Jawatan PM: Yakinkan kami Datuk Seri…



SATU Malaysia tahu betapa tingginya harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menduduki takhta nombor satu pentadbiran negara iaitu jawatan Perdana Menteri. Pelbagai liku, onak dan duri terpaksa beliau tempuh untuk sampai ke tahap sekarang (walaupun masih belum menjadi PM).
Bukan satu rahsia lagi yang Anwar pernah menjadi ‘blue-eyed boy’ Tun Dr. Mahathir Mohamad sehingga satu peringkat sudah sampai ke jawatan Timbalan Perdana Menteri sebelum sengketa berlaku di antara keduanya.
Dituduh terjebak dalam skandal moral hingga ditumbuk Ketua Polis Negara, ditelanjangkan dan disumbat ke dalam penjara, mengetuai gerakan reformasi hingga berjaya mengumpul puluhan dan mungkin ratusan ribu penyokongnya di seluruh negara dan macam-macam lagi.
Namun sehingga sekarang, masih dalam ‘senarai menanti’ walaupun cap jari ‘dah lama kering’ untuk menduduki kerusi Perdana Menteri yang didambakan sejak sekian lama.
Walaupun acapkali cuba menyakinkan rakyat Malaysia yang tampuk pemerintahan negara akan berpindah kepadanya, namun ramai yang masih sangsi sama ada Tun Dr. Mahathir akan benar-benar melepaskan kerusi itu kepada Ahli Parlimen Port Dickson tersebut seperti mana yang dijanjikan dan diwar-warkan itu.
Apatah lagi apabila pemerhati politik melihat orang kanannya sendiri, Datuk Seri Azmin Ali lebih ‘berpotensi dan berpeluang’ untuk menjadi Perdana Menteri berbanding dirinya.
Apa yang terjadi dalam Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2019 di Melaka kelmarin sebenarnya membuatkan kita tertanya-tanya, adakah Anwar sudah hilang magis atau lebih tepat lagi, sudah mula hilang kepercayaan daripada ahli-ahli dalam partinya sendiri?
Andai kata hipotesis itu benar, bagaimana mungkin Dr. Mahathir akan menyerahkan jawatan itu pada Anwar memandang orang dalam parti PKR sendiri menolak kepimpinan bekas Presiden ABIM itu?
MGF06122019_Kongres-AMK-Keadilan-2019_15-1
Kelihatan kekecohan berlaku antara perwakilan pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto IQBAL BASRI, 06 DISEMBER 2019
Untuk rekod, kongres yang dihadiri lebih 1,000 anggota perwakilan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka itu dicemari insiden kekecohan sehingga menganggu perjalanan kongres sayap itu sekaligus mencetuskan pergaduhan antara penyokong mengakibatkan dua individu cedera.
Insiden pergaduhan di Kongres Pemuda PKR tercetus apabila perwakilan dan anggota yang berpihak kepada Azmin, termasuk pengerusi tetap AMK yang dipecat Mizan Adli Mohd Noor, dilarang daripada memasuki dewan kongres.
Polis telah menahan dua orang lelaki bagi membantu siasatan kes itu dan mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan dadah. Kedua-dua mereka direman dua hari bagi siasatan lanjut.
Siasatan awal kes itu mendapati terdapat dua kumpulan dalam AMK yang terlibat dalam insiden itu iaitu berbaju biru dan hitam, yang mana kedua-dua kumpulan itu adalah daripada parti yang sama.
Tak cukup dengan insiden ‘gusti’ kelmarin, malam tadi Azmin pula secara terbuka menyalahkan Anwar yang didakwanya melanggar persetujuan yang telah dicapai sehingga menyebabkan mereka melangkah keluar daripada kongres parti itu yang sedang berjalan.
MGF07122019_Kongres-Nasional-Keadilan-ke-14_49-1
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali bercakap pada sidang media mengenai Kongres Nasional Keadilan ke-14 di Hotel Ames, Ayer Keroh, Melaka. foto IQBAL BASRI, 07 DISEMBER 2019
Azmin berkata, semasa pertemuan dengan Anwar pada 4 Disember, kedua-dua kumpulan mencapai kesepakatan yang komposisi pembahas mestilah adil, serta tidak dibenarkan menyinggung, menyindir atau menyerang mana-mana pihak.
Anwar juga, kata Azmin, memberi jaminan bahawa semua pihak perlu mengikut garis panduan yang telah dipersetujui. Bagaimanapun semasa kongres itu, beberapa perwakilan memberikan ucapan berbentuk sindiran terhadap Azmin yang menyebabkan penyokong timbalan presiden PRK itu keluar dewan.
Azmin berkata masalah itu bermula daripada ucapan dasar Anwar dan pemilihan pembahas dalam kongres berkenaan juga dibuat berat sebelah. Selain itu, katanya majlis penganugerahan yang berlangsung juga bersifat provokatif dan menafikan sumbangan besar pemimpin-pemimpin PKR di peringkat akar umbi.
Dalam nada yang keras, Azmin menuduh Anwar gagal menunaikan janjinya!
Atas segala pergaduhan dan kekecohan yang terjadi, kita tertanya-tanya, bagaimana Anwar mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya andai kata peralihan kerusi atau tampuk Perdana Menteri benar-benar berlaku?
Bahasa mudah, parti sendiri pun tak mampu nak kawal – bagaimana nak jaga Malaysia?
Anwar sendiri mengaku insiden kekecohan itu disebabkan ketidaktegasan beliau.
“Saya ini sangat conciliatory and forgiving (bersifat mengutamakan kedamaian dan pemaaf) kadang-kadang macam semalam,” ujarnya.
MG231119_MESYUARAT-MAJLIS-PAKATAN-HARAPAN09
Reaksi Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad (kanan) bersama Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) semasa sidang media selepas pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 23 NOVEMBER 2019
Anwar boleh kata dan dakwa apa sahaja, tetapi apa yang terjadi ini sedikit sebanyak telah membuatkan ramai pihak tertanya-tanya, adakah Anwar ‘fit’ untuk berada di kerusi Perdana Menteri dan adakah sindiran seperti ‘Anwar akan terus jadi PM tepi’ akan menjadi realiti?
Rakyat memerhati. Rakyat menilai. Akhir sekali rakyat juga yang akan menghukum.
Anwar perlu lakukan sesuatu untuk menyakinkan masyarakat yang beliau sememangnya layak untuk menjadi Perdana Menteri.
Simpan saja retorika dan cerita lama, ini sudah bukan lagi masanya.


Woiiii...JANGAN MENGADA NGADA LA KALAU NAK JADI PEMIMPIN



Kalau dalam Kongres AMK semalam, kumpulan pro Azmin Ali yang diketuai oleh Hilman Idham telah meninggalkan dewan pada sebelah petang kononnya kerana faktor keselamatan, hari ini Timbalan Presiden PKR itu sendiri mengetuai penyokongnya keluar dewan pada sebelah petang Kongres Nasional Keadilan atas alasan tidak tahan disindir dan dihentam.
Beliau bersama penyokong meninggalkan dewan kongres kira-kira jam 3.00 petang tadi setelah beberapa perwakilan menyampaikan ucapan menyerang dan menyindirnya sebagai pengkhianat parti.
Lantaran itu, Azmin menyalahkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim kerana membawa cerita Si Kitul dan Raja Mendaliar dalam ucapan dasar pagi tadi yang dianggapnya telah membuka laluan kepada serangan-serangan itu.
Kenapa Azmin tiba-tiba mudah terasa hati dengan kenyataan sejarah tentang Si Kitul dan Raja Mendaliar?
Apakah Azmin sekarang ini merasakan watak Si Kitul dan Raja Mendaliar itu menyerupainya, lalu begitu mudah dirinya terasa hati?
Jika begitu, bermakna apa yang disebut Anwar itu adalah suatu kebenaran dan Azmin, sebagai pemimpin reformasi, tidak seharusnya marah kepada kebenaran.
Sebaliknya, jika sudah ditunjukkan kebenaran dan terasa dirinya macam Si Kitul dan Raja Mendaliar, apakah Azmin mahu terus berwatak jahat seperti itu dalam melalui hari-hari seterusnya dalam kehidupannya?
Mengapa tidak memohon maaf saja kepada Anwar dan mengakui kesalahannya?
Dalam hal ini, betullah juga seperti kata Anwar bahawa jika Azmin terasa hati, itu adalah masalah dia, bukan masalahnya kerana yang disebutnya adalah kenyataan sejarah yang dipetik daripada naskhah Sulatus Salatin.
Sebagai pemimpin, lebih-lebih lagi berjawatan nombor dua dalam PKR, Azmin tidak harus menjadikan dirinya terlalu manja dan mengada-ngada dengan tidak boleh dikata sedikit pun oleh orang lain.
Bukankah tegur menegur adalah amalan biasa dalam kehidupan?
Lagi pun, jika beliau tidak ponteng mesyuarat, tidak sesuka hati menyanggah Presiden dan tidak membantah melalui media banyak keputusan-keputusan parti, tentulah tidak mungkin perwakilan ada sebab untuk menegur dan mengkritiknya secara terbuka.
Tidakkah dalam hal ini kesalahan itu sebenarnya bermula di pihak Azmin sendiri?
Berikutan tersinggung dengan sindiran Anwar berkaitan Si Kitul dan Raja Mendaliar serta serangan perwakilan terhadapnya, Azmin lalu membayangkan kumpulannya akan memboikot kongres pada esok hari.
Azmin berkata, tiada sebab munasabah lagi baginya untuk berada esok hari di dewan kongres di MITC, Melaka itu.
Azmin ternyata bukan saja mudah kecil hati, tetapi juga berjiwa kecil dalam berhadapan dengan perwakilan di kongres partinya sendiri.
Agaknya beliau hanya gemar puji-pujian dan sanjungan semata-mata dalam kehidupannya.
Agaknya juga Azmin hanya mahu perbuatannya saja dianggap betul, manakala teguran orang lain kepadanya semua salah.
Ehhh….manja sangatlah kau ni Min!! (ShahbudinHusin 07/12/2019)

Azmin rasmikan kongres AMK:.Kalau tak kerana Azmin PRU 14 tak menang?

Imej mungkin mengandungi: 2 orang

Tian chua tidak lagi menguasai  Akhbar Suara Keadilan.Kehulu kehilir ikut Anwar akhirnya kecewa dan kerana Anwar tidak kenang jasa.Habs yang dibawah ni tak banyak pun tuntut,walau tak masuk penjara.



Azmin rasmikan kongres AMK:

Ada video memaparkan "Kalau tidak kerana Azmin, PH tidak akan menang PRU 14". Azmin kata ini okay. Tak menyinggung mana2 pihak walaupun hakikatnya menidakkan usaha pimpinan lain.

Anwar rasminkan kongres Keadilan:

Anwar bercakap soal sejarah dan kisah Si Kitol pengkhianat negara. Azmin kata ini tak okay. Tersinggung perasaan dia.

P/s: Normal lah tu. Orang kalau khianat, dia dengar kitol pun tersinggung. Orang kalau mencuri, dia dengar Ali Baba pun tersinggung. Orang kalau semburit, dia dengar Haziq pun tersinggung punggung.



APABILA 'SI KITOL' MAHU TENTUKAN UCAPAN PRESIDEN DAN PEMBAHAS




Mahu jadi pemimpin mesti bersedia untuk mendengar pujian atau kritikan dari suara bawahan.  Jika berhati tisu atau hanya mahu mendengar puji-pujian sahaja, kamu boleh lupakan cita-cita atau bermimpi untuk menjadi pemimpin.  Kamu mungkin layak jadi "dewa" yang disembah oleh kartel kamu.  

Di dalam ucapan dasar Presiden Keadilan sewaktu merasmikan Kongres Nasional Keadilan di MITC Melaka pagi tadi, beliau banyak bercerita tentang sejarah 'Si Kitol dan Mandeliar" sebagai nasihat kepada semua pimpinan dan ahli parti.  Beliau turut bercakap soal ekonomi negara dan apa kehendak rakyat setelah PH menguasai kerajaan.  Presiden turut mengingatkan pimpinan tentang sifat ego dan sombong serta lupa daratan yang boleh merosakkan pemimpin itu sendiri dan lebih teruk akan merosakkan imej parti.  Soal disiplin juga turut disentuh oleh Presiden kerana ini asas kekuatan parti.

Ucapan dasar Presiden telah dibahas oleh para perwakilan yang ditentukan oleh MPN negeri masing-masing.  Sebelum perwakilan berbahas, Pengerusi Tetap telah ingatkan tentang garis panduan yang perlu dipatuhi iaitu berbahas dengan penuh adab dan etika.  

Apakah perlu Presiden atau Pengerusi Tetap kenakan syarat perbahasan mestilah penuh dengan kata2 ampu dan bodek pimpinan?  Tidak boleh menegur dan mengkritik mana-mana pimpinan?  Kalau begitu, ini bukan parti Keadilan, parti yang membawa obor reformasi. Jika kamu mahu ahli parti sembah kamu, kamu boleh keluar dari parti ini dan tubuh parti dewa kamu.

Saya rasa memang wajar pembahas menegur pemimpin sewaktu kongres kerana ini adalah medannya berbanding amalan puak kartel yang ponteng mesyuarat tetapi gunakan media untuk serang Presiden dan parti.  Mereka harus tahu, bukan sahaja pemimpin parti ditegur bahkan PH juga turut dikritik oleh pembahas.  Anwar juga ditegur dengan lantang kerana terlalu berlembut dengan pemimpin2 yang melanggar disiplin parti seperti ponteng mesyuarat dan menyerang parti melalui media.  Adakah Anwar terasa hati, merengek dan merajuk?  

Jika PH boleh ditegur, Presiden juga turut ditegur, siapa kamu tidak boleh disentuh?  Bukankah esok hari penutup kongres semua pimpinan diberi ruang untuk menggulung dan menjawab teguran?  Kenapa tidak mahu gunakan ruang itu untuk menjawab teguran sebaliknya gunakan media buat PC di tengah kongres berlangsung?  Mana kejantanan kamu untuk berdepan dengan perwakilan?  

Alhamdulillah, sewaktu puak2 ini keluar dewan sewaktu Kak Wan mula memasuki dewan untuk sesi perbahasan petang tadi, dewan tetap penuh dengan perwakilan yang bersemangat menyokong Presiden.  Ini adalah gambar suasana di dalam dewan sejurus puak 'si kitol' cuba sabotaj kongres.  

Usahlah cari alasan untuk meraih simpati ahli bawahan.  Saya telah tulis sebelum ini, drama perdamaian akan berterusan selagi ada ' si kitol" di dalam parti.  

WFAUZDIN NS

PROVOKASI PENAMPILAN AZMIN SENDIRI LEBIH JADI PUNCA PERWAKILAN KONGRES MELUAT DENGANNYA




Dalam sidang medianya selepas keluar dewan kongres semalam dan kemudian diikuti ratusan penyokongnya yang turut berbuat demikian, Azmin Ali menuduh Anwar Ibrahim mungkir janji berhubung ucapan-ucapan perwakilan.

Beliau mengungkit mengenai beberapa persetujuan yang didakwa dicapai dalam pertemuan dengan Anwar minggu lalu yang antaranya,

• Perbahasan hanya akan tumpu kepada isu-isu dasar serta pengukuhan PKR.

• Komposisi pembahas mewakili semua pihak, dengan jaminan membawa agenda parti.

• Pembahas tidak dibenarkan menyinggung, menyindir dan menyerang mana-mana pihak.

Menurut Timbalan Presiden PKR itu lagi, Anwar telah memberi jaminan bahawa pembahas akan mematuhi perimeter dan garis yang dipersetujui itu.

Beliau seterusnya menuduh ucapan Anwar berkaitan Si Kitul dan Raja Mendeliar ketika perasmian adalah berupa sindiran yang membuka ruang kepada para perwakilan menyerang dan menghentamnya.

Azmin juga berkata, beliau sebaliknya sudah melaksanakan persetujuan itu dan ia boleh dilihat pada ucapan perasmian Kongres Pemuda dan Wanita yang menumpukan kepada penyatuan anggota dan peranan PKR dalam kerajaan.

Dalam hal ini, jika diperhati bukannya Anwar yang mungkir janji, tetapi Azmin sendiri yang memulakan provokasi yang menyebabkan perwakilan jadi meluat dengannya.

Ketika perasmian Kongres Pemuda dan Wanita, beliau masuk ke dewan dengan menaiki beca bersama Zuraidah Kamaruddin dan Tian Chua dengan diiringi lagu Merisik Khabar yang mana acara itu dilihat terlalu gah dan berlebih-lebihan serta tidak sesuai bagi sebuah pemimpin dan parti reformasi.

Azmin, melalui acara perasmian itu ternampak ingin menunjuk-nunjuk seolah-olah beliau telah menang menewaskan Anwar apabila berjaya menuntut dikembalikan tradisi merasmikan Kongres Pemuda dan Wanita serta menggambarkan dirinya seolah-olah pemimpin paling besar dalam PKR.

Memang ketika ucapan perasmiannya beliau bercakap berkaitan penyatuan dan peranan parti dalam kerajaan, tetapi kenapa mesti kehadirannya disambut secara besar-besaran?

Lebih daripada itu, kenapa tidak dibawa Ketua Pemuda dan Ketua Wanita menaiki beca bersamanya?

Kenapa mesti Zuraidah dan Tian Chua duduk di sebelahnya?

Kemudian, ketika hadir ke Kongres Nasional PKR pagi semalam, Azmin sekali lagi cuba menunjuk-nunjuk dan mempamerkan dirinya seorang pemimpin besar apabila ketibaannya diiringi dengan pasukan pemuzik dan gendang yang dilihat agak keterlaluan.

Sementara Anwar dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail pun masuk ke dewan dalam keadaan biasa saja, untuk apa Azmin hadir dengan diiringi bunyi bising paluan gendang seperti itu?

Apakah pemimpin reformasi begitu sifat dan kelakuannya?

Mahu tidak mahu, perlakuan Azmin itu sendiri adalah suatu bentuk provokasi yang merangsang orang lain bertindak balas terhadapnya kerana terlalu meluat dengan karenah mengada-ngadanya.

Sudahlah tidak hadir mesyuarat selama setahun, tiba-tiba cuba menunjuk kehadiran dalam kongres seolah-olah “superstar”, maka siapa yang tidak menyampah jadinya?

Bermakna, bukan ucapan Anwar yang menyentuh tentang Si Kitul dan Raja Mendeliar itu yang menyebabkan perwakilan menyerang Azmin, tetapi lebih disebabkan provokasi yang ditimbulkannya sendiri.

Seterusnya, apabila Azmin keluar dewan bersama penyokongnya, ia lagilah menyebabkan perwakilan yang berucap tambah meluat dan menyampah kepadanya.

Ehhh….kena tegur sikit dah nak merajuk?

Bukankah kongres adalah medan untuk perwakilan yang mewakili suara akar umbi untuk menegur dan memperbaiki salah pemimpin atasan?

Bukan saja Azmin, malah Anwar sendiri pun banyak ditegur oleh perwakilan.

Lantaran itulah, setelah Azmin tidak lagi berada dalam dewan, mood perwakilan majoritinya lebih ke arah mahukannya disingkir dan melabelnya sebagai pengkhianat parti.

Di hotel lain kemudiannya, Azmin mengadakan sidang media mengecam dan mengkritik Anwar sebagai Presiden PKR yang didakwanya tidak menepati janji.

Beliau turut mengumumkan akan mengadakan jamuan makan malam di KL malam ini bersama para penyokongnya, walaupun ketika PKR mengadakan jamuan Makan Malam 20 Tahun Reformasi malam semalam, beliau tidak menghadirinya.

Di hari terakhir kongres hari ini, sebagaimana dibayangkannya semalam, Azmin hampir pasti tidak hadir dan akan meneruskan pemboikotannya.

Ertinya, Azmin mahu bebas mengkritik sesiapa saja, termasuk Anwar atau melakukan apa juga dalam PKR ini, walaupun dirinya sendiri tiada ketahanan dikritik dan diserang oleh perwakilan.

Pemimpin seperti ini, elok masih ada dalam PKR atau lebih baik dipecat saja? (ShahbudinHusin 08/12/2019)

KISAH LAGU NEGARAKU DAN PAS



Oleh :Ahmad Muslim Badawi

Bila viral Video lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin, Aku sikit pun tak marah...Sebab aku tengok jelas ia bukan upacara atau majlis rasmi, sebab itu sesi pembelajaran dalam Kelas..Walhal Versi negaraku dalam bahasa Arab pun berlambak..

Tapi begitu teruknya pemikiran Ashabiyah dikalangan pengikut PAS dan UMNO.. Kononnya Cina kurang ajar.. Melanggar perlembagaan, agenda Komunis,Langgar Undang2, Yg jahatnya Kelompok Pendakwah, anak buah Zakir Naikpun sama naik..

Sampaikan Fitnah dari Page Najib, dianggap sebagai kalam suci para wali.. Najib itu terdesak untuk melepaskan diri dari pintu Penjara..kita faham lah kenapa dia begitu kuat gerak kan sentimen kaum dan Agama.. Malangnya PAS yg sedia jadi khadamnya..

Sedangkan Silibus atau buku teks rasmi Kementerian pendidikan tahun 2015, lagu Kebangsaaan dalam bahasa Mandarin itu.. adalah kerja pentadbiran Najib sendiri.. kerja Menteri UMNO sendiri.. Nampak tak Jahatnya Najib yg hari ini jadi Wali para Alim Ulama PAS ?

Itulah bani Melayu.. Bila yang buat sesuatu perkara itu cina, Dikatakan tidak ada semangat Patriotik.. Kurang ajar, Anti Islam..Komunis,Biadap..  biar apapun situasi, tak kira pasal pergaduhan,pasal bendera, pasal, pasal komik,kemalangan, Tulisann, penghinaan..Bila yang buat itu anak Melayu, dalil mereka berubah..

Inilah gambaran Ashabiyah.. Kita menghukum atas sebab bangsa dan Agama.. Lagi teruk hari ini Ashabiyah atas sebab parti, kalau  DAP dalilnya lain, kalau MCA, Tiba tiba Wahyu itu turun kepada Haji Hadi untuk dijadikan Dalil dan Kalam suci Penganut PAS... :)

Sorakan pecat ahli keluar dewan riuhkan kongres PKR



KONGRES PKR | Hadirin yang terus berada di Kongres PKR selepas sejumlah penyokong Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali meninggalkan dewan, bersorak agar mereka yang keluar dipecat.

Ia terjadi ketika perwakilan Wilayah Persekutuan Che Zam Hamzah berucap.

Che Zam dalam ucapannya berkata dia ingin mengusulkan agar anggota parti yang meninggalkan dewan dirujuk kepada lembaga disiplin parti.

"Saya mahu mereka-mereka ini dibawa ke lembaga disiplin," kata Che Zam yang disambut tepukan gemuruh hadirin.

"Kerana mereka (yang meninggalkan dewan) tidak mematuhi peraturan parti dan tidak mematuhi kepada persefahaman PH," katanya.

Pada ketika itu, hadirin mula berdiri dan bersorak "Pecat, pecat ", sebelum diminta bertenang oleh timbalan pengerusi tetap kongres Othman Karim.

"Silakan duduk, bertenang. Pengerusi tetap juga pengerusi lembaga disiplin, mesej diterima," kata Othman.

Perwakilan Wilayah Persekutuan Che Zam Hamzah.
Che Zam dalam ucapannya sebelum itu mengecam pihak yang menurutnya berkemungkinan cuba menghalang Presiden PKR Anwar Ibrahim dari menjadi perdana menteri kelapan.

"Jangan ada sekelumit yang menghalang (Anwar jadi perdana menteri). Kita boleh berbeza pendapat, tapi menghalang, melalui pintu apa sekali pun, untuk presiden kita menjadi perdana menteri kelapan.

"...Tiada kompromi tentang itu," katanya.

"Saya sudah puas melihat penghinaan terhadap presiden kita. Enough is enough," katanya lagi yang terus disambut tepukan gemuruh hadirin yang berdiri.

Sehari sebelum kongres PKR bermula, Anwar dan Azmin berjumpa dan dilihat mencapai kata sepakat untuk berdamai.

Ketika menyampaikan ucapan dasar, kedua-dua mereka juga dilihat menyeru agar penyokong masing-masing berdamai.

Bagaimanapun, sejumlah perwakilan dilihat menghalakan kritikan kepada Azmin ketika mengambil alih pentas perbahasan, yang seterusnya menyebabkan sejumlah hadirin kongres meninggalkan dewan.

Perwakilan tinggalkan kongres, parti akan rujuk Lembaga Disiplin - Shamsul Iskandar

Perwakilan tinggalkan kongres, parti akan rujuk Lembaga Disiplin - Shamsul Iskandar




AYER KEROH: Tindakan segelintir perwakilan yang meninggalkan kongres, dipercayai kerana tidak berpuas hati akibat perbahasan yang mengkritik dan menghentam beberapa pemimpin, akan dirujuk kepada Lembaga Displin, kata Ketua Penerangannya Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu akan dilaksanakan kemudian selepas berakhirnya Kongres Nasional ke-14 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

MMMMMmmmm....




Kongres Nasional PKR 2019: Ucapan Dasar Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Kalau Azmin terasa, itu masalah dia – Anwar



AYER KEROH – “Eh, itu sejarah Melayu.” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya tentang kenyataan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa ucapan dasar presiden tidak inklusif dan menyerang ahli parti termasuk menggunakan perlambangan kisah Si Kitul.
Mengulas lanjut, Presiden PKR itu berkata, terpulang kepada Azmin untuk terasa atau sebaliknya sambil menegaskan apa yang beliau sampaikan dalam ucapan pagi tadi merupakan kenyataan sejarah dalam sulalatus salatin.
“Kalau dia terasa itu masalah dia bukan masalah saya. Itu kenyataan sejarah dalam sulalatus salatin,” katanya ketika ditemui media selepas berakhirnya perbahasan ucapan dasar presiden, hari ini.
Dalam pada itu, Anwar menafikan ucapan dasarnya menyentuh mana-mana individu secara peribadi, sehingga mengakibatkan berlakunya rasa tidak puas hati kepada sesetengah perwakilan termasuk Azmin sehingga mereka bertindak meninggal dewan.

DARI :KARTEL: KE PARTI REFORMASI ???NEGARA....mmmmmm


OLEH; HAMSINA HAMZAH


Betul ker ni?....berapa hari agaknya bertahan jika ianya jadi kenyataan. Mcm parti Selangor jer.....
TERSEBAR DLM GROUP WSAP PRO AZMIN SKRG
*SENARAI JAWATANKUASA PENAJA PARTI REFORMASI NEGARA*
Presiden: *YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali*
Timbalan Presiden: *YB Zuraida Kamaruddin*
Naib Presiden:
1. *YB Dato' Dr. Mansor Othman*
2. *YB Dato' Sri Dr. Edmund Santhara*
3. *Chua Tian Chang*
Setiausaha Agung: *YB Dato' Mohd Rashid Hasnon*
Ketua Wanita: *YB Haniza Talha*
Ketua Pemuda: *YB Dr. Afif Bahardin*
Ahli Majlis Tertinggi:
1. *YB Dr. Daroyah Alwi*
2. *YB Azman Nasrudin*
3. *YB Azmizam Zaman Huri*
4. *YB Elizabeth Wong Keat Ping*
5. *YB Muhammad Hilman Idham*
6. *Khalid Jaafar*
7. *Zakaria Abdul Hamid*
8. *Sangetha a/p Jayakumar*
9. *Nur Hizwan Ahmad*
10. *Mohd Radzlan Jalaluddin*
Siapa berani confirm kan betul ker ni?😃

'Saya tak iktiraf kewujudan mana-mana kem dalam PKR'- Anwar

Anwar pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di Kongres Nasional PKR 2019 di sini hari ini.
A
A

MELAKA TENGAH - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan parti meraikan perbezaan pendapat namun tidak mengiktiraf kewujudan mana-mana kem.
Menurutnya, beliau tiada masalah sekiranya kepimpinan utama parti berbeza pendapat namun harus bersatu hati dalam perjuangan parti itu.
“Saya tidak iktiraf kepada (kewujudan) mana-mana kem. Ada perbezaan pendapat tidak ada salah tapi mesti bersatu. Sebelum ini saya ambil pendekatan yang sangat lembut, saya tidak kisah.
"Tapi saya ingat dalam kongres ini dan mesej yang kongres ini mahu supaya kita balik kepada landasan asal dan tekankan kepada isu sejagat," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di Kongres Nasional PKR 2019 di sini hari ini.
Sebelum ini, PKR dilihat seolah-olah mempunyai dua kem iaitu pihak menyokong Anwar sebagai Presiden dan kem yang menyokong Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai gesaan perwakilan Sabah, Mohammad Razeff Rakimin mahu Azmin mengisytiharkan secara terbuka menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan, Anwar bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
“Tidak pasti, saya bukan jurucakap dia,” katanya ringkas.
Semalam, dalam usul membahaskan Ucapan Dasar Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohammad Razeff mencabar Azmin agar berbuat demikian kepada semua perwakilan di kongres AMK semalam.

MANA BUKTI YANG MENGATAKAN ADA PEMIMPIN PH PERLEKEH HUDUD... MANA DIA??



Oleh : Bob Kelanang



Saya tanya soalan ni berulang kali... mana bukti yang mengatakan mana-mana pimpinan Pakatan Harapan perlekeh hudud. Mana dia?

Tapi itulah modus operandi mereka. Memaksakan naratif palsu mereka ke dalam minda masyarakat. Pembohongan di atas pembohongan. Fitnah di atas fitnah.

Kerapkali sudah dijelaskan bahawa isu berkenaan perlaksanaan hudud adalah perkara yang melibatkan perlembagaan. Isu yang melibatkan perlembagaan tidak boleh ditangani secara partisan. Ia memerlukan konsensus. Ia memerlukan suasana yang kondusif untuk melakar asas perbincangan yang bermakna.

Halangan utama perlaksanaan hudud ialah apabila ada kelompok yang suka menjadikan isu ini sebagai modal politik partisan. Selagi mana isu ini dilihat DAN ambil pendekatan secara partisan, maka ia akan selamanya kekal sebagai permainan politik divisif DAN destruktif.

Situ duduk!

PKR HARUS PUNYA DEWAN SENDIRI



Menghadiri dan menyaksikan meriahnya Kongres Nasional Keadilan di MITC, Melaka hari ini mengingatkan kepada Perhimpunan Agung UMNO ketika parti itu berkuasa dahulu.
Dalam erti kata lain, betapa meriah dan ramainya pengunjung membanjiri Perhimpunan Agung UMNO dahulu, begitulah meriah dan ramai mereka di sekitar MITC, Melaka hari ini.
Bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana suasana Perhimpunan Agung UMNO ketika ini di mana parti itu bukan lagi pemegang kuasa dalam kerajaan.
Cuma, melalui khabar kawan-kawan, dikatakan kemeriahan seperti dulu itu sudah tiada lagi ketika ini.
Di MITC ini, setiap penjuru penuh dengan para penyokong parti dan orangramai yang datang dari seluruh negara.
Untuk bergerak ke sana sini pun terpaksa berasak-asak dan mengambil sedikit masa.
Para peniaga yang menjual pelbagai cenderamata, buku, makanan, baju dan sebagainya tidak ketinggalan memeriahkan lagi suasana.
Dengan jumlah perwakilan seramai 2,600, pemerhati 1,500 dan ditambah lagi pas di saat-saat akhir sebanyak 3,000, tetamu jemputan serta media daripada seluruh dunia, dewan MITC terasa kecil jadinya.
Yang lebih mengujakan, setiap kali diteriakkan perkataan “Reformasi” atau “Lawan Tetap Lawan” di dalam dewan, mereka yang di luar dewan juga turut sama melaungkannya dengan penuh semangat.
Tidak dinafikan, kemeriahan kongres ini bukan saja kerana PKR kini sudah menjadi kerajaan dengan penampilan sebagai parti terbesar dan paling dominan dalam PH, tetapi juga disebabkan ramai yang ghairah dan bersemangat untuk memberi sokongan kepada Presiden parti itu, Anwar yang bakal mengambil alih teraju pentadbiran negara daripada Tun Mahathir pada tahun depan.
Dengan itu, cuba bayangkan bagaimana tambah meriahnya lagi Kongres Nasional PKR tahun depan setelah Anwar disahkan menjadi Perdana Menteri?
Untuk itu, demi keselesaan dan sebagai lambang kedudukan PKR sebagai parti dominan dalam PH yang menguasai kerajaan, rasanya sudah sampai masa untuk parti itu berfikir ke arah memiliki bangunan dan dewan sendiri seperti PWTC.
Lagi pun dengan usia sudah 20 penubuhannya dan sokongan pelbagai kaum juga makin mengukuh, PKR tidak harus menoleh ke belakang lagi dalam perjuangannya.
Dengan memiliki bangunan serta dewan sendiri segagah PWTC, PKR pasti lebih mampu ke depan meneruskan perjuangan, selain dapat memberi keselesaan dan kebanggaan kepada ahli dan penyokong itu daripada seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
Lagi pula, berbanding parti-parti lain, hanya PKR yang ada cawangan dan cabang di semua 222 kawasan Parlimen dalam negara. (ShahbudinHusin 07/12/2019)

MEMALUKAN

Oleh :Miqdad Zakaria.



Ma syaa Allah.. Inilah bukti yang Allah dedahkan kepada kita semua..

Sangat memalukan..!

Hi hi..

Zuraidah 'tolak ' Buku Anwar PM8 ***




Selagi Jantung Berdenyut

Zuraidah 'tolak ' Buku Anwar PM8
***

Sori saya tidak mahu..Begitulah 'manisnya' bahasa YB Zuraidah dengan isyarat tangan sekali. 

Amboi..Kak Zu..saya sangka Kak Zu sudah berlapang dada rupanya mungkin 'ada yang tersimpan ngok ..ngek dalam hati'.

Walaupun ramai 'orang keliling' Kak Zu tersengih-tersengih melihat aksi saya dan Kak Zu..langsung tidak terkesan di hati saya.

Nota:- Saya  cuba menghadiahkan buku 
Buku Anwar PM8  kepada beliau sebentar tadi. Namun ditolak dengan 'jelingan manja'

Alahai Kak Zu...Kata udah berdamai-

***
#taksukajanganmenghina
#DSANWARPM8
#Jangantakutdenganbuku

TAHNIAH

TAHNIAH
Abg Mat kekal sebagai presiden dan Hj Sallehuddin sebagai timbalan presiden Parti Amanah Negara bagi penggal 2019-2022.

Manakala Datuk Mahfuz Omar, Datuk Seri Mujahid Yusof dan Datuk Hasanuddin Yunus pula kekal sebagai naib presiden.

Keputusan pemilihan lima jawatan tertinggi Amanah ini diumumkan oleh speaker Konvensyen Nasional Amanah 2019, Onn Jaafar.
#Konvensyen4Amanah
#Journal

SUASANA SAMA MACAM PARTI PEMERINTAH DULU

KREDIT FOTO SHAHBUDIN HUSSIN


Imej mungkin mengandungi: 6 orang, dalaman
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang ramai, langit dan luaran