HARAKAHDAILY MENYANGGAH TUAN IBRAHIM?






Maka telah selesailah persidangan dewan negeri Pahang pada Jumaat lepas. Persidangan yang mendapat liputan meluas seluruh negara hanya kerana isu harga nasi lemak. Tidak cukup dengan isu itu, pihak PAS rupanya masih dalam kekeliruan.


Sebaik selesai persidangan, YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man selaku ketua pembangkang menyatakan bahawa pihak beliau berpuas hati dengan sidang kali ini kerana ia berjalan dengan lancar. Memang tidak dinafikan persidangan kali ini amat meriah dengan pelbagai penghujahan sama ada dari pihak kerajaan atau pun pembangkang. 


Namun tidak tahu apa maklumat yang disampaikan oleh Suffi Kamari, salah seorang wartawan Harakahdaily yang hadir semasa sidang tersebut, tajuk berita di Harakhadaily menyebut bahawa sidang dewan Pahang kali ini adalah hambar. Tidak pasti apa yang menjadikan ia hambar kerana seramai 33 orang ahli dewan mendapat peluang untuk bercakap, tidak dicampur lagi dengan sessi soalan bertulis, soalan lisan dan soalan tambahan semasa persidangan. 


Ataukah Harakahdaily dan seluruh editorialnya sengaja ingin bertentangan pendapat dengan Tuan Ibrahim? Mungkinkah mereka merasakan pandangan Tuan Ibrahim sudah tidak relevan dengan pelan media pihak PAS yang ditunjangi oleh Harakahdaily?  Mungkin juga sudah ada tokoh lain yang dirasakan lebih berwibawa untuk menggantikan Tuan Ibrahim yang kelihatan semakin pudar ditelan zaman?


Persaingan dan persengketaan dalaman PAS memang tidak dapat dinafikan lagi. Beberapa tokoh muda sudah mula berpencak silat untuk menaiki hiraki kepimpinan dalam parti. Paling ketara ialah dua orang Menteri Besar yang cukup tersohor seperti Samsuri dan Sanusi. Ketokohan mereka berdua ini terserlah dan kelihatan mampu menggantikan tempat Tuan Ibrahim, kalau pun bukan menggantikan Hadi Awang di kerusi kepresidenan PAS mutakhir ini. 


Kepada Tuan Ibrahim, beliau bolehlah merangka pelan politik selanjutnya. Sudah heboh juga menyatakan bahawa beliau bercadang untuk kekal di Pahang dan tidak lagi bertanding di Kelantan bagi membuktikan kehebatan kepimpinan beliau sekalu pengerusi PN Pahang. Selain itu, jika di kerusi DUN, beliau juga katanya berhajat untuk berpindah ke Jengka, tapak asal beliau sejak 1999. Mengharapkan ada tuah di situ.


Walau apa pun gerakan seterusnya, Tuan Ibrahim dan PAS di Pahang memang sentiasa merasa kurang selesa dan masih tidak ketentuan arah. Khidmat yang disampaikan oleh kerajaan BN Pahang memang cukup cemerlang dan sukar untuk ditewaskan dengan retorik politik semasa. Percanggahan dengan Harakahdaily ini juga mungkin akan menjadi beban tambahan kepadanya.


KALAM INSAN.


#penunggangagama #pas #politics #malaysia #PNBEST #politicsnews





No comments: