AGONG BOLEH PANGGIL SIDANG PARLIMEN TANPA NASIHAT PM – AZIZ BARI


Langkah Nazri sokong Hisham strategi lemah, kata penganalisis


Nazri Aziz (dari kiri) baru-baru ini mengakui beliau adalah dalang di sebalik langkah mengumpul tandatangan akuan bersumpah Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk memberi mandat kepada Hishammuddin Hussein menjadi jurucakap mereka berbanding Ahmad Zahid Hamidi.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis menolak langkah Nazri Aziz mendapatkan sokongan Ahli Parlimen Umno untuk menggantikan Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi dengan Hishammuddin Hussein sebagai jurucakap dengan menyifatkannya sebagai strategi lemah.

Azmi Hassan, bekas pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia berkata, Ahli Parlimen Padang Rengas itu sepatutnya tahu Hishammuddin tidak mempunyai banyak sokongan di peringkat akar umbi.

“Strategi Nazri lemah. Hishammuddin tidak mempunyai sokongan akar umbi. Beliau mungkin menjadikan Zahid lebih kuat dengan lebih banyak sokongan akar umbi daripada ahli Umno,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, kebanyakan Umno bahagian sehingga sekarang menyokong Zahid seperti yang ditunjukkan dalam penolakan mereka terhadap kerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya. Sebanyak 143 daripada 191 bahagian Umno menolak kerjasama itu.

Azmi Hassan.

Azmi mendakwa beliau tahu ramai ahli Umno mengkritik cara Hishammuddin menangani pencerobohan China di ruang udara Malaysia baru-baru ini.

“Ramai berasa beliau tidak boleh menanganinya dengan lebih baik.”

Beliau berkata, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan akan menggantikan Zahid jika beliau meletak jawatan sebelum pemilihan parti diadakan.

Nazri, dalam wawancara dengan Sinar Harian baru-baru ini, mengakui beliau adalah dalang di sebalik langkah mengumpul tandatangan akuan bersumpah Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk menolak Zahid sebagai jurucakap mereka berbanding Hishammuddin yang dikenali dengan panggilan H2O.

Seorang lagi penganalisis, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, Hishammuddin masih dilihat sebagai orang yang rapat dengan Bersatu.

“Ahli Umno mungkin tidak selesa dengannya.”

FMT bercakap dengan beberapa orang dalam Umno dan Bersatu dengan seorang daripadanya berkata, ada langkah untuk melemahkan Zahid selepas beberapa anggota Kabinet daripada dua parti itu mendapat senarai menunjukkan SD yang ditandatangani Ahli Parlimen Umno, PKR serta parti lain.

Awang Azman Pawi.

“Ini menunjukkan kebanyakan Ahli Parlimen tidak menyokong pentadbiran PN, tetapi selepas senarai itu bocor, kakitangan mewakili menteri sedia ada bercakap kepada Ahli Parlimen ini dan memujuk mereka supaya menyokong Muhyiddin Yassin.

Orang dalam Umno yang rapat dengan Perikatan Nasional berkata, majoriti Ahli Parlimen partinya tidak menyokong Zahid dan mustahil untuk beliau memecat mereka.

“Jadi satu-satunya pilihan Zahid ialah meletak jawatan.”

Satu lagi sumber Umno yang rapat dengan PN berkata, beberapa tokoh dalam parti itu mencadangkan pencalonan Hishammuddin sebagai perdana menteri.

Hisham akan lapor polis berkait surat sokongan palsu

 

Hishammuddin Hussein berkata, laporan itu bertujuan membolehkan polis mengenal pasti dalang di sebalik penyebaran surat sokongan mendakwa dirinya mendapat sokongan sebulat suara Ahli Parlimen Barisan Nasional sebagai Perdana Menteri.

PETALING JAYA: Menteri Luar, Hishammuddin Hussein akan membuat laporan polis berhubung surat sokongan tular yang mendakwa dirinya mendapat sokongan sebulat suara Ahli Parlimen Barisan Nasional sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan polis mengenal pasti dalangnya.

“Seperti dinyatakan Unit Komunikasi saya semalam, surat ini adalah palsu dan tidak benar.

“Satu laporan polis akan dibuat hari ini supaya siasatan segera dapat dilakukan bagi mengenal pasti dalang di sebalik tindakan yang amat tidak bertanggungjawab ini,” katanya dalam catatan di Facebook.

Semalam, pasukan komunikasi Hishammuddin dilaporkan berkata, surat yang mendakwa Ahli Parlimen Sembrong itu mendapat sokongan Ahli Parlimen BN untuk memimpin kerajaan baharu adalah palsu dan menyifatkannya provokasi politik berniat jahat serta fitnah bagi mengelirukan orang ramai.

Surat itu turut memuatkan barisan anggota Kabinet yang diharapkan Hishammuddin, termasuk Darell Leiking daripada Warisan sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, bekas naib presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar sebagai Menteri Air, Tanah dan Sumber Daya Alam, Azalina Othman Said sebagai Menteri Luar, bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri I merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, manakala Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri II merangkap Menteri Pertahanan.

ADUN Titi Serong mohon maaf secara terbuka kepada pimpinan AMANAH

 

Terkini! ADUN Titi Serong mohon maaf secara terbuka kepada pimpinan AMANAH

ADUN Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abul Munaim memohon maaf secara terbuka kepada pimpinan Amanah Nasional dan negeri serta kepada rakan-rakan yang seperjuangan sebelum ini di atas kekhilafan dan kelemahan beliau sehingga menyebabkan beliau berada di posisi berbeza .

Beliau berkata demikian secara langsung semasa sesi wawancara di facebook Anjung Rakyat Progresif bertajuk Seronok ke Jadi wakil Rakyat? bersama Firdaus Johari dari AMK PKR Kedah dan Raja Azam Shah , AMK PKR Perak sebagai moderator.

“Saya dengan hati yang penuh tulus ikhlas mengambil kesempatan memohon maaf kepada rakan-rakan di luar sana di atas kekhilafan dan kelemahan saya yang menyebabkan saya terpaksa memilih jalan yang memberi tohmahan yang sangat besar kepada saya dan saya terima dengan sebaiknya.

“Saya memohon maaf , secara peribadi dan inilah pertama kali saya memohon maaf secara terbuka kepada rakan-rakan di luar, rakan –rakan dalam parti lama (Amanah), pimpinan parti (Amanah) negeri dan nasional yang memberi kepercayaan, saya memohon maaf sekali lagi” katanya.

Hasnul Zulkarnai berkata, beliau berada di posisi yang ada sekarang kerana bimbang tidak dapat melunaskan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat kerana kekurangan-kekurangan yang membataskan bantuan dan khidmat beliau kepada rakyat di DUN titi Serong.

“Khidmat saya adalah untuk rakyat di Dun Titi Serong kerana melihat daripada mata hati saya sendiri ada tugasan yang perlu saya selesaikan dalam tempoh sebagai Adun untuk penggal ini.

“Saya bersedia untuk dihukum andaikata saya tidak dipilih untuk penggal yang akan datang ,saya bersedia menerimanya, Tapi untuk penggal yang ada ini , saya perlu melunaskan tanggungjawab kepada rakyat yang memerlukan bantuan semasa saya berada diposisi yang ada sekarang ini” katanya.

Beliau berkata, jika berada diposisi berlainan beliau bimbang tidak mampu kerana bukan orang tempatan Dun Titi Serong.

“Saya terbatas pergerakan dan pergaulan saya. Berada di posisi ini membenarkan saya berkhidmat saya akan melaksanakan kesempatan ini dengan sebaik-baiknya.

“Tapi jika saya berada posisi sekarang . saya tidak menggunakan khidmat dan kuasa yang ada membantu rakyat , itu boleh semua orang boleh persoalkan saya” katanya, kena ada kekuatan dalaman dan pengorbanan yg sgt besar kepada keluarga, masa yang lebih kepada masyarakat.

Menurutnya, walaupun beliau membuat pilihan berbeza buat masa ini beliau tetap dengan pendirian mempejuangkan kebenaran menentang kebatilan.

“Yang benar itu benar, yang batil itu batil. Soal politik ,parti dan khidmat , saya lebih kepada khidmat kepada rakyat . Jiwa dan bakti saya adalah untuk rakyat” katanya.

Menjawab soalan tanggungjawab seorang wakil rakyat, Hasnul berkata sesiapa yang ingin menjadi wakil rakyat perlu mempunyai kekuatan dalaman dan pengorbanan yang sangat besar kepada keluarga dan masa yang lebih diberikan kepada rakyat.

‘Tugas sebagai wakil rakyat ini bukan sahaja tugas di dunia tetapi akan dipersoalkan di akhirat, Itulah yang paling kita takut.

“Jika kita tidak selesai tugas di dunia kepada rakyat , sudah tentu tidak selesai di akhirat” katanya.

Sementara itu, penonton yang memberi komen berpandangan Hasnul Zulkarnain perlu diberi kesempatan memikul tugas menjadi wakil rakyat di Dun Titi Serong untuk penggal akan datang.

“Ini berikutan komitmen beliau yang aktif memberi khidmat kepada rakyat di Dun Titi Serong dan diakui oleh pengundi di kawasan itu.

“Baru-baru ini , Hasnol telah membongkar kes tanah di Sungai Betul Bawah dan Kuala Bagan Tiang yang mendapat perhatian banyak pihak” katanya.

Kes tanah ini telah mendapat bantahan penduduk di mana Adun Titi Serong dan Ahli Parlimen Parit Buntar , Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa dilihat ke hadapan membongkar kes berkenaan.

AMK PKR Perak dilihat bersama dengan Adun Titi Serong membongkar kes tanah ini, di mana AMK PKR Perak telah membuat laporan SPRM terhadap seorang Exco dan pegawai khas Exco berkenaan berkaitan kes tanah berkenaan.

Panas! Zahidi desak Zahid dedah Ahli Parlimen UMNO sain SD sokong Anwar

 

Panas! Zahidi desak Zahid dedah Ahli Parlimen UMNO sain SD sokong Anwar

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didesak menjelaskan siapa di kalangan Ahli-ahli Parlimen UMNO yang menandatangani akuan bersumpah (SD) agar Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mendakwa, ini bagi membolehkan UMNO mengambil tindakan disiplin di atas perbuatan ahli Parlimen UMNO berkenaan.

Tegasnya, perkara itu adalah bertentangan dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan persetujuan sebulat suara perwakilan ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu yang menetapkan dasar ‘No Anwar, No DAP’.

“Siapa yang tandatangan sokong Anwar itu, dia tidak selari dengan keputusan MKT, jadi siapa yang tandatangan itu boleh ambil tindakan disiplin ke atasnya.

“Presiden UMNO juga kena dedahkan siapa yang tandatangan dokumen itu,” dakwanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, sebuah portal melaporkan, Zahidi yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, menggesa pemilihan disegerakan supaya Ahmad Zahid dapat mengubah keputusan parti yang sebelum ini menolak kerjasama dengan Anwar.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim juga sebelum ini meminta Lembaga Disiplin UMNO mengambil tindakan terhadap Ahmad Zahid atas tindakannya yang didakwa menyanggahi keputusan yang dibuat ketika PAU lalu.

Beliau juga mendakwa, Ahmad Zahid perlu dikenakan tindakan kerana terbabit dalam isu surat sokongan terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri yang telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini, media memetik Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai berkata, ada usaha mengumpulkan SD, yang beliau dakwa sebagai cubaan pihak tertentu mengambil alih kerajaan.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pontian itu mendakwa, beliau dan ‘rakan-rakan’ lain tidak didekati, atau diminta menandatangani apa apa pengakuan.

SAJA TUNJUK. CONTOH SURAT PALESU YANG DIKATAKAN PALESU.LAIN KALI NAK BUAT SURAT PALESU..TENGOK CAM GINI...KAH.....KAH.....KAH...

May be an image of text that says "BARISAN NASIONAL MALAYSIA (National ront Malaysia) Geeereli .M PALSU A astro AWANI Politik Surat kaitkan Hishammuddin tawar diri jadi PM palsu Unit komunikasi Hishammuddin itu menjelaskan surat tersebut bersifat fitnah dan bertujuan mengelirukan pandangan umum." No photo description available.May be an image of text

May be an image of text

No photo description available.

No photo description available.

JOM KITA JAUL APA YANG SEPATUTNYA...CELCOM DIJUAL ?

 

IBRAHIM MAT ISA


Dulu BN jual Proton dekat syarikat dari China

Sekarang PN jual pula Celcom Axiata dekat Norway

BN PN sama saja.. Berlumba-lumba melelong syarikat milik sendiri. Pelabur dari luar tidak dijaga, masing-masing pakat cabut lari..

Malaysia ni dah hilang keberkatan lepas khianat itu, khianat ini.. Kalau rakyat tak bangkit melawan lebih baik jadi jenazah je!

 

May be an image of text that says "FMT T F It's signed Axiata, Telenor ink RM50bil deal Bloomberg June 21. 2021 2:38 PM axıata telenor Syarikat milik Khazanah, Axiata jual 100% kepentingan CELCOM kepada Telenor dan dibayar RM2 bilion cash serta kepentingan 33.1% dalam syarikat digabung Celcom-Dio"


RASANYA YANG INI BUKAN PALESU LAGI..INI BETUL BETUL..


HAMZAH RIE NA


KANTOI LAGI!! Tahun 2014 syarikat yang sama dapat projek kontrak 'store & supply' berkaitan arak RM77 Juta, tapi H2O nafi dia mengetahui apa yang dibuat oleh adiknya.. Tahun 2021 syarikat adiknya dapat lagi sekali dengan nilai 3 kali ganda iaitu RM205 Juta. Untunglah jadi adik menteri yer.. projek puluh juta jadi ke ratus juta.. #KerajaanGagal SR


May be an image of 1 person and text that says "Lembah Sari Sdn Bhd, dimiliki Datuk Haris Onn Hussein, adik Hishammuddin Hussein Onn Tarikh Cetak: 21/06/2021 09:18:22P MyProcurement Pusat Maklumat Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia QT200000000031827 KEPUTUSAN TERPERINCI PERKHIDMATAN MEMBEKAL SETEM CUKAI SECARAKOMPREHENSIF KEPADA JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA PRODUK ROKOK DAN MINUMAN KERAS NAMA PETENDER BERJAYA--: LEMBAH SARI SDN. BHD. PENDAFTARAN MOF: 357-02078179 PENDAFTARAN ROB/ROS/ROC: 03281-W KEMENTERIAN KEMENTERIAN KEWANGAN JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA SR HARGA SETUJU TERIMA (RM): 205,000,000.00 KATEGORI PEROLEHAN: BEKALAN TARIKH KEPUTUSAN TENDER/ SEBUT HARGA: 09/06/2021 JENIS TENDER SEBUT HAR KRONI?"

WOOOIII MAMAT FAIZAL ...INI BUKAN DAP PUNYA HAL...INI PEMBANTU EXCO MANA NIH ????

 Panas! ADUN dedah syarikat milik pegawai khas EXCO Perak ceroboh tanah tanpa kebenaran pihak berkuasa


Panas! ADUN dedah syarikat milik pegawai khas EXCO Perak ceroboh tanah tanpa kebenaran pihak berkuasa.



Titi Serong N08

Syarikat Milik Pegawai Khas Kepada Exco Telah Menceroboh Tanah Tanpa Kebenaran Pihak Berkuasa.

Syarikat Makmur Cemerlang Sdn Bhd telah menceroboh masuk tanah seluas 47 ekar untuk melaksanakan kerja-kerja mencuci tanah tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan dan juga pemilik tanah iaitu kerajaan negeri.

Hasil tinjauan bersama Jabatan Alam Sekitar dan juga SADC, syarikat milik Pegawai Khas kepada Adun Bertaraf Exco telah menolak dan mencuci pokok sehingga hampir 1km di Kuala Bagan Tiang. Semakan Pejabat Dun Titi Serong juga mendapati pihak syarikat tidak pernah menghantar permohonan kepada mana-mana agensi untuk memulakan kerja awalan. Ini jelas menunjukan berlaku perlanggaran peraturan yang telah ditetapkan pihak berkuasa tempatan dan dalam masa yang sama telah berlakunya kerosakan alam sekitar serta hidupan laut seperti ketam nipah dan juga siput.

Saya berharap tindakan tegas diambil kepada syarikat tersebut supaya menjadi pengajaran kepada yang lain demi menjaga kepentingan awam dan alam.

#NegaraRahmah
#khidmatKpdRakyat

Hasnul Zulkarnain bin Abd Munaim
Adun Titi Serong

Sumber: https://www.facebook.com/100000996800229/posts/4231932126849972/?d=n

ITU SAJA ISU YANG MAMPU DIBAWA. BILA ADA KUASA TAK MAMPU PUN BUAT APA APA...

 


Jajaran baru UMNO-DAP adalah malapetaka kepada ummah, kata Faizal

Jajaran baru UMNO-DAP adalah malapetaka kepada ummah, kata Faizal




Pemuda Pas Perak memandang serius desas-desus mengenai kewujudan jajaran baharu di antara UMNO bersama DAP yang dikatakan cuba dilaksanakan pihak tertentu.

Ketuanya, Ahmad Faisal Mohd Puait berkata, sekiranya usaha itu benar-benar wujud, ia akan menjadi malapetaka kepada penyatuan ummah.

Jelas beliau, Pemuda Pas Perak bersama kepimpinan Pas Pusat dengan tegas menolak sebarang kerjasama politik dengan DAP dan sesiapa sahaja yang bersama mereka.

“Namun, kami serahkan semula kepada sahabat-sahabat kami. Kami yakin dengan pengalaman sahabat-sahabat kami dalam menentang DAP dan sesiapa yang bersama dengannya.

“Keyakinan Pemuda Pas Perak bahawa UMNO akan terus mempertahankan Muafakat Nasional (MN) dan mendoakan UMNO berjaya menemui penyelesaian terbaik demi penyatuan ummah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Sementara itu, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak turut senada dengan menolak sebarang bentuk jajaran baharu terutama bersama DAP yang dilihat akan menggugat agenda penyatuan ummah.

Ketua Armada Perak, Muhammad Faizul Mohamed Ismail berkata, agenda penyatuan ummah seharusnya diberikan keutamaan demi kestabilan politik dalam negara.

“Armada Bersatu Perak konsisten dalam menyatakan pandangan di mana perpaduan dan kerjasama setiap ahli-ahli Parlimen dan NGO-NGO amat perlu bagi memerangi pandemik Covid-19.

“Selain itu, Armada Bersatu Perak juga berharap penyatuan parti-parti di dalam kerajaan hari ini sentiasa dipelihara dan diberi keutamaan untuk sentiasa teguh bersatu,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Faizul berkata, Armada Bersatu Perak menyokong penuh tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang sentiasa bertungkus lumus dalam mengawal pandemik Covid-19 dengan pelbagai inisiatif terutama program vaksinasi yang giat dijalankan di seluruh negara.

Katanya, Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan baru-baru ini juga membuktikan kerajaan begitu fokus meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan dan merencana secara holistik fasa-fasa di dalam pelan tersebut.

JAHAT SUNGGUH...BERITA PALESU RUPANYA...

 

Surat kait Hishammuddin jawatan PM palsu, kata pasukan komunikasi





Pasukan komunikasi Hishammuddin Hussein dalam Twitter berkata, surat tersebar yang dikaitkan dengan Menteri Luar itu adalah palsu dan tidak benar. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Pasukan Komunikasi Hishammuddin Hussein berkata, sepucuk surat yang mendakwa bahawa Menteri Luar itu mendapat sokongan Barisan Nasional (BN) untuk memimpin kerajaan baharu adalah palsu.

“Surat tersebar yang dikaitkan dengan Hishammuddin adalah palsu dan tidak benar.

“Ini hanyalah provokasi politik yang berniat jahat, mengadakan fitnah untuk mengelirukan umum,” kata pasukan itu di Twitter.

Sebelum itu, tular satu gambar surat sokongan yang dimuat naik di laman sosial.

Menurut surat itu, Hishammuddin mahu mempersembahkan jumlah sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong yang dikatakan menyokongnya untuk membentuk kerajaan baharu.

Surat itu dikatakan mendapat sokongan BN dengan sebulat suara menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

Surat itu juga memuatkan barisan Kabinet yang diharapkan Hishammuddin, termasuk Darell Leiking daripada Warisan sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya serta bekas Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar sebagai Menteri Air, Tanah dan Sumber Daya Alam.

Azalina Othman Said dari Umno pula dilantik sebagai Menteri Luar yang seterusnya manakala bekas Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri I, merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri manakala Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri II merangkap Menteri Pertahanan.

Pada 11 Jun lalu, Warisan menafikan mengeluarkan surat bagi menyokong Hishammuddin sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Setiausaha Agung Warisan, Loretto Padua, berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian bersama PAS, seperti yang tular.

SUNGGUHKAH PAS GAGAL 100%?



Kata Muammar, PAS hanya tahu mengejar kekayaan, dengan lantikan menteri dan timbalan menteri walaupun kalah teruk Pilihan Raya Umum ke-14, juga lantikan di GLC dengan gaji belasan, dan puluhan ribu ringgit sebulan. “PAS berupaya menggunakan Ahli Parlimennya untuk parti memperoleh manfaat namun tiada kelebihan untuk agama Islam.

RENTASAN 913 | GEMPAR!!! KINI AMANAT HADI LENYAP DARI WEBSITE FATWA JAKIM?






MENARIK DALAM RENTASAN 913

1. AMANAT HADI BUAT JAKIM TERKEDU 2. KES SEDANG DIBICARA BOLEH KE LUAR NEGARA? 3. MOVE ON - TINGKATKAN PELABUR 4. MANA RUU355?






VIDEO : (LIVE) Johari Abdul & Pakatan Harapan: Istana "Tolak" Mahiaddin?

VIDEO : Isu semasa: Rakyat derita dan PN makin gila?

JIKA ANDA MENONTON VIDEO JEMING HASSAN.. KEGAGALAN PAS DI KELANTAN DAN NEGARA....(DIBAWAH) INI ANTARA KEGAGALAN LAIN SELAIN YANG DISENARAIKAN

 

PEMBOHONGAN PAS


May be an image of 1 person and text that says "Kelantan sedia kongsi kejayaan tadbir negeri June21,2021 Share 38.7 APPROVED INVESTMENTS IN THE ECONOMY BY STATE RM164.0 billion 21.0 19.6 17.1 States Selangor, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang 5%of approved investmentsin 2020. 16.0 11.9 7.9 6.8 5,6 Selangor Sabah mil. Johor Investment Pahang Sembilan Perak Note: Perlis Kelantan MIDA"



MOHD MUKHLIS


MUKA PEMBOHONG ORANG KAMPUNG 


1) Carbon Kredit

2) Bercuti di New Zealand pakai duit GLC anak syarikat negeri

3) Tukar Mercedes waktu hasil negeri merudum

4) FDI paling tercorot dalam Malaysia

5) Teh tarik keluar dari kepala paip

6) Meluluskan kawasan balak dengan jayanya

7) Lulus bonus 50K untuk diri sendiri dalam DUN

Description: 😎Lulus naik gaji dalam DUN walaupun goyang kaki.

9) Walaun lari cari kerja negeri lain tapi balik mengundi air karat konon-konon nak selamat Isley

Yang masih scam

1) RUU355

2) MB kata nak letak jawatan kalau RUU355 tak di laksanakan

3) Kes Arwah Adib

4) Hapus arak

5) Hapus judi, siap makin bertambah jadi 22 kali

So thanks but no thanks. Simpan formula dan kongsi sesama negeri lebai sahaja.

Kalau boleh, tolong angkut walaun yang tak tahu bersyukur balik negeri demo smula.

 

FUHH HEBAT....SAMPAI 3 KALI...

 


MOHD MUKHLIS


Subhanallah, kawan Tan Sri Annuar Musa kat Rome tu sudah arwah saing dengan makcik kiah dan makcik teksi Langkawi ke? Luar biasa cerita YB macam berlakon makan Maggi tapi jam tan Sri boleh beli 2 kontena Maggi.

Luar biasa dia lihat Malaysia kawal Covid sampai kena lockdown 3 kali di sebalik 73 menteri kabinet yang tiada fungsi .

Tapi lupa nak cakap, Italy tak payah pakai facemask, sedangkan kes Tan Sri langgar SOP pun luar biasa, kerana masuk 3 bulan siasat masih tiada khabar berita.

 May be an image of text that says "Tweet Apa khabar sahabat lama Annuar Musa dari ROME, STRAITSTIMES Italy says face masks will no longer be mandatory from June 28 By AFP June 22, 2021 Annuar Musa Seorang sahabat lama talipon saya dari Saya tanya bagaimana keadaan covid di beritahu kes harian melebihi sudah melebihi kes positive covid19 melebihi juta Malaysia mengawal covid biasa.. luar the day southern 631 solstice, 2,234 1,180 ROME: Facemasks will longer Europe worst health ministry Monday. SOD compulsory Italy, ofthe coronavirus, from June lifting requirement would into regions labelled "white" classification system spreading Minister Roberto Facebook. sahabat dari Diakata. SUBHANALLAH how bangang"

TERUK SUNGGUH LA...OWH MALAYSIAKU

 

Punyalah teruk kegagalan kerajaan tebuk atap sekarang ni..

National Geographic pun dah label kerajaan PN gagal. Malu Malaysia dimata dunia.

#KerajaanGagal

#FailedGovernment

#NationalGeographic

#NetGeo

SR


May be an image of monument, skyscraper and text that says "NATIONAL GEOGRAPHIC natgeo Photo @iantehph ofth world emerge many parts their implemented tight lockdown measures contain its become Malaysia has affected use meaning "failed situation government," government's andling country' Lockdown measures curbed national ate infection orevious week's percent. Swipe left more: Kuala Lumpur's SR suara rakyat 193,124likes 15R Adda comment... Post SATU DUNIA TAHU!! #KerajaanGagal #FailedGovernment"







 

OWHHH..MALUNYA AKU SEBAGAI MENTERI MALAYSIA

 

HAMZAH RIE NA

KJ tercidukkk!

Duta Kesatuan Eropah (EU) di Malaysia TYT Michalis Rokas menolak tohmahan fitnah Menteri MoSTI merangkap Menteri Penyelaras PICK yang menyatakan Blok Kesatuan Eropah memboloti semua bekalan vaksin Covid-19.

Serentak dengan itu, Michalis menyatakan sokongan EU untuk terus menyumbang lebih 5 juta dos vaksin kepada Malaysia melalui program Covax.

Dengan sendirinya kenyataan Duta EU ke Malaysia memberikan satu kemaluan besar kepada Menteri Penyelaras PICK yang dua kali membuat kenyataan berhubung isu pemboloton bekalan vaksin Covid-19.

Tindakan Menteri ini lebih menjurus kepada ketegangan hubungan diplomatik Malaysia - EU sebenarnya. Soft diplomacy yang gagal dipraktikkan dengan betul.

#KerajaanGagal

SR


No photo description available.



KAH..KAH...DARI DULU SAMPAI SEKARANG...PUNCA SUSAHNYA ANWAR NAK NAIK KERANA KUASA INILAH YANG UTAMA,,,

 May be an image of 1 person and text that says "Lembah Sari Sdn Bhd, dimiliki Datuk Haris Onn Hussein, adik Hishammuddin Hussein Onn Tarikh Cetak 21/06/2021 MyProcurement Pusat Maklumat Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malay sia KEPUTUSAN TERPERINCI QT200000000031827 PERKHIDMATAN MEMBEKAL SETEM CUKAI SECARAKOMPREHENSIF KEPADA JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA PRODUK ROKOK DAN MINUMAN KERAS NAMA PETENDER BERJAYA-; LEMBAH SARI SDN. BHD. PENDAFTARAN MOF: 357-02078179 PENDAFTARAN ROB/ROS/ROC: 703281-W KEMENTERIAN KEMENTERIAN KEWANGAN AGENSI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA SR HARGA SETUJU TERIMA (RM): 205,000,000.00 KATEGORI PEROLEHAN: BEKALAN TARIKH KEPUTUSAN TENDER/ SEBUT HARGA: 09/06/2021 JENIS TENDER SEBUT HAR KRONI?"