GAMBAR GAMBAR ANWAR DI UNIVERSITI TOKYO SAMPAIKAN SYARAHAN.



 Saya kemudiannya ke Universiti Tokyo dan bertemu Presidennya Dr Teruo Fujii, sebelum menyampaikan syarahan khas bertajuk “Nilai Kemanusiaan Dalam Peradaban Manusia-Mesin” yang mengangkat persoalan besar zaman ini: apa yang akan terjadi apabila teknologi yang kita cipta semakin berupaya meniru cara manusia berfikir, berkomunikasi dan membuat pertimbangan?














Kecerdasan buatan berkembang pesat dan membuka ruang baharu yang luar biasa kepada kemajuan manusia. Namun persoalan yang lebih mendasar adalah tentang keupayaan kita mempertahankan hikmah, ihsan, pertimbangan moral dan rasa tanggungjawab dalam mengemudi perubahan yang sedang berlaku.


Malaysia sedang mengorak langkah untuk muncul sebagai sebuah Negara AI menjelang 2030. Saya tegaskan bahawa Asia mesti berperanan membentuk sebuah peradaban digital yang berpaksikan nilai kemanusiaan, keadilan dan kemakmuran yang dikongsi bersama.


Tatkala dunia meraikan pelbagai penerobosan teknologi yang belum pernah dicapai sebelum ini, peperangan, penindasan dan penderitaan manusia masih terus berlaku: genosid di Gaza, pembunuhan kejam anak-anak pelajar di Iran, pembedilan tanpa henti di Lubnan serta krisis tenaga global susulan penutupan Selat Hormuz. Lebih membimbangkan, sebahagian tragedi ini dipermudah dan diperhebat oleh teknologi yang sering kita kaitkan dengan kemajuan. 


Maka ukuran sebenar kemajuan bukanlah pada kecanggihan mesin dan teknologi yang kita hasilkan, tetapi pada sejauh mana ia mengangkat martabat manusia dan memperkukuh keadilan sejagat.


Saya turut menyentuh gagasan ningen yang dihuraikan ahli falsafah Jepun, Watsuji Tetsurō. Manusia tidak terbentuk dalam keterasingan, tetapi melalui hubungan dengan keluarga, masyarakat, sejarah dan pengalaman hidup yang dikongsi bersama.


Teknologi mungkin berupaya menghasilkan kata-kata lunak atau memberi jawapan yang meyakinkan. Namun ia tidak mungkin mampu mengenal kehilangan, merasai kasih sayang, memahami penyesalan dan menanggung pengalaman hidup yang memberikan pengertian kepada setiap pertimbangan manusia.


Masa depan kecerdasan buatan juga merupakan persoalan tentang kuasa dan kedaulatan. Apabila keupayaan digital semakin tertumpu kepada segelintir negara dan syarikat besar, setiap negara mesti memiliki keupayaan untuk memahami, mengurus dan menentukan hala tuju teknologi yang digunakan oleh masyarakatnya.


Teknologi tidak seharusnya menghakis kemanusiaan, sebaliknya membantu memperkayakannya. Cabaran kita bukan untuk menghalang kemajuan, tetapi memastikan kemajuan itu dipandu oleh nilai, disandarkan kepada hikmah dan ihsan, serta menjunjung tanggungjawab dan kepedulian sesama insan.


=====


At the University of Tokyo today, I delivered a special lecture entitled “Humanity in a Human-Machine Civilisation”, reflecting on one of the defining questions of our age: what becomes of humanity when the technologies we create grow increasingly capable of imitating the way we think, communicate and exercise judgement? Artificial intelligence is advancing at remarkable speed, but the greater challenge before us is not technological, but human.


Malaysia has set its sights on becoming an AI Nation by 2030. Yet beyond the excitement surrounding emerging technologies, we must ask a more fundamental question: what kind of digital civilisation are we seeking to build? Asia must not enter the age of artificial intelligence merely as a market, a manufacturing base or a source of data. We must help shape a digital civilisation worthy of humankind.


There is a profound irony in our age. As humanity celebrates extraordinary technological breakthroughs, war, oppression and human suffering continue to scar our world: from the genocide in Gaza and the brutal killing of schoolchildren in Iran, to the relentless bombardment of Lebanon and the global energy crisis triggered by the closure of the Strait of Hormuz. More troubling still, some of these tragedies are enabled and amplified by the very technologies we so often associate with progress.


The true measure of advancement lies not in the sophistication of the machines we create, but in whether they uplift human dignity and strengthen the cause of justice. Drawing from the concept of ningen articulated by Japanese philosopher Watsuji Tetsurō, I reflected on the idea that human beings are shaped through relationships, community, history and shared experience.


Technology may be capable of producing comforting words or persuasive answers, but it cannot truly know loss, experience love or understand remorse. The future of artificial intelligence is therefore not merely a question of innovation, but also one of values, power and sovereignty. Our challenge is not to resist progress, but to ensure that it is guided by wisdom and compassion, and remains firmly in the service of humanity.


#MalaysiaMADANI 

#MADANIbekerja 

#YakinMADANI 

#DiplomasiMADANI




No comments: