MENJUAL AGAMA.

 Hans.





29 tahun aku hidup sebagai seorang muslimin, sejak dari hari pertama lafaz syahadah 1997 sewaktu berumur 22 tahun. 


Aku tak pernah meminta ataupun dapat sesen pun bantuan dari pejabat agama. Aku mampu kerja masa tu, mampu berkeluarga, mampu untuk menbesarkan anak2 dengan keringat aku sendiri sehinggalah kehidupan aku berubah ditimpa pelbagai dugaan sejak tahun 2009, jatuh dalam perniagaan dan masalah kesihatan. 


Syukur sangat tuhan hadirkan insan2 yang baik dan berhati mulia untuk membantu aku. Aku tetap berbangga dengan pendirian aku untuk tidak mengunakan atau memperlacurkan agama untuk kepentingan diri aku sendiri.


 Sejahil mana pun aku,  aku takkan tergamak untuk menjual agama aku! Dalam pada mempertahankan agama aku, aku tak pernah sekalipun menghina agama orang lain.




No comments: