Mohd Amin
SHAH ALAM – Sebanyak 65.3 peratus kakitangan awam telah memilih untuk Kerajaan Madani yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Amidi Abdul Manan berkata, 62.5 peratus daripada kumpulan itu berpuas hati dengan kerja kuat pemimpin Kerajaan Madani pada masa ini.
“Saya percaya keyakinan dan kepercayaan itu akan meningkat dari semasa ke semasa. Memberi gambaran buruk adalah satu bentuk sabotaj kepada usaha pembaikan negara.
“Ia menjadi lebih keji apabila timbul dakwaan bahawa hanya kelompok atau individu tertentu sahaja yang mampu membaikinya. Pasukan YAB Perdana Menteri semakin membesar dengan penglibatan kakitangan awam untuk bekerja demi negara Malaysia yang tercinta,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Kredit:sinar harian
Foto. :hiasan

No comments:
Post a Comment