MOHD MUKHLIS
Kalau tak menipu bukan Najib. Dalam Facebook serba tahu, dalam mahkamah dia tak tahu. Padanlah dapat nama PM Facebook.
SHE SAL


MOHD MUKHLIS
Kalau tak menipu bukan Najib. Dalam Facebook serba tahu, dalam mahkamah dia tak tahu. Padanlah dapat nama PM Facebook.
SHE SAL


NIK HASYUDIN
Bila hilang rasa malu #ambangmalaysia
HAMDAN TAHA
Lapuran polis dato najib terhadap LHDN,siapakah ahli politik yang di maksudkan oleh Najib itu....apakah orang politik itu masih berkuasa....jika telah tidak berkuasa bagaimana dia pula boleh beri arahan pada LHDN ?

ABU MUSA
Semoga dipermudahkan urusan!! Jangan banyak dalih lagi.. Allah SWT Maha mengetahui samada anda menjual agama atau Tidak.

Kata dua dah di beri..lebai Pas jgn harap nak berterusan main kayu tiga lg dan tunggang slogan demi muafakat ummah...kerana slogan itu ibarat pelacor yg menjual dirinya sndri..

DATUK Seri Najib Tun Razak disebut-sebut mungkin akan dilantik sebagai Penasihat Ekonomi bertaraf menteri kepada Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob.
Cakap-cakap mengenai pelantikan itu mula bertebaran semalam apabila Ismail Sabri menerima kunjungan bekas Perdana Menteri itu selama sejam di Putrajaya.
Perdana Menteri melalui Facebooknya berkata, mereka telah membincangkan tentang cabaran ekonomi dalam dan luar negara termasuk strategi mendepani pandemik Covid-19. ‘’Dato’ Sri Najib komited dalam menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk bersama-sama sebagai satu pasukan demi Keluarga Malaysia tercinta,’’ katanya.
Walaupun Ismail Sabri tidak menyebut apa-apa berhubung kedudukan Najib tetapi satu sumber mendakwa pengumuman mengenai pelantikan bekas Perdana Menteri itu sebagai Penasihat Ekonomi bertaraf menteri akan dibuat tidak lama lagi.
Najib pula ketika mengulas mengenai pertemuan beliau dengan Perdana Menteri berkata, ia bagi membincangkan keadaan semasa ekonomi Malaysia dan langkah-langkah seterusnya yang wajar diambil.
‘’Make no mistake. Terus terang saya kata. Malaysia masih berada dalam krisis. Malah akan berdepan dengan cabaran yang lebih besar dari segi ekonomi, pendapatan dan kebajikan rakyat.
‘’Dari sudut makro dan secara menyeluruh, kita sudah jauh ketinggalan di belakang berbanding dengan negara jiran. Malaysia tidak lagi mempunyai daya tarikan terhadap pelabur asing serta selepas 2018. Dari sudut mikro dan melibatkan rakyat pula, ramai tidak ada keyakinan terhadap ekonomi kita Malah timbul kerisauan terhadap keperluan, pendapatan dan kestabilan pekerjaan masing-masing,’’ katanya.
Bagaimanapun jika benar pelantikan Najib mahu dilakukan, adakah ia sudah mendapat persetujuan daripada parti-parti lain dalam kerajaan?
Ia memandangkan Najib merupakan antara pemimpin yang didakwa berada dalam ‘Kluster mahkamah’ kerana berhadapan pelbagai tuduhan rasuah dan salahguna kuasa berkaitan dana SRC International dan 1MDB.
Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Ahli Parlimen Pekan itu bersalah terhadap tujuh pertuduhan tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Kes itu di peringkat rayuan.
Selain itu Najib juga sedang menjalani perbicaraan terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Sebelum ini, parti-parti yang berada dalam kerajaan meletakkan syarat mereka bersedia menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dengan syarat tidak ada mana-mana pemimpin dalam ‘kluster mahkamah’ dilantik dalam Kabinet atau apa-apa jawatan kerajaan. Malah parti-parti pembangkang juga dikatakan meletakkan syarat yang sama jika Ismail Sabri mahu bekerjasama dengan mereka.
Apapun pelantikan Najib itu sekadar ura-ura, belum lagi rasmi, justeru sama-sama kita tunggu pengumuman daripada Perdana Menteri.
Sumber | UtusanTV

Rakyat di negara ini memandang rasuah sebagai jenayah ala kadar sedangkan ia adalah perbuatan kejam dan berimpak negatif.
Pengarah Pusat Penyelidikan Perundangan dan Keadilan di Pusat Pengajian Undang-Undang Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Aspalella A Rahman berkata, stigma masyarakat masih beranggapan perbuatan itu tidak menampakkan ia sesuatu yang kejam berbanding membunuh, merogol atau mencuri.
Beliau berkata, ia juga boleh dikatakan jenayah terselindung kerana ada ‘tangan ghaib’ yang menutup kesalahan itu.
“Contoh, aktiviti cetak rompak, ramai yang terlibat dan tidak nampak bahawa ia sebenarnya adalah perbuatan mencuri hak orang lain.
“Sebenarnya dari sudut lain dengan adanya rasuah menyebabkan jenayah lain seperti pengedaran dadah, pembalakan haram dan pemerdagangan manusia sukar dihapuskan.
“Semua jenayah ini melibatkan rasuah sehingga penguatkuasaan dan undang-undang gagal untuk menangkap dan mengadili mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Aspalella berkata, situasi itu yang menyebabkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bagi tahun 2020 jatuh kedudukan 57 berbanding tangga 51 pada 2019.
“Data ini seolah-olah mengiyakan keadaan rasuah di negara ini agak mendukacitakan,” katanya.
Menurutnya, sejak negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melakukan tangkapan secara besar-besaran.
“Boleh dikatakan kebanyakan ahli politik terlibat kes rasuah dan penggubahan wang haram apatah lagi pegawai kerajaan.
“Apabila kepimpinan peringkat tertinggi amalkan rasuah apatah lagi peringkat bawahan atau mungkin kerana kurangnya sifat integriti dalam diri serta tahap gaji tidak cukup.
“Saya pernah terbaca ada pihak yang mengeluarkan kenyataan pegawai kerajaan di Malaysia sanggup menerima rasuah walaupun jumlahnya tidak seberapa,” katanya.
Justeru, beliau menyokong kempen Rasuah Busters yang menjadi platform terbaik untuk mendidik masyarakat bahawa rasuah itu perbuatan keji.
“Diharapkan semoga setiap maklumat dipaparkan berjaya menjentik hati masyarakat bahawa perbuatan ini salah dan memudaratkan.
“Kena tanam dalam diri anak-anak bahawa rasuah membinasakan hidup, keluarga, negara dan agama,” katanya.

Pemberi maklumat yang menarik perhatian selepas membocorkan dokumen berkaitan 1MDB mengecam Najib Razak kerana mendakwa beliau dipecat PetroSaudi International.
Sambil mendakwa penulisan Najib penuh dengan pembohongan, Andre Xavier Justo, berkata beliau sebenarnya meletakkan jawatan dalam syarikat minyak dan gas berkenaan.
Dalam hantaran di Facebook, warga Switzerland itu menyenaraikan dua sebab mengapa bekas perdana menteri itu ‘berterusan berbohong’.
Justo mendakwa, sebab pertama adalah dengan harapan semua pembohongannya itu akhirnya akan diterima sebagai kebenaran; dan kedua, katanya, akibat daya ingatan Najib semakin merosot berikutan semakin berusia.
“Saya fikir anda perlu menemui doktor untuk memeriksa secara menyeluruh tahap kesihatan mental,” katanya.
Justo juga memuat naik paparan gambar berhubung surat peletakan jawatannya dengan harapan dapat menghentikan Najib daripada terus mendakwa dirinya dipecat.
Selain itu, katanya, beliau menemui ahli perniagaan India berpangkalan di United Kingdom, Kamal Siddiqi, selepas pilihan raya umum 2018, bukannya sebelum waktu itu seperti didakwa Najib.
Terdahulu, Najib mendakwa Justo dipecat dari PetroSaudi – yang menyertai usaha sama dengan 1MDB – atas ‘alasan peribadi’.
Najib mendakwa disebabkan tidak berpuas hati kerana diberhentikan, Justo mencuri kandungan emel dalam pangkalan data milik PetroSaudi.
Ahli Parlimen Pekan itu, berkata demikian sebagai membalas dakwaan dibuat Clare Rewcastle-Brown daripada Sarawak Report, yang menyatakan Najib penyebab Justo dipenjara di Thailand.
Justo mendapat perhatian selepas penahanannya pada 2015 kerana membocorkan dokumen PetroSaudi berhubung usaha sama dengan 1MDB. Susulan daripada itu, ia menjadi asas siasatan pengubahan wang haram dalam syarikat pelaburan milik kerajaan terbabit.
Bagaimanapun, Justo turut dipenjara 18 bulan di Thailand kerana didakwa meminta bayaran sebagai tukaran untuk tidak mendedahkan maklumat sulit.
Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun perlu menjelaskan mengapa tidak ada usul yang berkaitan dengan undi percaya dan pemilihan speaker baru dalam Aturan Urusan Parlimen.
Bahkan Yang di-Pertuan Agong, ketika dihadap oleh semua ketua parti politik di Istana Negara pada 17 Ogos, yang turut dihadiri oleh Speaker sendiri dan abangnya Peguam Negara, telah bertitah bahawa usul undi percaya di Parlimen mesti diadakan setelah Perdana Menteri yang baru dilantik.
Malangnya, Peguam Negara telah memilih untuk secara terang-terangan derhaka dan melanggar titah Agong dengan menyatakan secara terbuka dalam kenyataan awam yang dikeluarkan sendiri bahawa tidak perlu undi percaya kerana ia akan menidakkan kuasa Agong untuk melantik Perdana Menteri.
Menggunakan logik bahawa undi percaya akan menidakkan kuasa Agong untuk melantik Perdana Menteri sukar difahami ketika Yang DiPertuan Agong sendiri telah mengeluarkan titah bahawa usul undi percaya itu perlu diadakan di Parlimen.
Azhar juga memilih untuk mengikuti jejak abangnya bukan dengan kata-kata tetapi melalui tindakan secara tidak langsung dengan tidak menasihati kerajaan baru untuk mengemukakan usul undi percaya yang dia dengar sendiri daripada titah Yang DiPertuan Agong.
LIM GUAN ENG
Cuba dengar balik apa hukum berkaitan RUU 355. Ustaz bodo ni
kata, RUU 355 itu ada kaitan dgn akidah. Itu waktu lebai jadi pembangang.
Sekarang, lebai dah jadi kerajaan tanpa mandat rakyat. Menteri
dan timbalan menteri agama pun dari lebai.
Bila orang tanya lebai pasal RUU Akta 355, apa lebai kata?
Takkan lari gunung dikejar. Gunung menang la tak lari, tapi nyawa kamu tu akan
lari dari jasad bila2 masa. Tak takut ke tiba2 mampus dan orang tanam dlm
jirat?
Hebat penjual agama.
w.faudzin
1. PRU15 akan berlangsung kurang dua tahun dari sekarang. Isu
penggunaan logo bertiup kencang di dalam Pakatan Harapan.
2. DAP dan Amanah nampaknya mahu logo rasmi Pakatan Harapan
digunakan dalam PRU15, manakala Keadilan mencadangkan Logo Keadilan. UPKO
selaku komponen termuda masih tidak menyatakan pendirian. Nampak kecil dan
remeh tetapi isu ini sangat penting ditangani sebaiknya dan perlu diselesai
segera. Sebarang isu walau sekecil mana sekalipun wajib diselesai secepat
mungkin oleh pimpinan. Jangan biar ia berlegar-legar terlalu lama. Calar kalau
tidak dirawat boleh menjadi kudis, dari kudis menjadi pekung, dari pekung
bertukar kanser. Dan waktu itu sudah terlambat merawatnya.
3. Semua pihak ada hujah tersendiri. Ada fakta dan data. Ada
kebenaran yang menyokong pendapat masing-masing.
4. Mengapa logo sangat penting dalam PRU khususnya PRU15? Logo
adalah lambang yang akan digunakan dalam kerja kempen. Logo akan memperkenalkan
parti dan calon. Lebih penting logo akan dimasukkan di dalam kertas undi untuk
memudahkan pengundi memilih parti mana dan calon yang mewakili parti tersebut.
Ada pengundi memilih parti tanpa mengira siapa calon, ada pengundi memilih
calon tanpa menghirau parti diwakili, ada pengundi melihat kedua-duanya. Jadi,
memilih dan memutuskan logo yang tepat oleh Pakatan Harapan adalah sangat
penting.
5. Bagi menyelesaikan isu penggunaan logo oleh Pakatan Harapan,
parti-parti komponen harus membuka minda seluasnya, mendengar hujah semua
pihak, meneliti secara terperinci kepada kelebihan dan kekurangan logo-logo
yang dicadangkan. Akhirnya pilihlah logo yang punya kelebihan melebihi
kekurangan. Yang paling utama ialah logo yang dipilih wajib telah sangat
dikenali dan sinonim dengan pengundi.
6. Sebelum PRU14 tahun 2018, Pakatan Harapan belum diluluskan
oleh ROS. Bergerak hanya atas nama yang dipopularkan namun tidak dapat
memperkenalkan satu logo rasmi. Pakatan Harapan hanya diluluskan pendaftaran
sejurus selepas PRU14. Logo Pakatan Harapan diperkenalkan selepas itu.
7. PRU14 Pakatan Harapan sebulat suara bersetuju menggunakan
logo Keadilan bagi semua calonnya. Pemilihan logo Keadilan ini dibuat
berdasarkan Keadilan sebagai sebuah parti yang mempunyai Cabang hampir di semua
Parlimen di seluruh negara dan logo Keadilan mampu menarik sokongan pengundi
yang pelbagai kaum. Manakala PPBM, Amanah dan Warisan adalah parti baru yang
masih belum dikenali ramai dan bersifat memperjuang kaum tertentu sahaja.
Penggunaan Logo DAP pula difikirkan tidak sesuai mewakili Pakatan Harapan
kerana DAP dilihat parti yang lebih bersifat "kecinaan" walaupun
hakikatnya tidak begitu. Namun realitinya logo DAP tidak mampu menarik sokongan
pengundi luar bandar kerana kawasan parlimen luar bandar majoriti pengundinya
adalah kaum Melayu.
8. Berbalik kepada PRU15. Logo mana yang lebih sesuai digunakan?
Logo Rasmi Pakatan Harapan atau mengekalkan penggunaan logo Keadilan sekali
lagi? DAP dan Amanah sepakat mahu menggunakan logo rasmi Pakatan Harapan. Hujah
mereka mudah. Sebagai sebuah pakatan politik rasmi yang sudah sah
pendaftarannya, maka Pakatan Harapan wajib menggunakan logo rasmi yang juga
sudah didaftarkan di ROS. Mereka turut berhujah penggunaan logo rasmi Pakatan
Harapan akan memuasksn hati semua parti komponen dan tidak dilihat menjaga
kepentingan satu parti sahaja. Bagi mereka semua parti komponen dalam Pakatan
Harapan mempunyai hak yang sama. Hujah ini ada betulnya, tiada yang salah.
9. DAP dan Amanah menambah, penggunaan logo Keadilan akan
dilihat menjaga kepentingan Keadilan sahaja. Lebih terkesan kata mereka ialah
tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan adalah disebabkan pengkhianatan oleh
Ahli-Ahli Parlimen Keadilan. Ini memberi kesan negatif jika logo Keadilan
digunakan. Hujah yang ini boleh dipertikai ketepatannya.
10. Kedua-dua parti hanya melihat penggunaan logo Keadilan dalam
ruang lingkup yang sempit. Dasar perjuangan Pakatan Harapan itu sendiri secara
menyeluruh diambil dari dasar perjuangan Keadilan. Tunjang Reformasi yang
dibawa oleh Pakatan Harapan merupakan intipati perjuangan Keadilan sejak dari
era reformasi sebelum Keadilan ditubuhkan sebagai sebuah parti politik. Apabila
sudah tertubuhnya Keadilan, Reformasi dijadikan dasar dan slogan perjuangan.
Mengatakan tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan secara mutlak disebabkan
pengkhianatan segelintir Ahli Parlimen Keadilan adalah hujah yang tersasar.
Walaupun 11 Ahli Parlimen Keadilan melompat parti, jika Mahathir tidak
meletakkan jawatan, Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan tumbang. Masih ada
jalan untuk mempertahankan Kerajaan Pakatan Harapan. Mengatakan logo Keadilan
tidak sesuai digunapakai kerana nama Keadilan yang sudah dipandang buruk oleh
pengundi gara-gara lompat parti juga meleset. Dalam peristiwa tumbangnya
Kerajaan Pakatan Harapan di peringkat negeri ada Wakil Rakyat DAP dan Amanah
juga melompat parti dan menyumbang kepada kejatuhan ini. Isu lompat parti
sebenarnya melibatkan Wakil Rakyat ketiga-tiga parti komponen Pakatan Harapan.
Oleh itu menuding jari hanya kepada Keadilan adalah satu sikap yang tidak
bertanggungjawab.
11. Para pendokong Keadilan pula menyatakan pendirian supaya
logo Keadilan dikekalkan untuk digunapakai oleh semua calon Pakatan Harapan
bersandarkan faktor-faktor berikut:
a) Logo ini sangat dikenali oleh semua pengundi di seluruh
negara.
b) Keadilan adalah parti berbilang kaum yang selesa diterima
oleh pengundi yang berbilang kaum juga.
c) Dasar perjuangan Keadilan dan perlaksanaan perjuangannya yang
tidak bersifat rasis dilihat mampu menarik sokongan secara menyeluruh.
d) Perjuangan reformasi yang Keadilan pelopori dan perjuangkan
menekankan aspek keadilan, kesaksamaan dan kebersamaan, bertujuan membawa
perubahan sistem pentadbiran kerajaan, badan kehakiman dan parlimen ke arah
yang lebih baik demi kebaikan rakyat dan negara.
e) Landskap politik negara mengalami perubahan drastik bermula
dari September 1998 selepas DSAI dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri
dan Umno. Keadilan membuktikan telah mampu merubah corak pemikiran pengundi dan
rakyat, menjadi lebih terbuka dan berani.
f) Faktor idealisme perjuangan DSAI mendominasi fikrah
perjuangan Keadilan dan Pakatan Harapan.
g) Keadilan satu-satunya parti yang mempunyai Cabang di semua
222 Parlimen dengan lebih 1000 Ranting berbanding parti-parti komponen lain.
Oleh itu logo Keadilan telah dan sedang berkibar di seluruh pelosok negara.
h) Penggunaan logo Keadilan dalam PRU14 diterima majoriti
pengundi dan rakyat sehingga membawa kemenangan. Oleh itu penggunaan logo
Keadilan di PRU15 kekal relevan.
i) Logo Pakatan Harapan belum sesuai digunakan dalam PRU15
kerana promosinya belum menyeluruh. Dan majoriti pengundi masih belum "serasi"
dengan logo ini.
j) Logo Pakatan Harapan dikatakan sangat "dekat"
dengan kelibat Mahathir, Bekas Pengerusi yang telah memalit nama buruk kepada
Pakatan Harapan. Mahathir tidak lagi menjadi pilihan pengundi dan rakyat.
Mahathir telah mencemar nama dan logo Pakatan Harapan. Sikap dan tindakan
beliau semasa menjadi Perdana Menteri amat merugikan Pakatan Harapan.
k) Masa singkat kurang dua tahun dari PRU15, ditambah kekangan
pergerakan pemimpin ke seluruh negara akibat PKP, menyebabkan promosi logo Pakatan
Harapan tidak berjalan secara efisyen. Promosi melalui media khususnya medsos
tidak memadai.
12. Berdasarkan pro dan kontra hujah-hujah tersebut, maka
penggunaan logo Keadilan lebih mendepani berbanding logo Pakatan Harapan untuk
PRU15. Ini bukan masa yang sesuai untuk bereksperimen dengan logo Pakatan
Harapan. Ini masa untuk berdiri di atas realiti bahawa Pakatan Harapan wajib
memenangi PRU15 dengan strategi yang betul termasuk strategi penggunaan logo.
Peluang Pakatan Harapan untuk menang sekali lagi amat cerah. Kekuatan sedia ada
sudah mencukupi, namun usaha menambah baik kekuatan wajib diteruskan tanpa
henti. Pihak lawan terdiri daripada Umno, PPBM, PAS, GPS, MCA, MIC dan
lain-lain berada dalam keadaan amat lemah. Mereka tidak akan mampu bekerjasama di
antara satu sama lain. Ini peluang besar untuk menewaskan mereka dengan
majoriti lebih besar. Tetapi jangan pula Pakatan Harapan tewas kerana kesilapan
dan kelemahan diri sendiri. Semua faktor memihak kepada Pakatan Harapan.
Strategi kena tepat dan betul.
13. Semua aspek faktor kemenangan wajib digembeling sebaik
mungkin termasuk isu logo. Capai dulu kemenangan di PRU15. Selepas itu, usaha
membersihkan nama dan memperkenal logo Pakatan Harapan boleh dilakukan dengan
menyeluruh dan berkesan.
14. Perahu sudah di air, dayung sudah di tangan, haluan sudah
ditetapkan, kemudi sudah diturunkan, jangan pula tali pengikat tidak
dilepaskan.
Bulat air kerana pembentung, bulat PH kerana muafakat.
Salam hormat
Aki Rock
MOHD MUKHLIS
Maszlee cakap dia dibuang sebab dia nak batal projek BestariNet YTL yang muiddin initiate sejak 2011. Benda ni bukan salah muidin je, yang mhathir pi ikut cakap muidin tu sebab apa?
Sebab mhathir pon ada sejarah lama dengan YTL sejak dia jadi PM4
Cerita YTL ni tak complete la kalau tak cerita pasal YTL power
yang dapat hak eksklusif power purchase agreement (PPA) yang pertama dalam sejarah dengan
TNB , 21 tahun buat untung, dan hanya ditamatkan pada 2015.
TNB guna atau tak guna janakuasa YTL, TNB tetap kena bayar.
Bahan api si YTL Power awal-awal dapat subsidi daripada petronas. Sebab tu la Bossku buat
1MDB utk hapuskan IPP -IPP ni semua yang merugikan petronas dan TNB.
Selain tu, YTL dpt projek ERL klia-kl central , konsesi 30 tahun
sejak 1999, dgn hak ekslusif utk naikkan tiket drpd RM35 kpd RM55 kpd RM74 kpd
RM97 sampai RM126 pada tahun 2024. Kalau krjaan tak kasi naik, kena pulak bayar
pampasan kpd YTL .
Zaman PH pun si YTL hidup lagi selepas projek HSR KL-Singapura
dibatal dan diganti dgn ERL KL-JB yg disebut2 akan diberikan kpd syrkt YTL
Zaman PH juga YTL berjaya jd kuasa monopoli industri simen
selepas YTL cement membeli 51% Lafarge , lepas tu bermula la kenaikan harga
disebabkan bermacam2 alasan
Malaysia ni jenuh la nak nak cuci drpd konsesi2 berat sebelah yg
berpuluh2 tahun dibuat oleh mhathir ni.
Tahun 2015 Bossku batal konsesi YTL Power dan buat audit
Bestarinet 2015 dan siasatan PAC Bestarinet 2016 , bossku yg kena serang dgn
mhathir
Tan sri Ani Arope nak lawan YTL Power & IPP dipaksa letak
jawatan drpd TNB
Maszlee nak batal bestarinet pada 2019 dia pun kena tendang

Peniaga ayam di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bachang, di sini, meluahkan kebimbangan sekiranya harga jualan ayam terus melonjak melebihi RM10.
Tinjauan mendapati, ayam segar dijual dengan harga RM9.90 sekilogram dan difahamkan kenaikan itu berlaku sejak seminggu lalu.
Difahamkan, kenaikan itu disebabkan harga dedak ayam didakwa tinggi pada ketika ini.
Peniaga ayam, Ghazali Abu Bakar berkata, harga itu antara yang paling tinggi dalam tempoh 10 tahun terpaksa dijual selepas berlaku kenaikan mendadak.
Katanya, disebabkan harga tinggi diperoleh daripada pembekal dan ladang, peniaga tiada pilihan selain menjual dengan harga RM9.90 berbanding antara RM7 hingga RM8 sebelum ini.
“Sepatutnya harga sekarang melebihi RM10 sekilogram, tetapi kami ambil keputusan untuk jual RM9.90, walaupun untung tidak banyak.
“Kesan kenaikan ini menyebabkan pembeli turut merungut, contohnya sebelum ini ada biasa beli dua ekor, tetapi disebabkan harga tinggi mereka hanya beli seekor sahaja,” katanya.
Peniaga ayam, Ahmad Bakhtiar berkata, susulan kenaikan harga ayam segar, jualannya turut terkena tempias apabila merosot berbanding sebelum ini.
“Peniaga seperti kami tiada pilihan apabila harga sudah sedia ada tinggi, difahamkan kerana harga dedak naik.
“Jika sebelum ini untuk habiskan 100 atau 200 ekor senang sahaja, sekarang nak habiskan 100 pun susah jika terus berlarutan kami akan terjejas teruk,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna mengenai kenaikan harga ayam yang berlaku.
Beliau berkata, kenaikan berlaku bagi ayam segar di pasar namun harga jualan ayam di pasar raya masih sama.

Anggota Dewan Negara Senator Husam Musa berjaya mendapat bayaran ganti rugi setimpal atas dakwaan palsu “menerima dana daripada tauke judi DAP” yang dibuat bekas ketua pegawai eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Wan Zawawi Wan Ismail.
Peguamnya Hisham Fauzi dan Alawi Abdul Rashid memaklumkan, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Roslan Abu Bakar, memutuskan agar Wan Zawawi membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 dan bayaran kos RM6,000.
Menurut Hisham, mahkamah menetapkan keputusan itu selepas meneliti dan mempertimbangkan hujahan bertulis kedua-dua pihak.
“Berdasarkan pertimbangan yang dibuat, mahkamah berpendapat ganti rugi global yang ditetap dalam keputusan sebelum ini adalah rendah dan tidak setimpal dengan kesan fitnah itu kepada Husam,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.
Sebagai rekod Malaysiakini pada 26 Jun 2019 melaporkan bekas exco kerajaan Kelantan itu berjaya dalam saman fitnahnya terhadap Wan Zawawi.
Saman itu berkenaan kenyataan di laman Facebook Wan Zawawi yang mendakwa Amanah Kelantan menerima dana daripada DAP untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan.
Wan Zawawi di dalam status facebooknya menuduh Amanah Kelantan menerima duit daripada seorang tauke judi dari DAP untuk digunakan bagi menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan dengan gambar Husam bersama tulisan tersebut.
Dalam keputusan terdahulu, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kota Bharu Wan Ahmad Farid Wan Salleh memutuskan Husam selaku plaintif berjaya membuktikan kesnya dan memenuhi kriteria kes fitnah.
Dia kemudian memerintahkan Wan Zawawi membayar ganti rugi dengan jumlah yang akan diputuskan mahkamah nanti.
Sementara itu Husam yang turut memaklumkan perkembangan kes itu di Facebook, hari ini, menyatakan kesyukuran susulan keputusan terbabit.

Dah jadi lumrah, sejak hari pertama dilantik sebagai Timbalan Menteri sampai hari ni, hampir setiap hari duduk sampai malam di pejabat.
Begitulah, bukan senang nak menjaga dan menguruskan pentadbiran kerajaan. Kadang-kadang tak sempat makan tengahari. Kadang-kadang, dah malam baru sedar belum makan. Baju-baju pun dah mula longgar nampaknya.
Dan inilah juga yang dirasai oleh para penjawat awam, yang tanpa penat lelah menghabiskan usia berkhidmat untuk negara.
Penjawat awam yang menjadi nadi penggerak utama sesebuah negara. Mereka bukan sahaja berfikir, bahkan merancang dan melaksanakan tugas yang diamanahkan, demi memastikan produktiviti dan servis yang maksima untuk rakyat.
Tugas berkhidmat untuk rakyat memerlukan banyak pengorbanan. Tak apa berkorban sikit, yang penting rakyat Malaysia terima manfaat pengorbanan kita.
#Misi100Hari
#KeluargaMalaysia

KALAU TERJADI DI PENAMG ..MUKA. DEPAN HARAMKAH 4 HARI 4 MALAM.
Ustaz Ahmad Husam
Saya Nak Cerita Sedikit Kisah Yang Berlaku Malam Ini Sebagai Pengajaran Bersama...
Malam Ini,Saya Dalam Perjalanan Balik Ke Rumah Saya Selepas Selesai Urusan Di Suatu Tempat.Dalam Keadaan Hujan Yang Lebat Jam Pula Menunjukan Waktu Solat Maghrib Akan Habis Dalam 15 Minit Lagi..
Saya Bagitau Kepada Pemandu Saya Agar Singgah Mana-Mana Masjid Untuk Solat Dulu Sebab Nak Solat Tepi Jalan Pun Hujan Lebat,Nak Sampai Kerumah Lebih Kurang Setengah Jam Lagi..
Apabila Kami Tiba Didepan Masjid Tersebut,Pagar Terbuka Luas Kami Pun Masuklah,Tiba-Tiba Seorang Pak Cik Yang Berusia Hujung 60an Jerkah Saya Dan Pemandu "Woiiii!!!! Hampa Nak Pi Mana Tu?" Pemandu Saya Jawab "Maaf Pak Cik,Kami Nak Tumpang Sembahyang".Pak Cik Tersebut Sambung "Hampa Tak Nampak Aku Ka?" Pemandu Saya Jawab "Maaf,Tak Perasan Pak Cik Sebab Hujan Cermin Kereta Pun Tak Jelas".Pak Cik Tersebut Sambung "Hampa Dok Mana?",Jawab Pemandu Saya "Kodiang Pak cik,Waktu Nak Habis Dah Tu Yang Kami Nak Tumpang Sembahyang".Pak Cik Tersebut Membalas Dengan Nada Tinggi "Hampa Pi Balik"!!!!!
Lalu Saya Sambil Memakai Facemask Agar Tidak Dikenali Mencelah "Pak Cik,Kami Minta Maaf Memang Kami Tak Perasan Langsung Pak Cik Duduk Di Situ Sebab Hujan,Kami Nak Minta Izin Nak Sembahyang Sebab Waktu Maghrib Nak Habis Dah Kalau Tak Boleh Atas Masjid Pun Dekat Garaj Motor Pun Tak Pa Sebab Kami Ada Sejadah Dan Cucuk 2 Dos Dah"..Pak Cik Tersebut Jawab Sambil Menengking "Aku Kata Hampa Pi Balik!!!"
Lalu Kami Pun Dihalau Tanpa Sedikit Rasa Ihsan Untuk Kami Menunaikan Kewajipan Kami Kepada Allah Keluar Dari Kawasan Masjid Tersebut.Dimana Nilai Kemanusiaan Dan Keislaman Beliau?Ya,Negeri Kedah Masih Fasa 1.Jika Tidak Hujan Yang Sangat Lebat Kami Boleh Saja Solat Tepi Jalanraya Sebab Banyak Kali Dah Kami Pernah Lakukan Sebelum Ini..
Allahuakbar..Apa Nak Jadi ???
Saya Telah Menghubungi Pihak Masjid Memaklumkan & Pihak Masjid Memohon Maaf Kepada Saya Dan Melahirkan Rasa Kesal Atas Kejadian Tersebut.