MOGA LINGKUP ....

 

MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF


May be an image of text


Kes Covid makin meningkat, katil di hospital sesak, rakyat tak boleh balik kampung menziarah ibu bapa, ada ura-ura hendak PKP 3.0 pula tapi mereka siang malam berpolitik.

Inilah kerajaan utophia Melayu Isle. mentadbir tak pandai, berpolitik 24 jam, menyusahkan rakyat. Semenjak berkuasa, tak ada satu apa pun kebaikan yang mereka buat, dari pelabur lari, ekonomi nazak, rasuah makin teruk, indeks kebebasan menurun dan paling teruk double standard bab SOP dan hukuman. Bersuara sikit terus kena panggil dengan polis, dah macam totalitarian state pula.

Silap-silap raya nanti rakyat di suruh berkurung di rumah, tapi menteri nanti senang-senang guna VIP pass balik beraya di "kawasan". Siapa mahu denda? Siapa berani saman kalau IGP pun mengadu tak ada orang dengar?

Yang tukang jamin kerajaan Al-Ghadr dulu pun, kini pura-pura sibuk buat kerja Mopti, dulu serba serbi Islam terancam, tajjasus kata orang rakus tapi dia pula yang sertu pengkhianat. Bila sudah huru-hara negara, dia cepat cuci tangan. Siap block siapa yang peringatkan dia tentang jaminan dia dahulu.

Dengan berkatnya Ramadhan, moga-moga Allah membebaskan Rakyat Malaysia dari Pemimpin yang zalim dan Ulamak yang jahat.

 



No comments: