AYER KEROH: Tindakan segelintir perwakilan yang meninggalkan kongres, dipercayai kerana tidak berpuas hati akibat perbahasan yang mengkritik dan menghentam beberapa pemimpin, akan dirujuk kepada Lembaga Displin, kata Ketua Penerangannya Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.
Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu akan dilaksanakan kemudian selepas berakhirnya Kongres Nasional ke-14 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).