PAS menafikan dakwaan bahawa Presidennya sengaja tidak hadir menghadap Raja Perlis ketika kemelut pelantikan Menteri Besar Perlis tahun lalu.
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan dakwaan yang dibangkitkan menerusi kenyataan Biro Politik Bersatu Pusat itu adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
“Untuk rekod, tidak pernah Presiden Pas dititah untuk menghadap pada 25 Oktober 2025, mahupun pada mana-mana tarikh sebelum atau selepas kemelut Menteri Besar Perlis berlaku.”
Beliau turut menyifatkan kenyataan Bersatu terhadap Setiausaha Agung Pas sebagai mengelirukan serta berniat mencemarkan kredibiliti parti.
Menurut Ahmad Fadhli, dakwaan bahawa Pas tidak memberikan sebarang maklum balas sepanjang krisis berlaku juga merupakan fitnah tidak berasas.
Pas juga mendakwa masih menyimpan rekod komunikasi terperinci antara Setiausaha Agung Pas dan Setiausaha Agung Bersatu serta bersedia mendedahkannya di platform lebih sesuai.
Selain itu, beliau mendakwa Bersatu menghantar nama calon Menteri Besar Perlis tanpa merujuk kepada Majlis Tertinggi PN.
“Usahlah kegagalan mengurus organisasi akhirnya cuba dipindahkan kepada pihak lain demi menutup kelemahan sendiri," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
#fadhlishaari #rajaperlis #perikatannnasional #partiBersatu #isusemasa #politikmalaysia #PPBM

No comments:
Post a Comment