SELAMAT BALIK KAMPUNG...


 SELAMAT PULANG PERANTAU, AMBO TAK DENGKI/TABIK DENGAN KETABAHAN DEMO.








Saja nak bercerita.... 


Bila ambo habis mengaji U tahun 1987, ambo nekad nak balik duduk Kelantan dan bekerja di Kelantan, ada kerja ke takdak kerja ke, ambo nekad tidak mahu keluar dari bumi Kelantan. 


Pekerjaan pertama ambo di Kelantan ialah kerja di Pej Perhubungan Pas Kelantan sebagai S/Usaha Kerja Dewan Ulama' Pas Kelantan dengan elaun rm150 sebulan. Kerja utama ambo atur kuliah pagi jumaat di seluruh Kelantan. Bila musim raya macam ni, buat khutbah hariraya.


Hampir hampir ambo "berbalah" dengan tok tua apabila ambo tidak membenarkan isteri ambo lapor diri untuk mengajar di Perak bila dapat tawaran mengajar dari KPM, semuanya kerana tak mahu keluar dari Kelantan. 


Sabit tu ambo takdak pengalaman pasal makan jem. Kalau ada jem di Kelantan terutama musim cuti perayaan, pendek kata habis jalan kampung ambo redah untuk lari dari jem, jalan kok ladang sawit pun ambo pitas lagi... Sabit tu ambo tak kecik hati walaupun jalan di Kelantan kecil/sempit dan berlubang lubang.



No comments: