MGNews : Jangan Sekat Saya Bersuara - Hans Isaac


Penerbit dan Pelakon, Datuk Hans Isaac bercakap kepada media selepas Program Ziarah Mesra Komuniti Cina Ampang di Pasar Ampang, Selangor.

MGTV LIVE : Hans Isaac Serah Motorsikal Kepada Asnaf #KitaBudakAmpang


Pelakon, Pengarah dan Penerbit Datuk Hans Isaac Menyerahkan Bantuan Motosikal Kepada Asnaf Kita Budak Ampang.

Bila pelabur Jepun pun cabut lari dari Malaysia …

 


Bila pelabur Jepun pun cabut lari dari Malaysia …

BILA PELABUR JEPUN PUN CABUT LARI DARI MALAYSIA…

Setelah Kilang Jepun Panasonic, Sony..Kini kilang pengeluaran tayar, Silverstone Malaysia milik Toyo Tyres di kamunting Taiping Perak bakal ditutup.. Bayangkan dari kilang ini saja ada hampir seribu orang akan kehilangan kerja..dengan maksud lain, seribu keluarga bakal kehilangan punca pendapatan..itu belum masuk yang bergantung hidup dgn pekerja dan perniagaan hiliran kilang ini termasuk penoreh getah..

Kilang silverstone ini dibuka pada awal tahun 80’an..Ini bermakna kilang kilang Jepun ini hadir ketika Tun Mahathir mengubah lanskap ekonomi Negara kepada Negara perindustrian dengan dasar pandang ke timur.. kali ini hampir semua jenama besar ini bakal meninggalkan Negara.. Jadi Syarikat Jepun berebut datang melabur ke Malaysia..

Tidak cukup dengan Syarikat Korea, EU hata syarikat Jepun pun bakal tinggalkan Negara, Sebagai contoh Syarikat Panasonic yang ditutup adalah pembekal kepada komponen Solar syarikat terbesar Dunia Tesla.. nak kata syarikat ini kehilangan daya maju.. Tesla adalah jenama yang paling pantas berkembang.. dah pasti destinasi mereka seterusnya adalah Indonesia..sebab TESLA melabur ke Indonesia..

Sebelum ini pun.. Canon juga syarikat yang berpengkalan di Malaysia, Tetapi memindahkan operasi mereka ke Vietnam dan Thailand.. jadi apa yang tinggal ? lagi lama kerajaaan tebuk atap memerintah.. makin teruk Ekonomi Negara..

Bila PH jadi Kerajaan.. Bila kerajaan dapat kepercayaan, Jepun tawarkan bon atau pinjaman RM 10 Billion tunai tanpa syarat.. Bukan senang depa nak bagi pinjaman.. bukan macam Ahlong China, Pinjam ngan dia, kena buat projek ECRL dengan dia..kena pakai Kontraktor dia..Pinjam pun dengan Bank dia.. Duit tu apa jadi tak tau lah.. tu at awal awal tabur duit banyak tu..

Tapi cara PM tebuk atap Pak Maun mudah jer..Kalau rakyat hilang Kerja..Jangan risau, ada subsidi Upah.. ada BPN.. lepas tu keluar lah duit KWSP korang.. tak cukup RM 500 sebulan..ambik lagi RM 10 ribu.. bayangkan tak sampai setahun, Mereka akan kehilangan RM 16 ribu simpanan hari tua depa.. nilai 15 tahun lagi mungkin RM 25 ribu..

Bagi perniagaan, Usahawan yang tengah teruk..Terpaksa gulung tikar, Rugi akibat PKP pun jangan risau.. PKP pertama bagi GKP RM 3 ribu.. kali kedua RM 1 ribu… tak cukup ada BPN.. lantak korang lah.. apa nak jadi..macam mana nak bayar sewa atau pekerja.. Softloan..Pinjaman Mudah takda langsung..takda duit pinjam lah ahlong..

Jika Ekonomi kita muram..Orang hilang pendapatan dan pekerjaan.. Takpa.. Kita kalau nak ekonomi baik..Kena banyakkan Berbalanja..Jadi pi keluar duit KWSP.. hilang kerja ramai..Tapi kita bagi depa berbelanja banyak banyak.. macam Kaki Judi bawa keluar duit simpanan..main mesin Kuda dengan harapan akan kena Jackport atau menang cabutan Magnum Toto 22 kali setahun..

Begitu juga Covid-19.. dah gagal turunkan kes..Kes masih tinggi.. Takpa.. kita ada cara senang, Kita beli Vaksin banyak banyak.. pada dia 5 Bulan selesai 32 Juta orang dapat vaksin..dia boleh buat pilihanraya.. tak payah kawal, buat strategi landaikan jangkitan..

Kalau macam ni PM tebuk atap..Menteri berfikir..Hancur Negara.. Tapi inilah Kerajaan hat Mufti kata dapat Rahmat Tuhan.. aku tengok PM sejak awal lagi aku kata dah rupa watak Pak Maun.. depan Bini bawa Tasbih.. pakai Lebai nak dengan Syarahan kat Masjid kata dia..Kat Belakang berpakat dengan Abu kerja menari Twist kat Pesta Muda mudi..berbohong jer kerja dia.. 😉

Ipohmali



Gangguan ke atas media, kebebasan bersuara, Malaysia ke arah kediktatoran




Image result for anwar ibrahim



Keputusan Mahkamah Persekutuan mengenakan denda tinggi terhadap portal Malaysiakini dan serbuan polis terhadap penerbit buku Gerakbudaya memperihatkan Malaysia bergerak ke arah anti demokrasi.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) sepatutnya bertanggungjawab memelihara kebebasan bersuara dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan bukan sebaliknya, menidakkan perkara berkenaan.

“Saya terkesan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini terhadap laman berita Malaysiakini atas sebab menghina mahkamah dan juga denda yang melampau tinggi yang dikenakan terhadapnya. Serbuan polis terhadap Gerakbudaya dan tindakan merampas sebahagian dari komputer mereka adalah juga memprihatinkan.

“Kebebasan bersuara adalah tiang seri dan elemen terpenting dalam mana-mana sistem masyarakat yang demokratik. Kesemua cabang pemerintah adalah bertanggungjawab dalam memelihara dan melindungi kebebasan bersuara sepertimana yang diperteguh di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam perkara terkait penghinaan terhadap mahkamah dan subjudis, kita boleh bersetuju dengan sudut pandang Majlis Peguam bahawa mesti wujud keseimbangan antara pemeliharaan prinsip kebebasan bersuara dan penegakan hukum yang jelas,” katanya.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan itu lagi, PN tidak wajar menyokong sebarang langkah anti demokrasi dalam mana-mana institusi kerajaan

Katanya, hanya pemerintah yang diragui keabsahan dan takut dipersoalkan rakyat sahaja yang melakukan atau bersetuju kepada tindakan menekan kebebasan bersuara atau mengganggu media bebas.

“Dalam masa yang sangat singkat PN mengemudi negara, tampaknya terdapat serangan yang berterusan ke atas kebebasan bersuara dan kebebasan media, termasuk penyiasatan dan gangguan terhadap para wartawan, para pemuka masyarakat madani, ahli-ahli Parlimen dan kini badan-badan berita yang bebas.

“Pemerintah yang kuat dan punyai keyakinan terkait keabsahan mereka tidak mungkin akan berkelakuan seperti ini. Apa yang kita dihadapkan hari ini adalah sikap sebuah kerajaan yang lemah yang sentiasa mencari jalan untuk mengelak dari masyarakat umum serta kebertanggungjawaban dalam bentuk Pengisytiharan Darurat, penggantungan Parlimen juga serangan yang berterusan terhadap media yang bebas,” katanya.

Serangan-serangan ke atas media seperti itu kata Anwar adalah petanda jelas negara sedang bergerak ke arah kediktatoran.

“Malaysiakini tidak dituduh kerana melaporkan berita palsu, tetapi mereka dihukum kerana komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna-pengguna internet yang tidak dikenali di laman berita mereka.

“Taktik semacam ini pernah dilakukan oleh banyak kerajaan di seluruh dunia, dan ini adalah tanda-tanda bahawa Malaysia sedang bergerak pantas ke arah kediktatoran.

“Tindakan ini hanya akan merobek kepercayaan dan keyakinan dalam soal penegakan negara hukum di Malaysia dan akan menjauhkan lagi para pelabur asing dari negara ini,” katanya lagi.

Justeru, kata Anwar, beliau amat terharu dengan dukungan rakyat terhadap Malaysiakini.

Katanya, majoriti rakyat Malaysia senantiasa komited dalam memperteguh dan mempertahankan prinsip-prinsip dan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Untuk rekod, Mahkamah Persekutuan pagi tadi menjatuhkan hukuman denda RM500,000 terhadap Malaysiakini kerana bersalah menyiarkan beberapa komen yang dianggap menghina mahkamah ditinggalkan pembaca ruang di Facebook agensi berita itu.

Perjuangan BMF, peniaga Melayu Pas ke laut..KAH......

 

Image result for azan ismail


Perjuangan BMF, peniaga Melayu Pas ke laut

Hujung Februari ini genap setahun kerajaan Perikatan Nasional (PN) mentadbir negara. Umum masih ingat perjuangan ‘hebat’ salah satu parti komponen terbesar dalam PN, Pas ketika menjadi pembangkang usai Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.

Pas ketika itu berkobar-kobar memperjuangkan kempen Buy Muslim First (BMF) dan mahukan pembelaan total ke atas nasib peniaga kecil Melayu.

Melalui kempen BMF kaum Melayu Islam diarah memboikot perniagaan-perniagaan milik Cina yang dianggap penyokong DAP.

Namun selepas Covid 19 melanda dan peniaga Melayu gulung tikar akibat kekurangan pelanggan apakah tidakan Pas yang kini berada di dalam PN?

Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, Pas tidak melakukan apa-apa pun sejak setahun lalu bagi membantu peniaga Melayu.

Malah katanya, slogan BMF juga tidak lagi kedengaran di bibir pemimpin parti itu sama ada dalam ucapan rasmi mahu pun sewaktu memberi kuliah-kuliah di masjid.

“Semua yang Pas perjuangkan sebelum dapat kuasa seperti hudud, hapus arak, judi, maksiat, keadilan untuk arwah Adib, BMF dan segala macamnya sunyi sepi selepas mereka berkuasa.

“Hakikatnya Pas sudah berpuluh tahun memberi gambaran salah kepada orang Melayu dan Islam. Kononya bertekad mahu perjuangkan Melayu Islam tetapi bila jadi Kerajaan Persekutuan satu apa pun tak jalan.

“Jasa mereka adalah membuat rakyat taksub kepada perjuangan Pas. Hari ini mereka diam seribu bahasa. Tidak ada seorang pun yang bangkit perjuangkan apa yang mereka mahu laksanakan.

“Ekonomi orang Islam yang berskala kecil langsung tidak dipedulikan bila ramai yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Pas di Kelantan walaupun jadi kerajaan negeri tetapi diam soal air bersih dan sampai sekarang tak ada yang tampil selesaikan isu ini. Yang mereka tahu berlumba-lumba beli kereta mewah dan sebagainya,” kata Azan ketika dihubungi.

Menurut Azan lagi, Pas sepatutnya mengusahakan bantuan kepada peniaga kecil Melayu yang terjejas akibat kemelesetan ekonomi. Namun tiada bantuan serupa itu ditawarkan, walaupun di negeri-negeri yang majoritinya Melayu penyokong parti itu seperti di Kelantan dan Terengganu.

Malah katanya, barang keperluan bantuan banjir yang diusahakan Pas kepada penduduk di Pantai Timur baru-baru ini juga tidak pasti dibeli daripada pemborong Melayu atau Cina.

Kata Azan, sikap Pas ‘seperti kacang lupakan kulit’ itu kian terserlah selepas menjadi kerajaan pusat, yang mana mereka tidak fokus melaksanakan janji-janji manifesto pilihan raya mahu pun janji membela Islam.

“Realitinya Pas tidak langsung perjuangkan Melayu, slogan BMF itu hanya ayat hipokrit mengelirukan rakyat. Pas gunakan sentimen orang Melayu untuk tujuan politik semata-mata.

“Bila mereka dapat apa yang dimahukan, slogan dan perjuangan hanya tinggal dibibir sahaja,” katanya lagi.

Slogan BMF kebelakangan ini menjadi kritikan pedas dalam kalangan penyokong Pas apabila perniagaan Melayu satu demi ‘tutup kedai’ di tengah-tengah kegawatan ekonomi akibat Covid 19 dan PKP.

Rata-rata mereka mengungkit kembali perjuangan parti Islam itu sebelum dan selepas PRU 14. Termasuklah janji-janji dalam demonstrasi di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 2017 lalu yang bertekad mahu meluluskan pindaan Rang Undang-undang 355 tetapi sehingga hari ini tidak langsung disebut oleh kerajaan PN.



KITA AKAN BANTU DIA LAWAN MAK LAMPIR DAN MENANGKANNYA KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT. DIA TELAH LAMA BUAT KERJA DI AMPANG

 

Video Player
00:00
01:21

 

[VIDEO] Hans Isaac bakal calon PKR di Ampang lawan Zuraida?

[VIDEO] Hans Isaac bakal calon PKR di Ampang lawan Zuraida?


Datuk Hans Isaac beri bantuan kepada komuniti di Pasar Ampang.

Video Player
00:14
01:21

 


Video Playe

HEBAT DUA MENTERI NI DARI SATU PARLIMEN YANG SAMA

 

Hamdan Taha


1 mac akan buka sekolah rendah di seluruh negara dan april pula selepas spm akan di buka pula sekolah menengah...


Menarik bila pengumuman ini di buat oleh menteri pelajaran malaysia yang datangnya dari kelantan iaitu parlimen ketereh. Baru saya tahu orang ketereh ni hebat hebat....ada dua menteri datang dari situ dan sensasi ke dua duanya...


Tak tahu lah jika saya salah 1 mac tu masih PKP dan negara masih di bawah darurat. Terutama negeri selangor dan johor juga beberapa negeri lagi...


Bila PKP dan Darurat masih berjalan maka sop sudah tentu ketat. Jenuh polis di raja hamzah nak pantau ni. Saman kena di buat jika ada yang tidak ikut sop di musim darurat dan PKP ni nanti ni....budak tadika....darjah satu...dua sampai lah darjah 6....wajib pakai musk di sekolah kerana tempat ramainya orang berkumpul....jika tak pakai kena saman seribu nampak gayanya ni.....al maklum masih dalam PKP dan Darurat....


Menteri dari ketereh umum sekolah ni agaknya dah bincang ke dengan KKM dan MKN atau lebih tepat dengan Ismail Sabri....dah detailkan ke keadaan tu....negeri negeri PKP tapi sekolah buka....sepatutnya Ismail.Sabri kena pula buat pengumuman baru tentang sop baru bagi budak sekolah...


Bagai mana dengan yang terpaksa melepasi sempadan dan daerah. Contoh tempat saya ni di seksen 27 dan 28 shah alam. Sekolah itu ramai muridnya dari Saujana Putra kerana sana tak ada sekolah lagi maka mereka bersekolah di Seksen 27 dan 28....masalahnya dua tempat di berada di dua daerah yang lain...


Lebih menarik jalan yang ada hanya mengunakan NKVE melalui tol....saujana putra daerahnya Kuala Langat jika tak salah....seksen 27 dan 28 atau pun putra height daerah petaling....jenuh hari hari budak dan mak bapa kena saman....sebab merentas lain daerah......kes macam ni bukan tempat saya sahaja rasanya....banyak kes macam ni....Ismail Sabri kena jelas kan SOP jika berlaku keadaan seperti ini....


Kami bukan Menteri Wilayah atau Pimpinan Paa atau piminan negara yang kebal boleh tidak di saman. Kami orang kerdil orang kecil....bukan menantu muhyuddin....bukan juga anak agung atau sultan johor....naya kat kami jika salah percaturan.....


Jem bila di fikirkan kerajaan di bawah PM yang hebat ini....kita seronok dah ni sebab ada kerajaam islam dan melayu....


KEBODOHAN YANG TIDAK TERPERI


Bob kelanang




Bila aku membaca artikel "Parlimen boleh bersidang tapi bukan untuk agenda politik" https://m.malaysiakini.com/news/563538 yang terbit di Malaysiakini... aku nampak bahawa penganalisis politik yang bernama (professor) Azmi Hassan dan (professor) Jeneri Amir sebenarnya tidak faham apa itu fungsi Parlimen...


Maaf cakap lah... pada aku inilah kebodohan yang tidak terperi...


Parlimen itu didasarkan kepada Politik... DAN ianya adalah untuk urusan berkaitan rakyat... Parlimen kita berasaskan kepada konsep Westminster Parliamentary System.


"The Westminster system or Westminster model is a type of parliamentary system of government that incorporates a series of procedures for operating a legislature that was first developed in England, key aspects of which include an executive branch made up of members of the legislature, and that is responsible to the legislature; the presence of parliamentary opposition parties; and a ceremonial head of state who is different from the head of government."


Jadi... dalam semua keadaan... Parlimen mesti berasaskan kepada Politik... dan tidak sesekali pun Parlimen itu terasing dari Politik...


Untuk itu... keabsahan pemerintahan juga ditentukan secara Politik... jadi kita Kerajaan yang ada tidak mendapat mandat yang cukup dalam Parlimen... pada hukumnya Kerajaan tersebut tidak boleh (tidak layak) mengusulkan apa-apa cadangan/arahan/tindakan yang terkait dengan kuasa... kerana Kerajaan itu sebenarnya tiada kuasa...


Adalah salah seorang Ketua Negara (YDP Agong) untuk menerima cadangan dan usul dari Ketua Kerajaan (Perdana Menteri) yang tidak mempunyai mandat yang cukup di Parlimen... Ini asas kepada sistem Westminster...


Oleh itu... kedua-dua Azmi Hassan dan Jeneri Amir sebenarnya jauh terkhilaf dalam mentafsirkan Parlimen yang katanya mendasari lima isu utama "isu Covid-19, keselamatan, pendidikan, rakyat, dan dasar"... walhal kelima-lima dasar ini sebenarnya terkait rapat dengan Politik (iaitu mandat Perdana Menteri yang tiada majoriti)


Aku sama berpandangan dengan Awang Azman Awang Pawi bahawa kuasa politik amat perlu dalam mentadbir negara... sebab tanpanya rakyat akan melihat kerajaan Perikatan Nasional melanyak segala proses (bulldoze) tanpa hak DAN menyalahgunakan kuasa... Ini adalah sesuatu yang tidak bertangungjawab.



Muhyiddin terdesak tawar UMNO jawatan TPM, tapi sayang sudah terlambat

 


Muhyiddin terdesak tawar UMNO jawatan TPM, tapi sayang sudah terlambat

Jika benar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada pemimpin Umno, Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil menyifatkan langkah itu sudah terlambat.

Isham berkata Muhyiddin sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan dirinya dan Bersatu yang sedang “tenggelam dan hampir karam.”

“Saya mendengar ura-ura bahawa Tan Sri Muhyiddin akan menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Umno.

“Ini untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai perdana menteri yang amat goyah sekarang umpama telur di hujung tanduk.

“Muhyiddin sedang terdesak, dia akan buat apa sahaja sekarang.

“Namun tawarannya ini sudah terlambat dan tidak berguna lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hisham (gambar, atas) jika Presiden Bersatu itu ikhlas untuk menawarkan jawatan tersebut kepada Umno, ia sudah dilakukan sejak awal-awal penubuhan kerajaan Perikatan Nasional lagi.

Apatah lagi apabila jawatan tersebut bakal dijangka disandang untuk tempoh yang singkat.

“Malah untuk satu jawatan ini yang hanya untuk jangkamasa yang pendek, Bersatu pastinya menuntut untuk Umno mengorbankan banyak perkara.

“Ini tidak menguntungkan malah merugikan kita dan akar umbi serta orang-orang Melayu dalam jangka masa sederhana, panjang atau selama-lamanya.

“Saya tidak rasa pemimpin-pemimpin Umno begitu naif dan mentah untuk galak dan teruja dengan tawaran terdesak dan terlambat Muhyiddin dan Bersatu ini,” katanya.

Isham turut meramalkan bahawa sekiranya mana-mana pemimpin Umno menerima jawatan timbalan perdana menteri itu, kemungkinan besar ia akan memecahbelahkan parti.

“Sesiapa yang menerima jawatan ini akan dilihat oleh akar umbi sebagai menggadaikan Umno untuk kepentingan diri sendiri.

“Tambahan lagi jawatan timbalan perdana menteri tidak mempunyai banyak kuasa pun untuk membuat dasar dan perubahan untuk rakyat, malah setahun kebelakangan ini jawatan itu tidak diisi pun menunjukkan ianya bukanlah kritikal.

“Oleh itu tidak masuk akal untuk Umno terima jawatan ini sekarang,” katanya.



PENGHAKIMAN HAKIM DAN KOMEN PEMBACA

 

MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF




Terbitan saya yang sebelum ini saya sudah hadkan sebab ada kesilapan saya dalam faham cara Malaysiakini terbitkan artikel nya.

Ini adalah spekulasi saya sendiri ( mungkin betul / mungkin salah).

Hanya pelanggan berbayar portal malaysiakini.com yang boleh tulis komen. Dan komen-komen yang di tulis tadi akan di kumpulkan mungkin menggunakan kepintaran mesin (AI) @ atau mungkin komen teratas, untuk jadi satu artikel baru. ( Terbitan saya sebelum ini, saya tulis MK pilih untuk terbit artikel berdasarkan komen yang di pilih secara manual).

Jadi kalau kita lihat demografi pelanggan berbayar portal malaysiakini.com, banyaknya terdiri dari golongan M40 and T20 yang sangat-sangat kritikal terhadap dasar-dasar kerajaan sekarang. Sebab itu siapa yang perasan, hanya artikel Bahasa Melayu sahaja yang percuma, dan yang bahasa Inggeris ada sesetengah di kunci di sebalik pembayaran.

Bebalik pada kes mahkamah tersebut, ketua hakim berkata yang mahkamah tak boleh di persalahkan bila kes di tarik balik oleh pendakwaraya. ( komen saya : Tapi umum ingat hakim yang bebaskan sebenarnya pejabat peguam negara yang tarik balik jadi benda ini sebenarnya kena educate public)

Hakim kedua tulis yang mahkamah sudah ambil kira alasan MK yang kata mereka tidak tahu tentang komen pembaca tapi dalam masa yang sama MK sebagai tuan punya website yang boleh buat peraturan siapa yang boleh komen untuk hasilkan perbincangan. Hakim kedua kata MK bertanggungjawab untuk kawal apa yang di terbitkan dan MK tak boleh beri alasan yang sistem tapisan komen yang menyakitkan ( mungkin secara automatik) hanya boleh tapis komen bahasa kesat tapi bukan komen yang menyakitkan hati mahkamah.

============== komen saya ===================

Bagi saya ini adalah satu duluan yang agak rigid. Saya sudah berbelas tahun dalam IT dan kepakaran saya dalam email, tak ada satu sistem pun dalam dunia yang boleh tapis komen yang menyakitkan. Sebab menyakitkan hati itu sendiri subjektif. Dalam sistem yang saya jaga, saya ada tapisan untuk perkataan yang lucah, perkataan yang tak sesuai untuk suasana korperat, tapi tak ada tapisan untuk perkataan atau ayat yang menyakitkan hati seseorang/mahkamah.

Contoh yang mudah, kalau ayat, "padanlah team X asyik kalah, pengurus dia pun tak pandai main bola". Ia mungkin menyakitkan hati pembaca yang pro pada team x, tapi tak pada orang lain. Persoalan dia, macam mana sistem nak tahu yang mana satu menyakitkan yang mana satu tidak? Kalau macam ini pakai NLTK pun pengsan nak kesan sentimen negatif atau postif berdasarkan sakit hati.

Jadi apa yang akan jadi selepas ini kiranya adalah serampang dua mata. Mana-mana portal (termasuk la FB dan Twitter bertanggungjawab atas komen masa hadapan pembaca dia dan portal terserbut boleh di sabitkan kesalahan kalau pembaca dia tulis sesuatu yang menyakitkan hati orang lain. Jadi untuk mengelakkan di saman, mungkin portal-portal tersebut akan tutup ruang komen; jadi hilanglah kebebasan bersuara yang di jamin dalam artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

Jadi lepas ini, kalau senario terburuk, tak ada lagi lah tentera bawang boleh bergosip di mana-mana portal sebab kita ada duluan yang apa-apa sahaja komen tentera bawang boleh di anggap sebagai menyakitkan hati satu pihak yang lain; dan portal yang akan di pertanggungjawabkan.

Tapi kita kena ingat, yang Hakim hanya menghukum kes yang di bawa di hadapan dia; yang jadi persoalannya utama, kenapa kes ini di bawa oleh peguam negara in the first place?

Dan kita boleh jangka yang tahun hadapan indeks kebebasan media negara kita akan turun lagi selaras dengan penurunan indeks-indeks yang lain.

Sebagai solidariti terhadap Malaysiakini, saya sendiri sudah menderma pada tabung Malaysiakini.

WAllualam




RAKYAT TENGAH BENCI,PEMIMPIN PERASAN LAGI.

 

Memang habis Abah Kau Mooyiddin dan KERAT PN ni. Di PRU15 nanti rakyat

 akan pijak-pijak  dan tendang PN dan BN ni sebab menyiksa rakyat. Tunggu

 tengok lah.  "One Cardinal Rule" satu hal lagi. Rakyat tersangat benci dengan

 kerajaan ni tapi  depa masih dok perasan lagi? Denial Syndrome..!!

ZUS DIN

May be an image of text

ZAHID HAMIDI DEDAHKAN EN. AZALINA DAH BUAT U-TURN?

 



Berapa ramai lagi dari MP UMNO yg menyokong Abah Kau Mooyiddin dan KERAT dah buat U-turn?

Cuba baca posting Zahid Hamidi. Zahid hanya mengelak menyebut secara jelas bahawa persidangan Parlimen perlu diteruskan, dia hanya membayangkan betapa perlunya sidang Parlimen utk semak imbang, fungsi "Separation of Powers" dan sebagainya.

Meskipun tidak pun menyebut tentang sikap Azalina Othman dah buat U-turn dan Zahid hanya menyokong surat dan pandangan Azalina bahawa Kabinet Khas Darurat perlu ditubuhkan, namun secara tidak lsg sisipan berita Januari 2021 menunjukkan sebelum ini Azalina PERNAH menolak permohonan persetujuan oleh Ahmad Maslan (SUA UMNO) bagi memohon diadakan Persidangan Parlimen.

Adakah kerana Azalina baru tersedar perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana Parlimen telah digantung "indefinitely" lalu ini menjurus ke arah "Dictatorship"?

JIKA Azalina mula tersedar, agaknya berapa ramai lagi MP yg mula resah dan bimbang tentang penggantungan Parlimen ini menyebabkan Abah Kau Mooyiddin dan KERAT semakin hilang sokongan?

Betul kata Lokman Nur Adam, semakin lama MP-MP UMNO membiarkan KERAT berkuasa maka UMNO BN juga akan terbabit sama dipersalahkan oleh rakyat.

PRU15 akan menjadi "BENCANA" bukan setakat kepada PN tapi juga buat UMNO BN. Bersatu, PA$, UMNO, MCA, GPS dan konco2 mereka akan dipijak dan disepak rakyat di PRU15 nanti.

PH sedang tunggu apa lagi? Tak reti nak tunggang gelombang? Masih lagi nak cipta sakit kepala kerana AtukSAKATua atau nak move forward dgn kekuatan 3 parti teras utk perkukuhkan PH bagi mengharungi PRU15?

Wallahualam.

- Zus Din

19 Februari 2021

 


TIADA KERJASAMA ANTARA KPM DAN KTPM ?

 

NORMAN RADZUAN



TAK WAJAR ANAK-ANAK  KECIL DIPERTARUHKAN...

Keputusan KPM dan KPTM membenarkan sekolah dan IPTA bermula pada tempoh yg sama tidak tepat. Ia hanya akn membuatkan pergerakan agresif di dlm masyarakat. Keputusan ini dilihat seperti tiada komunikasi melibatkan kedua kementerian yg saling berkaitan.

Ini kerana keduanya melibatkan ibu bapa. Dalam masa sama ada anak yg mahu dihantar ke IPTA dan ada anak yg mendaftar persekolahan. Bukan sahaja masa dan wang ringgit tapi lebih membimbangkan pergerakan ibu bapa ke sana ke sini menghantar anak ke asrama dan sekolah.

Lebih dari itu kewajaran anak2 kecil seusia 7 tahun didahulukan utk bertemu secara fizikal tidak masuk akal. Apa yg budak2 ini faham tentang SOP. Kenapa budak2 ini dipertaruhkan? Adakah utk menutup isu pemberian percuma laptop?

Saya berpendapat biar pelajar IPTA masuk dahulu dgn SOPnya. Kita lihat adakah ia berjaya atau tidak. Lebih baik step by step, lagi pun tunggu suntikan vaksin 2/3 bulan dahulu. Selepas IPTA, pelajar sekolah menengah dan barulah anak2 kecil ( pra sekolah ).

Umpama ada anjing liar di hadapan... kita biarkan anak yg berusia 7 tahun ke hadapan dan 18 tahun di belakang. Lebih teruk yg usia 50-96 tahun kita sorok kat rumah ( Parlimen tutup ). Tak betul... sebab kita berharap selepas frontliner diberi suntikan, guru2 dan pensyarah2 adalah mereka yg wajar diberi suntikan segera kerana mereka adalah individu yg sgt dekat dgn pelajar2.

Kita tidak mahu ada kluster guru dan kluster budak sekolah. Kemudian dibuat lagi PKP3.0 dan Darurat disambung lagi. Vaksin dah tiba...alang2 tunggu la sebentar sebulan lagi... step by step la Menteri.

Lagipun ramai ibubapa baru habis duit belikan tablet/hp dan com. Kemudian tak sampai 10 hari suruh budak2 pergi sekolah...Menteri Pelajaran tak gunakan kewarasan akal. Nak tanya Menteri Pengajian Tinggi pergi kuruskan badan juga ke? Mana dia pergi...

 


PERBETULKAN LAH BAHASA TU....

 

RINA HAMZAH


Ya setuju, tetapi kalau bertaraf menteri BI pun kelaut baik jangan jadi menteri

 laaaaa budak-budak tadika pun boleh bercakap dgn baik BI. Kalau macam tu

 cakap jer bahasa melayu kalau dah tahu BI berterabur mcm batu kelikir

 berselerak diatas jalan. Netizen pun Tak kondem. Salah tetap salah.


May be a Twitter screenshot of text that says "azizah iskandar @cheminahsayang ada masa bahasa malaysia saya kurang betul dan saya malu, tetapi kalau bahasa inggeris saya tdk betul.. sy tdk malu kerana itu bukan bahasa ibunda saya.... saya anak Melayu! Translate Tweet 14:49 08 Oct 19 Twitter for iPhone 2,347 Retweets 3,997 Likes 1"

DONT PLAY-PLAY DENGAN KUASA RAKYAT…

 



BOB KELANANG

Pernahkah hangpa dengaq portal berita disaman pasai komen pembacanya? DAN didenda RM1/2 juta, perlu dibayar dalam tempoh 3 hari? Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Malaysiakini bertanggungjawab kerana menghina mahkamah menerusi komen pembacanya. Ini merupakan kali pertama Malaysiakini menghadapi tuduhan menghina mahkamah sepanjang 21 tahun penubuhannya. Pada 15 Jun tahun lalu, Peguam Negara, Idrus Harun mengemukakan permohonan menghina mahkamah terhadap portal berita tersebut.

Malaysiakini has been fined RM500,000 for contempt of court in relation to the news portal's readers' comments. "We are of the view that a fine of RM500,000 is appropriate. "We order the fine by the first respondent to be paid within three days from Monday (next week)," Court of Appeal president Rohana Yusuf said.

Malaysiakini launched a fundraiser to raise the said amount.The fundraiser was to help the news portal pay for a RM500,000 fine after the Federal Court found Malaysiakini liable for contemptuous comments by its readers.

Malaysiakini has exceeded its RM500,000 fundraising target in under five hours. The rakyat has spoken. The people are watching. For letting so many felons go, punish PN in the next GE. https://m.malaysiakini.com/news/563603

Satu hari saja, 505k. Apakah indikator yang dapat ditafsirkan disebalik kemurahan orang ramai menghulurlan derma membantu portal berkenaan???...

1. Mungkin penderma simpati merasakan denda sebanyak itu tidak patut dan melampau.

2. Ia menunjukkan kebencian rakyat kepada gomen hari ini makin membara.

3. Petanda ini menggambarkan gomen pimpinan Din Yassin bakal hanyut. - minah kerang