Pak Uda.
Kerajaan dianggarkan berjaya mengutip sebanyak RM55.9 bilion menerusi pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sepanjang tahun lalu. Jumlah itu dilaporkan lebih tinggi berbanding kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun 2017.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, pencapaian tersebut menjadi antara sebab utama kerajaan tidak bercadang untuk memperkenalkan semula GST buat masa ini.
Perkembangan itu menunjukkan sistem SST yang digunakan sekarang semakin mampu memberikan pulangan hasil yang besar kepada negara, sekali gus menjadi antara sumber penting bagi membiayai pembangunan dan kebajikan rakyat.

No comments:
Post a Comment