Dr Samsuri kata angka ekonomi negara cantik tak cukup jika rakyat tak merasa.
Bunyinya sedap didengar.
Tapi fakta rasmi DOSM, BNM dan World Bank menunjukkan ekonomi Malaysia sedang stabil dan semakin baik.
Angka GDP berkembang 4%–5% dan inflasi negara mencatat antara angka terendah dirantau Asean.
Angka pengangguran semakin menurun.
Kadar pengangguran di Malaysia menunjukkan trend penurunan yg paling konsisten dan mencapai paras terendah dalam tempoh 11 tahun dgn kadar 2.9% setakat Februari 2026.
Angka ini menjadi bukti pemulihan penuh pasaran buruh negara yg kini kembali stabil dan berdaya tahan hasil dari pertumbuhan ekonomi yg kukuh dan semakin baik.
Kalau betul lah ekonomi Malaysia ni gagal, amat mustahil kerajaan Madani berhasil tarik pelaburan paling tinggi dalam sejarah sampai RM426 Billion.
Ya, rakyat masih terbeban dgn kos sara hidup.
Itu realiti global pasca Covid.
Tapi naratif bahawa rakyat “langsung tak merasa” ni tak tepat dan tak jujur.
Kenaikan gaji penjawat awam, bantuan bersasar, peningkatan peluang pekerjaan hingga 194ribu kekosongan jawatan dan inflasi yg lebih terkawal tetap memberi kesan kpd rakyat walaupun masih belum sempurna.
Kalau Dr Sam mahu bercakap soal ekonomi rakyat, maka rakyat juga berhak menilai rekod pentadbiran Terengganu sendiri.
Negeri Terengganu masih berdepan dgn masalah pembangungan yg serius umpamanya peluang pekerjaan dan pembangunan industri yg sangat perlahan.
Ramai anak muda Terengganu harini masih terpaksa berhijrah ke Selangor dan Penang untuk mencari peluang kerja dan gaji yg lebih baik.
Terengganu juga masih lagi bergantung kuat kepada royalti petroleum dan bantuan pusat sebagai sumber pendapatan.
Isu bekalan air, pembangunan infrastruktur dan pelaburan industri bernilai tinggi masih banyak tak selesai.
Dari sudut FDI pulak, Terengganu jauh ketinggalan berbanding negeri seperti Selangor, Johor dan Penang.
Kalau mahu kritik kerajaan pusat, bentangkan juga pelan ekonomi alternatif yg jelas dan boleh diukur.
Jangan hanya pandai sembang dan tunjuk pandai sedangkan pentadbiran sendiri pun kelaut.
Sebab itulah dalam soal kepimpinan ni , belum tentu lagi jurutera tu mampu mentadbir sebuah negeri.
No comments:
Post a Comment