KERAJAAN MESTI JAWAB DAKWAAN HAMID BADOR – ANWAR


May be an image of one or more people, people standing and text that says "ሆÝ POLIS Siasat pendedahan Ketua Polis Negara 30 April 2021"


 Saya ikuti pendedahan yang dibuat Tan Sri Abdul Hamid Bador tempoh hari terkait Institusi Kepolisian negara.

Pendedahan tersebut amat mendukacitakan serta telah mencemarkan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebagai sebuah badan utama negara dalam mengangkat kedaulatan undang-undang, PDRM seharusnya bersifat bebas daripada campur tangan politik.

Campur tangan yang berlaku ini secara tidak langsung membuktikan pemerintah yang tiada keabsahan ini menggunakan pelbagai cara dan helah untuk berpaut pada kuasa.

Langkah ini juga telah merobek keyakinan rakyat sehingga boleh menimbulkan kesangsian terhadap kredibiliti PDRM saat ini.

Saya menggesa siasatan menyeluruh dan lengkap dilakukan bagi menyiasat pendedahan ini, dan pemerintah mesti menjawab segala dakwaan sesegera mungkin.

ANWAR IBRAHIM

2 Mei 2021.



‘BOM JANGKA’ HAMID BADOR ISYARAT HILANG KEYAKINAN KEPADA KERAJAAN PN, RCI KINI DIPERLUKAN

 

1. KPN bakal bersara Abdul Hamid Bador telah meledakkan bom jangka yang telah menggegarkan negara berkait tuduhan rasuah untuk membeli MP dan Adun yang menjadi katak-katak yang melompat. Walaupun tidak menyebut nama, umum maklum tuduhan itu diajukan kepada Menteri Dalam Negeri dan kerajaan PN yang terang-terang mendedahkan pelan ‘scheme of things’ (pelan menyogok)

2. Ada beberapa isu dari pendedahan yang dibuat antaranya campurtangan Menteri di KDN menentukan perlantikan dengan istilah ‘budak kita’. Audio yang ditularkan diperakui oleh Menteri Dalam Negeri mengukuhkan lagi dakwaan Hamid Bador bahawa campurtangan politik menguasai perlantikan dalam hiraki Pasukan Polis.

3. Hamid seterusnya mempertikaikan integriti ahli politik yang dituduhnya ‘membeli’ untuk ‘katak-katak’ melompat di sana-sini. Kenyataan tersebut mensahkan berlakunya tawar-menawar untuk MP dan Adun ‘lompat katak’ dan sekaligus membuktikan betapa rasuah politik yang diamalkan untuk PN kekal berkuasa sudah sampai ke tahap kronik. Rakyat bukan sahaja muak dengan rasuah politik yang merebak tetapi rakyat perlu bangkit memberhentikan kegilaan rasuah dengan membeli MP-MP dan Adun!

4. Kenyataan Hamid Bador seolah satu kenyataan hilang kepercayaan terhadap kerajaan PN hari ini. Ia bukan kenyataan politik dari mana-mana pimpinan parti tetapi dari KPN sendiri dilakukan dalam sidang akhbarnya yang terakhir. Ini adalah isyarat kepada bagaimana rasuah politik menjadi kanser yang sukar dibendung!


5. Oleh kerana itu, satu siasatan menyeluruh oleh SPRM kepada kenyataan KPN bakal bersara perlu dibuat atas dakwaan serius ini. Termasuklah desakan membentuk Suruhanja Bebas DiRaja tentang integriti KDN dan Menterinya hari ini yang telah merosakkan imej demokrasi dan integriti kerajaan dengan membeli MP dan Adun untuk mencipta ketidakstabilan politik.

6. Menteri Dalam Negeri jika ada maruah dengan tuduhan berat ini perlu membersihkan semuan tuduhan ini untuk memelihara integriti pasukan polis dan kementeriannya yang dituduh pencetus kepada lahirnya ‘katak-katak yang melompat’

7. Jika KPN secara berani menyebut kepincangan besar dilakukan Menteri yang menjaga keselamatan awam, ini tandanya kerajaan PN gagal di mana PM harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya dengan pendedahan ini. KPN baru tidak mungkin mewarisi kepimpinan tanpa isu besar seperti integriti dan rasuah ini diselesaikan terlebih dahulu demi memelihara maruah dan demokrasi negara.

Yb DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden AMANAH

Ahli Parlimen Parit Buntar

2 May 2021.





EDISI KHAS MINGGUAN 021 | GEMPAR!! USAHA KERAJAAN PN KEKAL BERKUASA TERB...


MENARIK DALAM EDISI KHAS 021


1. SIDANG PARLIMEN, KENYATAAN TAKIYUDDIN DIPERSOAL 2. ISU FAHMI REZA: HENTI GUNA AKTA LAPUK 3. ANWAR DESAK LAKSANA UNDI 18




FITNAH YANG KEMBALI KEPADA TUANNYA




Susulan itu Naib Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff memuatnaik satu hantaran bagi memberi panduan kepada mana-mana pihak yang mahu membuat laporan polis ke atas nama ‘Kamarul Yusoff’ atas dakwaan membuat hantaran yang mempertikaikan Raja Muda Perlis di bawah Seksyen 298A dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988 (Akta 589). Tindakan ini diikuti oleh Ketua AMANAH Bahagian Ledang, Azhar Ismail yang memuatnaik satu hantaran di Facebook memaklumkan telah membuat laporan polis berdasarkan panduan yang diberi oleh Zulhazmi selain berkongsi hantaran peguam tersebut.

KUATKAN KESATUAN SEKERJA ERA PANDEMIK COVID 19 – ANWAR


KERAJAAN PN HANYA PENTINGKAN SEKTOR AWAM, LEMBAB BELA PEKERJA SWASTA?


ABIM MAHU AGONG CAMPURTANGAN KEMBALIKAN MARUAH PDRM


BERHIMPUN BUKA PUASA ANCAMAN UNTUK NEGARA ? Polis akan panggil individu terlibat perhimpunan #BukaPuasaParlimen


Polis mengenal pasti 90 individu yang menyertai perhimpunan aman #BukaPuasaParlimen di Jalan Parlimen semalam.

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil keterangan kesemua peserta perhimpunan aman #BukaPuasaParlimen di Jalan Parlimen, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua mereka akan dipanggil dalam masa terdekat dan setakat ini polis telah mengenal pasti 90 peserta yang terlibat dalam perhimpunan itu.

Beliau berkata perhimpunan itu tiada permit dan polis tidak menerima permohonan daripada pihak penganjur untuk mengadakan perhimpunan itu.

“Semasa pemantauan dibuat di lokasi, peserta-peserta yang berkumpul terdiri daripada pimpinan dan ahli Parti MUDA dan Pejuang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana melakukan perhimpunan tanpa notis.



TAKUT NAK BERI MORATORIUM 40 BILLION UNTUK RAKYAT- AKHIRNYA HABIS 600 BILLION COVID TAK REDA REDA.....

 

Jangan tunggu kes Covid-19 melonjak lagi, bertindak segera, gesa pakar

PETALING JAYA: Dengan lonjakan kes dilaporkan di Lembah Klang, dan hospital hampir mencapai tahap kritikal, seorang pakar kesihatan mempersoalkan berapa lama lagi kerajaan akan menunggu sebelum bertindak.

Profesor kesihatan awam di Universiti Kebangsaan Malaysia, Shafira Ezat Wan Puteh berkata, peraturan berkaitan Covid-19 “sepatutnya sudah diubah” sebaik sahaja kadar kebolehjangkitan mula meningkat.

Tambah beliau, kerajaan perlu bertindak dengan lebih cepat mengeluarkan arahan jelas demi kepentingan kesihatan awam, dan meningkatkan saringan di sekolah-sekolah dan komuniti, sejajar dengan peningkatan bilangan kes dan kluster di sana baru-baru ini.

Kata Shafira, had kapasiti yang ketat perlu dikuatkuasakan di sekolah, tempat kerja dan premis makanan sekiranya mereka dibenar untuk dibuka, kerana mengarahkan perniagaan untuk mematuhi peraturan tidak akan berkesan, kecuali dengan pengawasan pihak berkuasa.

“Walaupun garis panduan umum menyebut hanya separuh kapasiti dibenarkan, ia perlu ditegaskan kepada orang ramai dan (garis panduan) perlu dipatuhi, di setiap organisasi, tak kira kecil atau besar,” kata beliau.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr Subramaniam Muniandy berkata, lonjakan kes kini membimbangkan.

“Kita tidak sepatutnya tunggu kes meningkat lebih tinggi sebelum mengembalikan sekatan tertentu,” kata beliau.

Orang ramai tidak perlu menunggu arahan kerajaan, sebaliknya mengambil inisiatif langkah pencegahan, tambah beliau.

Ramai sudah berasa selesa dan kurang mematuhi peraturan berkaitan Covid-19, menurut Subramaniam.

Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang perlu kembali dikuatkuasakan, amalan bekerja dari rumah, dan mengurangkan mesyuarat bersemuka, adalah langkah pertama yang baik.

Ada juga kelemahan dari segi penguatkuasaan SOP yang perlu ditangani, tambah beliau.

“Sesetengah restoran tidak memiliki pengudaraan yang baik, manakala meja diletakkan terlalu dekat antara satu sama lain, menyukarkan penjarakan fizikal.

“Malah restoran-restoran kini beroperasi dengan kapasiti penuh,” kata beliau.

Seolah otak di lutut: Pemuda PH bersolidariti bersama pembaca berita Awani yang disiasat polis – Syazni

 


Seolah otak di lutut: Pemuda PH bersolidariti bersama pembaca berita Awani yang disiasat polis – Syazni

May 2, 2021 

1. Rentetan pengumuman bakal Ketua Polis Negara baharu yang telah membuka kertas siasatan terhadap seorang wartawan yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah, kita melahirkan kegusaran terhadap kebebasan media yang semakin terhakis bawah kepimpinan Mahiaddin Md. Yasin. Media yang sewajarnya dijamin bebas telah ditekan sedemikian rupa untuk menutup suara dan nurani rakyat terbanyak.

2. Memahami betapa peranan wartawan tidak hanya melaporkan berita, sebaliknya bertindak sebagai jurubicara masyarakat; pemuda melahirkan solidariti terhadap Astro Awani serta saudara Luqman Hariz, wartawan yang dipercayai sedang disiasat ketika ini. Keberanian beliau yang bersuara bagi pihak rakyat tertindas tidak hanya perlu dipertahankan, bahkan dicontohi untuk memulihkan negara yang sedang sakit dikhianati pemimpin zalim dan pengecut.

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Ketua Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN)
Ketua Pemuda AMANAH Nasional



SELAGI PARLIMEN TIDAK DIBUKA...SEMUANYA KELAUT

 

HAMZAH RIE NA

Selagi mana parlimen tidak dibenar berfungsi, selagi itu lah entah apa² undang² atau ordinan akan dikuatkuasakan ikut kepala otak bebal Mahiaddin dan jemaah menteri. Rakyat terus ditekan & jadi mangsa kezaliman PN.

Pentadbiran negara tidak cekap. Diurus kerbau² lantikan Mahiaddin yang diberi jawatan semata² demi 'SCHEME OF THINGS' dirancang untuk kekal berkuasa bukan melalui merit dan kebolehan serta pengalaman dalam lakukan tugas. MENTERI PENDIDIKAN Radzi Jidin contohnya ditolak rakyat dalam PRU14 tapi dilantik jadi MENTERI KANAN Pendidikan. Apa kejadahnya?

#LebaiPNipu

#KerajaanGagal

SR

 May be an image of 2 people, people standing and text that says "PASARAYA BESAR MALAYSIA NOW Q PENIAGA KECIL malaysiakini BERITA BERITA Jakel dikompaun RM10,000 kerana gagal patuhi SOP Covid-19 SR Ahmad Mustakim Zulkifli Peniaga burger dikompaun RM50,000 kerana operasi lebih waktu 2021 PM Diterbitkan jam lepas Rakyat lega. Setahun kejatuhan PH pentadbiran PN jauh lebih baik -Presideng PAS- Harakahdaily, 27 Februari 2021"

Adakah Hamzah dimaksudkan KPN guna jet peribadi, soal Ahli Parlimen Warisan


Ketegangan tercetus antara Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin baru-baru ini berhubung penukaran pegawai polis.

KOTA KINABALU: Seorang bekas timbalan menteri mempersoalkan sama ada Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin adalah individu yang dimaksudkan oleh Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador ketika menyebut tentang orang yang kerap menggunakan jet peribadi ke Sabah.

Ahli Parlimen Sepanggar, Azis Jamman dari Warisan berkata, Hamzah antara pemimpin yang kerap melawat Sabah sebelum pilihan raya negeri diadakan.

“Adakah KPN merujuk kepada Hamzah Zainuddin yang mana umum mengetahui, lawatan Hamzah ke Sabah membawa kepada sidang media dan pengumuman pertama yang dibuat oleh dua orang YB pada masa itu, mengumumkan sokongan kepada Perikatan Nasional?” soal beliau dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada Limus Jury dan James Ratib, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Upko yang sebelum itu berada dalam gabungan kerajaan Sabah.

Azis mendakwa, Hamzah kemudian mengadakan beberapa siri lawatan ke Sabah menggunakan jet peribadi untuk bertemu dengan bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman.

Selepas itu, tambah beliau, terdapat pembelotan besar-besaran oleh penyokong kerajaan yang beralih kesetiaan kepada Musa, mendorong ketua menteri ketika itu, Shafie Apdal, mengadakan pilihan raya di negeri itu.

Semalam, Hamid bercakap mengenai bagaimana beliau memerangi rasuah dalam pasukan polis, tetapi dalam politik, rasuah berlaku “di mana-mana”.

Kata beliau, dalam politik, pemimpin “mabuk kuasa dan sedia membeli orang lain dan mengugut (yang enggan dibeli)”.

Ahli Pemuda Warisan membuat laporan di SPRM Kota Kinabalu hari ini susulan kenyataan Abdul Hamid Bador berkenaan campur tangan Hamzah Zainudin dalam urusan polis.

“Bila ia membabitkan polis, mereka akan kata itu rasuah,” kata Hamid.

“Lihatlah tingkah laku orang politik. Naik jet peribadi, mana dapat duit naik ‘private jet’? Pergi ke seluruh Sabah dan tiba-tiba ada yang tukar sokongan.”

Aziz mendakwa, sebagaimana dilaporkan sebelum ini, terdapat usaha daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk membeli dan mengugut wakil Warisan Plus.

Kata beliau, laporan polis sudah dibuat ADUN berkenaan yang didekati agen politik mengumpan untuk melompat parti.

Namun, katanya, tiada perkembangan berkenaan laporan itu setakat ini.

Azis, yang juga ketua Pemuda Warisan, juga bertanya sama ada Hamid turut merujuk kepada ugutan yang dibuat terhadap wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) untuk menyertai PN.

“Umum mengetahui beberapa kes rasuah melibatkan beberapa pemimpin daripada kalangan PH telah dimulakan. Tekanan diberikan dan akhirnya beberapa siri lompatan berlaku.

“Persoalannya, hasil daripada lompatan tersebut, tiba-tiba siasatan terhadap para pemimpin tersebut menjadi senyap.

“Adakah ini yang dimaksudkan KPN, ada ugutan dibuat?” soalnya.

Azis juga ingin mengetahui sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus menyiasat perkara ini susulan pendedahan serius yang dibuat Hamid.

“Kenyataan KPN tentang bagaimana ‘katak politik’ wujud ‘di sini’ ‘di sana’ perlu disiasat SPRM kerana selaku ketua pasukan polis, pastinya beliau tahu sesuatu yang wajar SPRM siasat,” kata beliau.

Tambahnya, sebagai bekas timbalan menteri dalam negeri, beliau bersetuju dengan saranan Hamid bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) perlu diketuai oleh seseorang yang mempunyai kredibiliti dan integriti, serta tidak dipengaruhi oleh kuasa politik.

VAKSIN PUN BERKASTA ?

 

BOB KELANANG


K A S T A V A K S I N ?

Vaksin pon ader kasta-kasta... Ader vaksin untuk golongan bangsawan... ader vaksin untuk marhaen... Ader vaksin untuk golongan Raja dan Sultan... pening aaa…

Sebenarnya tidak adil untuk rakyat dibeza-bezakan jenis vaksin yang digunakan... Tak pernah dalam sejarah imunisasi vaksin di Malaysia yang mana Kerajaan Malaysia menggunakan vaksin yang berbeza-beza antara satu rakyat dengan rakyat yang lain.

Perlembagaan Malaysia meletakkan kesamaan taraf antara semua warga negara... Tiada warganegara kelas pertama... tiada warganegara kelas kedua... dan tentunya tiada warganegara kelas ketiga dan keempat...

Ini tidak adil jika pemberian vaksin dibeza-bezakan antara semua rakyat...

Dan aku amat setuju dengan apa yang ditulis oleh YB Hassan Karim di Malaysiakini... ini tepat...

 


KATA MP l Vaksin pun ada kelas bangsawan, marhaen


malaysiakini.com
KATA MP l Vaksin pun ada kelas bangsawan, marhaen
Ini benar-benar menggambarkan cerminan masyarakat berkelas di Malaysia yang masih feudal. Vaksin Pfizer adalah untuk kelas bangsawan dan AstraZeneca vaksin kelas marhaen.



Kecoh video tular dakwa mirip ADUN papah wanita masuk bilik hotel!!?


PETALING JAYA – Penyebaran satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki yang didakwa mirip Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memapah seorang wanita dipercayai untuk memasuki bilik hotel menerima kecaman daripada netizen.

Rakaman berdurasi enam saat itu didakwa melibatkan seorang ADUN yang sebelum ini telah dibuang daripada sebuah parti politik pembangkang.

Muat naik berkenaan turut disertai dengan satu kemaskini status yang seolah-olah memerli dan menasihatkan tuan punya badan agar segera membuat laporan polis.

“Seperti pernah ku lihat, macam dia tapi video kabur.

“Barangkali inilah dugaan di bulan Ramadan, kesian ‘anak-anak’ penat sangat balik beli-belah baju raya barangkali,” katanya menerusi kemaskini status itu.

Tambah kemaskini itu, individu berkenaan perlu membuat laporan polis kerana tidak mungkin insan tersebut yang dikenali sebagai sangat zuhud dan baik hati berkelakuan sedemikian.

Perkongsian itu setakat ini selepas hampir dua jam dimuat naik telah mendapat lebih kurang 1,600 tontonan, 41 komen serta 34 perkongsian.

Penularan video berkenaan bagaimanapun menerima pelbagai komen daripada netizen yang menyifatkan ia sebagai tidak patut berlaku lebih-lebih lagi apabila melibatkan individu yang dilantik sebagai pemimpin.

“Macam mana Malaysia tak menerima azab kalau begini pemimpin. Seorang ‘kaki lelaki’ yang ini pula jenis ‘kaki perempuan’,” kata seorang pengguna platform media sosial berkenaan

 

GEMPAR! LANTlKAN KPÑ BAHARU DIPERTlKAlKAN!



Beberapa pakar perlembagaan dikatakan telah memberikan pendapat yang lantikan Ketua Polis Negara yang baharu boleh dipertikaikan, atas sebab mengikut Seksyen 15, Akta Polis 1967, sebarang persaraan atau perletakan jawatan semasa tempoh darurat adalah tidak dibenarkan.







VIDEO : MP Pengkalan Chepa bersara dunia politik & baliklah ke Bachok! Warga PC ...

VIDEO : Tak malu ke ahli parlimen Pas Pasir Mas makan gaji buta? #tamatdarurat #...

KONONNYA HEBAT SANGAT....TAPI SEMBANG LEBIH...JADI MENTERI PUN HAPA PUN TAK LEH BUAT.

 

BOB KELANANG



KOH KOH KOH… jilaker!!

PAS bertanding PRU14..

[Parlimen]

BERTANDING - 158

MENANG - 18

KALAH - 140

Hilang deposit - 69 (RM690,000)

[Dun]

BERTANDING - 390

MENANG - 90

KALAH - 300

Hilang deposit - 131 (RM655,000)

Jumlah hilang deposit hangus:

RM1.345 juta

#KerajaanGagal

#pHterbaik

SR- AKHIRNYA BERGANTUNG PADA UMNO DAN BERSATU...KEKUATAN SENDIRI TELH DIGADAI...



Parti Islam Se Malaysia (PAS) – Islam Memperkukuh Perpaduan


SUSAH NAK BAGI BANTUAN PADA UMMAT ISLAM....NAK SIASAT GEREJA....HAAAA....ISLAM TERANCAM KE NI ?

 

ZULAIFA RAHMAN


BOLE KE PAKAI ASYIK DOK MAIN DGN BUAH "KALAU,KALAU" DLM ISU INI ???

LANGGAR SOP PUN HANYA BERKATA
NO KOMEN !!! NO KOMEN.!BOLE GITU?
STANDARD MENTERI AGAMA KA LAGU NI...??
BADAN ZAKAT PULAK JIKA MINTAK BAYARAN ZAKAT LAJU JE...BYK IKLANNYA!!!.
TAPI BILA ADA ORG YG LAYAK MMOHON ZAKAT BANYAKLAH KARENAH BIROKRASINYA..LAGI MENYUSAH PARA ASNAF!!! LEPAS TU DOK NAK SIASAT GEREJA



May be an image of 1 person, sitting and text that says "F T 3 ibu tunggal mohon bantuan gereja disiasat FMT Reporters May 2021 7:00 AM Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri. KUALA LUMPUR: "Kalau saya tahu, saya akan bantu" demikian reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al- Bakri berhubung dakwaan tiga ibu tunggal beragama Islam terpaksa memohon bantuan kewangan daripada pihak gereja selepas permohonan mereka ditolak pusat zakat atau agensi berkaitan."