PAS YANG HIPOKRIT

 

Jamzuri Ardani


Jika ditakdirkan RUU URA ini dibentangkan di zaman PAS jadi kerajaan, saya percaya RUU URA yang sama yang mereka bantah ini juga yang mereka akan bentang di parlimen. 


Sebab apa? 






Sebab ia akan dibuat berdasarkan kajian yang sama, lapuran yang sama, dan penilaian yang sama oleh pihak-pihak yang sama yang menyediakan kertas cadangan dan RUU tersebut. 


PAS sendiri pernah menyebut pentingnya RUU URA di dalam lidah rasmi mereka Harakah. Nak kona kot mana lagi.


Ok ... PAS mungkin akan kata kalau kita buat pun, tak sama dengan RUU URA yang ada sekarang. Adakah PAS fikir nak buat RUU URA ni boleh dibuat dengan beberapa siri perbincangan, mesyuarat, dan seminar? Bagaimana dengan data, kajian, dan lapuran yang dikumpul bertahun lamanya? Nak buang dalam longkang kah? Bagaimana dengan dapatan sessi libat urus dengan pemegang taruh yang dibuat sejak 2015? Nak abaikan begitu saja? Tidak. Mana-mana kerajaan pun akan guna dapatan yang sama dan kesimpulan yang sama dan akhirnya RUU yang sama. 


Jadi kesungguhan PAS membantah RUU URA ini bagi saya adalah hipokrit kerana jika PAS membentuk kerajaan pun, mereka akan bentangkan RUU URA yang lebih kurang sama. Cuma mungkin masa tu dalilnya sudah berubah. 


Alkisahnyer ...

No comments: