LAGI-LAGI MENTERI AGAMA- BUAT MUKA SADIN SAJA KAH ?

 


Sahabatku Menteri Agama,

Anta hadir majlis kahwin neelofa. Langgar SOP. Neelofa dikena kompaun tapi anta tidak.

Anta diberitakan pula hadir majlis tahnik anak siti. Tidak pula diketahui langgar SOP atau tidak.

Ana cuma nak sampaikan di luar sana rakyat biasa susah nak dapat izin ziarah kematian, ziarah IbuBapa sakit dan uzur dan macam-macam  lagi.


Keluar pula yang dikatakan “fatwa” mufti bahawa “haram” rentas negeri.

Di sebalik latar belakang inilah ana berharap anta cuba memahami resah dan amarah rakyat dengan amalan “double standard” pemerintah.

Supaya dapat kiranya anta suarakan dalam mesyuarat jemaah menteri. Sedaya mungkin cubalah elak dari berterusan.

Salam hurmat & ramadan kareem

Saifuddin Nasution Ismail

2 Mei 2021.



No comments: