Azam Baki Saman Fitnah Albert Tei

 


Tan Sri Azam Baki memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin, terhadap ahli perniagaan, Albert Tei pada 9 Jun 2026.

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin, terhadap ahli perniagaan, Albert Tei berhubung kenyataan yang diterbitkan di media sosial dan platform dalam talian.

Berdasarkan kenyataan media firma guaman Zain Megat & Murad berkata, saman itu berkaitan penerbitan dan penerbitan semula kenyataan mengenai anak guamnya, menerusi sebuah podcast, YouTube Shorts dan penerbitan dalam talian lain.

Azam Baki tidak pernah berurusan dengan Albert dan menyifatkan lelaki itu hanya membuat dakwaan tanpa sebarang asas kukuh.

Azam selaku plaintif menuntut ganti rugi serta perintah injunksi kekal terhadap Albert atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing, 37, defendan.

Kenyataan itu menegaskan bahawa, dakwaan itu tidak berasas dan tidak benar.

“Anak guam telah memulakan prosiding ini bagi mempertahankan reputasi serta nama baiknya yang dibina sepanjang hampir empat dekad berkhidmat dalam sektor awam,” kata firma itu.

Albert mendakwa telah diugut, dihalang dan menjadi mangsa apabila cuba mendedahkan skandal rasuah yang didakwa membabitkan beberapa ahli politik di Sabah.

Polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Albert pada 13 Mei lalu yang mendakwa berlaku ugutan jenayah membabitkan peguam Azam.



No comments: