Aman Muhamad.
Masya Allah dik..
Kenapa adik merapu macam ni?
Abang ingat esok nak raya ni, abang nak tenang-tenang je sambil bakar lemang ni. Tapi bila baca adik tulis macam ni, Abang plak rasa terpanggil untuk sekolahkan adik.
Teruk sangat dah ni.
Astaghfirullah.
Begini dik.
Biar abang luangkan masa untuk sekolahkan adik.
Untuk penggunaan diesel di Malaysia, Malaysia buat 3 benda:
1. Malaysia proses sendiri diesel.
2. Malaysia beli minyak mentah dari negar luar, dan proses semula di dalam negara.
3. Malaysia beli diesel yang sudah siap.
Kenapa Malaysia masih impot/beli diesel dari luar negara?
Jawapannya mudah je dik, sebab tak cukup.
Negara kita lebh banyak guna diesel berbanding diesel yang dihasilkan sendiri.
Industri kita sedang berkembang, banyak pembinaan sana-sini, sebab tu permintaan diesel melebihi apa yang kita mampu hasilkan.
Sebab tulah kita beli diesel dari negara lain.
Pecahan peratusannya adalah begini:
a. Diesel hasil sendiri: 55%-65%
b. Impot diesel siap: 25%-30%
c. Impot minyak mentah: 15%-30%
Kenapa berubah-ubah?
Sebab harga minyak ni sentiasa berubah setiap masa dik.
Negara mana yang kita beli diesel siap tu?
a. Singapura (dominan)
b. India
c. Arab Saudi
d. UAE
e. Korea Selatan
f. China
Negara mana yang kita beli minyak mentah untuk proses diesel?
a. Arab Saudi
b. UAE
c. Kuwait
d. Nigeria
d. Angola
e. Vietnam
Jika adik tertanya-tanya, kalau Malaysia dah beli dari Singpapura, apa kaitan dengan Selat Hormutz?
Jawapannya mudah je dik, walaupun Malaysia beli dari Singapura, namun Singapura beli minyak mentah dari Timur Tengah untuk proses jadi diesel siap sebelum jual ke Malaysia.
Jadi adik dah nampak gambaran tu sekarang?
atau masih buta nak nampak?
Jadi abang harap, penerangan ringkas abang ni mampu memberi cahaya dan hidayah kepada adik, semoga adik dapat keluar dari kejahilan mengenai industri diesel negara kita.
Benda ni sebenarnya abang tak payah terangkan pun. Bukan kerja abang pun nak terangkan kat adik ni.
Sepatutnya ia diterangkan oleh pakar-pakar ekonomi dalam PAS. Bukankah PAS selalu claim mereka ada ramai profesional dan teknokrat pelbagai bidang?
Takkanlah takde sekor pun yang boleh beri penerangan mudah kepada adik. Nak harapkan abang jugak ke beri penerangan?
Teruk sungguh PAS ni.
Betul sungguh la bila Presiden PAS cakap, penyokong PAS ni memang ramai jahil agama dan jahil politik.
Contoh jelas ialah adik sendiri.
Apa-apa pun, abang ucapkan selamat hari raya.
Abang ni gi sambung bakar lemang.
;)
p/s: adik jangan lupa pergi kutip duit raya banyak tahun ni ya, nanti nak bayar saman tak cukup pula.

No comments:
Post a Comment