𝐍𝐚𝐬𝐢𝐛 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐧𝐲𝐮𝐭 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐇𝐢𝐭𝐚𝐦 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐦.


Rosly Yusof





Hitam adalah warna yang di sinonimkan dengan perkara negetif yang antonim dengan warna putih segala-galanya cantik berlaka.


Begitulah nasib dengan "Orang Hanyut"yang sangat di benci pada waktu ini.


Nasib "orang hanyut" mungkin tidak sama yang mereka hadapi sekarang ini jika kulit mereka putih macam orang Palestine atau orang Bosnia.


Tapi betullah juga, "orang hanyut" yang hitam ini memang menyusahkan, pengotor, beranak macam tikus, semakin besar kepala bila mereka semakin ramai, itu salah mereka jugalah.


Cumanya hairan jugalah macam mana "orang hanyut" yang hitam ini dapat masuk ke negara ini sebegitu ramai sekali.


Siapa yang jadi ajen membawa mereka masuk? 


Siapa yang makan rasuah di sempadan?


Siapa yang makan pau di kedai-kedai dan penempatan komuniti "orang hanyut" yang hitam ini?


Ishh nak bohong pun agak-agaklah "orang hanyut" ini sampai beratus ribu di negara ini siap ada bisnes besar, jadi kontraktor, jadi gangster, buka kedai malah yang ada IC pun ada.


Siapa lagi kalau bukan "orang kulit sawo matang" yang buat semua kerja-kerja jahat ni.


Apa pun sebab sebenar bukan kerana agama, bukan kerana bangsa, bukan kerana mereka "orang hanyut" tapi sebenarnya mereka "orang hitam"




No comments: