Che Ibrahim Mohamed
Setelah Pas melafazkan cerai ke atas Bersatu, siapa pula bakal pasangan Pas untuk hadapi PRN Johor dan N9.... ??
Sejarah politik membuktikan Pas jarang bergerak solo....
1959 Pas bersama Parti Negara
1974 Pas bersama BN
1986 Pas bersama CCC
1990 Pas bersama APU
1998 Pas bersama BA
2008 Pas bersama PR
2018 Pas bersama Ikatan
2020 Pas bersama MN
2021 Pas bersama PN
2026 Pas bersama????
p/s Bersatu masih bersama Pas sebagai anggota PN kerana Pas secara bersendirian tidak ada kuasa untuk buang Bersatu dari PN
PERIKATAN NASIONAL
Kita tunggu episod seterusnya...
Adakah Bersatu dengan sokongan Gerakan dan MIPP akan tendang Pas dari PN,
Atau
Pas dengan sokongan Gerakan dan MIPP tendang Bersatu dari PN??
Atau
PN dibubarkan dan Bersatu bersama parti parti lain dalam IPR meninggalkan Pas bersendirian mengejar cintanya dengan UMNO??
KE MANA PN?
Setelah Pas memberhentikan hubungan politik dengan Bersatu, apa yang akan jadi dengan PN?
Adakah PN kekal utuh dengan Bersatu dikeluarkan dari PN atau PN yang keluarkan Pas dari PN??
Dalam Surah Al Anfaal ayat 62-63 Allah swt berfirman:
وان يريدوا أن يخدعوك فإن حسبك الله.... هو الذى ايدك بنصره وبالمؤمنين.
والف بين قلوبهم، لو أنفقت ما فى الأرض جميعا ما الف بين قلوبهم ولكن الله الف بينهم....
( Kalau mereka ingin memperdayakan kamu bagi tujuan pengkhianatan ke atas kamu, maka sesungguhnya cukuplah bagi kamu (berserah) kepada Allah. Dialah Allah yang telah membantu kamu dengan pertolonganNya selain bantuan dari kaum mukminin.
Dan Allahlah yang menyatukan hati hati kamu, Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada di bumi ini untuk menyatukan antara kamu kamu, nescaya kamu tetap tidak mampu menyatukannya, tetapi hanya Allah yang boleh menyatukan kamu....)
Allah meminta kita menghulurkan salam perdamaian dan perpaduan sesama kita. Bila kamu telah berpakat, maka berserahlah kepada Allah, kalau mereka terus mahu khianati kita, maka cukuplah bagi kita apabila Allah menjaga kita.
Begitu juga seruan perpaduan dan penyatuan, kita tidak mampu melakukannya tanpa penyatuan dan perpaduan dari Allah. Hanya Allah yang mampu meletakkan kita semua dalam satu pakatan atau ikatan.
Tapi jika kita memilih untuk tidak mahu bersatu, maka Allah tidak akan mengubah situasi kita sehinggalah kita sendiri yang mengubahnya.
Bersatu Selamat , Bersama Sepakat.
No comments:
Post a Comment