3.03 juta kenderaan dijangka guna KLK dan LPT1 sempena Aidilfitri
KUANTAN 19 Mac – Sebanyak 3.03 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 sepanjang tempoh cuti Aidilfitri antara 18 hingga 29 Mac ini.
Razali Kassim berkata, daripada jumlah itu sebanyak 2.1 juta kenderaan dijangka melalui Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak manakala 934,000 kenderaan menggunakan LPT1.
Menurutnya, purata trafik harian pada waktu puncak dianggarkan mencecah 78,000 kenderaan, dengan jumlah tertinggi dijangka berlaku pada 28 Mac iaitu sebanyak 106,000 kenderaan.
“Peningkatan aliran trafik ini memerlukan semua pengguna jalan raya lebih berwaspada, mematuhi peraturan serta mengutamakan keselamatan ketika memandu supaya perjalanan berjalan lancar dan selamat,” katanya.

No comments:
Post a Comment