Berita baru, Dalam Mesyurat kedua 2026 , Penggal Lima Parlimen kelima belas hari ini , Kementerian Pertahanan menjawab soalan daripada YB SENATOR DATUK BOBBEY BIN SUAN tentang status perolehan aset baharu untuk Angkatan Tentera Malaysia di bawah peruntukan RM6 bilion Belanjawan 2026
Kini, Kementerian Pertahanan telah meluluskan 4 perolehan besar untuk TLDM dan TUDM dalam tahun 2026 ini , pertama adalah perolehan 2 buah kapal Multi Role Support Ship (MRSS) kerajaan akan G2G bagi perolehan ini , kedua perolehan Sistem Pelancar Surface-to-Surface Missile (SSM) atau dikenali sebagai nama Anti Ship Missile bagi 6 buah Kapal NGPV Skuadron Ronda Ke-17 , ketiga penukaran Sistem Action Speed Tactical Trainer , keempat ialah perolehan2 bateri Sistem Misil Pertahanan Udara Jarak Sederhana (Medium Range Air Defence - MERAD) Fasa 1 untuk Tentera Udara Diraja Malaysia di bawah RMK13 dan Pada masa ini, Tim Kajian Ground Based Air Defence (GBAD) ATM sedang menjalankan penilaian teknikal terhadap beberapa sistem MERAD yang bersesuaian sebelum proses perolehan dimuktamadkan
Manakala bagi Tentera Darat Malaysia Kini sebanyak 16 projek perolehan aset dan kelengkapan yang bernilai RM1.573 bilion telah diluluskan oleh Kerajaan , perolehan sistem pertahanan udara jarak dekat (SHORAD) , sistem komunikasi taktikal, aset mobiliti, persenjataan serta kelengkapan khas bagi meningkatkan kesiapsiagaan operasi TDM dan juga Pada masa ini, projek-projek tersebut sedang berada pada pelbagai peringkat pelaksanaan seperti penilaian teknikal, penyediaan dokumentasi tender dan proses perolehan

No comments:
Post a Comment