100,000 Belia Bakal Terima Akses Percuma Perisian AI Bermula 31 Ogos – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis peluncuran rasmi AI Malaysia di Putrajaya pada 28 Julai 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

CYBERJAYA, 28 Jul – Seramai 100,000 belia berusia antara 18 hingga 30 tahun bakal menerima akses langganan percuma kepada perisian kecerdasan buatan (AI) selama tiga bulan menerusi program AI Untuk Rakyat yang akan dibuka mulai 31 Ogos ini, umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, kemudahan itu bagaimanapun diberikan kepada peserta yang melengkapkan modul latihan khas berkaitan AI dalam tempoh ditetapkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis peluncuran rasmi AI Malaysia di Putrajaya pada 28 Julai 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menurut beliau, syarat tersebut penting bagi memastikan golongan muda bukan sahaja menggunakan teknologi AI, malah memahami aspek keselamatan, etika dan penggunaan teknologi berkenaan secara bertanggungjawab.

“Sebab itu penggunaan AI untuk rakyat mesti dijadikan satu keutamaan. Kita menawarkan akses dan langganan perisian AI secara percuma kepada belia yang melengkapkan modul khusus di bawah program yang ditetapkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis peluncuran rasmi AI Malaysia di Putrajaya pada 28 Julai 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Untuk golongan berusia 18 hingga 30 tahun, kita sediakan modul khusus dan mereka perlu melengkapkannya sebelum menerima kemudahan perisian AI secara percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dan menyempurnakan Majlis Peluncuran AI Malaysia di Menara Cyber Axis, Cyberjaya pada Selasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis peluncuran rasmi AI Malaysia di Putrajaya pada 28 Julai 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata, modul berkenaan merangkumi aspek penting seperti keselamatan AI, AI generatif, keselamatan siber serta penggunaan kemudahan awan (cloud) bagi memastikan peserta mempunyai asas pengetahuan yang kukuh.

Katanya, kerajaan menganggarkan sehingga 100,000 belia akan mendapat manfaat daripada program tersebut pada peringkat awal pelaksanaannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis peluncuran rasmi AI Malaysia di Putrajaya pada 28 Julai 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Belia yang melengkapkan modul AI berkaitan akan menerima langganan percuma selama tiga bulan dengan aplikasi AI yang ditawarkan.

“Tetapi syaratnya mereka perlu mengikuti kursus dan latihan yang disediakan supaya teknologi ini digunakan dengan cara yang betul serta memberi manfaat kepada masa depan mereka,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis peluncuran rasmi AI Malaysia di Putrajaya pada 28 Julai 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim


No comments: