Calon Ketua Menteri Melaka dari PN masih misteri

 


Calon Ketua Menteri Melaka dari PN masih misteri


Perbincangan untuk menentukan siapa calon Ketua Menteri Melaka dari Perikatan Nasional (PN) telah berlangsung, namun identitinya biarlah terus menjadi misteri, kata Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Malah, menurut Wan Saiful, pakatan berkenaan juga sudah mengenal pasti calon yang paling ideal untuk mengetuai jentera pentabiran negeri, seandainya PN berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Namun, Wan Saiful berkata, nama calon Ketua Menteri akan diputuskan di peringkat tertinggi PN setelah mendapat persetujuan daripada kesemua parti komponen.

“Fokus Perikatan Nasional adalah untuk memenangi PRN ini, kemudian baru kita akan bincangkan,. Dan kita (Perikatan Nasional Melaka) serahkan calon Ketua Menteri kepada peringkat tertinggi, tak sesuai untuk saya umumkan sekarang.

“Perbincangan telah berlaku, ada idea mengenai siapa yang patut dinamakan. Tapi lebih baik ditunggu dahulu. Malam ini ada sesi besar, tuan guru (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), akan bercakap, Tan Sri Muhyiddin bercakap, mungkin sesuai kita tunggu. Identiti biarlah jadi misteri,” katanya lagi.

Wan Saiful berkata demikian di sidang media Perikatan Nasional sempena PRN Melaka, di Hang Tuah Jaya di sini, hari ini.

Memetik laporan Astro Awani, turut menyertai sidang media itu ialah Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Melaka, Datuk Seri Michael Gan Peng Lam yang akan bertanding di DUN Ayer Keroh; Pesuruhjaya Pas Melaka, Datuk Kamaruddin Sidek (DUN Duyong) dan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Mohd Yadzil Yaakub (DUN Bemban).

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, PN senada dengan parti-parti lain, termasuk Barisan Nasional dan Pakatan Harapan,menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) yang mengekang proses kempen kali ini.

“Kita nak memastikan mesej kita sampai kepada rakyat, sampai kepada seluruh pengundi. Tetapi ada sedikit kekangan dengan SOP yang begitu ketat, oleh SPR. Mungkin ada ruang untuk SPR longgarkan SOP yang dikenakan, pastikan kempen berjalan dengan adil dan saksama.

“Bukan kita yang sebabkan kesukaran dan cabaran dalam negeri ini, ada pihak lain. Bagaimanpun, kita pastikan mesej kita, berjalan dengan baik, kita nak menceritakan, kejayaan yang dicapai sewaktu era Perikatan Nasional,” katanya lagi.



PRN Melaka: Terdesak nak menangkan PN, Peja cuba lagakan AMANAH dengan Dap

 


PRN Melaka: Terdesak nak menangkan PN, Peja cuba lagakan AMANAH dengan Dap


Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Ahmad Faizal Azumu mendakwa beliau terpaksa “menguruskan” pertengkaran setiap hari ketika beliau memimpin kerajaan Pakatan Harapan Perak sebagai Menteri Besar.

Dalam ceramah yang disiarkan secara langsung untuk pilihan raya negeri (PRN) Melaka malam ini, Timbalan Presiden Bersatu itu mendakwa DAP dan Amanah sentiasa berjuang untuk kepentingan mereka sendiri.

Faizal juga mendakwa kedua-dua pihak bekerja di belakang satu sama lain dan menggunakan antara satu sama lain untuk kepentingan peribadi mereka.

“Ketika saya dijadikan Menteri Besar Perak, kerajaan Pakatan Harapan dengan DAP dan PAN (Amanah) hari-hari kerja saya bergaduh atau menguruskan pergaduhan dalam mesyuarat.

Pada setiap Rabu ada mesyuarat Exco. Nak adakan satu mesyuarat tu kena buat tiga empat mesyuarat lain. Kenapa, karang (nanti) kalau bergaduh kalu bergaduh lagi kalau DAP minta hak milik kekal tanah kita tangguhkan dulu kita lengahkan,” katanya.

Faizal berkata terdapat satu contoh sebelum pilihan raya umum ke-14 di mana PH Perak mengemukakan manifesto yang kemudiannya ditawarkan oleh seorang pemimpin DAP untuk membantu mencetak.

Pemimpin ini kemudian menambah beberapa perkara lain ke dalam manifesto, dakwanya.

Beliau juga mendakwa terdapat kejadian apabila beliau didatangi pemimpin DAP yang meminta beliau melaksanakan sesuatu tanpa memberitahu pemimpin atau Exco Amanah.

“Amanah pun sama. Mereka akan berkata, ‘MB Peja (nama panggilan Faizal), buat satu atau dua perkara ini dahulu, jangan beritahu mereka’. Saya kata macam mana nak buat, kena bawa ini ke mesyuarat Exco.

“Itulah sikap mereka. Mereka menggunakan satu sama lain untuk kepentingan peribadi mereka sendiri, malah bukan untuk parti. Jadi, ia amat membimbangkan dan membimbangkan apabila saya melihat pilihan raya negeri akan berlaku di Melaka,” katanya, menurut laporan FMT.

Faizal menggesa rakyat Melaka mengundi PN dalam pilihan raya negeri, dengan tetap mengekalkan gabungan pimpinan Muhyiddin Yassin mahu menjaga kebajikan rakyat dan agar negara dipandang tinggi di pentas global semula.


KISAH KEMANUSIAAN

 Ini berlaku di AS...

Keputusan yang tidak biasa yang diberikan oleh hakim kepada seorang pencuri kecil...

Seorang budak lelaki berusia 15 tahun ditangkap merompak sebuah kedai di Amerika.

Untuk cuba melarikan diri, budak lelaki itu juga memusnahkan sebuah rak.

Selepas hakim mendengar kes ini, dia bertanya kepada budak lelaki itu:

"Adakah anda benar-benar mencuri sesuatu? "Adakah anda mencuri roti dan keju dan memusnahkan rak itu? ""

Budak lelaki itu, pemalu, menundukkan kepala, menjawab:

"Ya."

Hakim: "Kenapa awak mencuri? ""

Kanak-kanak: "Ia perlu. ""

Hakim: "Anda tidak dapat membelinya daripada mencuri mereka? ""

Budak lelaki: "Saya tiada duit"

Hakim: "Anda boleh meminta wang kepada ibu bapa anda"

Budak lelaki: "Saya hanya ada ibu saya yang susah dan sakit dan tiada pekerjaan. "Saya curi roti dan keju untuk dia. ""

Hakim: "Kamu tidak melakukan apa-apa, kamu tidak mempunyai pekerjaan? ""

Anak: "Saya pernah bekerja di sebuah pencuci kereta. "Saya mengambil cuti untuk membantu ibu saya dan itulah sebabnya saya dipecat. ""

Hakim: "Bukankah anda mencari sesuatu yang lain untuk bekerja di tempat lain? ""

Selepas perbualan dengan budak lelaki itu tamat, hakim mengumumkan keputusan:

Mencuri terutamanya mencuri roti adalah jenayah yang sangat memalukan. Dan di sini kita semua bertanggungjawab atas jenayah ini. Semua orang dalam bilik mahkamah hari ini, termasuk saya, bertanggungjawab atas jenayah ini. Dengan cara ini semua orang di sini akan didenda $10 tiada siapa yang akan keluar dari sini tanpa memberi $10

Hakim mengeluarkan nota $10 dari poketnya, mengambil pen dan mula menulis:

Juga, saya mengenakan denda 10,000$ ke atas pemilik kedai kerana menyerahkan kanak-kanak yang kelaparan itu kepada pihak polis. Jika denda tidak dibayar dalam masa sejam, kedai akan kekal ditutup. ""

Semua orang di sini meminta maaf kepada budak lelaki itu dan memberikannya $10 kembali. Hakim meninggalkan bilik mahkamah menyembunyikan tangisannya.

Selepas mendengar keputusannya, orang di mahkamah menangis di mata mereka.

Saya tertanya-tanya jika masyarakat kita, sistem kita, mahkamah kita boleh membuat keputusan sebegitu?

Hakim menambah: "Jika seorang ditangkap mencuri roti, semua ahli komuniti, masyarakat dan negara ini patut berasa malu! ""


Moral dari cerita benar ini:

Budak ini mencuri kerana kemiskinan dan untuk memberi makan kepada ibunya yang sakit tapi " MUNGKIN RAMAI ORANG KAYA" mencuri duit rakyat berbilion ringgit untuk kemewahan dan berpoya-poya. Semoga Allah SWT melindungi kita dan menjauhkan kita daripada sifat mazmumah.


Sumber: Dari group sebelah


JANGAN BERITAHU SESIAPA, AB RAUF TETAP AKAN JADI KETUA MENTERI MELAKA…..


Berikutan Sulaiman Md Ali telah diumumkan secara rasmi sebagai calon Ketua Menteri bagi BN, ramai yang bertanya, apa jadi kepada Ab Rauf Yusoh, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka?

Apakah selepas 20 November nanti, andai ditakdirkan BN menang PRN Melaka dan Ab Rauf juga turut menang di Dun Tanjung Bidara, beliau hanya akan menjadi Adun biasa serta kekal sebagai Speaker saja?

Kenapa namanya diketepikan, walhal berdasarkan kedudukannya dalam parti, selain namanya sudah disebut ramai di merata-rata, beliaulah yang seharusnya dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka?

Berkaitan hal ini, berdasarkan tiga empat maklumat di Melaka memberitahu, nama Ab Rauf diketepikan kerana BN sedar kesan lebih buruk kepada gabungan itu untuk mencapai kemenangan jika namanya dicalonkan.

Ini kerana kata mereka, berbanding Sulaiman yang bebas daripada sebarang isu serta disenangi ramai, Ab Rauf agak berbeza keadaannya.

Kedudukan serta kehidupan peribadi Ab Rauf, kata mereka, terlalu banyak yang boleh dimanipulasi oleh pihak lawan serta dijadikan isu untuk melumpuhkan BN.

Dengan itu, mengenepikan Ab Rauf dan mengekalkan Sulaiman sebagai calon Ketua Menteri adalah pilihan yang dianggap paling selamat buat UMNO dan juga BN untuk mengejar kemenangan yang diidam-idamkan.

Begitu pun, tambah maklumat itu lagi, mengenepikan Ab Rauf bagi menduduki jawatan Ketua Menteri hanyalah bersifat sementara dan terhad kepada PRN Melaka ini semata-mata.

Menurut mereka lagi, Sulaiman sebenarnya hanya diletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka sehingga PRU15 saja dan beliau kemudian akan dipindahkan bertanding di kerusi Parlimen Masjid Tanah untuk menentang Mas Ermieyati Shamsuddin.

Pada PRU14 lalu, Mas Ermieyati memenangi kerusi Parlimen Masjid Tanah atas tiket BN, tetapi kemudian melompat menyertai Bersatu setelah PH menjadi kerajaan.

Meletakkan Sulaiman menentang Mas Ermieyati di Masjid Tanah dianggap sebagai pertaruhan terbaik BN untuk merampas kembali kerusi tersebut.

Pada PRN Melaka ini, Mas Ermieyati akan berlawan dengan Ab Rauf di kerusi Dun Tanjung Bidara.

Apabila Sulaiman diletakkan bertanding di kerusi Parlimen dalam PRU15 yang dijangka akan diadakan kira-kira setahun saja lagi daripada sekarang, ketika itu barulah Ab Rauf akan ditonjolkan sebagai calon Ketua Menteri Melaka.

Sebab itu, bagi BN adalah penting untuk mereka memenangi PRN 20 November ini, tidak terkecuali Ab Rauf juga harus menang di Tanjung Bidara.

Dengan BN menang PRN Melaka dan Ab Rauf juga menang di Tanjung Bidara, menonjolkannya sebagai Ketua Menteri Melaka pada PRU15 tidak lagi akan menimbulkan sebarang masalah.

Apa lagi, ketika itu Sulaiman sudah pun dipindahkan bertanding di kerusi Parlimen Masjid Tanah.

Berdasarkan maklumat yang diterima itu, bermakna walaupun nama Ab Rauf diketepikan untuk menjadi Ketua Menteri pada kali ini, tetapi laluan untuknya mengisi jawatan tersebut tetap sedang dibina dengan cantiknya.

Makna kata, pengisiannya untuk menduduki jawatan itu hanya ditangguhkan buat seketika supaya selepas ini tiada apa-apa halangan lagi menjadi gangguan kepadanya.

Dengan itu, PRN Melaka 20 November ini bolehlah dianggap medan untuk membina laluan istimewa buat Ab Rauf berjaya menduduki kerusi Ketua Menteri akhirnya.

Menang BN, maka terbinalah laluan sempurna untuknya dan hanya jika BN tidak menang dalam PRN Melaka ini, barulah apa yang dirancang itu jadi tergendala.

Sebab itulah, jelas maklumat itu lagi, orang paling awal memaklumkan Ab Rauf bukan calon Ketua Menteri ialah Najib Razak iaitu mentor kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka tersebut.

Masih mahukah pengundi Melaka memenangkan BN pada 20 November ini? – ShahbudinHusin 12/11/2021.



PENDEDAHAN DATO ZAHARIN: PERKEMBANGAN TERKINI! PH PASTI MENANG? MELAKA N...

Patutlah Muhyiddin Kata PAS Parti Ajaran SESAT!



Wayang sembab aka pengkhianat sudah bermula… dulu dia kata pas parti ajaran sesat, kini kencing hadi pun dia kata mcm madu
😁


May be an image of 8 people, people standing and text that says "MalaysiaGazette® HAZROL ZAINAL malaysiagazette.com Kami tak rela kerajaan jatuh ke tangan Anwar, Guan Eng- Muhyiddin 12:01 AM 12 Nov 21 21.WordPres.co"


NAK TEGAKKAN AGAMA BUKAN HANYA SATU PARTI

 

LIYANA MARZUKI


Berita baik macam ni susah nak diwar2kan. Tambah lagi kalau yang dibuat datang dari parti bukan Kerajaan.

Satu saja kita kena faham. Nak tegakkan agama, nak perjuangkan bangsa, tidak hanya terhad pada satu parti.
Tu sebab sangat dangkal kalau berpolitik dengan menjual tiket syurga pada pengundi.
Orang lain yang digelarkan KAFIR boleh turunkan cabutan judi dan batalkan pusat judi terbesar di Asia.
Bila dia masuk Kerajaan, dinaikkan pula.
Maka, jangan lah sentap kalau orang gelarkan anda penunggang agama.

ORANG MELAKA MEMANG BIIJAK BILA TIDAK MEMILIH PAS

 


PAS harap kelahiran ‘anak kedua’ pada PRN Melaka



Pada PRU14 PAS yang bergerak solo gagal memperoleh kerusi di DUN Melaka. (Gambar Bernama)

AYER KEROH: PAS mendapat “anak sulung” di Melaka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) apabila calonnya, Dr Md Khalid Kassim menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Baru (kini dikenali sebagai Bukit Katil).

Pada PRU14, parti Islam itu memutuskan untuk bergerak solo namun gagal mempertahankan kerusi DUN berkenaan, malah 10 daripada 23 calonnya yang bertanding hilang wang deposit.

Pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka kali ini, PAS tampil dengan wajah baharu, iaitu bertanding dalam satu gabungan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).

Melalui kerjasama itu, lapan daripada keseluruhan 28 kerusi DUN diperuntukkan kepada PAS, manakala bakinya diagihkan kepada rakan gabungan PN, iaitu Bersatu dan Gerakan.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamarudin Sidek berkata, partinya akan bekerja habis-habisan pada PRN kali ini kerana matlamat utamanya ialah kemenangan.

Katanya, mungkin pada PRU lalu, penyertaan PAS seperti menyertai sukaneka memandangkan parti bertanding di 23 DUN.

“Saya melihat ada perkembangan positif kepada PN, cuma sesetengah pengundi keliru antara warna PN dan BN (Barisan Nasional).

“Maklum balas saya terima selepas bertemu pengundi terutama di DUN yang saya tandingi (Duyong) ialah pertama, mereka inginkan perubahan kerana melihat imej BN agak tercalar dengan isu pergolakan di Melaka menyebabkan kerajaan jatuh,” katanya.

Kamarudin berkata, paling menarik ialah di beberapa tempat pengundi tertarik dengan kehadiran PN kerana reputasi yang pernah dibawa oleh kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.

Katanya, imej itu agak besar ketika wabak Covid-19 melanda negara dan Perdana Menteri ketika itu mencetuskan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“…dan hari ini, kita menampakkan rahmat atau kejayaan sehingga Melaka boleh bersama negeri lain beralih kepada Fasa 4 (PPN). Ini sudah cukup memuaskan rakyat dengan imej yang bersih kerajaan Muhyiddin sendiri.

“Saya rasa, secara keseluruhan ia tidak menjadi sesuatu yang agak mustahil pada 20 Nov ini untuk menyaksikan perubahan kerajaan sama ada dalam bentuk campuran dan sebagainya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kamarudin yakin PAS mampu meraih pertambahan undi memandangkan mereka bertanding dalam satu gabungan.

“Walaupun PAS tidak menang pada PRU lalu tetapi kami sudah ada undi terasnya sendiri. Apabila berlaku gabungan dalam PN, calon kita akan bertambah undi di DUN ditandingi.

“Contoh saya di DUN Duyong, dulu saya dapat lebih 3,000 undi dan dengan ada gabungan ini (PN-Gerakan), undi akan meningkat selain terdapat perubahan termasuk isu terbaru pihak lawan,” katanya yang menaruh harapan PAS akan menang sekurang-kurangnya satu kerusi.

KAH..KAH...TAK EKSTREM TAPI SUKA FITNAH DAN BAZIR DUIT...KAH..KAH...HADI..OH.HADI

 

PN dibentuk untuk kumpul parti politik tidak ekstrem, kata Hadi



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Rakyat Melaka perlu memilih Perikatan Nasional sekiranya mahukan perubahan, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

SHAH ALAM: Pembentukan Perikatan Nasional (PN) bertujuan menolak parti ekstrem, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Katanya, usaha itu dibuat bagi menghalang negara daripada terus dipimpin kumpulan politik yang ekstrem, termasuk di Melaka.“Kita tubuh PN untuk kumpul parti tidak ekstrem yang boleh bersatu dan bekerjasama, dan kita bertanding di Melaka.

“Jadi PAS, Bersatu dan Gerakan setuju guna atas satu simbol PN bertanding di Melaka bagi menolak parti ekstrem untuk membuat perubahan. Satu perubahan mesti dilakukan, kalau rakyat Melaka nak buat perubahan pilihlah PN,” katanya ketika berucap di pentas ceramah PRN Melaka yang diadakan secara maya.

Hadi juga mendakwa ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) wujud usaha pihak tertentu untuk mengubah perlembagaan negara.

“Ketika zaman PH wujud usaha nak rungkaikan perlembagaan. Walaupun tak buat lagi tapi melalui kenyataan (mereka), terlalu banyak usaha itu hendak dilakukan,” katanya.

Jelasnya, mengambil kira wujud gerakan itu, beberapa wakil rakyat termasuk dari PAS, Umno, Bersatu dan beberapa yang lain bersetuju bergabung membentuk kerajaan baharu Perikatan Nasional (PN) mengikut perlembagaan.

Katanya, susulan itu semua wakil rakyat bersetuju menamakan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

“Kami cadang Muhyiddin jadi PM. Beliau tidak minta, kami yang cadang. Selepas itu demi nak selamatkan kerajaan yang diwujud, Muhyiddin terima pelantikan Perdana Menteri baharu (Ismail Sabri Yaakob) dengan tenang.

“Selepas kemelut di persekutuan, di Melaka kerajaan dijatuhkan oleh wakil rakyat sendiri. Ini satu cara tak bermoral, ini rakyat Melaka boleh lihat sendiri,” katanya.

PH JEMPUT CALON BN, PN BERDEBAT- SEHINGGA KINI TIADA BALASAN


PENDEDAHAN DATO KAMAL: BN SUDAH MENANG 17 KERUSI DUN MELAKA? TOK MAT HAS...




PENDEDAHAN DATO KAMAL: BN SUDAH MENANG 17 KERUSI DUN MELAKA? TOK MAT HASSAN PULAK "BALUN" SPR? SILA SUPPORT SUBSCRIBE MABA CHANNEL. SILA SUBSCRIBE LINK DIBAWAH https://bit.ly/2R38Uhk KREDIT TO FB AMIR HIJAZ FANS






RENTASAN 1007 | GEMPAR!!! PRN MELAKA: INI SEBABNYA DUA BEKAS ADUN UMNO D...








MENARIK DALAM RENTASAN 1007
1. APA ADA PADA MANIFESTO PH DAN BN? 2. ADLY CALON KETUA MENTERI MELAKA 3. KATAK ATAU BUKAN, ANDA NILAIKAN 4. INIKAH YANG DINAMAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT?






TAK RETI BAHASA INGGERIS ATAU NAK MARTABAT BAHASA ELAYU ? WOOIIIIII .....LAGI LAWAK ..KAH..KAH...KAH

 

RAY HUNTER


Lebai ni berucap guna bahasa melayu bukan pasal nak memartabatkan bahasa melayu..Tapi pasal dia tak reti bahasa inggeris..maklumlah dia lebih berminat dengan bahasa arab..


May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎kini VID i BERBAHASA MELAYU ه COP26 KiniTV BM Tuan Ibrahim berucap dalam bahasa Melayu di pentas COP26‎"‎‎

NAMA MENTERI KANAN TIDAK DISEBUT TAKUT ORANG RAMAI TAK DATANG KE ?...KAH...KAH.....LAHABAU.....

 

RAY HUNTER


Menteri Kanan? Awat x bagitau nama penuh menteri ni? Takut orang x datang ke? Kalau dah dasar PNgkhianat Tebuk Atap! Mesti malu x ingat dunia!

Kalau takut nak pakai nama sendiri baik x yah bertanding lagi ler! Takut kelak lompat lagi!
Jom boikot & tolak menteri & parti Kerajaan PNgkhianat & BNgsat lagi Bacul di #PRNMelaka & #PRU15 kelak!


May be an image of text that says "Assalamualaikum Tuan JEMPUTAN KE MAJLIS RAMAH MESRÀ MENTERI KANAN BERSAMA AHLI KARIAH MASJID AL ITTIFAQIYAH TAMAN SRI GOMBAK 1. Adalah dimaklumkan bahawa.jawatankuasa masjid menjemput muslimin dàn muslimat kemajlis yang akan dijalankan seperti ketetapan dibawah: Tarikh 13.11.2021 Hari :Sabtu Masa :2.45 petang Tempat :*Dataran Al Ittifaqiyah Aturcara Majlis 2.45 ketibaan jemaah 3.15 Ketibaan YB Menteri Kanan/Selawat/Negaraku 3.20: Bacaan Doa 3.25: Ucapan Nazir Masjid Al Ittifaqiyah 3.30: Ucapan YBMK 3.50 Penyampaian Mok CHEQUE/ Pelancaran tabung wakaf pembinaan dan gimik"



CAKAP MELAYU 3 MINIT DI SCOTLAND-WOIIIII KAH...KAH...KAH

 


MUKHLIS EDY


Kata A Walad A Hadi

Cakap Melayu yang terpuji itu pilih bercakap Melayu atas dorongan semangat kebangsaan ketika sipenutur itu cair cakap Inggeris, baru betoi.

Tapi Ustaz Tuan ini bercakap Melayu akibat jahil BI, itu pasai lah, beza, orang pelik. Ada faham?

p/s belanja ribu-ribu sembang 3 min je 😁..membazir sungguh ...


May be a Twitter screenshot of 1 person and text that says "astro AWANI Astro AWANI @501Aw... 9h Tuan Ibrahim menyampaikan kenyataan negara pada konvensyen berkenaan selama kira-kira tiga minit. #AWANInews #AWANI745 United Nations UNCUIMATE astroawani.com Tuan Ibrahim berbahasa Melayu di Scotland"

MULUT PENUH SAGON TAK KATA APA LA

 

MOHD MUKHLIS


Mereka semakin berani Dr MAZA?

Demikianlah mulut penuh sagon bobobobobobo

May be an image of 1 person and text that says "MG Malaysia Gazette mins Khai Ling tiada niat cabar undang-undang negara. #malaysiagazette#mgnews #mgnews ER AN MalaysiaGazette® SENAVN MALAYSIAGAZETTE.COM Ajar cara lolos ke Israel: Calon PN DUN Kota Laksamana mohon maaf Sebelum itu, tersebar semula video berdurasi satu minit yang memaparkan perkongsian darıp..."


NAK BURUK KAN PH DENGAN KETUA MENTERI- TETAPI KETUA MENTERI PARTI SENDIRI PUN MASIH HARU BIRU

 

LIYANA MARZUKI


Ada yang spin katanya bakal CM PH ialah YB Sam. Buat poster bagai nak burukkan lawan.

Tapi heran, tak berani nyatakan bakal KM sendiri. Adakah Rauf atau Sulaiman? Rafiq atau Elly?
Kalau geng sendiri pun takut nak umum, macam mana la nak mintak rakyat undi 😅
Apa pun, tahniah YB Adly. Bakal CM Melaka.
Moga Allah berkati segala perjuangan.
Harap istiqamah berjuang untuk rakyat.
Kalau ke laut dalam, akan kami balun jua 😊
Macam yang lain juga.
Nation above self. Nation above party.
Our loyalty is to the country.

PENIPUAN MANIFESTO

 

LIAYANA MARZUKI


Ada satu pihak sibuk mengata orang lain #penipumanifesto

To be fair, PH hanya dapat 22 bulan untuk tunai manifesto, belum sempat habis penggal, Kerajaan jatuh. Mereka dikatakan penipu manifesto.
On the other hand, BN bagi manifesto untuk PRU13, dari 60 hanya 21 yang tertunai. Kata bekas Menteri UMNO sendiri.
Itu diberi mandat penuh 5 tahun, masih tak boleh tunaikan sepenuhnya. Makanya, bolehkah kita gelar BN juga #penipumanifesto?
Propaganda politik yang “sendiri buat betul, orang buat salah”, inilah yang kita tentang.
Saya cabar BN tunjukkan bukti setiap manifesto pilihanraya mereka, kesemuanya sudah tertunai. Percayalah, mereka tak dapat buktikan.
Untuk pengundi Melaka, ketahuilah baik BN mahupun PH tidak tunaikan janji manifesto sepenuhnya. Jangan dipakai sgt janji manis mereka.
Bagi pengundi, ingat kita ni bukan penyokong taksub. Kita perlu jadi pengadil yang adil.
Nilai sesuatu bukan pakai propaganda politik. Tapi atas maklumat dan data yang lengkap. Dengar kedua2 belah pihak. Baru buat keputusan.
Menangkan yang berhak, nyahkan segala penyangak.
Our loyalty is to the country.
Never to party, nor to any personality.




KEH..KEH...KEH...KASIHAN KAU MOKHTAR SENIK...HABIS MILO TIN DIBUANG...BARU KAU RASA...

 

HAMZAH RIE NA

Kesian kau Tar, mereka buat kau seperti habis Milo tin dibuang. Pada hal tin tu boleh digunakan utk kutip derma.

Itulah sepak terajang politik tar. Kau baik buat perniagaan cendawan jer lahhhhh. Hati kau pun tenang Ngehngehngeh.


May be an image of 1 person and text that says "Mokhtar Dup Seorang soleh berpesan kepada anaknya: wahai anak ku. ketika orang lain berebut2 berdampingan dengan raja2, berdampingan dengan orang2 kaya dan berdampingan dengan orang2 yang berpangkat. Kerana mencari kemuliaan dunia. Maka kamu hendaklah berdampingan dengan ulamak dan ilmu. Kerana kemuliaan ulamak dan ilmu itu pasti menjadikan kamu mulia diakhirat. JOM TINGGALKAN ULAMA POLITIK & SUK' UMS"