Marzuki Mohamad
Saya tak suka putar belit. Saya straight forward saja.
Hamzah tiada kedudukan dalam BERSATU sehinggalah Tan Sri Muhyiddin lantik beliau sebagai Setiausaha Agung dan kemudian endorse beliau sebagai Timbalan Presiden.
Beliau menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden atas endorsement Tan Sri Muhyiddin.
Tan Sri Muhyiddin pujuk Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu turun selangkah bertanding Naib Presiden untuk beri laluan kepada Hamzah menang jawatan Timbalan Presiden tanpa bertanding.
Tugas Timbalan Presiden dalam Perlembagaan BERSATU ialah membantu Presiden. Tetapi Hamzah bukan sahaja tidak membantu Presiden, malah menjalankan gerakan menjatuhkan Presiden secara terang-terangan sebaik sahaja beliau disahkan sebagai Timbalan Presiden.
Saya boleh baca akal Hamzah.
Beliau tidak melawan Tan Sri Muhyiddin dalam pemilihan parti kerana sokongan akar umbi kepada Tan Sri Muhyiddin masih kuat.
Tetapi beliau memilih memujuk Tan Sri Muhyiddin mengusahakan pelan peralihan parti dengan beliau dinamakan sebagai Timbalan Presiden.
Dalam Perlembagaan BERSATU, apabila Presiden berhenti, Timbalan Presiden memangku jawatan Presiden.
Inilah yang dia mahu.
Menjadi Timbalan Presiden tanpa bertanding, kemudian desak Tan Sri Muhyiddin supaya berundur.
Setelah Tan Sri Muhyiddin berundur, dia menjadi Pemangku Presiden BERSATU dan dengan sokongan PAS dan parti-parti lain dalam PN, dia dilantik sebagai Pengerusi PN.
Tanpa susah payah bertanding, dia mendapat jawatan Presiden BERSATU dan Pengerusi PN di atas dulang perak.
Bagaimana nak "operate" supaya Tan Sri Muhyiddin berundur?
Pengaruhi Ketua-Ketua Bahagian BERSATU supaya mendesak Tan Sri Muhyiddin berundur menerusi gerakan mengumpul tandatangan.
Lebih mudah "mempengaruhi" 120 KB daripada meraih sokongan ribuan perwakilan di semua bahagian dalam pemilihan parti.
Apa "ayat" yang digunakan untuk mempengaruhi KB2 BERSATU? (Ini diceritakan sendiri oleh KB2 BERSATU kepada saya)
1. Hamzah dakwa Presiden PAS endorse beliau untuk menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin. Seorang bekas Ahli Parlimen BERSATU pro-Hamzah pernah memuat naik di FB gambar pertemuan Presiden PAS dan Hamzah beserta beberapa orang Ahli Parlimen BERSATU dan PAS di White House (pejabat Hamzah di Bukit Tunku) dan menjaja cerita kononnya di sinilah Presiden PAS endorse Hamzah. (Saya pernah ceritakan perkara ini kepada seorang pemimpin kanan PAS. Beliau menafikan penglibatan Presiden PAS dalam gerakan Hamzah).
2. Beliau sedang mengusahakan kerjasama BERSATU-PAS-UMNO untuk bentuk kerajaan. Tetapi kononnya DS Zahid Hamidi letakkan syarat mesti buang Tan Sri Muhyiddin dahulu sebelum kerjasama boleh dibuat. (Saya semak dengan beberapa orang pemimpin kanan UMNO. Mereka kata ini karut. Tiada syarat sedemikian. Malah mereka beritahu saya UMNO tidak percaya kepada Hamzah. Sebab itulah semua langkahnya untuk tebuk atap dari Dubai hingga Bangkok gagal).
Inilah dua modal besar yang dijaja oleh Hamzah kepada KB2 BERSATU supaya menyokong gerakannya untuk menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin.
Hamzah tahu bahawa KB2 BERSATU yang mengikutnya akan percaya apa sahaja yang dikatakannya.
Malah, pernah juga berlegar dalam kalangan KB2 BERSATU cerita-cerita mengenai hubungan rapatnya dengan Istana Negara. Masalahnya, siapa yang boleh 'verify' ceritanya dengan Istana Negara.
Yang ada akses sahaja boleh verify.
Cerita Hamzah untuk tebuk atap, endorsement daripada PAS, sokongan UMNO, malah dukungan Istana amat terkesan dalam kalangan sebahagian KB BERSATU dan MP BERSATU yang amat ghairah untuk menjadi kerajaan semula tanpa melalui pilihan raya. Mereka dah rasa "sakit" menjadi pembangkang.
Inilah punca perpecahan dalam BERSATU.
Sebab itulah saya pernah tulis PN berhenti buat kerja tebuk atap kerana ia akan menyebabkan perpecahan. Saya sudah tahu permainan di belakang.
Tebuk atap tak jadi, tapi parti yang pecah.
Hamzah menggunakan PAS, UMNO dan Istana sebagai modal untuk pecah-belahkan parti. Tujuannya satu sahaja. Supaya jawatan Presiden BERSATU dan Pengerusi Perikatan Nasional diserahkan kepadanya di atas dulang emas.
Inilah punca perpecahan BERSATU dan sekarang PN.
Beliau dipecat bukan kerana ingin mencari titik penyatuan Melayu, tetapi kerana menjadi penyebab perpecahan.

No comments:
Post a Comment