SALAM BUAT RAKYAT MALAYSIA… AYUH DAMAI




Soalan dan jawapan politik sebelum bercuti Hari Raya


KETAKUTAN PEMBANGKANG JIKA SEMUA KAUM BERSATU
‘Perpaduan kekuatan negara’ percaya atau tidak negara kita atau di mana2 sekali di dunia maju kerana dua perkara utama.
Pertama kerana perpaduan kaum yang cintakan negara, kedua kerajaan yang utamakan tata kelola yang baik (lawan rasuah).
Anda perasan atau tidak sejak 3 tahun lalu, pembangkang sentiasa memainkan api perkauman. Apa sahaja dengan bangsa Cina semua tak kena.
Hingga kaum Cina termakan hasutan. Selepas Fasa 1 dianggap berjaya utk strategi PECAH DAN PERINTAH kini serangan beralih kpd kaum India.
Saya tiba di kampung semalam dan bertemu rakan sekampung. Sebelum sempat teh tarik tiba saya diserang…” Kalau dgn India bukan main penakut kerajaan ini… (isu kuil).
Dgn mereka yg anti kerajaan anda tidak boleh dilihat defensive kerana ia hanya menyakinkan mereka bahawa kita bersalah.
Utk checkmate mereka anda mesti offensive sebab kita tahu apa yang dilakukan kerajaan untuk kebaikan. Ini bukan kerajaan yg merompak wang rakyat.
Bila kita hanya menjawab soalan2 mereka ia seolah olah membiarkan mereka membuat provokatif yang kita dilihat bersalah.
Bila saya defensive dengan bertanya satu persatu…
- Baik nak tanya waktu PN merintah 33 bulan kenapa tak robohkan ‘kuil haram’… mereka diam.
- Di Kedah ada lebih 400 kuil haram kenapa tidak dirobohkan atau serang kerajaan negeri Kedah?… mereka diam.
- Kenapa Sanusi boleh luluskan 8 tapak kuil dgn pampasan, 5 tanah percuma, kenapa boleh tapi di KL nak luluskan 1 menjadi isu yg besar?… juga mereka terdiam.
Mereka alih kes gari… sebab itu saya kata ada peguam masih isu tersebut sungguh tidak bertanggungjawab…
- Cuba tengok tarikh kesalahan. Arun Dorasamy pada 12 Mac 2025, iaitu SETAHUN yang lalu. Manakala Zamri Vinoth pada 3 Februari 2026, iaitu SEBULAN yang lalu.
Dalam mana2 siasatan kes jenayah, hanya satu kali tangkapan sahaja dibenarkan oleh undang2. Setelah ditangkap, pihak polis boleh mohon reman 1 kali dan mohon sambung reman 1 kali. Dua kali itulah sahaja tempoh maksimum reman.
Selepas tempoh reman tamat, jika pertuduhan belum sedia utk diteruskan, biasanya suspek akan dilepaskan dengan jaminan polis terlebih dahulu.
(Boleh google)
Tapi kawan2 di kampung mereka hanya baca di group Whatsapp kerana itu sumber ilmu yang mereka perolehi malah yakin. Di situ tiada topik penjelasan untuk memberi jawapan atau penerangan sebab dalam group semua menghentam.
Bila mereka tunjukkan whatsapp group mereka, seram saya baca. Seram sb maklumat tanpa fakta malah kadang2 rasa lucu dan mudahnya diperbodohkan. Group Surau, Group Taman, Group Geng Motor dan mcm2 lagi….
Saya beritahu Tamin nak serah diri tapi bersyarat perobohan kuil haram
1. Kuil Atas Jalan Pandanmas
2. Kuil Hospital Bukit Mertajam
3. Kuil Lama Seafield
4. Kuil Jakel
Kenapa empat lokasi ini? Mereka yang lurus tak faham apa disebalik agenda tersebut. Ada lebih 400 kuil di Kedah tapi kenapa satu pun tidak usik?…. Mereka diam sambil mula angguk anggukan kepala ( tak pasti faham atau mula memahami ).
Jika niat nak roboh kuil haram kenapa tak robohkan semua tempat? Sebab itu dalam sesuatu perkara kita tidak boleh terima berita bulat dan sebarkan tanpa perlu Tabayyun.
Akhirnya saya katakan bukan salah mana2 kerajaan samada BN, PN, PH/BN… ia adalah kesalahan PBT. Muncul ‘kuil haram’ kerana ‘PBT Haram’ tak buat kerja…. Baru mereka faham.
————————————————————————————
AKHIR KATA BUAT BANGSA MALAYSIA… kita sudah 70 tahun hidup di dlm sebuah negara merdeka. Kaum Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Iban, Dayak dan lain2 kita satu BANGSA SATU NEGARA.
Kita kena tolak api perkauman ini. Benar Tuannya orang Melayu tetapi Melayu yang bagaimana?
Melayu yang adil kepada semua bangsa dan agama.
Melayu yang tidak makan rasuah malah melawan rasuah.
Melayu yang tidak mengapi apikan perkauman.
Melayu yang sentiasa dibibirkan ingin membela org miskin.
Melayu berjaya membawa ekonomi negara maju
Kita seru kepada DAMAI antara kaum. Musuh kita bukan sahaja rasuah tetapi musuh kita mereka yang mengapi apikan perkauman.
Jika negara huru hara yang rugi kita sebagai rakyat. Ayuh kita robohkan tembok perkauman kita bina semula tembok perpaduan.
Musuh kita bukan kerana berbeza agama atau bangsa tetapi perasuah yang memainkan api perkauman untuk mendapat kuasa untuk membolot harta negara.
- Saya bercuti menulis politik beberapa hari untuk kita berdamai dan bermaafan di Hari Raya.





Mami Raz

Kerajaan kena tegas dgn mereka yang kuat menghasut.Sampai bila nak biarkan mereka mempengaruh rakyat.Tak boleh dah bagi muka.Mereka kebal sebab rakyat sokong mereka.Tapi sebenarnya tindakan merekalah yang paling tak relevan.Orang yang benar bijak boleh berfikir dengan lebih baik.Kebanyakkan influencer ni semua nampak ilmu pun takdak.Yang bahagian utara pun and the gang pun kuat menghasut agar jangan undi orang India bagai.Mereka ini pun pelik belajar agama tapi kurang memahami agaknya.Oanrg bijak akan tahu tak kiralah sapa pun kalau politikus tu tak perform nyahkan beliau dari politik.

NORMAN RADZUAN


PANULISAN BAGUS , TAPI TERLALU BANYAK PERKATAAN RINGKAS DIGUNAKAN. INI SETELAH DIEDIT.






No comments: