COVID-19: Varian baharu mudah merebak dari Afrika Selatan dikesan di Amerika Syarikat

 

Agensi
COVID-19: Varian baharu mudah merebak dari Afrika Selatan dikesan di Amerika Syarikat
Pakar kesihatan bimbang varian baharu ini lebih mudah merebak daripada sebelum ini dan vaksin juga mungkin kurang berkesan terhadapnya. - Gambar hiasan/REUTERS
WASHINGTON DC: Satu lagi varian baharu COVID-19 dilaporkan dikesan pada Khamis di Amerika Syarikat, selepas satu lagi varian dikesan di United Kingdom baru-baru ini.
Penemuan terbaharu itu menyukarkan lagi keadaan negara itu yang kehilangan lebih 3,000 orang yang meninggal dunia setiap hari akibat virus berkenaan.
COVID-19 | Angka korban seluruh dunia kini lepasi 2.18 juta
Mutasi virus itu yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan ditemukan pada kes di Carolina Selatan, AS dan pegawai kesihatan berkata, kemungkinan ada banyak lagi jangkitan namun masih belum dikesan.
Mereka juga bimbang varian baharu ini lebih mudah merebak daripada sebelum ini dan vaksin juga mungkin kurang berkesan terhadapnya.
COVID-19 | Kes positif global lepasi 101 juta
Dua kes yang dikesan di AS itu melibatkan dua orang dewasa, menetap di wilayah berbeza dan tidak mempunyai sejarah perjalanan atau keluar dari kawasan itu sejak kebelakangan ini.
“Ia menakutkan kerana mungkin banyak lagi kes yang tidak dapat dikesan dalam wilayah itu.
“Bahkan ia mungkin lebih mudah tersebar,” kata Dr Krutika Kuppalli, ahli fizik berkaitan penyakit berjangkit di Medical University of South Carolina.
Pengarah Kesihatan Interim Carolina Selatan, Dr Brannon Traxler berkata, varian terbaharu itu menunjukkan “perjuangan menentang COVID-19 masih jauh dari berakhir”.
“Vaksin COVID-19 dalam perjalanan tapi jumlahnya terhad. Jadi, setiap orang harus komited melawan virus ini. Kita sama-sama dalam peperangan ini,” ujarnya lagi.



DUNGU PUN, DUNGULAH.....


Meskipun telah ditekankan banyak kali dan diulang oleh pelbagai pihak berkali-kali, tetapi masih ramai yang sengaja mendungukan diri sendiri dengan mengatakan tindakan undang-undang beberapa pihak berkaitan darurat adalah penderhakaan kepada Yang Dipertuan Agong.

Selain Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang mewakili PH yang mengambil tindakan undang-undang berkaitan darurat itu, tiga lagi pemimpin PH atas kapasiti mereka sebagai Adun iaitu Salahuddin Ayub, Johari Abdul dan Dr. Aziz Bari turut memfailkan semakan kehakiman atas hal yang sama.

Selain itu, Khairuddin Abu Hasan yang dikaitkan rapat dengan Tun Mahathir Mohamad juga menyaman Perdana Menteri berikutan darurat yang diisytiharkan itu.

Mereka yang sanggup mendungukan diri itu, selain berpendidikan dan golongan bergelar, termasuk pula yang berjawatan menteri dan berjuang atas nama Islam kononnya, sedangkan sebelum ini kelompok merekalah yang sedia berbaring atas jalan kerana membantah tindakan pihak Istana serta pernah menobatkan kerabat lain bagi menggantikan Sultan yang diakui sah kedudukannya.

Demi mempertahankan jawatan dan kedudukan, walau diperolehi melalui pintu belakang, mereka berkenaan sebenarnya hanya ingin terus menikmati laba melalui kedudukan sebagai menteri semata-mata.

Dengan itu, dungu pun, dungulah…asalkan dapat terus jadi menteri.

Dalam semua saman atau tindakan undang-undang yang dikemukakan berkaitan darurat, adalah mudah bagi sesiapa yang pernah bersekolah dan tahu membaca untuk mengetahui serta memahami fakta bahawa tindakan tersebut bukan diambil terhadap Agong.

Dalam saman Anwar dan tiga pemimpin PH, yang disaman ialah Muhyiddin atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri kerana memberi nasihat yang dipercayai salah kepada Agong dalam mengisytiharkan darurat, selain berkaitan penggantungan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ketika darurat dikuatkuasakan.

Khairuddin pula mengemukakan samannya kerana beranggapan kedudukan Perdana Menteri sendiri tidak sah dan tiada keabsahan ketika memberi nasihat kepada Agong berkenaan darurat itu.

Sedemikian itu, adalah sangat jelas dan mudah difahami bahawa tiada sama sekali saman yang dikemukakan itu terhadap Agong atau berkaitan kedudukan baginda.

Haruslah difahami, sesuai dengan amalan Raja Berperlembagaan di mana Agong hanya boleh berbuat sesuatu sebagai ketua negara atas nasihat kerajaan dan Perdana Menteri, bermakna menyaman Perdana Menteri tiada kaitan sama sekali dengan pertikaian terhadap kemuliaan Agong.

Kerajaan dan Perdana Menteri adalah dipilih rakyat melalui pilihanraya dan dengan itu, mempertikaikan nasihat Perdana Menteri dan kerajaan kepada Agong tidak bersalahan dengan undang-undang, malah suatu hak yang dibenarkan.

Kalau rakyat tidak boleh bersuara mempertikaikan kerajaan atau Perdana Menteri, untuk apa pilihanraya setiap lima setahun diadakan?

Menganggap saman kepada Perdana Menteri sebagai menderhaka kepada Agong sebenarnya samalah seperti menyamakan atau cuba meninggi-darjatkan kedudukan Perdana Menteri dengan keistimewaan Agong.

Hanya mereka yang bertuhankan manusia dan percaya rezeki sebagai menteri ditentukan Muhyiddin saja yang sanggup mendewakan Perdana Menteri melebihi apa yang sepatutnya.

Dalam konteks Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, saman yang dikemukakan terhadap beliau adalah sesuatu yang wajar dan tepat kerana terbukti darurat yang dinasihatkannya adalah untuk kepentingan politiknya semata-mata.

Jika semata-mata kerana Covid dan tiada ancaman daripada Anwar yang telah menyembah maklum dan menulis surat kepada Agong untuk mohon mengadap bagi mempersembahkan sokongan majoriti yang dimiliki, ditambah lagi kiranya tiada usul UMNO bahagian-bahagian memutuskan hubungan dengan Bersatu dan tiada juga seorang demi seorang Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan, pastilah darurat dan penggantungan Parlimen ini tidak dicadangkan untuk dilaksanakan.

Tak sekolah pun mudah untuk faham hakikat ini, kecuali mereka yang suka mendungukan dirinya sendiri.

Memang ada banyak negara lain melaksanakan darurat, tetapi mereka melakulannya ketika tiada ancaman terhadap kedudukan Perdana Menteri dan tidak pula Parlimen digantung sama, sebaliknya semata-mata untuk menambahkan keberkesanan membendung Covid19.

Malah, di Italy misalnya, Perdana Menteri yang sedar hilang sokongan majoriti ketika Covid19 melanda telah dengan rela hati meletakkan jawatan, meski beliau bukanlah beragama Islam, jauh sekali merupakan anak ulama dan pandai membaca doa.

Kita sebaliknya, dengan PKP dan darurat lagi, tetapi kes Covid19 tetap kian meningkat setiap hari.

Perdana Menteri dan kerajaan dalam hal ini bukan saja patut disaman dan dibalun tanpa henti, malah wajib diganti. 

(Shahbudindotcom 29/01/2021)



RENTASAN 815 | PERDANA MENTERI CEMAR PERLEMBAGAAN WAJAR DIHADAP KE PENGA...



MENARIK DALAM RENTASAN 815

1. BEBALISME TIDAK KENAL IJAZAH YANG DISANDANG 2. 1MDB BUKAN HANTU BUNGKUS 3. CYBERTROOPER PN SUDAH MULA ‘PUNCH CARD’- ANGKAT KERAJAAN SERBA TAHU





KESETIAAN MENTERI-MENTERI UMNO – KEPADA PARTI ATAU MUHYIDDIN?

 

Kelompok pemimpin UMNO yang diketahui kuat mempertahankan Muhyiddin Yassin dan mahu parti itu terus bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang ialah mereka yang kini memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan.

Mereka itu memegang jawatan menteri, timbalan menteri dan dilantik mengetuai pelbagai GLC.

Di antara mereka itu, ada yang berani bersuara secara terbuka dan ada juga yang hanya memilih menunjukkan sokongan secara diam-diam.

Tetapi, yang nyata mereka itu mahu Muhyiddin terus disokong dan kerajaan PN ini dikekalkan lagi supaya dalam masa yang sama, mereka boleh terus menikmati kedudukan dan jawatan dalam kerajaan.

Baru-baru ini apabila Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan mengutus surat kepada Ahli-Ahli Parlimen parti itu memohon persetujuan mereka untuk menggesa Yang Dipertuan Agong memanggil sidang Parlimen ketika tempoh darurat dikuatkuasakan, dilaporkan tidak sampai 10 orang yang bersetuju dengannya.

Selebihnya daripada 39 Ahli Parlimen UMNO itu, mereka memilih untuk tidak bersetuju kerana bimbang ia memberi persepsi kedudukan Muhyiddin sebagai ketua kerajaan dilihat tidak stabil.

Sudah tentu, mereka yang tidak setuju itu adalah mereka yang mempunyai kedudukan serta jawatan dalam kerajaan.

Jika diperhalusi, penolakan mereka itu adalah sesuatu yang pelik kerana seperti kata Nazri Aziz, keputusan meminta persetujuan itu adalah perkara yang diputuskan oleh Biro Politik UMNO.

Soalnya, bagaimana Ahli Parlimen UMNO boleh tidak setuju dengan perkara yang diputuskan oleh parti sendiri?

Ketika UMNO membuat keputusan memecat Muhyiddin daripada UMNO pada 2016 sebelum ini, mereka yang berada dalam kerajaan sekarang, kalau pun tidak semua, sebahagoan besar daripadanya turut bersetuju dengan tindakan parti pada waktu itu.

Ketika itu, Presiden UMNO adalah Najib Razak.

Hari ini, Muhyiddin yang mereka setuju dipecat dahulu adalah Perdana Menteri melalui partinya, Bersatu manakala UMNO merupakan sebahagian daripada kerajaan sehingga PRU15 akan datang.

Makna kata, bersekali dengan usul yang diluluskan oleh UMNO bahagian-bahagian untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU15, pendirian sebenar UMNO dalam konteks hubungan dengan Bersatu, bukanlah suatu perkara yang rumit untuk mudah difahami.

Tetapi, mengapa masih ada pemimpin UMNO yang mahu lagi meneruskan hubungan dengan Bersatu dalam PRU nanti?

Lebih daripada itu, jika dengan menarik sokongan dan menjatuhkan Muhyiddin boleh menyegerakan PRU15, bukankah ia lebih baik bagi UMNO daripada terus membiarkan Perdana Menteri berada lebih lama di kerusinya?

Kenapakah masih ada Ahli Parlimen UMNO yang menampakkan diri mereka lebih setia kepada Muhyiddin berbanding kesetiaan mereka kepada UMNO?

Di mana kesetiaan mereka sebenarnya – kepada parti atau kepada Muhyiddin yang memberikan mereka jawatan menteri, timbalan menteri dan kedudukan dalam GLC? 

(Shahbudindotcom 28/01/2021)



DSAI LAWATAN KE PASAR BESAR PORT DICKSON YANG TERBAKAR

 

ANWAR IBRAHIM

 Meninjau keadaan Pasar Besar Port Dickson yang mengalami kebakaran awal pagi semalam bersama Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Kebakaran ini mengakibatkan sekurang-kurangnya 9 peniaga terjejas.

Saya dan Kerajaan Negeri Negeri Sembilan telah menghulurkan bantuan kepada mereka yang terkesan.

Kerja-kerja baik pulih juga akan dimulakan sesegara mungkin oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

#PortDickson

https://www.facebook.com/16194831839/posts/10161323139006840/?d=n



 

 

A P A N A K H A I R A N . . .


Image may contain: Roslin Ahmad


PAPA BOB

Asyraf Wajdi tolak dakwaan exco Pemuda Umno ramai jutawan…

Apa nak hairan sebenarnya... takder aper yang perlu dihairankan... sebab memang 100% exco Pemuda UMNO memang kalu tak jutawan paling cikai pon tetap pengarah beberapa syarikat besar dan GLC... ini dah lama dah... nak cantas sukar...

Paling teruk pun diorang nih semua ader syarikat kontraktor ataupun menjadi shareholder dalam mana-mana syarikat kontraktor... DAN lagi cikai adalah diorang nih ader pegang mana-mana AP import... kalau tidak macam mana mau naik tangga jawatan dalam UMNO... ingat naik tu tak perlu modal ka??? Hahaha... Mesti akan ader yang jadi tukang bayar punya...

Dan macam mana diorang boleh pusing ngan LHDN pun orang ramai tahu gak... Hahaha... sebab itu la baek punya cover... aper ader hal...

KOH KOH KOH...

Ini semua open secret lar... everyone know... semua orang tau... tak payah la nak cover-cover lagi...

Dan setiap kali ader Perhimpunan Agung UMNO (PAU)... berapa banyak duit akan berlegar... sponsor sana sini... bayar sana sini... taja sana sini... belanja sana sini... dan tipulah kalau perwakilan kat PAU tak dapat sen sebagai tajaan untuk sokong dan undi...

KOH KOH KOH…

Asyraf Wajdi tak perlulah nak sangkal sangat pun... https://m.malaysiakini.com/news/560699

KOH KOH KOH… jilaker!!

 

 

AIR KELANTAN? SEKADAR PANDANGAN….BERBUIH MULUT DAH KUTUK..PEMIMPIN SELAMBA SAJA MUKA TEBAL TAK MALU



BOB KELANANG


No photo description available.



Dah lebih 30 tahun PAS memerintah Kelantan... bukan satu jangkamasa yang singkat... Kalu ader yang lahir masa PAS mula-mula perintah Kelantan... sekarang ini rasanya bukan setakat sudah bekerja... tapi mungkin sudah ader 3 atau 4 orang anak...

Begitulah lamanya PAS perintah Kelantan...

Tapi... orang cakap... lamanya sesuatu kerajaan negeri itu memerintah bukanlah satu penanda aras berlakunya perubahan dalam pentadbiran, pembangunan dan sosio-ekonomi rakyat..

Bayangkanlah semasa 30 tahun Kerajaan PAS memerintah... apa yang kita disajikan adalah betapa payahnya Kerajaan Negeri memerintah dalam keadaaan dana yang kurang... ditambah lagi dengan kata bicara kononnya berlaku sekatan dana dari Kerajaan Persekutuan... Betul... memang ada dana yang tersekat DAN tersangkut... tapi itu bukanlah satu alasan yang tepat untuk terus berkeadaan begini...

Kerajaan Negeri yang diterajui PAS yang katanya ramai golongan professional tu sewajarnya dah lama boleh melihat DAN mencari jalan untuk menjana dana dari dalam negeri itu sendiri... Contoh paling utama dengan keluasan tanah yang cukup besar dan landai... Kelantan sebenarnya boleh memajukan banyak industri sama ada yang bersaiz kecil dan sederhana serta juga industri perladangan dan perkebunan... malah patutnya dengan guna tenaga yang cekap... industri ruminan juga boleh dilaksanakan secara berkesan.

Tapi yer la... apa yang boleh diharapkan dengan kepimpian Kerajaan Negeri dan Parti yang susah nak terima pandangan dari sudut professional... mereka cuma nampak pada hutan sahaja... itu sahaja yang mereka nampak untuk mendapatkan hasil untuk negeri... payah kalu dah mentaliti macam tu...

Sedangkan industri perikanan terutamanya laut dalam memang boleh dilaksanakan di sana dengan bantuan dan kerjasama Kerajaan Negeri... dengan memanfaatkan Koperasi Nelayan dengan lebih bersepadu sewajarnya mereka boleh menerajui industri perikanan laut dalam dan juga perikanan secara sangkar.

Itu aku citer dari sudut luar...

Kalu berkenaan dengan Air Kelantan... ini satu perkara yang agak payah nak diselesaikan... semua sebab sikap dan keras kepala banyak pihak... kita tahu selama 30 tahun paip-paip air besar milik Air Kelantan tidak dapat ditingkatkan DAN dibaik pulih... hampir 95% paip-paip besar milik Air Kelantan di Kota Bharu tidak dapat diakses untuk dibaik pulih hanya kerana ada binaan-binaan milik persendirian yang telah dibina diatas laluan paip ini... hampir semua kawasan ROW untuk perkhidmatan Air Kelantan telah digunapakai secara haram oleh pemilik hartanah yang berdekatan...

Kaki lima jalan yang sepatutnya adalah laluan ROW paip Air Kelantan biasanya telah menjadi binaan kedai dan gerai malah ada yang menyambung membesarkan ruang rumah dan kedai sehingga mengambil kawasan ROW ini... Nak kata takder amaran dari PBT, mungkin betul tiada... tapi... kalu ada pun biasanya PBT tak berani nak ambil tindakan lanjut hanya kerana sikap samseng dan gedebe orang Kelantan... kalau rasa nak kena parang, cuba lah runtuhkan binaan tu...

Masalah yang paling utama sebenarnya di Kelantan terutama di Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian dan sekitarnya adalah sikap tak ambil cakna atas had dan limit kawasan hakmilik tanah masing-masing. Dalam banyak keadaan, mengambil kawasan tanah milik awam menjadi sebahagian dari tanah penduduk tempatan adalah dikira normal.... Betul betul gila... Bukan tak ader diajar dalam agama bahawa haram hukumnya mengambil hak yang salah... tapi di Serambi Mekah ni ianya serupa mencurahkan air kedaun keladi...

 

 

TIADA KEBERKATAN BAGI LEBAI LIPAS INI BILA BERCERAMAH

 

Sumbang 1,000 tablet untuk pelajar layak


Mohd Khidir Zakaria

am@hmetro.com.my

Port Dickson: Sebanyak 1,000 tablet akan diserahkan kepada pelajar serta murid yang layak selewat-lewatnya dua minggu lagi.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya sedang meneliti permohonan dan keutamaan kepada golongan sasaran B40.

"Setakat ini, kami menerima lebih 1,000 permohonan, jadi kami sedang meneliti mereka difikirkan layak terutama golongan B40 dan M40 atau mempunyai anak ramai.

"Kalau tiada halangan mungkin seminggu dua lagi ia akan selesai dan buat permulaan seramai 1,000 pelajar akan menerimanya untuk Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan kepada pemilik enam gerai di Pasar Besar Port Dickson yang terbakar awal pagi hari ini.

 

TOLAK CALON PARTI MAHATHIR TIDAK KIRA GUNA LOGO SIAPA

ADAKAH NEGARA KITA SUDAH JADI ANARKI?



Kata Hadi, pendekatan itulah yang diambil dalam politik Malaysia, apabila PAS dan UMNO mewujudkan Muafakat Nasional. “Dan untuk mewujudkan negara masyarakat majmuk, tidak boleh menafikan kaum, bangsa dan agama yang ada di sini. Maka diwujudkan PERIKATAN NASIONAL,” ujarnya.







PAS AKAN TERUS BERBOHONG DEMI KUASA



Hakikatnya, parti lebai hanya aktif dalam politik untuk mendapat habuan. Jawatan menteri, timbalan menteri, pengerusi GLC malah Presiden parti walaun kini telah bergelar Duta Khas Perdana Menteri Tebuk Atap ke Timur Tengah walaupun makan gaji buta. Yang keluar daripada mulut Pak Lebai Duta, hanya perkataan ‘setan’ dan pelbagai jenis binatang tak habis-habis. Tapi tidak mengapa kerana ianya keluar daripada mulut ahli syurga.



PARLIMEN DEMOCRATIC REPUBLIC of CONGO LULUS USUL VoNC.

 



Bayangkan sebuah negara dunia Ketiga yg dianggap ketinggalan di benua Afrika berani menerima Usul VoNC? Di Malaysia Speaker dan Menteri nya takut nak benarkan VoNC.

Akhirnya DARURAT. Dah mampus KERAMITA timbul KERAT. Begitulah Demokrasi diperkotak-katikkan di Malaysia.

Ahli-ahli politik di sebelah KERAT ni memang tarak "TULUR" dan takde kemaluan berbanding ahli-ahli politik DEMOCRATIC REPUBLIC of CONGO.

Shame on you guys.....shame on you...!!

- Zus Din

28 Januari 2021

Link : https://www.aljazeera.com/.../dr-congo-parliament-votes...

 


PUNYA LA TAK MALU PEMIMPIN...NEGARA YANG DAHULUNYA DI KUTUK TAK MAJU DAH PUN BERI VAKSIN PADA RAKYATNYA

 

Dulu bila Singapura lebih dulu terima vaksin, ada menteri kata sebab negara tersebut punya kewangan yang kukuh dan mereka boleh tempah awal.

Ini sekarang macam mana pula bila Nepal, Myanmar dan Bangladesh pun lebih dulu terima vaksin juga?

 

Image may contain: 1 person, text that says "the Record ALJAZEERA ASIA&PACIFIC Myanmar launches nationwide COVID-19 vaccination program LIVE Source: Kinhua 2021-11- 12:35:54 News Coronavirus pandemic Bangladesh starts COVID vaccination drive Wider inoculation to begin February with country's cricket board saying it will vaccinate hundreds players to restart domestic tournaments. Nepal rolls out vaccinations with over 9,000 inoculated on Wednesday RECORD panuary21,2021 Ahewoi worker prepares administer the health"

(LIVE) Anwar Ibrahim Bersama Wan Azizah & Dzulkefly Ahmad: Bicara Covid-...

(LIVE) Abdullah Sani, Dr Aziz Bari & Kamal Amil: Proklamasi DARURAT, Apa...

Gabungan NGO serah memorandum kepada Agong tolak proklamasi darurat

 



POSTED BY AMIR WRLR

Gabungan NGO Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia hari ini menyerahkan memorandum ke Istana Negara menolak proklamasi darurat yang diisytiharkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari lalu.

Menurut ketua koordinator gabungan 100 NGO itu, Mustapha Mansor Amer Mohd Isa (gambar, kiri), tujuan memorandum tersebut dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong adalah supaya baginda menimbangkan perisytiharan darurat boleh ditarik balik bagi mengembalikan kehidupan normal rakyat negara ini.

Selain itu, Mustapha juga menyeru agar rakyat menjadi medium sebaran am bagi menyedarkan semua pihak bahawa mengkritik tindakan kerajaan darurat Muhyiddin bukan bermakna menderhaka kepada Agong.

"Tuan-tuan juga ikut membantu dalam urusan kami. Kita sebar luaskan supaya rakyat Malaysia memahami apakah yang kita maksudkan. Kita memahami Raja Berperlembagaan, sistem demokrasi berparlimen dan tidak ada sesiapa yang boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan.

"Itu adalah hal yang terpenting dalam sistem bernegara. Sistem bernegara mestilah mematuhi Perlembagaan dan kita mengekalkan demokrasi berparlimen.

"Ada yang kata kita derhaka. Kita derhaka kalau kita mendeklarasikan perang kepada Raja contohnya. Tetapi kita hanya mahu menegur (dalam hal darurat)," katanya dalam sidang media berhampiran Istana Negara selepas menyerahkan memorandum kepada pegawai istana, pagi tadi.

Gabungan NGO memorandum rakyat menyerahkan memorandum kepada pegawai istana

Mengenai dakyah pihak penyokong Perikatan Nasional kononnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendehaka kepada Agong apabila membawa kes perisytiharan darurat ke mahkamah, Mustapha berkata, Anwar tidak menyaman Agong tetapi PM yang telah hilang majoriti.

Mustapha juga mengingatkan, ketika darurat pertama kali dipohon Raja-raja Melayu telah menolak cadangan tersebut. Jadi tiada siapa yang menderhaka kepada Raja-raja Melayu.

"Apa yang dilakukan oleh Anwar bukan saman Agong tetapi saman kerajaan sekarang, PM yang hilang majoriti. Ada beza yang cukup ketara.

"Kepada yang mahu buat naratif Ketua Pembangkang derhaka..... hal ini ada kesan, bukan boleh sebut orang itu derhaka, orang ini derhaka

"Hari ini kita perlu sedarkan rakyat. JKOM sedang bermain fitnah kononnya pembangkang derhaka. Mana derhakanya? Kita terus hormat Raja Melayu, terus ikut SOP, mana derhakanya?" tanya beliau.

Sehubungan itu, Mustapha sekali lagi memohon kepada Yang di-Pertuan Agong agar mempertimbangkan rintihan rakyat di dalam memorandum yang diserahkan kepada pihak istana dengan bijaksana.

"Saya sekali lagi memohon kepada Raja-raja Melayu, Duli-duli Yang Maha Mulia, memohon pertimbangan sewajarnya ke atas apa yang disampaikan oleh rakyat.

"Kami kumpul memorandum ini selama sebulan dan minta pandangan rakyat. Bukan dibuat oleh segelintir pihak sahaja. Keperitan hidup rakyat kita bawa dalam memorandum ini," katanya.

Memorandum tersebut mempersembahkan kepada pengetahuan Yang di-Partuan Agong berhubung 7 perkara:



1. KAMI, NGO-NGO dan individu dari pelbagai latar belakang di seluruh dunia tidak berharap akan adanya pengumuman oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 12 Januari 2021 bahawa beliau telah menasihati Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk mengisytiharkan darurat bagi seluruh negara sehingga bulan Ogos 2021.



Pengisytiharan ini bukan saja telah menjatuhkan imej negara di seluruh dunia bahkan media antarabangsa telah menjadikan bahan ejekan ke atas Yang Dipertuan Agong dan kerajaan Malaysia.



Kami sebagai rakyat marhaen amat menyanjung tinggi Institusi Diraja yang bernaung di bawah payung Raja-Raja Berpelembagaan sejak dari awal penubuhan negara tercinta ini.



Hal seperti ini wajib dihentikan serta merta kerana keperluan darurat yang masih dipertikaikan dari segi Perlembagaan dan cadangannya juga dari seorang PM yang sudah hilang majoriti.



2. Kami sangat bimbang kesan dari pengisytiharan darurat ini peranan semak dan imbang kepada kuasa eksekutif pentadbiran negara dan mendedahkan kerajaan kepada salah guna kuasa eksekutif yang tidak terkawal.



Kebimbangan kami berasas dengan bocornya surat tawaran kerja membina dewan di Parlimen Pagoh sebanyak rm 35 juta ( surat dilampirkan) tanpa melalui prosidur biasa. Dalam tempoh darurat yang sangat singkat, bagaimana projek ini boleh diluluskan tanpa mengambilkira penderitaan rakyat buat masa ini.



3. Kami amat bersyukur dengan langkah munasabah yang diambil bagi menangani wabak Covid-19. Namun, alangkah lebih wajar jika tumpuan diutamakan kepada isu kesihatan rakyat, kelengkapan termasuk peruntukan terhadap petugas barisan hadapan (kesihatan dan keselamatan petugas barisan hadapan).



4. Akibat dari beberapa tindakan gopoh dari Perikatan Nasional yang dimulakan dengan pengumuman PKP kemudiaan darurat pula hingga bulan Ogos, rakyat sudah mula membuat protes terbuka di beberapa media sosial ( dilampirkan). Apakah protes rakyat ini akan mereda sekiranya mereka masih belum berpuas hati dengan janji kosong dari Perikatan Nasional selama ini. Ditambah pula dengan harga barang yang sudah terlalu tinggi.



Kami tidak yakin kemarahan rakyat akan mereda sekiranya kadar pengangguran semakin meningkat, kemiskinan makin bertambah, peluang berniaga ghaib dan penafian hak mereka seperti pengeluaran wang simpanan KWSP tidak mampu diselesaikan.



5. Kami berpandangan bahawa undang-undang sedia ada, termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan sebelum ini adalah mencukupi untuk mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak ini.



6. Bagi kami Perdana Menteri dan kerajaan telah terlanjur dan tersasar dalam menyampaikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong kerana sesungguhnya tidak terkait dengan permasalahan Covid-19, banjir atau ekonomi.



7. Oleh itu demi menyelamatkan keamanan, kesejahteraan dan kestabilan politik di negara ini, kami bermohon ke bawah Duli Raja-Raja Melayu untuk menarik semula persetujuan perlaksanaan Ordinan Darurat ini dengan segera.