Jeff Ooi : Utusan Dan Blogger "Berniat Jahat"





GEORGETOWN 9 MEI : DAP menggesa akhbar Utusan Malaysia dan penulis blog Bigdog.com, Zakir Mohammed membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penganut agama Kristian kerana telah melemparkan fitnah kepada mereka.

Ahli Eksekutif DAP, Ooi Chuan Aun berkata, permohonan maaf itu perlu dilakukan kerana akhbar dan blogger berkenaan menyiarkan berita yang telah mengguris hati penganut agama Kristian selain cuba membangkitkan sentimen agama dan perkauman bagi memecah belahkan perpaduan negara.

Chuan Aun atau lebih dikenali dengan sebagai Jeff Ooi juga sudah pun membuat laporan polis ke atas Utusan dan juga blogger terbabit kerana membuat dakwaan "berniat jahat" terhadap beliau dalam konspirasi menukar agama rasmi negara.

Beliau yang juga ahli parlimen kawasan Jelutong berkata, tindakan akhbar dan blogger terbabit juga adalah satu cubaan mengapi-apikan sentimen anti Cina di kalangan masyarakat Melayu, membangkitkan perbalahan di antara penganut Buddha dan Kristian dan sengaja mengungkit tragedi 13 Mei.

“Saya beri tempoh kepada mereka untuk melakukan permohonan maaf dalam 24 jam sahaja dan sekiranya mereka gagal melakukan sedemikian,saya akan berjumpa dengan semua komuniti Kristian dan Buddha bagi menjelaskan apa yang berlaku dan mahu mereka membuat perhitungan masing-masing apabila mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan kerajaan akan datang,"katanya kepada media selepas membuat laporan polis di balai polis Jalan Pattani di sini semalam.

Pada Sabtu, muka depan Utusan Malaysia menggemparkan negara dengan laporan bertajuk 'Kristian Agama Rasmi?'.

Dalam laporan polis yang dibuatnya, Ooi juga menggesa polis menyiasat laporan di halaman lima Utusan bertajuk 'Dua halaman blog dedah ikrar paderi seluruh negara' dan 'Jeff Ooi nafi anjur majlis'.

Ooi berkata, tulisan tersebut membayangkan bahawa beliau telah menghadiri satu pertemuan bersama pemimpin agama Kristian pada Jumaat lalu di mana kumpulan berkenaan telah berdoa supaya Kristian menjadi agama rasmi Malaysia dan supaya seorang Kristian menjadi perdana menteri.

Menurutnya, apa yang dilakukan oleh Utusan Malaysia dan penulis Bigdog adalah berniat jahat dan harus disiasat di bawah Seksyen 499 kerana melemparkan fitnah dan tohmahan kepada DAP.

Menurut Ooi beliau memang ada menghadiri majlis makan malam bersama kumpulan paderi namun ia hanyalah sekadar memenuhi jemputan.

“Adakah salah saya seorang Buddha untuk menghadiri majlis makan malam bersama penganut agama Krisitian?

“Saya bukan penganjur dan saya juga bukan orang yang bertanggungjawab mengumpul mereka di sini untuk majlis itu.Kumpulan paderi ini datang ke negeri ini untuk menjalankan seminar bagi membincangkan apakah sumbangan yang boleh dilakukan oleh penganut agama Kristian dalam membanteras kegiatan rasuah dan penyelewengan kuasa,”katanya.

Beliau yang ditanya adakah mendengar ikrar yang dilaungkan oleh kumpulan paderi itu untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia dan Perdana Menteri dilantik daripada kalangan penganut agama Kristian bagaimanapun menafikannya.

“Dalam majlis itu, saya hanya menjamu selera dan berbual dengan kenalan selain sibuk dengan iPad saya.Terus terang saya mengatakan saya tidak mendengarnya.

“Memang mereka ada membuat bulatan dan berpegang tangan namun itu adalah salah satu ritual penganut agama Kristian bagi menunjukkan rasa kesyukuran. Utusan dan Bigdog sebenarnya jahil dan tidak berpengetahuan tentang budaya dan tradisi agama Kristian jadi mereka tidak boleh membuat andaian sendiri,”katanya.

Rumah Setiausaha Agung Umno Terbakar

Rumah Setiausaha Agung Umno Terbakar


Rumah banglo Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terbakar di tingkat empat dipercayai berpunca dari pendingin hawa di bilik tidur anak lelakinya awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Rumah Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor rosak dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada kerosakan alat pendingin hawa.

Beliau berkata insiden berkenaan berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi Ahad di banglo empat tingkat miliknya yang terletak di Lorong 5, Taman Duta di sini.

"Saya sedang tidur sebelum anak saya Tengku Muhammad Hafis yang berusia 15 tahun kejutkan dari tidur, dia mengadu sebuah pendingin hawa di biliknya terbakar.

"Saya kemudiannya bergegas memeriksa biliknya yang terletak ditingkat empat. Saya cuba untuk memadam api namun ia merebak dengan begitu cepat dan akhirnya saya mengarahkan semua anggota keluarga untuk keluar dari rumah," katanya sambil menyatakan beliau segera memaklumkan kebakaran berkenaan kepada pihak bomba.

Unit pemadam kebakaran pertama tiba di lokasi pada pukul 6.05 pagi.

Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, tingkat empat banglonya itu musnah teruk serta beberapa bahagian lain juga rosak.

"Syukur, kesemua 16 orang penghuni rumah ini terselamat," katnya sambil menambah bahawa beliau tidak pasti jumlah kerosakan sebenar akbiat insiden itu.


Rumah siap ada lift lagi....hanya pecacai Umno saja duduk umah sengkek...tak pun duduk dalam reban ayam...

Satu Rumah pemimpin sama dengan beribu rumah rakyat miskin


GAMBAR IHSAN PANCAROBA......



rumah pemimpin berjiwa rakyat
Rumah pemimpin yang berjiwa rakyat

Umno dulu , kini dan selamanya
Biarpun miskin kami tidah menagih wang ehsan kami mahu royalti hak kami
ada pemimpin tapi kaki rasuah
ada pemimpin tapi kaki songlap duit rakyat
ada pemimpin tapi lupa diri tak ingat rakyat miskin
Ada pemimpin tapi gila kuasa sampai rakyat miskin diabaikan
Ada pemimpin tapi hidup berpoya-poya bermewah-mewah lupa
pada rakyat miskin
Ada pemimpin bodoh agama tak takut tuhan tak takut azab neraka
tanggungjawab pada rakyat miskin diabaikan
Ada pemimpin kaki judi wang berjuta dihabiskan diluar negara
rakyat miskin bersusah payah mencari sesuap nasi
Pemimpin hidup bersuka ria rakyat miskin hidup dalam derita
Rumah pemimpin bagai istana rumah rakyat miskin pondok buruk
Hidup pemimpin seba cukup hidup rakyat miskin serba kurang
Ada pemimpin kaki perempuan hidup rakyat di abaikan
Ada pemimpin kaki arak tak peduli rakyat yang miskin
Ada pemimpin pecah amanah simpan wang berjuta diluar negara
negara luar kaya raya negara sendiri rakyat merempat
Ada pemimpim berebut jawatan rakyat diperbodohkan
Ada pemimpin hanya pandai bercakap tapi cakap tak serupa bikin
Ada pemimpin namanya islam tapi perangainya seperti yahudi
Ada pemimpin sanggup menipu demi mengekalkan kuasa
rakyat miskin tidak diperdulikan

Gagal ! Taktik Umno Takut- Takutkan Melayu Untuk Terus Berkuasa




KOMENTAR : Dosa terbesar Umno terhadap orang Melayu ialah cengkaman dan taktiknya memenjarakan pemikiran Melayu dalam kotak agenda politiknya. Dari masa ke masa Umno secara sedar memilih agenda apa yang dihendak dimasukkan dalam petak pemikiran Melayu agar terus dibelenggu kebimbangan, kecurigaan dan ketakutan.

Apabila ini berlaku, Umno akan terus memasungkan jiwa Melayu agar takut terhadap cabaran kaum lain (terutama rakyat keturunan Cina); saingan agama lain (kini Kristian) dan institusi lain termasuk, raja- raja Melayu sendiri ! Natijahnya, Umno mahu orang Melayu terus menerus bergantung kepada pembelaannya dari angkara yang dibibitkan oleh Umno sendiri dalam pemikiran Melayu.

Lihat sahaja apa yang berlaku sekarang. Idea dan konsep Pakatan Rakyat semakin popular dan diterima sebagai alternatif kepada Barisan Nasional.

Dalam pilihanraya- pilihanraya kecil seluruh Negara selepas Mac 2008 dan pilihanraya negeri Sarawak bulan lalu, kemungkinan idea amalan sistem politik dua parti menjadi realiti di negara ini semakin mekar.

Ini membuat Umno jadi lebih kalut dan cuba memutamati pasung pemikiran ke atas orang Melayu dengan mencampuradukkan semua idea dan agenda politiknya agar orang Melayu terus bimbang, curiga dan takut pada pembaharuan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Maka, digerakkanlah segala kudrat politiknya untuk terus menghunjam rasa ngeri dan ngilu rakyat pada perubahan atau reformasi yang ditegakkan oleh Pakatan Rakyat.

Segala televisyen, radio, akhbar dan majalah dikerahkan. Aparatus perang siber pun cuba dimonopoli. Soldadusiber direkrut dengan upah yang tinggi.

Semuanya bertujuan menutup ruang maklumat yang mungkin sampai kepada rakyat, khususnya Melayu (di luarbandar).

Kali ini taktik Umno kurang menjadi. Oleh kerana kebijakan politik Pakatan Rakyat dan pengisian maklumat yang lebih teratur dan bercambah di kalangan orang Melayu, sergahan- sergahan Umno pada jiwa Melayu kini menjadi semakin kalis.

Taktik lucah seperti konspirasi surat layang, fitnah video seks, tuduhanliwat, persengkongkolan politik dengan kaum Cina, kemaraan dan semaraknya ajaran Kristian semua terpaksa dihamburkan dengan harapan orang Melayu semakin keliru dan makin menebal rasa bimbang, curiga serta takut mereka.

Malangnya, ini tidak berlaku.

Taktik cemas dan haru biru Umno ini mulai dapat dihidu oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Kini rakyat lebih bijak berhujah bahawa daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, majoritinya masih kerusi Melayu- Islam. Justeru, betapa padunya rakyat bukan Melayu dan bukan Islam berkonspirasi, mustahil mereka boleh menubuhkan kerajaan sendiri. Itu hakikat.

Namun Umno terus memutarkan mitos bahawa Malaysia akan jadi negara Kristian dan diperintah oleh kumpulan yang mewakili kepentingan bukan Melayu.

Kumpulan itu mereka namakan sebagai Pakatan Rakyat !

Sebab itu, sejak selepas pilihanraya negeri Sarawak April lalu, serangan bertubi- tubi disasarkan kepada DAP dan Kristian. Serentak itu juga, Umno beria-ia benar dan tanpa rasa malu mengenyit mata pada PAS agar meninggalkan Pakatan Rakyat ! Ini bagi mengelakkan kemungkinan kononnya, DAP yang akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada skim politik Pakatan Rakyat.

Sebenarnya kekalutan Umno dapat dibaca sejak dua belas tahun lalu.

Apabila rakyat keturunan Melayu bangkit memprotes keceluparan dan tindakan tidak bersusila Umno terhadap tokoh pemimpin Melayu- Islam, Anwar Ibrahim melalui kes fitnah liwat pertama pada 1998-99, Umno cuba berjinak dengan PAS.

Namun kengerian Umno kehilangan tampuk kuasa di Terengganu dan goyah di Kedah sekonyong- sekonyong terungkai apabila mereka yakin dapat menjinakkan pengundi bukan Melayu dengan pemberian pelbagai konsesi politik termasuk memperkenalkan skim Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Selaras itu, mengambil kesempatan dari kempen memerangi keganasan antarabangsa, Umno memutuskan untuk menarik balik bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat kerana Presiden George Bush Jr mengatakan madrasah-madrasah adalah sarang dan tempat pembiakan pengganas.

Jikaada agenda mempertahankan kuasa politik Umno yang tidak berhasil sehingga hari ini ialah mengulangi usaha melamar PAS bekerjasama dengan Umno dalam Barisan Nasional pada 1974.

Oleh kerana tamak haloba kuasanya Umno mengusir PAS keluar dari pakatan politik itu apabila merasakan kehadiran PAS tidak diperlukan lagi pada 1978.

PAS kini sudah belajar dari kesilapannya. Berpandukan hadis nabi bahawa seseorang muslim itu tidak akan dipatuk di lubang yang sama dua kali, PAS menjauhi Umno.

Kini Umno terkapai- kapai bagai mana hendak menakut- nakutkan orang Melayu agar terus lari dan minta berlindung dibawah payung politiknya yang semakin rabak diulet fitnah, penipuan danrasuah.

Gelagat lucu Umno ini kini jadi bahan ketawa rakyat. Keghairahan soldadusiber yang berlebih- lebihan memakihamun Pakatan Rakyat dan pemimpinnya, serta kurang susila mereka menyebarkan bahan- bahanlucah dalam bentuk kertas siaran serta video yang menjijikkan adalah petanda Umno kini semakin lelah dan sesak dijerut dosanya memenjarakan pemikiran Melayu selama ini.

PAS Tetap Bersama Pakatan Rakyat Tepis Segala Tomahan


SHAH ALAM 8 MEI : Pakatan Rakyat akan berusaha menepis segala tomahan yang dilempar UMNO Barisan Nasional dan tidak akan terjerumus dalam perangkap parti perkauman itu yang mahukan Pakatan Rakyat berpecah- belah.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat khususnya PAS tidak akan mempercayai laporan akbbar Utusan Malaysia kononnya DAP bersekongkol dengan kumpulan paderi untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi.

Beliau berkata UMNO melalui Utusan terdesak meraih sokongan rakyat berikutan isu fitnah liwat dan fitnah video seks gagal melonggarkan kepercayaan rakyat terhadap gagasan itu.

“ Itu biasa lah dia nak lumpuhkan parti lawan nak tutup kelemahan perpecahan dia sendiri,” katanya kepada TV Selangor selepas Majlis Sambutan Hari Pekerja dan Wacana Kebangsaan di tapak pasar pagi Shah Alam di sini hari ini.

Sehubungan itu, Hadi berkata, PAS tetap akan kukuh bersama Pakatan Rakyat tidak kira apa jua tomahan jijik UMNO BN.

“ Kita masih dengan Pakatan. Kita akan terus dengan Pakatan,” katanya.

Utusan Malaysia 7 Mei lalu melaporkan berita berdasarkan 'entri' dari 2 laman blog pro- Umno kononnya, terdapat konspirasi menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.

Bagaimanapun, pendedahan Utusan dan blogger tersebut dipertikai banyak pihak berikutan terdapat penafian dari paderi besar (Biskop) Gereja yang mengesahkan tiada sebarang usaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Dalam perkembangan lain, Hadi menyifatkan sistem pilihanraya Malaysia berbeza dengan negara lain berikutan tarikh pilihanraya hanya bergantung kepada kerajaan pemerintah semata- mata.

“Pilihanraya ini berbeza di Malaysia ni dengan negara lain, negara lain ikut peraturan, bila mereka mahu buat pilihan raya. Di Malaysia, kalau BN was- was, BN akan tangguh pilihan raya. Ikut keselesaan dia (BN), bukan ikut demokrasi,” katanya.

Kristian-Islam: ‘Takkanlah saya mahu percaya Utusan’, kata Nik Aziz

Kristian-Islam: ‘Takkanlah saya mahu percaya Utusan’, kata Nik Aziz

May 08, 2011


KUALA LUMPUR, 8 Mei — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sama sekali tidak mempercayai laporan Utusan Malaysia semalam, yang mendedahkan kononnya ada usaha pihak Kristian mahu menjadikannya agama rasmi negara ini.

Sebaliknya Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS (gambar) itu memperli laporan akhbar milik Umno dengan berkata jika rakan komponen Barisan Nasional (BN) tidak mempercayai Utusan Malaysia mengapa perlu beliau mempercayainya.

“Saya ditanya oleh pihak media berkenaan laporan muka hadapan Utusan Malaysia pada semalam kononnya usaha menjadikan Kristian agama rasmi negara.

“Saya katakan, lagikan MCA tidak percaya Utusan Malaysia, takkanlah saya mahu percaya?” katanya dalam entri di laman Facebook.

Utusan Malaysia semalam melaporkan wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu.

Laporan muka depan dengan tajuk “Kristian agama rasmi” itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.

Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan syarat agama atau kaum bagi seseorang menjadi perdana menteri.

Penyokong PR Berang Polis Batalkan Ceramah Anwar




PELABUHAN KLANG 8 MEI : Polis berjaya membatalkan ceramah anjuran Pakatan Rakyat, namun gagal menghalang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dari bertemu rakyat jelata.

Ceramah Muafakat Rakyat Anti Politik Fitnah & Lucah yang berlangsung di Markas PAS Taman Teluk Gadung Indah malam tadi turut 'disertai' lebih seratus anggota Polis dengan 3 buah trak, seolah- olah dalam operasi menangkap pendatang tanpa izin.

Diketuai Ketua Polis Daerah Klang Assistant Commisioner Mohammad Mat Yusop, mereka bertindak menghentikan program ini atas alasan tiada permit polis.

Tindakan polis mematikan sistem audio semasa Timbalan Presiden, Azmin Ali berucap menyebabkan lebih seribu hadirin yang hadir memberontak.

Namun Azmin berjaya menenangkan keadaan dan berucap tanpa menggunakan sistem pembesar suara sebelum sekali lagi dihalang Polis.

"Jangan takut, lawan tetap lawan. Lawan kita UMNO bukan pegawai Polis," kata Azmin sebelum dihentikan buat kali ketiga oleh pihak polis beberapa saat kemudian.

Ketibaan Anwar sejurus selepas itu diiringi dengan laungan reformasi oleh penyokong yang hadir.

Anwar kemudiannya hanya sempat berucap selama 5 minit sebelum menyuraikan majlis tersebut.

"Saya tidak mahu ada masalah dengan dia (Polis) sebab dia pon terima arahan. Jadi saya nak elak kerana kalau saya berkeras, yang susah ialah rakyat. Tapi ini tak bermakna saya setuju. Sistem ini zalim. Ini jelas. Tak ada sebab. Kita minta tempat, markas PAS semua tak boleh," kata Anwar.

Anwar turut menyeru agar hadirin tidak patah semangat dalam mengubah Malaysia pilihan raya kan datang.

"Sebab itu saya ingin gesa saudara-saudara, jangan sedikitpun terhakis semangat kita untuk lakukan perubahan. Ini negeri kita, kita mahu rakyat dibebaskan. Biar yang atas hina kita tapi lawan tetap lawan," kata Anwar sebelum menyertai hadirin melawat ke sekitar kawasan perumahan itu bertemu orang ramai.

Hishammudin Cetek Peranan Menteri




SHAH ALAM 8 MEI : Tindakan Menteri Dalam Negeri, Hishammudin Tun Hussien yang membayangkan Malaysia berada dalam bahaya berikutan terdapat ura- ura mahu menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi dinegara ini, disifatkan sebagai dangkal.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut menganggap Hishamuddin sebagai cetek pengetahuan mengenai tanggungjawabnya sebagai seorang menteri kabinet.

Beliau berkata, Hishamuddin sebagai seorang menteri harus menyiasat terlebih dahulu kesahihan dakwaan yang dilaporan Utusan Malaysia semalam.

Laporan muka surat depan Utusan berjudul "Kristian Agama Rasmi" semalam dibidas pelbagai pihak berikutan hanya menceduk dakwaan daripada 2 laman blog pro- UMNO, BigDog dan Marahku, bukannya daripada agensi berita atau individu yang mempunyai kreadibiliti tertentu.

Dakwaan itu terus dinafikan pelbagai pihak termasuk Paderi Besar (bishop) Pulau Pinang, DAP dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Tanpa merujuk kepada pertubuhan yang dituduh, Hishamuddin menerusi akhbar Berita Minggu hari ini memberikan reaksi "gerakan ini amat menghasut dan meletakkan seluruh negara dalam bahaya".

Ketika dihubungi TV Selangor, Khalid Samad berkata, bukan sahaja DAP malah PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjulang agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Khalid turut menepis dakawaan Utusan bahawa DAP bersekongkol mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.

“Sekiranya itu adalah keinginan mereka sekalipun ianya sukar atau mustahil untuk dilakukan kerana DAP hanya bertanding maksimum dalam 60 kerusi parlimen sahaja.

“Sekiranya DAP menang semua kerusi sekalipun tidak mungkin boleh menguasai Parlimen kerana Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi parlimen,” katanya yang merujuk bukan semua ahli DAP penganut Kristian.

Khalid kesal apabila Utusan tidak berperanan mengembangkan minda pembaca sebaliknya seringkali memperbodohkan rakyat dengan berita yang tidak beretika.

“Umno yang sepatutnya nak memperjuangkan kepentingan orang melayu patutnya berusaha untuk menjadikan orang melayu lebih cerdik tetapi malangnya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri jelas mereka nak sekongkol nak jadikan orang melayu takut dan bodoh,” katanya.

USIA MUDA TELAH NYANYUK..KATA USTZ IDRIS AHMAD

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Mei: PAS berpandangan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, seorang pembohong kerana mendakwa DAP menggantikan PAS.

Ketua Penrangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata Hishammuddin rungsing dengan penerimaan rakyat bahawa Umno wajib diganti dengan PAS, maka jalan keluarnya ia memfitnah bahawa DAP ganti PAS supaya orang Islam menjauhkan diri dengan PAS.

Katanya, Hishammuddin berbohong ketika merasmikan Mesyuarat Agung Umno Pasir Putih Kelantan.

Jelasnya, realiti yang berlaku ialah MCA, MIC, Gerakan ganti Umno.

Contohnya, kata beliau Umno memberi kerusi parlimen Grik, Perak kepada Gerakan ketika pilihanraya 2008, walaupun pengundi Melayu hampir 65 peratus.

Beliau berkata, bagaimana seorang Naib Presiden Umno yang berucap dengan penuh amarah dan dengki tentang kemaraan PAS.

“Sekolah mana beliau belajar sampai tidak tahu beza PAS dengan DAP. Bagaimana DAP hendak mengganti PAS, sedangkan DAP hanya bertanding di kawasan majoriti orang bukan Melayu, sama ada DAP melawan MCA, Gerakan, MIC,” katanya.

Katanya lagi, realiti yang berlaku ialah PAS lawan Umno, kalau Umno kalah, PAS yang menang.

“Sekolah mana beliau belajar, Umno kalah dengan PAS, maka yang menang ialah DAP?” soalnya.

Justeru, katanya PAS mengharapkan Hishammuddin jangan nyanyuk sebelum sampai usia nyanyuk.

“Kalau nyanyuk hilang kelayakan hendak bertanding Timbalan Presiden Umno pula,” ujarnya.

Kristian Agama Persekutuan, UMNO Terdesak Tagih Sokongan Rakyat - Anwar




KLANG 8 MEI : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap tindakan akhbar milik UMNO menyiarkan mengenai ada usaha untuk menjadikan Krisitian sebagai agama rasmi Malaysia dengan mengaitkan dengan Pakatan Rakyat sebagai langkah 'terdesak' dari parti perkauman itu.

Menurut Anwar, UMNO jelas cuba memainkan sentimen perkauman dan meracuni pemikiran orang Melayu dalam mengekalkan kuasa mereka.

"Tetapi UMNO cuba racun pemikiran orang Melayu. Maknanya, bila kita lawan dalam keadaan parti itu (UMNO) terdesak, mereka akan lakukan tindakan- tindakan terdesak. Mula- mula video, sekarang ini isu agama pula," tegas Anwar ketika berucap di majlis Himpunan India Malaysia di Dewan Hamzah dekat sini semalam.

Laporan muka hadapan Utusan Malaysia 7 Mei itu antara lain menyindir ahli parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi sebagai penganjur sidang paderi yang dikatakan mengatur konspirasi memartabatkan Kristian sebagai agama rasmi Negara.

Laporan itu diambil dari halaman dua blog dan bukan dibongkar oleh wartawan Utusan.

Bagaimanapun Jeff menafikan dakwaan itu.

Beberapa pemimpin DAP juga akan membuat laporan polis esok berkenaan hal ini.

Anwar menegaskan, Pakatan Rakyat sentiasa menjunjung perlembagaan persekutuan dan mempunyai pendirian jelas menjunjung Islam sebagai agama rasmi.

"Bohong punya UMNO. Tak siapa nak begitu. Hari ini pemimpin PKR, PAS dan DAP ada. Apa pendirian kita? Kita terima Islam sebagai agama Persekutuan tapi kita perlu pertahankan hak semua kaum dan agama. Itu mesti dipertahankan ikut perlembagaan negara kita," kata Anwar.

Menurut Anwar lagi,pemimpin UMNO khususnya Presidennya Datuk Seri Najib Razak harus tidak berpeluk tubuh dan cuba mengelak daripada menyelesaikan kontroversi ini.

"Kita kena ingat UMNO makin terdesak. Hari ini, ada orang marah utusan Malaysia. Jangan lupa Utusan adalah akhbar UMNO. Presiden UMNO Najib. Kenapa nak tunjuk diri sebagai bapa 1 Mlaysia? Hipokrasi jelas," kata Anwar.

Kristian-Islam: Gereja timbang saman Utusan siar laporan palsu

Kristian-Islam: Gereja timbang saman Utusan siar laporan palsu

May 08, 2011

GEORGE TOWN, 8 Mei — Bishop Antony Selvanayagam mendakwa Utusan Malaysia berbohong kononnya Gereja Katolik Pulau Pinang berperanan dalam konspirasi, didakwa mahu menjadikan individu beragama Kristian sebagai perdana menteri sambil menegaskan, ia akan berunding dengan peguamnya mengenai bakal tindakan perundangan ke atas akhbar tersebut.

Katanya, beliau dan pertubuhan itu tiada tahu-menahu mengenai pertemuan yang Utusan Malaysia dakwa telah diadakan untuk menjadikan perdana menteri daripada kalangan komuniti Kristian dan mengubah status agama rasmi negara ini.

“Laporan itu tidak benar. Tiada pertemuan sedemikian di mana-mana gereja Katolik atau kemudahan di sini. Sebaga biskop, saya pastinya tahu,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi malam tadi.

“Ini laporan palsu,” kata Selvanayagam.

Katanya, tiada mana-mana pihak kecuali The Malaysian Insider yangmenghubungi beliau untuk mendapatkan kesahihan maklumat sebelum menerbitkan laporan tersebut.

Justeru ditanya sama ada beliau bercadang untuk mengambil tindakan ke atas Utusan Malaysia, katanya:

“Dengan segera, buat masa sekarang, saya tidak dapat memberitahu apa-apa. Saya perlu berunding dengan Gereja Katolik dan penasihat undang-undang saya.”

Selvanayagam, yang menjadi biskop sejak 1980 juga menolak dakwaan mengaitkan Gereja Katolik dengan konspirasi politik untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini.

“Setahu Gereja Katolik, kami tidak terlibat,” katanya sambil menafikan keras tindakan kumpulan-kumpulan Islam untuk membawa gereja ke dalam kontroversi ini dengan menimbulkan isu pertikaian kalimah “Allah”.

Utusan Malaysia edisi semalam membawa laporan muka depan bertajuk “Kristian agama rasmi”, berdasarkan tulisan dibawa beberapa blogger pro-Umno.

Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan syarat agama atau kaum bagi seseorang menjadi perdana menteri.

Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan malam kelmarin.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi juga menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan pertemuan paderi dari seluruh negara, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut sebagai tetamu.

Petang semalam, DAP menolak laporan Utusan Malaysia yang mendakwa parti itu berkonspirasi dengan pemimpin-pemimpin Kristian untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu juga mendakwa laporan akhbar milik Umno itu satu pembohongan yang bahaya kepada negara.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan, pembohongan sedemikian bercanggah dengan konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno.

PAS : Utusan Makin Melampau



SHAH ALAM 8 MEI : PAS menggesa tindakan tegas dikenakan ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang dalam laporannya mendakwa pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara kerana laporan tersebut langsung tiada logik dan tidak berasas, lapor Harkahdaily.

“Dengan segala kekuatan DAP sahaja, ia adalah mustahil untuk melakukan dakwaan tersebut kerana jumlah ahli parlimen mereka tidak mencukupi, bahkan atas nama Pakatan Rakyat sekalipun, tak mungkin PAS dan PKR akan bersetuju, lagi-lagi DAP pun tidak akan mencadangkan usul yang cukup tidak logik tersebut.

“Sehubungan itu, pihak keselamatan harus bertindak ke atas laporan yang diberi berdasarkan makluman tidak benar dan tidak logik ini,” kata naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya.

Laporan muka depan Utusan Malaysia semalam bertajuk “Kristian agama rasmi?” ditulis berdasarkan dakwaan oleh dua blogger pro-Umno yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara agar golongan beragama Kristian boleh menjadi perdana menteri. Dalilnya mereka cuma sekeping gambar kabur yang didakwa sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi Kristian di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Mengulas taktik kotor Utusan Malaysia, Tuan Ibrahim menyifatkan laporan berkenaan tidak logik kerana sebarang dasar negara memerlukan persetujuan majoriti dalam parlimen yang terdiri daripada ahli parlimen yang sebahagian besar mereka beragama Islam.

“Pindaan dasar negara bukan boleh dibuat dalam mesyuarat di hotel atau dalam majlis tertutup. Sebarang pindaan perlembagaan tentu akan dibincangkan di parlimen, dan kalaulah ini terjadi, apakah wakil rakyat yang majoritinya beragama Islam akan bersepakat dan bersetuju dengan pindaan tersebut?

“Sudah tentu tidak. Lebih-lebih lagi, Pakatan Rakyat sudah awal-awal lagi mengisytiharkan bahawa kita akan mendokong sepenuhnya Perlembagaan Malaysia, lebih-lebih lagi Islam sebagai agama rasmi negara,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Lantaran itu, Tuan Ibrahim mengingatkan akhbar-akhbar dan media supaya lebih bertanggungjawab dan jangan memainkan sentimen rakyat yang boleh menimbulkan ancaman kepada kestabilan negara semata-mata untuk kepentingan politik.

PAS, katanya kini melihat Utusan Malaysia menjadi semakin melampau dalam pemberitaan mereka kerana 'kebebasan suara' dwi-standard kerajaan yang memberikannya kebebasan untuk membuat apa sahaja kerana ia milik Umno.

“Bayangkan kalau akhbar Harakah ataupun Roket yang menyiarkan berita sensitif seperti itu, tentu mereka dikenakan denda dan ditarik permit segera.

"Tindakan double standard inilah yang menyebabkan media milik parti pemerintah semakin biadab dan semakin berani secara terang-terangan menyiarkan pelbagai perkara yang bercanggah dengan peraturan seperti klip seks video dan perkara-perkara perkaumanan,” bidas Tuan Ibrahim.

Jikalau diikutkan peraturan tegas yang dikenakan terhadap media alternatif, Tuan Ibrahim berkata sepatutnya permit akhbar Utusan Malaysia sudah ditarik balik oleh Kementerian Dalam Negeri kerana seringkali memainkan sentimen perkauman dan agama yang mencetuskan amarah rakyat berbilang kaum.

“Sebelum ini, akhbar inilah yang memainkan isu 1Melayu, 1Bumi, isu kritikan kepada raja-raja Melayu satu masa dahulu dan pelbagai isu yang bertentangan dengan kebenaran permit yg dikeluarkan.

Sehubungan itu, PAS menggesa agar kerajaan menarik balik permit akhbar Utusan Malaysia.

“Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein) seharusnya merasa malu sekiranya gagal bertindak dan fenomena ini seandainya tidak dibendung, ia tidak mustahil menyemarakkan api permusuhan antrara agama dan kaum,” tegas Tuan Ibrahim.

Pakatan Rakyat: Islam Agama Rasmi Malaysia

Utusan Malaysia sekali lagi bertindak melampui batas, mereka kini telah menghempas tanggungjawab selaku pengamal media demi tunduknya mereka kepada adikuasa. Amat malang bagi rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan apabila saban hari disogok dengan berita fitnah dan hasutan.

Isu agama rasmi bagi Negara ini menjadi sasaran terbaru aparat pemerintah, manakala Utusan tanpa rasa malu telah menidakkan fakta yang terbentang di depannya dengan berterusan memutar belit fakta bertujuan mengelirukan rakyat. Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ianya merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan.

Jelaslah bahawa Utusan tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, ianya hanya layak menyandang gelaran "Tabloid UMNO" sesuai dengan kenyataan bahawa Parti tersebut merupakan pemegang saham sekaligus merupakan majikan mereka. Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan oleh para pejuang pembebasan tanahair dahulu telah dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini.

Berikut merupakan pernyataan bersama yang dibuat pada 8 September 2008 oleh pimpinan Pakatan Rakyat dan turut dimuatkan didalam Buku Jingga:-

KENYATAAN AKHBAR
8 September 2008

PAKATAN RAKYAT MENJUNJUNG PRINSIP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini. Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka.

Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar UMNO-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.

Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang. Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman UMNO yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang
Melayu.

Sekian, terima kasih.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen
Democratic Action Party (DAP)

HJ. ABDUL HADI AWANG
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

*Kenyataan ini dipetik dari blog Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen.

Apabila Utusan Menggugah Keharmonian Negara




KOMENTAR : Bagaimana agaknya persepsi pelabur asing, terutama yang datang dari barat dan beragama Kristian bila memahami kandungan laporan Utusan Malaysia pada Sabtu, 7 Mei 2011? Laporan itu mendedahkan ada usaha untuk menjadikan Krisitian agama rasmi Malaysia dan perdana menteri negara ini mungkin seseorang yang beragama Kristian.

Mungkin ada di kalangan mereka yang teruja untuk terus melabur di Malaysia dengan harapan apabila Malaysia menjadi sebuah Negara Kristian akan mudah mereka berurusniaga.

Sudah tentu ada yang berkira bahawa pegangan agama mereka akan memberi kelebihan dalam iklim niaga yang dikendalikan oleh pemerintah Kristian yang seagama dengan mereka.

Sudah pasti juga ada sebilangan pelabur yang waras dan bijaksana membaca laporan Utusan itu sebagai sesuatu yang membimbangkan. Pelaburan mereka mungkin dalam bahaya.

Sudah pasti sebagai pengusaha skala besar-besaran mereka dapat mencongak bahawa tidak mudah Kristian menggantikan Islam di Malaysia.

Majoriti rakyat Malaysia adalah Melayu dan Bumiputera. Hampir semua Melayu di Malaysia adalah penganut Islam. Sudah tentu pelabur kategori ini dapat merumuskan betapa gempita reaksi orang Melayu dan Islam tehadap komplot Kristian ini.

Mereka juga pasti akur bahawa majoriti anggota polis adalah Melayu-Islam. Begitu juga dengan tentera. Maka adakah institusi ini akan membiarkan perubahan tunggak agama ini dengan mudah berlaku di Negara ini?

Natijahnya tentu mudah ditelah. Lebih baik jangan melabur di Malaysia. Peniaga yang bijak tentu tidak mahu melabur di bumi yang akan bergolak.

Benar atau tidak laporan Utusan itu bukan persoalan di sini. Itu harus dipulangkan kepada pihak berkuasa untuk menilainya.

Jika benar, tindakan perlu diambil bagi menjamin kedamaian dan ketenangan sosio-politik negara.

Jika tidak benar, maka makin lebih perlu lagi tindakan diambil ke atas jenis kewartawanan sensasi yang memperjudikan keharmonian Negara.

Namun kesannya amat mengerikan. Yang pertama akan merasa bahana perang agama ini adalah pelabur. Ia juga akan mencengkam rasa damai dan tenteram rakyat beragama Kristian.

Bagaimana mereka dapat merenung mata jiran dan sahabat handai Islam mereka jika orang Islam mula curiga akan keikhlasan mereka bermaustatin di bawah naungan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan?

Orang Melayu Islam pun juga bimbang. Jika pelabur asing mulai meninggalkan negara ini tentu ramai yang menganggur.

Namun tidak kurang juga yang akan “berdiri tocang” kerana marah akan niat buruk Kristian mahu merampas kuasa di negara ini. Orang Melayu memang berdarah pahlawan.

Tentu ramai yang sedia syahid untuk mempertahankan agama dan bangsa mereka. Akibatnya tentu lebih parah daripada 13 Mei 1969.

Secara ringkasnya, ini adalah di antara pelbagai kesan negative daripada laporan media arus perdana perihal perkara sensitif dalam negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.

Sebab itu, para pemimpin yang berfirasat tinggi memutuskan untuk meluluskan perundangan menghalang prasangka begini menular di kalangan rakyat. Akta Hasutan adalah penawarnya.

Sedihnya, ini bukan kali pertama Utusan bersikap begini. Akta Hasutan langsung tidak menggerunkannya. Mungkin ini kerana Utusan yakin ia berada di luar lingkungan kuasa apa jua Akta di Negara ini.

Mungkin di atas lessen memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam, ia wajib mendedahkan sebarang ancaman yang mungkin menggugat kepentingan khalayak yang menjadi pendokong parti pemerintah -Umno.

Menteri Dalam Negeri ahli Umno. Mungkin sebab itu, Utusan merasakan mustahil Umno akan bertindak ke atasnya kerana menjadi jurucakap Umno.

Bicara ini bukan soal kesahihan sumber atau landasan laporan Utusan itu. Ia bersabit soal tanggungjawab sosial dan politik Utusan disuluh dari sudut kewartawanan.

Apakah Utusan berharap dengan laporan sensasi ini ia akan membantu pulihkan jumlah akhbarnya yang kian merosot? Atau, agendanya ialah menggertak orang Melayu supaya terus berpayung di bawah parti pemerintah, Umno?

Jika itu niatnya, amat malang bagi Malaysia. Utusan mungkin mendabik dada ia berbuat demikian kerana sayangkan bangsa Melayu dan agama mereka.

Namun dalam pada itu, ia jelas tidak menunjukkan kecintaan kepada negara apatah lagi cita-cita 1Malaysia perdana menteri.

Laporan Utusan itu menyindir ahli parlimen Jelutong dari DAP sebagai penganjur sidang paderi yang dikatakan mengatur konspirasi memartabatkan Kristian sebagai agama rasmi Negara.

Ini mengingatkan kita pada tuduhan beberapa tahun lalu bahawa gerakan pelampau Tamil Eelam bergerak di Malaysia dan beberapa pemimpin Hindraf turut terbabit dengan gerakan itu.Hingga hari ini tiada pendakwaan atau bukti kukuh diketengahkan.

Apa yang patut dilakukan oleh Utusan ialah serahkan pada pihak berkuasa menyiasast dahulu perkara sensitif ini sebelum menggemparkan rakyat.

Menyakat rakyat dengan kemiskinan, prasangka kaum dan prejudis agama adalah jelas bertentangan dengan semangat perpaduan 1Malaysia.

Apa yang perlu ditanyakan Utusan bagi pihak rakyat apa sudah jadi dengan Badan Pemuafakatan Antara Agama yang ditaja oleh kerajaan? Hormati institusi kerajaan. Usahlah bertindak secara unilateral.

Jika tiada tindakan diambil ke atas laporan sebegini, maka rakyat haruslah maklum bahawa memang benar ada amalan siasatan terpilih berlaku dan dilakukan dengan sedar dan sengaja di negara ini.

Putar Belit Isu Agama, Utusan Melampau

SHAH ALAM 7 MEI : Pakatan Rakyat (PR) tetap berpendirian Islam kekal sebagai agama rasmi negara ini dan tidak timbul persoalan gagasan itu akan mengambil langkah untuk mengubah statusnya jika berjaya menawan Putrajaya sekali gus menyangkal dakwaan Utusan Malaysia bahawa " Malaysia Negara Kristian".

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi nota admin blog hari ini, Utusan Malaysia bertindak melampaui batas dengan menyogok rakyat dengan berita fitnah dan hasutan apabila memainkan isu agama rasmi di Malaysia.

Malah katanya, Utusan juga telah mengetepi tanggungjawab sebagai pengamal media apabila tunduk kepada adikuasa atau pemerintah, tanpa rasa malu dengan menidakkan fakta apabila berterusan memutar belit fakta sehingga mengelirukan rakyat.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini di bawah tajuk “Kristian agama rasmi?

Laporan itu juga memetik Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister, George Town sebagai tetamu.

Akhbar milik Umno itu mendakwa majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog.

“Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ia merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia jika Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan.

“Jelas, Utusan tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, ia hanya layak menyandang gelaran ‘Tabloid Umno’ sesuai dengan kenyataan bahawa parti itu merupakan pemegang saham sekaligus majikan mereka.

“Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan pejuang pembebasan tanah air dahulu, dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini,” tulis nota itu lagi.

Tulisan itu menambah, isu agama rasmi bagi Malaysia menjadi sasaran terbaru “aparatus pemerintah manakala Utusan tanpa rasa malu telah menidakkan fakta yang terbentang di depannya dengan berterusan memutar belit fakta bertujuan mengelirukan rakyat.”

“Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ia merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan,” katanya.

Selain itu, nota berkenaan juga memuatkan penyataan bersama yang dibuat pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 September yang turut terkandung dalam Buku Jingga yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

“Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak semua kaum yang dijamin Perlembagaan,” kata penyataan itu.

Penyataan itu ditandatangani Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

GAPS Rendahkan Martabat Diri, Kata Khalid




KAJANG 6 MEI : Gagasan Anti Penyelewengan Selangor yang disokong oleh Umno, hanya merendahkan martabat diri dengan menyarankan Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid berkata Anwar tetap menjadi sandaran kerajaan negeri kerana beliau telah menjalankan tugas sebagai penasihat ekonomi dengan baik.

Khalid menyifatkan 15 dalil yang diberikan oleh Presiden Gaps Hamidzun Khairuddin untuk Anwar digugur sebagai Penasihat Ekonomi Selangor tidak masuk akal dan tidak ada kaitan dengan tugasan Ketua Pembangkang itu.

“Jadi seorang professional yang boleh memberi nilai tambah, kita ukur dengan cara nilai tambahan. Jadi saya juga berpendapat perkara berkaitan video seks ini yang sebenarnya sebahagian besarnya ialah spekulasi, oleh sebab itu, kita tidak boleh mengambil keputusan berasaskan kepada spekulasi. Jadi saya rasa saranan Gaps itu merendahkan tahap Gaps,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Khas Mesra Rakyat peringkat daerah Hulu Langat di sini, hari ini.

GAPs yang merangkumi ahli dan penyokong Umno cuba menjadikan tindakan Anwar tidak mengikut jejak ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay mengambil sumpah laknat bersabit video lucah itu sebagai alasan mahukan beliau dilucutkan jawatan Penasihat Ekonomi Selangor. .

Beberapa mufti sebelum ini mengecam tindakan Eskay melakukan sumpah laknat kerana ia bercanggah dengan syariat Islam.

Beberapa mufti termasuk Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria menjelaskan Anwar tidak perlu melakukan sumpah mubahalah dan isu video seks itu lebih sesuai di tangani menerusi hukum Qazaf yang memerlukan penuduh untuk menampilkan bukti yang sejajar dengan syariat Islam.

Kekalutan Najib Melucukan




SHAH ALAM 7 MEI : Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata Pakatan Rakyat kini bertekad mempertahankan Selangor dan negeri-negeri yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 lalu serta akan berusaha keras untuk memerintah pada peringkat kerajaan pusat.

Idris Ahmad dalam kenyataan medianya berkata, kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hendak merampas semula Selangor dengan alasan untuk membela kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat adalah suatu perkara yang amat melucukan bagi mereka yang waras.

“PAS hendak bertanya kepada Datuk Najib yang juga pengerusi Perhubungan Umno Selangor, apakah amalan zalim apabila rakyat diberi air percuma?

“Apakah amalan zalim (jika) warga emas yang meninggal diberi wang kifalah RM2,500?” soalnya.

Najib ketika berucap pada majlis 'Malam Pemimpin Bersama Rakyat-Rakyat Didahulukan' di Shah Alam, Khamis lalu menggesa anggota Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu.

Beliau yang juga presiden Umno juga berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.

"Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas... Segala kekurangan dan kezaliman kerajaan negeri hari ini di Selangor mesti diperbetulkan," kata perdana menteri.

Sehubungan itu, Idris juga meminta BN menjelaskan apakah amalan zalim yang dilakukan di Selangor sedangkan setiap bayi yang dilahirkan, keluarga mereka mendapat RM100.

Katanya PAS menasihatkan Najib supaya berterus terang kepada rakyat Selangor bahawa memberi kembali Umno BN mandat untuk memerintah Selangor semula adalah supaya pemimpin Umno dapat membaham khazanah negeri.

Ini kerana pemimpin Umno sudah tidak bermaya dan kebuluran projek.

“Beri tahu kepada rakyat Selangor jika Umno perintah Selangor, kami (pemimpin Umno) akan pastikan masjid surau mati supaya rakyat tidak memahami Islam yang syumul,” katanya.

Rampas Selangor : Anwar Nasihat Najib Jangan Bongkak




KUALA TERENGGANU 7 MEI : Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Datuk Seri Najib Razak supaya jangan terlalu yakin dan angkuh untuk merampas kembali Selangor daripada pimpinan Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, Anwar memberi amaran kepada Perdana Menteri Najib Razak agar tidak mengamalkan "politik rampas" semata-mata untuk memerintah negara.

“Ini politik rampas tidak boleh (diamalkan), bini (isteri) orang nak rampas... Perak rampas... Selangor nak rampas... mana boleh macam ini.

“Najib jangan bongkak... insya-Allah kami akan tawan Putrajaya, kamu akan jadi ketua pembangkang yang baru,” katanya pada ceramah perdana isu-isu semasa di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh di sini malam tadi.

Anwar ketika berucap di hadapan kira-kira 4,000 orang itu turut menggesa supaya rakyat melakukan perubahan dan memilih Pakatan Rakyat bagi menggantikan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

Laporan media semalam menyebut, Najib mahu Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13, yang disifatkannya “sudah hampir tiba.”

Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja ‘senjata’ yang dimiliki mereka.

Pada pilihan raya umum 2008, selain Selangor, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Perak, Pulau Pinang dan Kedah dengan mengekalkan Kelantan di bawah pentadbiran PAS.

Namun Perak dirampas semula BN setahun kemudian.

“Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.

“Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah,” kata Najib yang juga pengerusi Umno Selangor.

Jelas Anwar, Pakatan Rakyat akan mempertahankan setiap kerusi yang dimenanginya walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai strategi kotor Umno-BN.

“Kita perlu pertahankan kerusi-kerusi ini, saya percaya Umno akan gunakan apa sahaja cara untuk melemahkan kita.

“Mereka (Umno-BN) kata kita bermimpi (untuk tawan Putrajaya) tapi jangan lupa kita pernah menang di Terengganu, Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan, malah di Wilayah Persekutuan juga kita menang... cukuplah dengan sistem sedia ada (sekarang), kita perlukan perubahan,” katanya.

Dalam masa yang sama, Anwar berkata, janji-janji yang terkandung dalam dasar bersama tiga parti gagasan itu yang termaktub dalam Buku Jingga akan dilaksanakan sebaik sahaja berjaya menawan Putrajaya.

Tambah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi, setiap yang dijanjikan itu bukan janji kosong, sebaliknya ia akan dilaksanakan.

Buku Jingga yang terdiri daripada dasar kerajaan Pakatan Rakyat dan 10 inisiatif 100 hari pertama pemerintahan diperkenalkan pada konvensyen keduanya di Pulau Pinang Disember lalu.

Umno terus perbodoh rakyat kekal kuasa, kata Anwar

Umno terus perbodoh rakyat kekal kuasa, kata Anwar

May 07, 2011

Datuk Seri Anwar hadir member ucapan di ceramah perdana di Marang semalam
MARANG, 7 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan siri jelajahnya dengan malam tadi menuduh Umno “memperbodohkan” rakyat negara ini terutamanya orang Melayu melalui “pembohongan” semata-mata untuk berkuasa.

Berucap pada ceramah perdana isu-isu semasa di sini malam tadi, beliau berkata, Umno di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak kini berada dalam keadaan semakin terdesak terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13. Anwar meramalkan pilihan raya umum ke-13 tahun ini, sebelum bulan Ramadan.

“Bila saya datang, orang tengok muka saya... ada yang tengok perut saya... ini celaka punya Umno,” katanya secara berseloroh.

Seterusnya Ketua Pembangkang itu bertanya, mengapa apa pimpinan Umno cemas. “... sebab apa Najib tuduh saya macam itu? Ini budaya apa? Budaya Melayu? Budaya Cina? Budaya India? Budaya apa ini?... budaya Najib.

“Sebab apa dia serang (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat)? Sebab apa serang (Datuk Seri) (Abdul) Hadi (Awang)? Sebab apa mereka serang saya? Ini sebab mereka berasa cemas,” katanya di hadapan kira-kira 3,000 orang di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh di sini.

Tegas Anwar (gambar), rakyat terutamanya orang Melayu “diperbodohkan” dengan tindakan Umno yang mempergunakan media bagi mengelakkan segala kelemahan mereka terbongkar.

“Kenapa saya kata rakyat diperbodohkan? Media kita dikongkong, adakah rakyat tahu masalah ekonomi negara? Tidak... adakah rakyat tahu masalah-masalah yang dihadapi negara? Sudah tentu tidak.

“Sebab itu, saya kata rakyat perlu buat perubahan, orang muda kena ikut trend... orang muda kena berfikiran terbuka... berfikiran bebas untuk menjatuhkan pemimpin yang zalim, rasuah dan mengawal semuanya,” katanya.

Kata Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR itu, sekiranya Umno masih berkuasa segala masalah atau penyalahgunaan kuasa yang berlaku tidak akan diketahui rakyat termasuk kes jenayah dan rasuah.

“Kalau sokong Umno, kes bunuh... kes rasuah... kes rogol, semua akan tutup kes.

“Tapi kalau kita tidak bersetuju dan tentang mereka, yang tidak ada akan mereka adakan (ciptakan)... jangan bagi maklumat kepada rakyat, Umno anggap rakyat bodoh,” katanya.

Dalam ucapannya itu, Anwar juga berkata, Umno juga akan memperalatkan apa sahaja termasuk agama bagi memastikan tiada sesiapa yang boleh mencabar kepimpinan parti itu.

“Kes (liwat) saya, bila saya minta dibawa ke mahkamah syariah tidak dibenarkan, malah menteri agama Umno yang halang saya untuk dibicarakan di mahkamah syariah.

“Jadi ini macam mana? Bila saya mahu cabar di mahkamah syariah mereka halang saya,” katanya merujuk kes liwat yang melibatkan Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.

“Sudah tiga tahun tapi tiada apa yang berlaku, saya tidak buat tapi kata saya buat,” tambah Anwar.

Kes liwat yang melibatkan Anwar itu masih berjalan di mahkamah.

Mahkamah akan menentukan sama ada Anwar akan dipanggil bela diri ataupun sebaliknya pada 16 Mei ini.

Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar juga berhadapan dengan pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” Mac lalu kononnya melibatkan beliau, tetapi telah dinafikan.

80 NGO Gesa JAWI Laksana Hukum Qazaf, Tolak Fitnah





KUALA LUMPUR 6 MEI: Ratusan umat mewakili 80 badan bukan kerajaan berkumpul secara aman di Masjd Negara bagi membantah budaya fitnah yang semakin ghairah disebarkan dan tindakan pihak berkuasa Islam membelakangkan hukum Qazaf terhadap gandingan Datuk T kerana menayangkan video lucah untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka kemudian berarak ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) untuk menghantar memorandum bantahan terhadap tindakan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay mengambil sumpah laknat kononnya Anwar adalah pelaku dalam rakaman itu Jumaat lalu.

80 NGO itu yang bergabung sebagai SAF Anti Fitnah turut menuntut supaya JAWI mengambil mengenakan pertuduhan qazaf terhadap Eskay, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Shuib Lazim yang mengaku menayangkan video itu pada 21 Mac lalu untuk memaksa Anwar berundur dari politik.

Kira-kira seratus anggota polis mengawal ketat perkarangan Masjid Negara dan merampas segala sepanduk yang dibawa oleh penunjuk perasaan serta melarang mereka daripada menggunakan pembesar suara.

Sepanduk itu antara lain berbunyi "Kami tolak politik fitnah" dan "Mahasiswa tolak politik jijik."

Selain mengecam penyebaran fitnah, penunjuk perasaan juga meluahkan kemarahan terhadap Utusan Malaysia dan TV3 kerana menghebahkan fitnah itu termasuk menyiarkan rakaman video seks berkenaan berulang kali.

Penyokong-penyokong yang hadir mengoyakkan akhbar Utusan Malaysia di hadapan masjid bagi menandakan Himpunan Amarah Rakyat Malaysia. Bagaimanapun, tidak ada sebarang tangkapan dibuat pihak polis.

Gabungan NGO itu kemudian berarak ke JAWI untuk menuntu supaya badan itu menguatkuasakan Jenayah Syariah Qazaf bagi menangani fitnah tuduhan zina dan liwat terhadap Anwar.

Pengerusi Saf Anti Fitnah Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perbuatan fitnah bukan lagi berkisarkan politik negara semata-mata tetapi melibatkan prinsip agama Islam.

Justeru pihaknya bercadang menyampaikan memorandum kepada Raja-Raja Melayu di setiap negeri untuk menzahirkan keresahan rakyat Islam terhadap penyebaran fitnah seks yang semakin berleluasa tanpa penguatkuasaan undang-undang syariah.

"Kami akan berterusan berjumpa dengan Majlis Raja-raja Melayu bermula di negeri Kedah," kata Mohd Azmi pada Hari Amarah Rakyat hari ini.

Seterusnya SAF memberikan JAWI sebulan untuk mengangkat perundangan Qazaf bagi menangani dakwaan-dakwaan Datuk T. Jika JAWI gagal berbuat demikian, SAF akan meneruskan siri bantahan demi mempertahankan kewibawaan undang-undang syariah di Malaysia.

Memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Pengarah Jawi(Pengurusan), Abdul Murat Abdul Wahab oleh liwa wakil NGO berkenaan.

Selain membantah penyebaran fitnah menerusi media kawalan Umno, penunjuk perasaan juga senada dengan beberapa mufti negeri dalam mengutuk tindakan Eskay mengambil sumpah laknat yang bertentangan dengan syariat Islam.

Sehingga hari ini, Pengarah JAWI Datuk Che Mat Che Ali belum menjelaskan kenapa beliau merestui sumpah laknat Eskay itu yang diambil Masjid Amru Al-As Sentul, walaupun ia jelas di luar peruntukan hukum Syariah Islam

Video Seks : Pengerusi NIAT Terima CD, Yakin Pelaku Bukan Anwar





KUALA LUMPUR 6 MEI : Pengerusi Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT), Datuk Thasleem Ibrahim memaklumkan beliau adalah salah seorang daripada beberapa individu yang menerima DVD video seks, yang didakwa “Datuk T” pelakunya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Thasleem berkata, DVD itu diposkan ke pejabatnya di Jalan Damansara dengan bersetem Thailand serta tertera perkataan “Prasan Mit” dipercayai nama pejabat pos bahan itu diposkan.

“Ia memang menghairankan (saya). Kemungkinan kerana mereka tahu saya ada pandangan yang berbeza dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu 16 September mahu mengambil alih Putrajaya yang saya bantah sama sekali,” kata beliau kepada The Malaysian Insider sambil menyifatkannya sebagai “tidak Islamik.”

Thasleem berkata satu lagi kemungkinan ialah beliau selalu membawa pelbagai isu dan dalam kes ini ia melibatkan aktiviti moral.

Ketika ditanya mengapa beliau menunggu selama tiga hari sebelum membuat laporan polis, Thasleem berkata beliau sibuk dan memerlukan masa untuk melihat sendiri video seks tersebut.

“Ia klip kira-kira 16 minit, saya telah menontonnya untuk meyakinkan saya tentang apa di dalamnya,” katanya.

Tambah beliau pada klip ada tulisan Thailand dengan angka 2011 dari awal hingga akhir.

“Pada pandangan saya, wajah wanita itu sangat jelas, yang seorang macam Datuk Eskay... dan orang ketiga, ramai yang mengatakan sebagai Anwar tetapi saya pasti bahawa dia bukan Anwar,” katanya lagi.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang daripada tiga “Datuk T” awalnya mendedahkan video seks itu pada 21 Mac lalu.

“Mana-mana warganegara seharusnya telah melakukan yang ini, pergi kepada polis dan menyerahkannya.

“Saya biarkan pihak berkuasa memutuskan apa yang perlu dilakukan,” katanya lagi.

Awal minggu ini, Ahli Parlimen PKR dari kawasan Kapar juga mendedahkan ada menerima VCD daripada pihak tidak dikenali dari Thailand.

Najib jangan cabar kami – PKR Selangor


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Mei: “Sekali lagi, saya ingatkan Najib, jangan pernah cabar kami, Keadilan dan Pakatan Rakyat Selangor.

“Kami telah bersedia untuk menghadapi PRU13 pada bila-bila masa. Jentera telah kami susunkan, barisan pertahanan telah kami ampuhkan demi terus mempertahankan Selangor, dari kezaliman dan penindasan Umno walau apa cara sekalipun,” tegas Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin (gambar).

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Najib Razak pada majlis 'Malam Pemimpin Bersama Rakyat-Rakyat Didahulukan' di Shah Alam malam semalam.

“Saya ingin mengingatkan Najib agar jangan pernah berani cabar kami. Jangan jadi penderhaka kepada rakyat Selangor,” katanya yang juga Ketua Wanita PKR.

Tambahnya, melalui ucapan itu, jelas membuktikan bahawa Najib kini sudah terlalu desperado (terdesak) dan sudah gila kepingin mahu memerintah Selangor.

Malah, katanya secara terang-terangan telah menunjukkan bahawa beliau akan bermain cara kotor demi merampas Selangor.

“Saya yakin beliau akan menggunakan cara yang lebih teruk berbanding di Perak.

“Saya mahu mengingatkan Najib, Kerajaan Selangor yang dipilih adalah berdasarkan atas mandat pilihanraya yang adil dan bersih,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Ampang.

Maka, katanya niat Najib mahu merampas dengan cara kotor adalah suatu penghinaan dan penderhakaan kepada autonomi rakyat Selangor.

“Jika benar-benar Najib, yang juga selaku Perdana Menteri mahu merampas Selangor, dan seorang pemimpin yang berani berhadapan dengan rakyat, saya mencabar beliau untuk bersedia berdebat dengan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan Parlimen saya, yakni di Ampang dan saya sendiri sedia menjadi penganjur utamanya,” katanya.