Apa bakal berlaku terhadap ekonomi negara setahun dari sekarang?


IBRAHIM MAT ISA
Sungguhpun semua saranan Dr Mohamad Abdul Khalid ini baik dan sesuai perlaksanaannya ketika krisis wabak dan ekonomi Malaysia yang meruncing, kita boleh anggap ia tidak akan dipandang oleh pemerintah kudeta sekarang ini walau sebelah mata pun.

Setiap buah fikiran yang baik hanya memerlukan jiwa yang murni dan ikhlas melaksanakannya. Ia hanya boleh dilaksanakan oleh pentadbir yang jauh memikirkan soal rakyat.

Bagi para ahli politik rakus, mereka tidak berupaya lagi untuk menerima saranan melainkan melayan nafsu dan tamak kuasa dan dalam masa sama mereka terpaksa pula berhadapan dengan keadaan huru hara yang kini sedang mendunia.

Apa yang rakyat bakal perolehi dalam keadaan huru hara wabak yang berlangsung tak tahu bila kesudahannya? Kita akan hanya dapat melihat drama demi drama dari ahli politik yang ditarik masuk ke dalam pentadbiran demi memenuhi kerakusan merampas kuasa.

Jadi, persiapkan diri anda semua untuk menghadapi babak-babak kegelapan yang begitu sinonim dalam bahasa Arab yang disebut dzulumat dan di situ juga terbentuknya perkataan dzalim.

Mereka akan meletakkan setiap sesuatu perkara itu tidak di tempatnya yang sesuai..

Salam pagi Rabu,
Berjimatlah ketika bersarapan..
Abg Aim ðŸ˜Ž

PERUT LAPAR, APA BANTUAN DAN LANGKAH KERAJAAN PN!

VIDEO DISERTAKAN :TEGURAN ARTIS:.Hospital Putrajaya buat laporan polis video artis jejas imej petugas kesihatan




 






laporan-polis
Salinan laporan polis terhadap penularan dua video memperlekehkan kakitangan dan Hospital Putrajaya.
KUALA LUMPUR – Hospital Putrajaya membuat laporan polis berhubung penularan dua video yang telah menjejaskan imej 
Hospital Putrajaya dan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan COVID-19.





COVID 19 - Dayangku Intan Menegur Medical Officer Yang Tidak Memberi Layanan Yang Sepatutnya



RASANYA INI TEGURAN SAJA KOT...TAK KAN LAH TAK BOLEH TEGUR...ITU PANDANGAN SEORANG YANG MENGALAMINYA...MANUSIA BUKAN SEMPURNA.MEMANG ADAKALANYA PETUGAS DENGAN KEADAAN TERTENTU . 

ITU KALAU ORANG KAMPUNG MACAM MANA LAH GAMAKNYA .....APA KEADAAN PUN, BERILAH LAYANAN TERBAIK UNTUK RAKYAT...BUKAN SEMUA...TAPI BILA BERURUSAN MANUSIA SAMA MANUSIA ITULAH KEADAANNYA...KEDUA DUA PERLULAH ADA TOLAK ANSUR..TEGURAN PERLU,SELAGI BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT,MEREKA ADALAH TANGGUNGJAWAB ANDA...
(VIDEO DAN TEGURAN DIATAS OLEH WRLR)
Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Hospital Putrajaya Datuk Dr Nora’i Mohd Said berkata video pertama dipercayai milik seorang selebriti yang mempunyai impak tontonan tinggi.
Video kedua pula adalah dari saluran YouTube, milik seorang lagi selebriti yang memperkatakan dan menyokong isu dibicarakan 
oleh pemilik selebriti pertama.
Dr Nora’i berkata isu berkenaan telah diperbesar-besarkan 
dengan perkataan-perkataan kesat terhadap petugas kesihatan
 yang menjalankan tugas.
“Pengurusan Hospital Putrajaya memandang serius akan perkara 
ini dan turut kesal dengan penularan video tersebut,” katanya.
Beliau berkata orang awam seharusnya lebih peka dengan 
keadaan semasa wabak COVID-19 dan setiap petugas kesihatan 
telah mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan ditetapkan 
sepanjang mengendalikan wabak itu.
“Para petugas keletihan dan terpaksa mengenepikan ahli keluarga masing-masing demi tugas yang bahaya ini.
“Penularan ini telah memberi tekanan emosi kepada para petugas sedangkan sokongan moral dan semangat yang harus diberikan, 
dan bukannya kata cacian dan kesat seperti ini,” katanya.
Dr Nora’i berkata laporan polis itu dibuat bertujuan mendapat tindakan sewajarnya daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) 
terhadap individu yang tidak menghormati tugas anggota
paramedik.


-BERNAMA-


VIDEO MG EKSKLUSIF | Serbuan Warga Asing, "Mengaku Sertai Ijtima Tabligh"



Elak terjerat dengan berita palsu


POJOK |

 Ketika rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, menunjukkan solidariti dalam melawan penularan Covid-19, terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab dilihat giat menyebarkan berita-berita palsu.

Berita-berita palsu ini disebarkan dengan niat untuk mengeliru, memanipulasi, dan mengapi-apikan perasaan rakyat. Dengan ini, timbullah persepsi-persepsi palsu terhadap seseorang individu atau organisasinya.

Modalnya murah dan kerjanya mudah. Cukup dengan menyebarkan imej grafik pemimpin tertentu di media sosial sambil disertakan kata-kata kontroversi yang kononnya keluar dari mulut pemimpin tersebut –impaknya adalah amat besar.

Walhal cerita sebenarnya tidak sebegitu. Kata-kata itu sebaliknya telah diseleweng. Meskipun pemimpin yang menjadi mangsa itu telah membuat penafian di media sosialnya, namun persepsi negatif itu tetap kekal, bersarang dan terpateri kukuh di minda si pembaca.

Malangnya, taktik seumpama ini diulang-ulang sehingga mencipta ‘rasa kebenaran’ dalam kalangan pembacanya. Berita-berita palsu itu lama kelamaan berubah menjadi ‘kebenaran’ secara organik dalam minda sesetengah pembaca tegar mereka.

Prinsip penipuan secara berterusan yang akhirnya dianggap sebagai satu kebenaran ini dilihat sama dengan prinsip yang digunakan pemimpin propaganda Nazi, Joseph Goebbels.

Goebbels dianggap sebagai pelopor dan pengembang teknik propaganda moden. ‘Argentum ad nausem’ atau Big Lie adalah teknik ciptaannya. Ia adalah teknik menyebarluaskan berita bohong melalui media sekerap mungkin sehinggalah kebohongan itu dianggap sebagai satu ‘kebenaran’.

Sehubungan itu, adalah penting bagi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mencari mekanisme terbaik memantau serta menoktahkan berita palsu seumpama ini daripada terus tersebar.

Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, kita juga perlu menjadi ‘penjaga pagar’ atau gatekeeper kepada penyebaran berita-berita palsu ini. Gunakan segala sumber maklumat sedia ada untuk mengesahkan berita-berita ini sebelum menyebarkannya.

Soalan-soalan yang perlu ditanya sebelum sesebuah berita itu dikongsi adalah:

  1. Siapa penulis maklumat itu?
  2. Adakah dia mempunyai kepakaran dalam topik itu?
  3. Dari mana sumber maklumat itu diperoleh?
  4. Bilakah tarikh maklumat itu diperoleh?
  5. Apakah jenis lama sesewang/penerbit yang menerbitkan maklumat itu? Adakah berbentuk sinikal, serius atau palsu?
  6. Apakah objektif lama sesewang/penerbit itu? Adakah mereka mempunyai kepentingan tertentu?

Ingat, kita adalah apa yang kita baca. Jadi, jangan biarkan diri terjerat dengan maklumat-maklumat palsu.

Langgak – Jarang terjerat .


MP DAP sumbang barang keperluan kepada petugas barisan hadapan


Petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus bekerja tanpa lelah untuk mengekang penyebaran wabak Covid-19 adalah antara golongan yang paling terdedah kepada penyakit itu.
Menyedari hal itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini tampil menghulurkan beberapa barangan keperluan kepada petugas di Balai Polis Sri Petaling bagi memastikan mereka mendapat perlindungan diri semasa menjalankan tugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Antara sumbangan yang diberikan adalah berupa 600 botol cecair pembasmi kuman, 10 karton sarung tangan dan 50 kotak air mineral.
“Kami berterima kasih kepada pegawai polis yang menjalankan tugas sepanjang PKP. Mereka perlu bahan perlindungan seperti sarung tangan serta penutup hidung dan mulut semasa menjalankan tugas untuk menghentikan penyebaran wabak Covid-19.
“Semoga mereka sentiasa sihat dan selamat,” katanya dalam catatan di Facebook, hari ini. 

Tolong, jangan berebut shopping hari gaji hari ini , putuskan rantaian Covid-19

Tolong, jangan berebut shopping hari gaji esok, putuskan rantaian Covid-19
Berebut shoping akibat panik di antara punca Covid-19 teruk merebak di Italy - Gambar Hiasan.

Orang ramai terutama kakitangan kerajaan diminta tidak bersesak-sesak membeli belah, mengisi minyak atau ATM sempena 25 haribulan hari ini , ekoran hari gaji bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.
Ini kerana, rantaian Covid-19 ni dah hampir berjaya diputuskan berikutan penurunan kes baru dan kematian hari ini.
Bahkan pihak berkuasa juga diminta membuat pengawalan kerana orang ramai dijangka akan berpusu-pusu untuk membeli belah selepas mendapat gaji.
“Pada yang gaji ..25hb.. Pastinya ramai yang tunggukan..tapi tolong jangan pergi shopping barang dapur masa hari gaji hari ini, gunakan apa yang perlu dan ada pasaraya yang membuat pesanan online.
“Lewatkan seminggu atau dua minggu,” itulah pesanan yang diedarkan kepada orang ramai sekarang.
“Jika barang dapur masih ada…please..barang yang ada kat dapur tu..masak bagi habis dulu..tak pun pergi hari ni (kalau masih berbaki duit yang ada)..
“Jangan pergi bersesak kat pasaraya…rantaian Covid-19 ni dah hampir berjaya kita hentikan…jangan kita buka rantaian baru,”kata mesej yang disebarkan melalui pelbagai jenis media sosial itu walaupun tanpa penulis.
Hari ini, Malaysia hanya mencatatkan rekod hanya satu kematian berbanding tiga semalam manakala jangkitan baru hanya 106 berbanding 212 kes baru semalam. Ia satu penurunan yang baik.
“Harap faham situasi dimana kita mungkin akan jadi macam Itali kalau kita panik berbelanja.
“Biasa masak 3/4 jenis..masak je 1 jenis lauk..berjimat la barangan kita…
“Kalau kita takde kesedaran sekarang..kita sebenarnya punca rantaian covid ni,” kata mesej yang turut diedarkan oleh para doktor dan pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia itu.

PORTAL UK TOLAK TEORI AIR SUAM

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks yang berkata 'DrHaizal Nor 4 mins adham, KALAU KAU BERMARUAH, SILA LETAK JAWATAN KERANA TINGKAH LAKU KAU MEMALUKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA MEMALUKAN SEBAGAI SEORANG MENTERI EXPRESS Posts about how you can protect yourself been spreading online. Last week, Malaysian Health Minister Datuk Seri Dr Adham Baba's advice to Malaysians drink warm water "flush" down to the where acids will kill any virus, come under question. The Health Minister appeared on RTM's Malaysia makin terkenal. Portal Berita Di UK pula tolak teori Air Suam Mente...'

CERPEN DARI WAN FAUDZIN : WAJAHNYA SEMAKIN KUSAM - AKU SIMPATI DENGAN NASIBNYA


Marah memang la marah. Siapa tak marah bila mana dia menang atas tiket PH guna logo Keadilan, kemudian dapat jadi menteri bawah kerajaan PH, tiba-tiba dia berpakat dengan semburit untuk khianat dengan partinya sendiri, dengan Pengerusinya sendiri, dengan PH itu sendiri, dan menyertai satu kumpulan yang ada di dalamnya parti kleptokrasi, hanya kerana mahu jadi PM. 

Bohonglah kalau tiada yang marah kecuali orang itu tiada sedikit pun iman di dadanya. Hanya orang yang tidak beriman yang akan sokong perbuatan khianat.

Meskipun aku marah, tetapi bila ditatap lama-lama wajah dia ni, timbul rasa simpati dan kesihan pula. Wajahnya semakin kusam, semakin nampak tua tak terurus, kelihatan tidak sihat dan tidak tenteram pada raut wajahnya. Bila raut muka tidak sihat, sudah pasti otak pun sama juga.

 Sebab itu, perlantikan para menteri yang dibuat, mahu cari seorang menteri dari 70 menteri dan timbalan yang cerdik sikit amat susah sekali. Paling cerdik mungkin KJ, itu pun KJ tidak banyak bercakap. Mungkin dia sedar dia tiada mandat rakyat untuk berada dalam kerajaan pintu belakang sekarang.

 Kalau mahu cari yang paling tidak cerdik pun amat sukar kerana masing-masing bersaing rapat. Menteri Alam Sekitar bersaing dengan menteri kesihatan, contohnya.

Begitulah keadaannya jika kita sendiri tidak sihat, lemah dan tiada kekuatan, tetapi kerana nafsu telah menguasai diri, kita sanggup lakukan sesuatu yang akhirnya memakan diri kita. Wabak COVID-19 masih boleh dijauhi dan dirawati walaupun agak sukar. Tetapi "wabak nafsu tamak dan rakus" tiada ubatnya kecuali beristighfar dan kembali kepada Allah.

Celakalah terhadap sesiapa yang khianat kepada mandat dan amanah rakyat serta yang membantu dan menyokong kerja-kerja khianat mereka. Matlamat tidak menghalalkan cara.

WFAUZDIN NS

CERPEN DARI ZURAIDAH ALI-PENYOKONG TAN SRI MUHYIDDIN

Soalan saya: YAB Tan Sri tidak tahu ke hutang negara ada berapa semasa Tan Sri rampas kuasa hari tu? Moga Allah merahmati Tan Sri.

YAB Tan Sri Muyiddin Yassin dia terdiam. Di riak wajahnya ada tanda tanda muram dan sedih yang teramat dalam apabila Zafrul menyatakan hutang Negara sudah mencecah 1.2 trillion.

Dia memejamkan mata, suasana hening dan hiba, lama ..lebih dari 5 minit tak seorang pun berani membuka mulut.

Masing masing terpaku melihat Tan Sri Muhyuddin terus memejamkan mata tanpa berkata apa apa. Hanya terlihat bibirnya yang bergerak gerak menahan pilu yang sangat menguris hatinya.

Selepas hampir 7 minit suasana terhenti dan hening, dia membuka mata dan dikelopak mata yang sudah tua dan uzur itu jelas terlihat ada linangan airmata, kami tidak berani menatap matanya yang tajam. Kami mengalih pandang kearah lain kerana tak sanggup melihat airmata nya gugur.

Berapa lagi kita ada? Tanyanya dalam dialeg Johor, Zafrul tak berani menjawab..

Tan Sri bertanya lagi... cukup tak nak bagi rakyat BSH waktu Covid ni? Sekali lagi suaranya sebak dan pertuturan bahasa Jawanya semakin pekat.

Zafrul, cukup Tan SRI untuk rakyat cukup,
Untuk Kelantan dan Terengganu dah kira kalu(kalau) nak bagi 20% royalti minyak?
Zafrul dalam proses Tan Sri.

Kenapa lambat sangat, pi siap cepat cepat BSH dan royalti tu.

Errr...pasal Tol tu Tan Sri? Takpa tu nanti
saya panggil konsenssi tgk macam mana kita forfeited kos mereka..

Kemudian semua bangun, aku sempat menoleh kebelakang sebelum berlalu pergi, aku melihat Tan Sri mencarik tisu diatas mejanya mengesap matanya. Mungkinkah Tan Sri menangis lagi??

Inilah manusia yang kalian hina dan caci dia, tapi kalian tak tahu, sebelah tangan nya sarat hutang negara yang dibuat oleh durjana PH yang dikepalai oleh Tun M, sebelah tangannya lagi masih kosong tapi dia nak bagi juga pada rakyat.

Dia pernah melakukan kesilapan, dia akan tebus kembali, beri dia ruang dan peluang, jangan terlalu mendesak, dia tak pernah ambil cuti rehat sejak jadi PM, bekerja 18jam sehari, hanya kerana satu sebab, nak lihat rakyat gembira dan Negara pulih semula.

Ya Allah, berikan lah kesihatan dan keselamatan kepada Tan Sri Muhyuddin.
#Tan Sri Muhyuddin
I❤MY PM
.

EKONOMI TELUR RETAK DAN BERAS KILO...



Bila PM kata dia benarkan pengeluaran KWSP selama setahun untuk atasi masalah kewangan sebab Covid-19, bagi saya ia adalah satu penyelesaian band-aid. Yang betul-betul backup tindakan PM itu dan rasa ia satu tindakan yang bijak ia nya hanya membenarkan statistik dari Pakar Ekonomi .

Yang kata 9 dari 10 rakyat Malaysia tiada walaupun RM1000 dalam simpanan tu yang mereka rasa seronok/lega boleh keluar duit simpanan masa tua sendiri.

Tapi itu okay lagi, bila boleh keluarkan KWSP walaupun kurang dari 10K, masih ada juga duit. Yang tak ada KWSP macam mana? Yang berkerja dengan majikan konon-konon Islamic, tapi socso, kwsp, insuran dia lepas tangan, hangpa nak cekau duit mana? 

Tu belum masuk yang kerja gaji hari atau berniaga tak ada simpanan? Makan pun based on duit rolling berniaga. Ni kalau 2 minggu tak berniaga nak makan duit rolling apa?

Tu sebab yang hak ada KWSP ini depa bukan cakna bab orang yang lagi susah dari depa; janji ada payslip boleh cagar wat beli Y15 kan? Hangpa tahu tak ada satu herarki masyarakat paling bawah yang beli telur yang dah retak, beli beras pun sekilo untuk sekali masak? Yang pakai air tapis bayar RM0.20 sen satu liter padahal mesin tu tak pernah service bertahun dan potensi nak dapat sakit lagi tinggi dari minum direct dari paip?

Masyarakat macam ni yang kena bantu bagi duit cash/voucher makanan, kalau tak mereka akan kelaparan DAN anak-anak mereka akan stunting. Tapi buat apa nak sibuk hal orang lain kan? Biar nafsi nasfi (diri sendiri) lah kan? Cuma jangan harap lah golongan macam ini untuk mendapat pembelaan untuk kerajaan sekarang, kalau yang atas pun duk sibuk mengatur ghanimah sesama mereka. 

Mereka hanya diperlukan ketika meraih undi, dihasut dengan politik perkauman sepanjang tahun, di kata bangsa lain yang curi rezeki mereka, lalu dicampak tulang untuk direbut beramai-ramai. Yang kat atas dah selesa ratah daging. Macam pernah dengar? -


 Mohd Mukhlis Mohd Sharif, edited by papa Bob.

CAKAP SAMA SIAPA KA ITU


W.Faudzin


Orang yang tak pernah berdisiplin dlm parti, kaki ponteng mesyuarat, hentam presiden sendiri dan last sekali khianat kepada pengundi, mahu sembang pasal disiplin?

PULAU PINANG KEKALKAN TERBAIK.ABAIKAN FITNAH WALAUN PIANG


Covid-19: Satu lagi kematian, angka korban meningkat 16


 
MGF24032020_OPS-DBKL28-1
Petugas kesihatan Kementerian Kesihatan menyimpan sampel pemeriksaan salah seorang warga asing yang membuat saringan kesihatan bagi membendung penularan wabak Covid-19 di Pasar Borong Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 24 MAC 2020.
KUALA LUMPUR – Kematian terbaharu akibat wabak Covid-19 direkodkan malam ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang.
Allahyarham merupakan rakyat tempatan berusia 75 tahun dan mempunyai latar belakang beberapa penyakit kronik.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa mula menunjukkan gejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac lalu.
Beliau kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac dan kesihatan Allahyarham telah merosot lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan.
Mangsa disahkan positif Covid-19 sehari selepas itu.19 pada 21 Mac 2020.
“Beliau disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020 jam 7.40 malam. Punca jangkitan Covid-19 beliau masih dalam siasatan.
“KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit,” katanya dalam hantaran terbaharu di laman Facebook. 
Siang tadi satu kematian dilaporkan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar, Johor.