Anak muda Pulau Pinang bosan dah asyik kena fitnah masjid tak boleh azan
Seorang penduduk Pulau Pinang meluahkan rasa kecewa terhadap dakwaan yang sering dimainkan mengenai negeri itu, termasuk kononnya masjid ditutup, azan tidak dibenarkan dan sukar mendapatkan makanan halal di negeri itu.
Wanita menggunakan akaun @seshaldistauns meluahkan di Threads, membidas fitnah yang sering dilemparkan terhadap negerinya.
Dia melemparkan kata pedas, mempersoal adakah mereka sebagai orang Islam “makan babi” di sana.
“Pulau Pinang ini asyik kena fitnah je. Tak boleh azanlah. Tak ada kedai halal lah.
“Habis tu Melayu di Pulau Pinang tu semua makan babi ke? Tak pergi solat Jumaat ke?” tulisnya.
Dia menyindir pihak yang menjaja naratif berkenaan, mengatakan jika haram yang dicari memang haramlah yang dijumpa.
“Punya banyak masjid, tapi hijab kamu yang tertutup. Punya banyak kedai halal, kamu saja yang mencari yang haram,” katanya lagi.
Perkongsian itu turut mendapat sokongan pengguna media sosial lain yang juga menetap di Pulau Pinang.
Meiying berkata, walaupun dia duduk di kawasan penduduk Cina, tetapi azan masih berkumandang setiap hari.
“Saya duduk kawasan Cina tapi azan on time tau. Kedai mamak tomyam berlambak-lambak siap ada Cina dan India pun datang punya hormaninya Penang,” tulisnya.
m.acap.z pula menulis: “Lama dah aku duduk Pulau Pinang.
Tak pernah lagi aku makan babi atau tak solat sebab azan dilarang,” komennya.
“Penang azan dua kali waktu nak Subuh, dah macam dekat Mekah. Yang mengutuk tu tak bangun Subuh lah tu tak perasan,” komen pula sha_rashid313.
Seorang lagi penduduk Pulau Pinang pula berkata, hakikatnya di negeri itu lebih banyak kedai Melayu daripada kedai Cina.
“Macam-macam mcm masjid ada kat Pulau Pinang ni. Original penang here, kebanyakan kedai Melayu dekat sini dari kedai Cina. Even kedai melayu pun ramai orang pergi makan tak kisah bangsa apa. Merepek lah yang taksub dengan politik ni,” kata halshae.
Sebelum ini, Pulau Pinang beberapa kali menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab kononnya Islam dipinggirkan di negeri itu, termasuk tuduhan kononnya azan tidak dibenarkan berkumandang.
Mufti Pulau Pinang juga pernah mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut, menafikan soal larangan melaungkan azan di negeri itu.
No comments:
Post a Comment