BERHIMPUN BUKA PUASA ANCAMAN UNTUK NEGARA ? Polis akan panggil individu terlibat perhimpunan #BukaPuasaParlimen


Polis mengenal pasti 90 individu yang menyertai perhimpunan aman #BukaPuasaParlimen di Jalan Parlimen semalam.

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil keterangan kesemua peserta perhimpunan aman #BukaPuasaParlimen di Jalan Parlimen, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua mereka akan dipanggil dalam masa terdekat dan setakat ini polis telah mengenal pasti 90 peserta yang terlibat dalam perhimpunan itu.

Beliau berkata perhimpunan itu tiada permit dan polis tidak menerima permohonan daripada pihak penganjur untuk mengadakan perhimpunan itu.

“Semasa pemantauan dibuat di lokasi, peserta-peserta yang berkumpul terdiri daripada pimpinan dan ahli Parti MUDA dan Pejuang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana melakukan perhimpunan tanpa notis.



No comments: