SAJA ULANG SEMULA MOGA INGATAN KEKAL BODO SELAMANYA.ORANG LAIN BUAT TAK BOLEH..KITA BUAT HALAL BELAKA.

 



PESTA BUDAYA KELANTAN – JEPON 2018
Tarikh: 17/11/2018 (SABTU).
Masa : 2.00 Petang – 11.00 Malam.
Tempat: Dewan Jubli Perak, MPKB – BRI
Pelbagai gerai dan aktiviti menarik menanti pengunjung antaranya : -
- Yo-Yo Ballon Fishing
- Origami/Kirigami (Seni Lipatan Kertas)
- Shateki (Permainan Tembak-Menembak) - Wanage (Permainan Traditional)
- Pemakaian Yukata (Baju Traditional Jepun) - Furoshiki (Seni Ikatan Kain)
- Calligraphy (Seni Tulisan Huruf Jepun)
- Demonstrasi Pembuatan Wau Bulan
- Pertandingan Kendama
- Persembahan Seni Silat Tari
-Persembahan Dikir Barat
- Persembahan Rebana Ubi
- Persembahan Gasing Terbang
- Persembahan Tarian Tradisional Jepun Bon Odori.
- Dan pelbagai Persembahan Lagi.
Gerai Makanan dan Minuman Jepun,
- Sushi
- Okonomiyaki
- Takoyaki
- Dim Sum
- Minuman Yakult
JOM RAMAI-RAMAI HADIR MEMERIAHKAN PROGRAM TERSEBUT

ADA PELAN NK KLUAQ PN


 

IKIGAI

 

                                                        SAMBUTAN DI  PESTA KELANTAN


1. Di negara Jepun, ada satu tempat yang tersangat femes. Namanya Okinawa. Tempat ni femes dan jadi rujukan orang di dunia. Ini kerana di situlah terkumpul dengan banyaknya, orang2 paling tua. Populasi centenarian (umur 100 tahun ke atas) adalah tertinggi di sini berbanding tempat2 lain.

2. Kajian mengatakan jangka hayat penduduk di situ lebih panjang kerana mereka memahami falsafah IKIGAI. IKIGAI ini suatu prinsip yang dimulakan oleh orang Okinawa sejak beratus tahun dulu. Sampai sekarang digunakan dan falsafah ini dah mula digunapakai di seluruh dunia.

3. IKI-GAI adalah dua perkataan Jepun iaitu “IKI” bermaksud hidup dan “GAI” bermaksud matlamat/ nilai. Mereka percaya setiap manusia dilahirkan dengan takdir untuk melakukan sesuatu di dunia. Setiap manusia ada “purpose/ tujuan” tersendiri. Untuk mencapai kegembiraan sebenar, kita semua hanya perlu mencari “tujuan hidup” tersebut.

4. It is easily said than done. Ramai yang berkerja kuat sampai pencen, tapi masih lagi kosong jiwa. Ramai anak muda bertukar kerja berulang kali, susah nak jumpa kerja yang ngam dengan diri. Ramai yang komplen, mereka bekerja hanya untuk letak makanan atas meja. Work satisfaction susah nak dicari.

5. Orang Okinawa gariskan empat perkara nak mencari IKIGAI dalam hidup:

(i) Mencari apa yang kita suka: “PASSION”

(ii) Jadikan “passion” itu kerjaya kita: “PROFESSION”

(iii) Kerjaya ini pula kena ada impak kepada manusia sekeliling: “PURPOSE”

(iv) Dan akhir sekali, Kerjaya ini perlu beri pulangan berbaloi untuk buat kita hidup selesa: “PROFIT”

6. Melalui 4P di atas, orang Okinawa percaya manusia akan dapat capai hidup penuh makna.

7. Hidup bahagia dan selesa di Okinawa bukan bermaksud mahligai dan kereta mewah. Hidup mereka cukup sederhana. Setiap anggota masyarakat punya “role” tersendiri dan mereka buat kerja yang mereka suka dan bangga. Tak kiralah CEO bank ataupun tukang sapu jalan, mereka hormat satu sama lain.

8. Mereka tahu setiap orang ada peranannya dalam hidup bermasyarakat. Ya, Tukang Sapu jalan tak mungkin boleh lakukan apa yang CEO Bank buat. Sama juga, tidak mungkin CEO bank boleh sapu jalan sebaik Tukang Sapu tadi.

9. Dari situ wujud simbiosis dalam masyarakat. Tukang sapu perlukan CEO Bank untuk pastikan gaji/ simpanan dia di bank terjaga. CEO Bank perlukan Tukang Sapu agar jalan mereka bersih sentiasa. Mereka pilih kerja mengikut apa yang mereka suka, dan buat kerja tersebut habis baik untuk menyumbang kepada masyarakat/ negeri/ negara.

10. Tapi itu cerita di Jepun la. Di Malaysia lain pula.

11. Di sini, ada ulamak yang patut jadi penasihat agama atau pembimbing masyarakat, juga rasakan mereka layak selayaknya menjadi pemimpin negara. Kepimpinan ulamak kata mereka. Namun diberi kuasa berpuluh tahun memerintah. Apa yang dicapai? Serambi Mekah sekarang pun orang segan nak rujuk. Bila kes jenayah seksual dan salahguna dadah di negeri ni paling tinggi. Antara negeri termundur.

12. Ada yang politikus terbuang, diangkat jadi Duta pula. Macam mana dia nak kukuhkan hubungan seranta, kita pun garu kepala. Ada yang diangkat jadi Menteri, namun koman2 ijazah pertama pun tiada, paling teruk guna sijil palsu pula. Inikah level Menteri yang nak kita sokong dan puja?

13. Pemimpin itu sama ada Perdana Menteri, Menteri mahupun Ahli Parlimen ada skill setnya yang tersendiri. Ini kerjaya paling berprestij dalam konteks pembinaan negara dan bangsa. Bukan calang2 orang patut dilantik. Otaknya perlu bergeliga.

14. Nak jadi CEO bank pun punya banyak tapisan dan syarat. Takkan la kita nak lantik Yang Berhormat, kita tangkap muat?

15. Kita sebagai rakyat sudah perlu celik politik. Politik ini ialah platform mengangkat pemimpin. Pemimpin ini yang tentukan jatuh bangun negara. Nasib keturunan kita di hari muka. Janganlah lagi dipangkah membuta tuli kerana parti. Atau terbuai dengan umpan BRIM dan Cash is King.

16. Angkat pemimpin yang berkelayakan, yang cerdik pandai dari kita. Yang visibly seen as clean dan takde big scandal yang rosakkan negara.

17. Tengokkanlah Pak Jokowi dan barisan kabinetnya. Semuanya cerdik pandai dan impressive. Itu tanda matangnya rakyat Indonesia. Mereka angkat pemimpin yang kompeten, bebas rasuah dan salah guna kuasa. Dan yang paling signifikan, mereka haramkan politasi agama. Itu resipi mereka untuk berjaya.

18. Makanya, mulai sekarang elakkan diri kita jadi pentaksub parti. Cari pemimpin yang “IKIGAI” nya memang untuk memimpin. Yang bijaksana dan hatinya besar untuk negara. Tak kira dari parti mana. Angkatlah mereka sebagai wakil rakyat kita.

19. Mana baik kita sokong, mana salah kita bantah. Tak kira mana parti, tak kira mana pemimpin. Tak berbaloi jadikan mereka tokong untuk disembah…

20. Setia kita bukan untuk parti atau politikus. Seharusnya, setia kita kepada negara…

Wallahu a’alam…

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

SEKARANG TAK BOLEH BOHONG DAH..SEMUA PARTI DAH PERNAH KERJASAMA , DAN KENA KENCING, LAMA LAMA PECAH LOBANG..ADA KUASA PUN BUKAN RETI PUN..SEMBANHG JA LEBIH

 


PAS takut hilang banyak kerusi jika PRU awal, Zahid bidas Hadi





PAS kini mempunyai 18 kerusi Parlimen yang dimenanginya pada PRU14. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi membidas Abdul Hadi Awang sebenarnya takut PAS akan kehilangan banyak kerusi, jika pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dipercepatkan.

Beliau berkata demikian selepas Hadi menggelar pihak yang mahu mempercepatkan PRU15 sebagai kumpulan kemaruk kuasa.

“Mungkin kalau pilihan raya cepat, dia khuatir partinya akan hilang kurang daripada 18 kerusi Parlimen sedia ada,” kata Zahid selepas merasmikan Wacana Aspirasi Orang Muda di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Semalam, Hadi dilaporkan berkata, pihak yang bertegas mahu menyegerakan PRU15 adalah kumpulan sebenar kemaruk kepada kuasa.

“Biasanya orang yang nak cepat (PRU) ni yang gila kuasa, yang nak tangguh ni tak gila…kita fikir panjang,” katanya selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Rusila, Terengganu.

PRU15 perlu diadakan menjelang pertengahan September 2023, tetapi Umno mendesak ia diawalkan dengan memanfaatkan momentum yang diperolehinya selepas kemenangan bergaya dalam pilihan raya negeri Melaka dan Johor.

PAS bagaimanapun bertegas PRU15 wajar diadakan pada pertengahan 2023 selepas penggal Parlimen ke-14 berakhir.

Naib Presidennya, Idris Ahmad pada 5 Jun lalu dilaporkan berkata, pendirian itu tidak akan berubah sehinggalah pucuk pimpinan PAS membuat keputusan baharu.

Pada 1 Jun lalu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan tidak akan melewatkan walaupun sesaat untuk membubarkan Parlimen dan beliau akan berbincang dengan kepimpinan parti untuk menentukan tarikh PRU15.

Mengenai kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz yang menyifatkan ahli politik menggesa PRU15 diadakan ketika negara berdepan inflasi sebagai mementingkan diri, Zahid berkata, bekas menteri itu tidak konsisten.

“Nazri adalah individu sangat dinamik, dia bercakap seusia dengan ketikanya, kerana dulu dia cakap nada lain,” katanya.

KENAPA LEMAH SANGAT UNTUK BERTINDAK TERHADAP ZURAIDA

 

Sudah lebih dua minggu berlalu sejak Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin mengumumkan keluar Bersatu pada 26 Mei lalu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia atau PBM sambil menyatakan hasratnya untuk berbincang dengan Perdana Menteri mengenai perletakan jawatannya, tetapi sehingga hari ini segala-galanya masih lagi statik.

Zuraida masih lagi menteri sehingga kini, malah pertemuan beliau dengan Ismail Sabri Yaakob untuk berbincang mengenai perletakan jawatannya juga belum lagi berlangsung.

Sementara Ismail Sabri sejak awal lagi mengatakan akan bertemu dengan Zuraida sebelum membuat apa-apa keputusan, manakala Ahli Parlimen Ampang itu pula dilaporkan tiga hari lalu bahawa beliau sentiasa “standby” untuk dipanggil bertemu Perdana Menteri, malangnya tiada apa-apa yang bergerak setakat ini.

Di mata umum, bahkan kedengaran di mana-mana, keadaan ini menyebabkan Ismail Sabri dianggap terlalu perlahan dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

Kenapa perlu memakan masa sehingga lebih dua minggu tanpa apa-apa perkembangan dalam kes Zuraida yang diketahui sudah sedia meletakkan jawatan, sedangkan ia adalah perkara yang mudah saja?

Kuasa melantik menteri adalah hak Perdana Menteri, di sebalik setiap parti diperuntukkan kouta tertentu mengenainya.

Dalam hal ini, meskipun perlantikan Zuraida sebelum ini adalah atas kouta Bersatu, terpulang kepada Ismail Sabri sama ada mahu mengekalkan kouta itu untuk Bersatu atau tidak.

Jika mahu dikekalkan kouta Bersatu, segeralah berbuat demikian dengan melantik pengganti baharu yang akan dicadangkan oleh Bersatu.

Kalau mahu Zuraida kekal lagi dalam kabinet, beliau juga boleh dikekalkan atas kedudukan PBM sebagai parti yang menyokong kerajaan.


Sama ada jawatan menteri untuk Bersatu mahu diganti atau dibiarkan berkurang, itu juga adalah hak Perdana Menteri memutuskannya.

Begitu juga, kiranya Ismail Sabri menerima perletakan jawatan Zuraida, tetapi tidak mahu melantik menteri baharu daripada Bersatu, sebaliknya ingin memberi jawatan itu kepada UMNO, ia turut merupakan hak Perdana Menteri yang tidak boleh dipertikaikan.

Pokoknya, apa juga keputusan berikutan tindakan Zuraida keluar Bersatu dan menyertai PBM, semuanya adalah hak Perdana Menteri untuk bertindak dan menyelesaikannya.

Mengekalkan Zuraida, menerima perletakan jawatannya, menggantinya atau tidak mengubah apa-apa dalam sususan menteri, tiada yang lain berhak melainkan Perdana Menteri saja.

Cuma, apa juga yang mahu diputuskan, ia mestilah disertai dengan pengumuman dan tidaklah terbiar tergantung tanpa sebarang tindakan kerana ini melibatkan kerajaan dan rakyat berhak untuk diberitahu.

Begitu juga, kiranya Ismail Sabri menerima perletakan jawatan Zuraida, tetapi tidak mahu melantik menteri baharu daripada Bersatu, sebaliknya ingin memberi jawatan itu kepada UMNO, ia turut merupakan hak Perdana Menteri yang tidak boleh dipertikaikan.

Pokoknya, apa juga keputusan berikutan tindakan Zuraida keluar Bersatu dan menyertai PBM, semuanya adalah hak Perdana Menteri untuk bertindak dan menyelesaikannya.

Mengekalkan Zuraida, menerima perletakan jawatannya, menggantinya atau tidak mengubah apa-apa dalam sususan menteri, tiada yang lain berhak melainkan Perdana Menteri saja.

Cuma, apa juga yang mahu diputuskan, ia mestilah disertai dengan pengumuman dan tidaklah terbiar tergantung tanpa sebarang tindakan kerana ini melibatkan kerajaan dan rakyat berhak untuk diberitahu.

Tidak bertindak dan tidak memberitahu rakyat tentang sesuatu perkara yang perlu diketahui bermakna kerajaan itu boleh dianggap tidak bertanggungjawab kepada rakyat selaku pembayar cukai atau pembiaya wujudnya sesebuah kerajaan.

Adalah diharapkan, dengan pelbagai isu yang sedang melanda dalam negara, Ismail Sabri dapat segera bertindak dan membuat keputusan berkenaan kedudukan Zuraida ini dalam tempoh yang tidak terlalu lama.

Jangan dibiarkan ia tergantung begini terlalu lama kerana ia akan memberi ruang kepada kritikan serta kemampuannya kian dipertikaikan. – ShahbudinHusin 11/06/2022.




INI SEBABNYA


 

🎥 EKSKLUSIF Owh!MG | Untung Berbillion... Hati dan Mata Jadi Gelap Dek D...



Berbilion ringgit hasil keuntungan daripada bisnes dadah. Temu bual eksklusif bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay membongkar pelbagai isu termasuk Asia Tenggara dilaporkan antara pusat pengedaran dadah terbesar? Apakah usaha-usaha pihak Polis Diraja Malaysia dalam menangani isu dadah serta usaha memastikan tokan dan jerung akan dapat ditangkap.


SISTEM PENDIDIKAN HANYA UNTUK MENILAI GURU..BUKAN MURID DAN NILAI KREATIVITI DAN TATASUSILA

 




UPIH NYIOR


Di Malaysia, sistem pendidikan awam sebenarnya bukan utk menilai pelajar tapi lebih pada utk menilai guru dan sekolah. Itu sebab diadakan berbagai bentuk peperiksaan dari pendidikan rendah hingga ke menengah.

Kalau dikaji sistem pendidikan di barat dan juga di Jepun, pendidikan alaf baru lebih menitikberatkan pada nilai (value), kreativiti dan tatasusila. Utk mencapai tujuan itu, selain dari mendidik, guru kena pantau rapi perkembangan setiap murid.

Contohnya di UK, setiap guru akan mengkaji dan sediakan laporan terperinci utk setiap pelajar di dalam kelas dia. Bagi tujuan itu, kelas cuma ada kurang dari 25 orang murid.

Di Malaysia, satu kelas disumbat sehingga 50 orang murid, dan mustahil utk seorang guru utk pantau dan kaji setiap seorang anak muridnya. Jadi utk memudahkan kerja, sistem pendidikan kita diisi dgn berbagai bentuk peperiksaan yg sebenarnya utk menilai keberkesanan guru mengajar.

Selagi kelas kekal besar, usaha utk terapkan model pendidikan Japan, Finland, England dsb akan akhirnya jadi Legoland. Perubahan paling utama dan pertama yg perlu dibuat adalah banyakkan sekolah dan kecilkan kelas.

 

TERNAK AYAM, LEMBU: KERAJAAN PERAK PERLU BERI BAKA


KERAJAAN SIBUK REBUT KUASA, INFLASI MAKIN PARAH


Exco Kedah disiasat SPRM, kerajaan negeri jangan membisu.


 Exco Kedah disiasat SPRM, kerajaan negeri jangan membisu

Tiada siapa pun yang akan dikira bersalah selagi ianya tidak dijatuhkan hukuman oleh mahkamah dan begitu jugalah polemik yang sedang berlaku dalam pimpinan kerajaan negeri Kedah dibawah pimpinan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. 

Malah setelah dua tahun mentadbir negeri Kedah jari masih menunding kepada pimpinan kerajaan negeri terdahulu seolah-olah hanya tahu mencari kesalahan pihak lain umpama kuman di seberang laut jelas kelihatan, sedangkan kuman di hadapan mata pura-pura tidak nampak. 

Adun Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris turut mempersoalkan sekiranya MB Kedah, cakna dengan sebarang salah laku, adalah lebih baik bagi beliau membuat kenyataan akhbar menafikan wujudnya sebarang salah laku Exco Kedah terbabit dengan terus memberikan kerjasama sebaik-baiknya kepada SPRM menjalankan siasatan, apatah lagi mendedahkan nama Exco terlibat. 

Exco Kedah disiasat SPRM, kerajaan negeri jangan membisu
Adun Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris

“Adalah lebih baik bagi MB menyahut seruan ini ketika rakyat Kedah hangat memperkatakan isu Exco terbabit dan beliau harus berani menyatakan kebenaran. 

” Tidak salah sekurangnya sebagai contoh dizahirkan bahawa pesalah tidak akan dilindungi dan Exco berkenaan akan digantung tugas sehingga segala siasatan selesai dijalankan. 

” Ataupun beranikah dinyatakan oleh MB bahawa Exco terbabit tidak dibenarkan masuk ke pejabat untuk meneruskan tugas supaya ia bukan hanya setakat berdegar pada orang lain, sebaliknya diam menikus apabila masalah tersebut berada di hadapan mata,” ujar Asmirul yang juga merupakan Setiausaha AMANAH negeri Kedah melalui laman facebook beliau. 


PKR DITUBUH BUKAN UNTUK BERDIAM.MP PUN DAH TERSEDAK SAGON ATAU LENA TAK JAGA JAGA ?

 

PKR ditubuh asalnya menentang mahafiraun, mahazalim, atok, OT97 dan sekarang saka tua. Tapi bila orang lain dah jadi kerajaan, PKR masih lagi seolahnya ditubuhkan utk tujuan sama. Akal dah melekat dekat jubur ke mcm mana?

Gua tengok dlm socmed majority cuma takat komplen, maki dan hamun pastu ulang suara, takda ke yg boleh bagi analisa dan info yg nampak mcm berakal sikit kecuali Rafizi dan Nurul Izzah. Dalam hal ni puak umno pula nampak lebih advanced walaupun dicampur adukkan fakta & auta.

Btw, kalau lu tak suka apa gua cakap, lu boleh angkat kaki jalan dan kekal dlm kecelaruan tujuan utama berpolitik.





 

BILA MENTERI AGAMA TERSEKAT SAGON.

 

UPIH NYIOR


Majoriti negara Islam sudah pun keluarkan bantahan pada India.

Tapi bagi Malaysia utk tujuan tu kabinet kena mesyuarat dulu 40 hari 40 malam. Kena panggil juga queen's counsel lawyer utk bagi nasihat perundangan sbb dirasakan sistem perundangan kita sendiri kurang matang.

Lepas dapat nasihat perundangan, kena tunggu pandangan semua ketua² negara dlm dunia, baru boleh keluar kenyataan. Itu pun kalau India bantah, tarik semula pandangan tu.

Mcm tu la jadinya bila otak yg memerintah sebesar telur penyu, telur pula sebesar biji sawi

 









NAJIB MEETING DENGAN BONIAN GAMAKNYA

 


SHAHBUDIN

Entah syarikat apalah 1MDB ini, lantik ahli lembaga penasihat dan bayar RM30 ribu sebulan tapi tak pernah diundang walau sekali pun untuk hadir mesyuarat.

Sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB, Najib mesyuarat dengan siapa sebenarnya?

 







CAKAP DALAM TIAP CERAMAH, MINUM AIR PARIT DAPAT JADI MB. AJAK DEBAT TAK MINAT..APA PUNYA LEKEH




Debat Air Kelantan

Sinar Harian update, Dato Husam SETUJU, Dato Mohd Amar TIDAK BERMINAT.

Isu air ni, Husam terlibat sejak dari usaha pengambilalihan Kelantan Water lagi dari syarikat Thames Water, United Kindom tahun 2003/2004.

Mungkin Sinar Harian boleh pilih Dato Ahmad Yaakob, Dato Mejar Anizam, Dato Hanifa dan Dato Sr Azami untuk ganti Dato Mohd Amar.

Masalah Air Kelantan yang Dato Husam sebut itu benda betul.

Nak selesai masalah Air Kelantan ni kena tukar habis Bod dan Pengurusan yang korup dan incompetence?

Untuk tu rakyat Kelantan kena bersama-sama Selamatkan Kelantan dari Yb-Yb yang tak pandai tadbir sekarang.

Lepas berjaya kita tubuhkan Suruhanjaya Siasatan AKSB dan siasat habis sampai lubang cacing penyelewengan yang berlaku.

Ayuh kita sama-sama menyertai #SaveKelantan, kita selamatkan negeri kita sayangi

Syam Ghaz

#SaveKelantan

 

MALAYSIA ....WALAUN DAN PAK LEBAI TERTELAN SAGON.KALAU ZAMAN PH PADANG MERBOK RUMPUT TAK SEMPAT NAIK.DAP YANG SALAH

 

Sheikh Ali Hassan al-Jamal, seorang ahli perniagaan Yemen, dalam hantaran Twitter miliknya menulis: "Saya memecat semua pekerja India bukan Islam dan menyerahkan semua tunggakan kepada mereka dengan tiket pergi balik.

Tambahnya lagi, dia akan segera menghentikan jualan semua produk keluaran India sebagai tindak balas terhadap komen penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW oleh seorang jurucakap parti pemerintah, Parti Bharatiya Janata (BJP) yang mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Kredit FB TV PERTIWI