomi negara akan lingkup, akan bertambahlah lagi senarai pengangguran, lagi ramai yang elok dari M40 terus turun taraf jadi B40. Ini semua akan ada reaksi berantai, bila ramai orang susah dalam satu masyarakat, ekonomi tak berkembang, kes jenayah naik, ramai orang susah dan ramai tak mampu bayar zakat. Nak bina balik ekonomi bukan mudah.

Paling teruk bila ramai yang tertekan depress bila dah kena buang kerja, kerja masih ada tapi gaji kena potong, elaun tak ada, stress dengan anak-anak belajar dari rumah dan macam-macam lagi. Paling teruk sampai cuba hendak membunuh diri.

Tapi tahukah anda, jika seseorang itu di dapati cuba membunuh diri regardless sengaja atau sebab sakit mental, mereka boleh di dakwa di bawah Seksyen 309 kanun kesiksaan yang peruntukkan denda dan penjara sehingga setahun? Ini yang Parlimen perlu bersidang segera, untuk mansuhkan Seksyen 309, kalau nak tunggu sampai September, berapa ramai yang akan bunuh diri atau cuba bunuh diri? Nak harap menteri wanita, sibuk dengan potong ususnya, yang ada wanita kena belasah dengan suami sampai koma ada dia komen?

Itu belum masuk bab yang mati akibat kekurangan katil ICU akibat Covid-19. Tidakkan rasa bersalah ke menteri-menteri kabinet yang kematian sekarang ini paling kurang 60 orang sehari, kalau tunggu 3 bulan lagi 5,400 orang akan kehilangan nyawa! Mana hilang sifat insan dan ihsan sesama manusia?! Bila menteri-menteri semua nanti di hitung di hadapan Allah S.W.T memohon belas ehsan, berdoalah semoga ruh yang mati akibat dari kecurangan kamu dahulu di dunia tidak mendakwa kalian.

Yang paling peliknya, dalam ordinan darurat mereka boleh sahaja pinda undang-undang macam ini, tapi biasalah, tak ada kepentingan untuk mereka. Kalau bab pinda akta KWAN yang boleh benar mereka guna wang rakyat tanpa lalui parlimen, itu tak apa nak guna ordinan darurat.

Saya sendiri sedih dan empati tengok orang susah sekeliling, tapi apakan daya, saya hanya seorang. Sedangkan orang yang Allah uji dengan kuasa, yang Allah pinjamkan amanah buat-buat tak kisah dengan nasib orang bawah dan rakyat jelata. Dia tahu dia lemah, tak berkemampuan tapi dia masih bergayut pada jawatan. Benar hadis Nabi yang gila kuasa ini akan menyebabkan penyesalan di hari akhirat.

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:

Sesungguhnya kamu akan bersungguh mengejar kepimpinan (jawatan), sedangkan ia akan menjadi satu penyesalan buat kamu di hari akhirat. Maka yang sebaik-baiknya adalah yang memberi susuan (pemimpin yang memberi kebaikan), dan yang seburuk-buruknya adalah pemutus susu (iaitu kiasan buat pemimpin yang memutuskan nikmat kepada rakyat).

(Sahih al-Bukhari, no: 7148

PS: Kerajaan PH dahulu sudah rancang untuk pinda Seksyen 309 pada pertengahan tahun 2020; tapi kita semua tahu ia telah di hijack oleh pengkhianat dan juga tukang sertu mereka. Moga mereka ini berbangga dengan hasil dari apa yang telah mereka kerjakan di dunia.